Showing posts with label mengorat. Show all posts

AWAS! AYAT PICKUPLINES LELAKI BAGAI MINYAK PENGASIH

AWAS! AYAT PICKUPLINES LELAKI BAGAI MINYAK PENGASIH. Trend pickup line sekarang memang macam2 la ayat manis para lelaki cuba untuk menambat hati wanita. Bagi mak2 budak macam aku ni dah tak ada sapa nak mengayat guna ayat pickup line. Aku pun memang tak pernah mengedik macam orang bujang sejak kawen. Kalau nak kemana mana wajib ada laki & anak bersama. So, tak ada yang berani nak pickup line dengan aku & Insya Allah terhindar la dari fitnah sebab sentiasa berada dengan anak & suami.


Jadi seorang perempuan ni memang terdedah dengan fitnah. Kadang2 tengok ada spesis2 mak budak berstatus bini orang ni bukan main mengedik lagi kalau ada lelaki lain dok buat pickup lines mengayat depa. Bila cakap bini & mak orang depa tak caya katanya muka nampak muda. Dia pun apa lagi tersengih sampai ke telinga la.. Sebab pujian macam tu so dia pun ambil masa melayan jantan yang memang terkenal dengan mulut manis. Even kau muka makcik pun kalau dia rasa saja nak test kau dia boleh cakap muka kau muka hadik hadik sekolah rendah. lelaki beb... tetap la lelaki. So tak payah perasan sangat dengan pujian lelaki yang cuba mengorat anda tu. Tak pasal pasal benda tu jadi fitnah yang mampu mengoncang rumahtangga kau.

Bila dah masuk bulan puasa ni.. Dah pickup lines bertemakan ramadan pulak. Tapi ada antara pickup line yang memang agak failed la. Tak tau la kalau ada jugak perempuan boleh rasa sweet dengan pickuplines macam ni.. Kalau aku sekadar berlalu dengan muka tak ada perasaan la kalau ada jantan yang cuba nak test aku dengan pickuplines macam ni >> 11 Pickupline Ramadan Yang Paling Gagal << Tak tau la kalau orang lain rasa mencuit hati dengan pickuplines macam ni. Almaklum la hati aku hati komik Ujang, gila2, Majalah Apo sikit. So, pickuplines ni tak berapa layan. hahaha

Jadi yang bernama wanita terutama isteri orang tu berhati hati.. Pickuplines ni kadang2 macam minyak pengasih zaman moden yang boleh anda terpegun seketika dengan ayat pickuplines dia yang sweet like kencing manis tu. Belajar untuk jangan terpedaya dengan puji pujian lelaki yang korang nampak ada macam nak mengayat. Kadang2 lelaki ni mengayat bukan sebab dia suka kat korang tapi dia suka apa yang korang ada jer.

Moral of the story.. pendek kata kalau dah tahu diri tu bini orang tak payah nak melayan sangat la lelaki lain even sekadar berkenalan sebagai kenalan biasa tanpa sebab. Ingat perempuan sentiasa terdedah dengan fitnah. Fitnah mampi membunuh banyak hati & juga nyawa. Jadi berwaspada selalu.

AWAS LELAKI! JANGAN BIAR 7 PERKARA NI MENGAIBKAN ANDA DEPAN AWEK

AWAS LELAKI! JANGAN BIAR 7 PERKARA NI MENGAIBKAN ANDA DEPAN AWEK.Lelaki sekarang mengayat memang power. perempuan sombong, muka ketat pun boleh tersenyum simpul. Trend 'pick up line' sekarang katanya. Contoh awak cuci muka pakai air gula ke? muka awak manis sangat.. Gitu la contohnya ayat pick up line lelaki zaman sekarang. Perempuan mana tak cair macam aiskrim tengah panas bila tetiba lelaki cakap macam tu kat dia, kan?


Memang kepakaran kebanyakkan lelaki adalah mengayat walau masa sekolah budak sains sekalipun kepakaran dia mengayat tu lahir secara semulajadi. Tak payah ambil course bagai.. Dia mampu menyusun kata kata yang buat perempuan melentok liuk macam lalang kena tiup angin sepoi sepoi bahasa. Kira jiwa seni seorang lelaki ni memang sejak lahir dah ada kot. hahahaha

Tapi bahaya juga kalau kita jadi perempuan yang senang terlentok liuk dengan ayat ayat lelaki ni. Dia mengayat guna ayat 'pick up line' pun dah kita rebah atas riba dia bayangkan dia guna ayat hembus hembus cap siam. Tak tau kat mana la depa lentok.. Jadi sebagai perempuan kena ada pendinding jugak.. Bukan pendinding guna ilmu hitam putih kuning oren bagai. Pendinding yang mampu menahan godaan ayat2 manis orang lelaki ni. Kuatkan semangat & jangan mudah percaya dengan ayat ayat cinta bercerita. Nanti tak pepasal menjadi persoalan sepanjang hayat.. Ada apa dengan cinta katanya. hahaha

Tapi lelaki pun kena hati hati jugak. Jangan ayat pick up line je tahap boboiboy kuasa 3 tapi bila buka mulut jer.. belum sebut satu perkataan perempuan dah berdesup lari 400 kilometer dalam masa 5 minit. Lelaki kena jaga & kena tahu. Sebelum nak mengayat perempuan dengan ayat pick up line pastikan 7 perkara ni tak berlaku. Kalau berlaku confirm akan mengundang fobia anda nak mengayat mana2 perempuan lagi selepas tu. Tak mustahil korang sanggup membujang sampai tua sebab tak boleh lupa saat2 memalukan ketika mula2 cuba nak mengorat perempuan. Nak tahu apa 7 perkara yang boleh mengaibkan lelaki depan awek meh tengok kat sini >> Inilah 7 Perkara Yang Mungkin Buat Lelaki Malu Besar Ketika Mengayat Awek <<

Moral of the story.. Lelaki jangan terer dengan ayat 'pick up line' tapi nak jaga diri tak reti. Perempuan sekarang pun dia bukan nak dengar ayat manis je.. Tapi yang lain2 pun dia nak pastikan sedap jugak mata memandang.

KEBODOHAN SEORANG ARTIS BARU

KEBODOHAN SEORANG ARTIS BARU. Kecoh la pasal seorang artis katanya dia cuba sebarkan seorang artis lelaki yang dah kawen ni dok try adjust dia atau dalam kata yang lebih mudah orang paham ngorat dia la. Lelaki tetap la lelaki.. Kalau dah ada record curang satu ketika dulu tak mustahil di ketika ini dia boleh buat hal lagi. Tapi dalam kes depa tu tak sure la.. samada ada yang menyamar jadi dia untuk tujuan menjatuhkan dia atau memang dia sendiri yang dok menggatal dengan artis baru tu.


Benda yang tak pasti tu rasanya kita tak payah nak ulas sangat.. Tapi yang terang2 aku nampak si retis baru tu agak sedikit kurang bijak. Dia sebarkan screenshot conversation dia dengan retis laki orang tu.. Dalam tu jelas2 tunjuk dia pun respond jantan tu. Kau dah respond baik lepas tu kau nak memburukkan dia pada umum pulak. Yang tak cerdik sangat tu bila screenshot tu menunjukkan depa sama2 gatal mengatali.. hahahaha amik kau jemah! gatal mengatali kalau cikgu BM aku baca confirm berbirat kena libas dengan bulu ayam.

Motif sangat misteri bagi aku. Kau dah respond dia lepas tu kau yang cuba nak menjatuhkan dia. watdehek! Memang bila masuk industri hiburan nak cari makan publisiti tu perlu tapi tak payah la buat jualan murah sangat dengan mencipta kontroversi yang menjatuhkan maruah sendiri. Naik style cheap cheap ni.. tak lama. Cheap2 ni barang tak kualiti je banyak sebab tu dia cheap2... Ni kalau cikgu English aku baca confirm kena denda makan keju sekilo. ikut suka je aku nak tulis hahahaha. Tak payah la cari publisiti kualiti lowyat sangat. Bak kata melodi.. kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.. berdiri atas bakat sendiri.

Moral of the story... Jadilah artis yang berkualiti, berbakat & bermaruah kerana tu je mampu buat anda bertahan dalam industri seni hiburan negara. Tak kemana nak naik cepat dengan kontroversi murahan ni.. Jangan berangan la dengan cara tu kau boleh jual sampai keluar negara.

CIKGU SHIDA BAGI TIPS MENGORAT BELIAU

Wah.. nampaknya cikgu shida dah terbuka hati atau cuba membuka hati untuk jejaka2 di luar sana nak pikat dia. Yelah.. cikgu shida pun manusia kot. Hati, perasaan & nafsu dia takde la pelik sangat.. cuma mungkin jodoh je lambat sikit. Cikgu shida dah mula bagi tips pada semua jejaka2 samada bujang atau duda pun cikgu shida terima kalau berniat nak ngorat cikgu shida boleh ikut tips berikut

status cikgu shida (part 1)

Ha.. kau!! Paling penting sapa sudi bermiming dengan cikgu shida.. Peluang paling cerah naik pelamin dengan cikgu shida terbuka luas gitu. Apa lagi pencinta2 cikgu shida yang nak pikat cikgu shida sila ambil langkah pertama anda. Jangan lepaskan peluang selagi stok masih ada...

Entri ni sesaja je entri mengurangkan stress di hari minggu yang penuh jerebu & satu umah dah berbau asap jerebu yang kuat. tetiba jumpa status cikgu shida.. rasa kelakar & nak share pulak kat blog melekit ni. Seperti yang korang sedia maklum walaupun den memang tak minat dengan video miming cikgu shida tapi den peminat status2 yang cikgu shida update kat FB. Ada la satu dua yang setuju.. sepuluh dua lagi yang tak boleh di terima & secebis dua yang boleh la buat sang lekit senyum.. kekekekeke

Status cikgu shida (part 2).. 
Maybe ada yang  hantar permohonan lepas update kali pertama tips mengorat cikgu shida maka cikgu shida update untuk 2nd time yang lebih detail kalau nak ngorat beliau. Sebenarnya dalam hati cikgu shida tu memang teringin jugak nak hidup berumahtangga macam orang lain tapi dia je tak ngaku, kan??



 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com