Showing posts with label kos. Show all posts

BUKAN MINTA DI TAJA, CUKUP LA SEKADAR BOLEH BELA DIRI

BUKAN MINTA DI TAJA, CUKUP LA SEKADAR BOLEH BELA DIRI. Assalamualaikum.. Dengan rendah diri saya ingin memohon semua membaca & menyebarkan entri ini untuk membantu saya insan yang tiada kemampuan kewangan & memerlukan bantuan kewangan di saat ini.


Seperti ramai yang dah tahu, saya telah di saman oleh pengasas produk kecantikkan kerana menulis artikel berkaitan mereka di blog saya. Cukup la setakat tu penjelasan saya.. Bagi yang tahu jalan ceritanya, maka tahu la. Sebab saya tidak boleh mengulas lebih detail tentang perkara tu.

Ada yang salah faham.. Bila saya minta tolong untuk mencari bantuan mencari dana bagi menampung kos guaman untuk saman yang di kenakan kepada saya.. Ingat den ni nak minta orang sponsor semua kos guaman tu..Sebenarnya saya masih lagi sedar diri.. Siapalah aku ini kan sampai ada yang sanggup nak taja semua kos guaman tu..

Hangpa tau dak.. Saya di saman sebanyak RM3 juta.. Di Ulangi 3 juta kerana penulisan kami berkaitan dengan satu produk tu. Blog lekatlekit kalau di ikutkan bukan level blog popular macam beautifulnara, OhBulan bagai tu.. Mana nak cari RM3 juta tu nak Ooi.. Mati hidup semula 10 kali pun belum tentu dapat. Income dari blog pun cukup2 untuk beli keperluan sendiri jer.. Bukan macam income blog beautifulnara atau OhBulan..

Risiko jika saya tak membela diri adalah.. saya akan berhutang RM3 juta selain di mufliskan.. Tapi kalau cuba membela diri menang atau kalah, Memang takkan dapat la tuntutan sebanyak 3 juta tu. Semua tu mahkamah yang akan tentukan mengikut apa yang selayaknya sahaja. Sebab tu la saya terpaksa mohon bantuan & sumbangan dari semua.. At least dapat bayar kos guaman sampai untuk permohonan tukar mahkamah yang berhampiran dengan saya pun dah OK.. Sekurang kurangnya dapat hadir & membela diri. Di wakili peguam atau tak.. At least datang mahkamah & di bicarakan dulu sebelum di jatuhi hukuman bersalah atau tak. Kalau saya tak hadir ke mahkamah.. risikonya saya akan di kenakan perintah ingkar & pihak menyaman akan menang tuntutan mereka termasuk gantirugi sebanyak RM3 juta tu tanpa perbicaraan.

Bagilah peluang saya yang tidak berkemampuan ini membela diri. Saman di Failkan di mahkamah nun jauh di sebuah negeri pantai timur. Nak ulang alik kesana memerlukan kos yang banyak di samping saya ni bukan la bekerja. Hanya surirumah & penulis blog. Nak2 lagi ada seorang anak Mild Autisme yang masih menjalani terapi & bersekolah. Benda tu menyukarkan saya untuk hadirkan diri ke mahkamah nun jauh di pantai timur.

Di sebabkan tidak berkemampuan saya terpaksa memohon bantuan & sumbangan dari orang lain biarpun ada yang menyindir, menghina & bertepuk tangan dengan apa yang sedang berlaku pada diri saya tapi saya relakan & izinkan semua tu untuk sesiapa rasa nak bersorak gembira. Insya Allah.. Saya tak simpan dendam untuk anda.. Saya cuma nak cari penyelesaian & mencari bantuan.

Atau nak bantu dengan cara mengambil review di blog saya. Saya tidak mengenakan bayaran yang tinggi, Insya Allah walau saya memerlukan kewangan yang banyak sekarang ni. Jika berminat boleh whatsapp di 0172429610.

Saya terpaksa merayu bantuan dari orang lain atau kalau anda nak menganggap saya mengemis sumbangan pun saya tak kisah. Sememangnya saya benar benar memerlukan bantuan dari semua pihak, Tak kisah la sumbangan anda banyak atau sikit At least mampu membantu saya sampai ke stage boleh mohon tukar mahkamah. Moga jasa baik & keikhlasan semua membantu saya Allah membalas dengan seribu kebaikkan & rezeki yang melimpah ruah bagaikan air laut yang tidak pernah kering.

SERVIS HANTAR MAYAT GUNA MOTORSIKAL KERANA KOS AMBULAN MAHAL

SERVIS HANTAR MAYAT GUNA MOTORSIKAL KERANA KOS AMBULAN MAHAL. Kadang2 tak terbayang kita orang orang susah ni apa yang mereka akan buat bila terdesak. Bila dalam keadaan yang tiada pilihan.. Mereka terpaksa guna sahaja apapun kaedah sebagai jalan penyelesaian walau di mata orang lain mungkin akan pandang rendah, sinis, hina & bagi yang berhati mulia sikit mungkin pandangan mereka lebih kepada pandangan simpati & sedih.


Bila terbaca perkongsian kat media sosial tentang servis penghantaran mayat guna motorsikal di Uganda, kerana katanya kos ambulan di sana mahal.. Time ni baru rasa syukur kita kat Malaysia yang masih boleh guna khidmat ambulan dengan percuma. Erkk.. percuma ke? Tapi rasanya percuma la sebab laki aku pun pernah naik ambulan untuk di hantar ke emergency tapi tak di kenakan sebarang kos pun.


Kat di negara2 miskin macam Afrika.. Dah lama miskin lepas tu semuanya nak kena bayar jadi apa yang kita tak pernah nampak berlaku di Malaysia jadi sesuatu perkara biasa di negara mereka. Sedih sangat tengok fenomena macam tu.. Tapi nak buat macam mana.. kemampuan mereka terbatas untuk menyempurnakan penghormatan terakhir dengan cara lebih baik. Tu je yang mereka mampu. So, sama2 la muhasabah diri yer kawan - kawan.. At least orang meninggal dunia kat Malaysia ni takde lagi dengar bawa balik naik motorsikal atau waris dukung jalan kaki bawa balik rumah untuk menyempurnakan mayat tu tapi di negara lain.. Memang ada berlaku semua tu.


Kita rasa kita susah.. Ada orang lain lebih susah maka sedarlah. Kau tak sesusah mana berbanding mereka yang lebih susah. Kalau kau masih mampu duduk & makan kat tempat ni >> Ramai Yang Sanggup Menanti Sepanjang Tahun Hanya Kerana Burger Ni << Sila rasa malu untuk mengaku kau orang susah, ok! Orang susah mungkin tak pernah merasa makan benda2 tu semua walau kau rasa bukan makanan mewah tapi kalau orang betul2 susah bagi dia makanan macam tu dah cukup mewah dah.

Moral of the story.. Walau kita rasa terbeban dengan pemerintahan kerajaan sekarang tapi tetap kita kena bersyukur kita masih mampu survive hidup kat Malaysia cuma jangan terlampau rasa selesa sampai malas nak usaha. Asyik dok harap BR1M jer. hihihihi

INI SEBAB KENAPA PEMILIK KUCING TIDAK BAWA KUCING MEREKA KE KLINIK HAIWAN

INI SEBAB KENAPA PEMILIK KUCING TIDAK BAWA KUCING MEREKA KE KLINIK HAIWAN. Aku dari kecik memang hidup berkongsi dengan kucing tapi serius kami dulu pun sekadar bela kucing, bagi makan jer & jaga kat rumah je la.. Memang tak bawa kucing2 nan banyak tu ke Veterinar. Bukan sebab kos jer.. Tapi siapa nak angkut sekor - sekor pergi. Nak2 kucing jenis tak pernah hidup dalam kurungan (sangkar ni). Duduk kampung ni nak jumpa klinik Veterinar pun susah.. Time memang tak tau la kat mana klinik haiwan ada.


Mereka hidup secara semulajadi.. Kalau sakit ke hapa kucing kan ada remedy dia sendiri. Takde kami mandulkan. Pendek kata mereka hidup seperti fitrah mereka. Sampai masa mengawan... sampai masa beranak.. sampai masa.. mati.

Tapi tu dulu la.. kebanyakkan orang bela kucing dalam rumah macam tu. Zaman sekarang rasanya ramai yang bela kucing betul2 take care. Bawa pergi buat pemeriksaan kesihatan.. Ambil vaksin bagai. Kalau sakit dia bawa ke klinik. Faktor orang sekarang dah mula ada kesedaran untuk buat semua tu di tambah lagi Veterinar sekarang mudah di dapati berbanding dulu.

Pun macam tu walau dah banyak kemudahan untuk pets di sediakan.. Masih ada orang tidak bawa kucing mereka berjumpa Veterinar walau setahun sekali.. Sebabnya korang boleh baca kat sini >> Ini sebab Kenapa Pemilik Kucing Tidak Bawa Kucing Mereka Ke Veterinar << Ada perkara aku setuju jugak kenapa pemilik kucing tak bawa kucing mereka ke Veterinar ni. Sedangkan mereka sendiri pun kadang2 tak membuat pemeriksaan kesihatan untuk diri mereka even setahun sekali inikan pulak kucing. Setiap orang ada masalah hidup sendiri..

Moral of the story.. Nak beli haiwan dalam rumah macam kucing make sure bukan buat macam hobi. Kena bela atas rasa kasih sayang baru tak ada trajedi bila dah bosan kucing beranak pinak banyak buang di jalanan. Bayangkan orang yang kita ambil dari kecik bela dengan penuh kasih sayang tetiba kita rasa bosan kita buang dia. Macam tu juga dengan perasaan seekor kucing yang kena buang.

KINI MANUSIA ADA PILIHAN SAMADA NAK TINGGAL DI BUMI ATAU DI MARIKH

KINI MANUSIA ADA PILIHAN SAMADA NAK TINGGAL DI BUMI ATAU DI MARIKH. Kita sinonim dengan ayat politikus tak suka dengan kerajaan sekarang keluar dari Malaysia seolah olah.. rakyat Malaysia kena bersetuju dengan apa yang pemimpin buat walaupun bagai kena jerut. Tu mentaliti politikus lorong la.. Bagi pendapat orang bijak pandai dalam politik mustahil akan keluar kenyataan macam tu sebab mereka tahu yang menentukan siapa yang boleh memimpin adalah rakyat tapi rakyat Malaysia pun bukan semua cerdik pandai. Sogok RM50 berpusu pergi berhimpun, tak kira la berhimpun secara aman atau tak. Bagi upah buat kerja masa piliharaya sikit semua lupa dah segala keperitan yang depa tanggung sepanjang 4 tahun dengan pemerintah sedia ada.Semua pakat pangkah untuk meneruskan kezaliman yang berlaku. So kau tak payah nak bising sangat la kan.. kalau kau rasa susah.


Jadi bagi segelintir yang ingin mengubah masa depan negara ni mungkin agak susah la nak menukar kerajaan sedia ada sebab ramai yang mudah di rasuah even rasuah celah gigi jer. Kalau ada planet lain boleh manusia tumpang hidup.. Rasa nak jugak membentuk sebuah kerajaan & negara baru kat planet tu kan. Meluat tengok drama drama ahli politik kat Malaysia & dunia. Jangan risau kalau rasa teruk sangat hidup kat bumi korang boleh pindah ke marikh. Erkkk... betul la bukan gurau ok! Betul korang boleh pindah ke marikh. Tak caya.. Teruskan membaca

Cuma bila kita nak jadi makhluk planet ni ada la beberapa pengorbanan kita kena buat.. Yelah, lain tempat lain suasana. Macam kalau kita berpindah ke mana2 negara pasti berubah suasana, budaya, makanan & cara hidup kan. Macam tu jugak kalau nak berhijrah keluar dari bumi..

Yang pertama sekali korang nak berhijrah ke marikh korang mesti ada duit. Kos dia adalah sekitar  USD10 billion. Kau ada 10 Billon USD? Takde kau duduk je la kat Malaysia terus membayar GST katanya..  Kalau kau ada 10 Billion USD, kau kena bersedia jugak kepada perkara perkara ni. Nak tahu boleh baca kat sini >> Rasa teruk Hidup Di Bumi, Kini Anda Ada Pilihan Untuk Berhijrah ke Marikh << Penting tau korang baca supaya korang boleh bayangkan macam mana kehidupan korang selepas berhijrah ke marikh. Takde la culture shock sangat bak kata omputih. hehehehe

Moral of the story.. Manusia ni kau campak la kat mana2 pun kalau jenis pemusnah, zalim & penindas.. Setiap tempat dia pergi dia akan melakukan kerosakkan. So, renung renungkan.

11 MASALAH YANG BERLAKU KEPADA ORANG SUKA MAKAN KAT MEJA KERJA

11 MASALAH YANG BERLAKU KEPADA ORANG SUKA MAKAN KAT MEJA KERJA. Masa kerja dulu aku pun selalu jugak buat perangai makan kat meja kerja aku. Nak2 lagi time pagi atau petang2 lepas waktu lunch walaupun tengahari dah belasah nasi campur bagai. Almaklum la kerja dalam aircon ni perut cepat lapar maka badan pun cepat la mengembang. Tapi zaman aku bekerjaya dulu tak mengembang jugak pun.. Tu yang best. Makan macam ada saka tapi badan maintain keramping sampai terpaksa minum susu weight gain. hahahaha


Sebenarnya yang bekerja dalam ofis ni memang takkan lari dari buat perangai makan kat meja kerja dia. Ada orang makan sebab dia tak sempat nak keluar makan sebab banyak kerja urgent nak di siapkan.. Ada orang pulak sebab tak ada kawan nak teman makan. Tu aku pernah buat. Nak2 lagi kalau kerja kat tempat yang kita satu2 nya staff.. Jadi tapau balik makan kat opis je la. Walaupun ada pantry tapi kadang2 sedap makan kat meja sendiri sebab sambil makan boleh sambil online katanya. Macam macam sebab la orang suka makan kat meja kerja ni.

Jenis2 yang suka makan kat meja kerja dia ni selalunya takkan mengaku 11 perkara ni selalu berlaku. Seboleh bolehnya dia akan menidakkan perkara tu atau menyembunyikan dari pengetahuan orang lain. Nak tahu apa rahsia yang orang suka makan kat meja kerja dia meh baca kat sini >> 11 Masalah Yang Orang suka Makan kat meja kerja takkan mengaku <<

Jadi yang suka makan kat meja kerja tu mesti ada kaitan dengan 11 perkara tu kan? Biasa la.. zaman serba mahal ni kadang2 bila keluar makan even dengan niat nak makan tengahari je boleh jadi macam2 perkara dalam perjalanan yang mungkin buat budget korang lari jauh tak sempat sampai hujung bulan. Syaiton nirrojim ni kadang2 menjelma dalam pelbagai bentuk bukan makhluk jer.. Kadang2 dia jadi barang tengah sale... dia jadi junk food yang menggoda & macam macam lagi la yang kita tak sangka. hehehehe

INI YANG PERLU ANDA BUAT PADA KERETA ANDA MENJELANG 2016

INI YANG PERLU ANDA BUAT PADA KERETA ANDA MENJELANG 2016Tak kira lelaki atau perempuan ramai dah miliki kereta sendiri sekarang ni cuma aku rakyat malaysia yang masih setia dengan kereta remote control je. Kereta kena pegang stereng ni aku belum cukup matang untuk miliki katanya. Almaklum la.. bawah 18 tahun mana boleh apply lesen kereta kan. hahahaha... statement minta kena cubit beramai ramai.


Tapi kesian jugak la kan masuk 2016 semua dah naik termasuk kos maintenance kereta. Nak tak nak terpaksa hadap.. cukup tak cukup terpaksa bayar untuk memastikan kereta tu sentiasa boleh bergerak bila di perlukan. Kita memang dah takde pilihan selain hadap. Macam2 tips orang bagi untuk pastikan kita dalam jimat kos untuk kereta ada yang effective ada yang sebenarnya takde apa2 kesan pun.

Semua orang rasa apa yang anda rasa sekarang. tapi masih ada cara macam mana anda nak pastikan kereta anda tak selalu sangat minta di belai dengan duit. Dan anda kena lakukan perkara ni bila dah masuk tahun 2016. Dah tak boleh sambil lewa lagi nak buat benda ni. Kena buat secara consistent. Nak tau apa yang anda kena buat pada kereta anda bermula dari sekarang meh baca kat sini >> 6 Cara Anda Kena Mula Partikkan Pada Kereta Anda Mulai Sekarang <<

Jangan malas.. jangan tunggu2.. jangan bagi banyak alasan sebab setiap hari harga barang semua semakin naik tak ada yang turun kecuali hujan. Jadi buat persediaan awal supaya anda tak perlu keluar kos yang banyak bila kereta meragam.

PERMAINAN HARGA BARANG DI LAZADA YANG MESTI ANDA TAHU

PERMAINAN HARGA BARANG DI LAZADA YANG MESTI ANDA TAHU. Amboi baru reti online shopping dah berlagak nak bagi tips bagai. Orang lain bertahun tahun shopping bukan je kat lazada.. Zalora.. Nile.. bagai tak bising nak ber tips bagai. yelah.. orang lain kedekut info aku ni pemurah. Berpegang dengan konsep sharing is caring. Aku sangat2 menyanyangi pembaca blog lekatlekit.com ni.

Sepanjang sale Online Revolution kat lazada yang bermula dari 11 November dan akan berakhir pada 12 december 2015 dah 4 barang aku beli. Bulan lepas 3 barang. Semalam terrrrrrrrrr order katanya sebiji Samsung DVD player. Almaklum la yang ada dah nazak. Hidup pun macam orang bela saka yang dah nyawa nyawa ikan tapi tak mati mati. Nyawa ada tapi dah tak boleh berfungsi macam biasa. Sebab aku ni memiliki hobi paling menyeramkan iatu tengok filem seram & kumpul koleksi dvd filem seram apalah erti dvd tanpa dvd player, ye dak. Tu pun aku peram dalam draft lazada lebih dari seminggu item tu baru aku kuatkan semangat untuk proceed & bayar guna online banking. Ingat senang je aku nak buat keputusan bila beli barang online ni. Susah tau.. Kira ni dalam sejarah aku membeli belah sampai 4 barang secara online di lazada la. hahaha

Aku ni serius nak beli barang survey bagai nak rak kat lazada. Compare berminggu2. Macam dvd player ni.. Jenama & model yang sama tapi lain supplier lain harga dia. Tu korang kena tahu even jual dalam lazada jugak. Satu lagi shipping.. Barang yang sama tapi lain supplier ada yang kena bayar kos shipping ada yang free & ada yang lebih murah. So kena rajin sikit la kalau nak jimat. Tu la permainan harga yang ada kat lazada. Bukan menipu.. tapi dah lain supplier maka biasa la jadi lain harga kita sebagai pembeli jangan malas.

Yang aku beli yang ni. Paling murah & free shipping
Yang ni harga sama tapi ada kos shipping
Yang ni memang lebih mahal dari harga kedua dua di atas. Yang penting semua brand & model yang sama. Walau yang kat atas tu gambar macam lain sikit tapi dalam description dia gambar & detail produk semua sama jer. Depa copy kat website samsung kot hahahaha

Nak beli 1 dvd pun berminggu aku bertapa kat lazada.. compare satu persatu. Almaklum la orang tak berapa kaya gitulah cara membelinya. hehhehehe.. Meh tengok hasil kajian aku..

Barang yang sama, harga berbeza. Dan nak jimat lagi beli la masa sale.. Tak kira nak beli barang elektrik ke, elektronik atau gadget. 

RESEPI NASI GORENG IKAN BERSEMPENA HARGA TOL NAIK

RESEPI NASI GORENG IKAN BERSEMPENA HARGA TOL NAIK. Tu dia kau tetap jugak nak guna isu tol naik sebagai tajuk entri kan. Almaklum la bila harga tol naik memang mempengaruhi kos sara hidup kat Malaysia ni. Penghantaran barang2 keperluan harian pun guna tol. Bila tol naik, kos penghantaran naik. Bila kos penghantaran naik maka kos barang secara tak langsung pun maybe effect jugak la. Sebab semua benda saling berkait katanya. Jadi di zaman Pemerintahan Perdana Mentari kesayangan kita semua ni maka kita dah tak boleh membazir. So,kita kena jadi lebih kreatif dalam hidup untuk memastikan kita tak membazir walau sebutir nasi sekalipun. Bagus PM kita sekarang sebab dia ramai rakyat Malaysia mula mengamalkan hidup dengan berjimat cermat. hehehe


Sebab aku antara manusia terkesan dengan kos sara hidup sekarang maka seboleh2nya aku nak manafaat setiap makan tu menjadi sumber tenaga & lemak dalam badan katanya. Sayang dok sedekah kat tong sampah je. Akibat semalam ada nasi lebih, ikan goreng lebih, puyuh goreng pun ada lebih.. Maka mentol muncul atas kepala pagi ni untuk masak nasi goreng ikan. Stok sayur takde.. Jadi nasi goreng ikan yang kosong je la.

Bahan bahan dia
Nasi sejuk
Ikan goreng
Bawang Besar
Bawang Putih
Cili kering
Telur ayam
Minyak masak

Cara cara nak masak
Mula2.. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih & cilik kering. Cili kering tu sebelum membelasah dalam lesung batu sila rendam sekejab dalam air panas supaya lembut & masak sikit. Lepas dah belasah bawang & cili tu. Cedok letak dalam mangkuk hayun dulu. lepas tu masukkan isi ikan goreng tumbuk kasar jugak. Agak2 dia tak berketul2 sudah la. Lepas semua bahan2 belasahan tu dah kena belasah secukup rasa sila panas kan minyak masak. Tumis bawang & cili yang di tumbuk dulu. Agak2 masak sikit masukkan telur kacau kemudian masukkan isi ikan. Lepas tu masukkan nasi sejuk gaul hingga  semua bahan2 tu sebati dalam kuali. Kalau nak masukkan sayur ke serbuk perasa ke hapa tu ikut suka la. kan. Goreng sekejab lepas tu boleh tutup api & hidangkan.

Puyuh Goreng Tu kebetulan lebih semalam. So, panaskan makan je la dengan nasi goreng ikan

Resepi ni sangat mudah tapi Insya Allah sedap. Dari terbuang je baki2 makanan tu elok la kita transferkan kepada sesuatu yang boleh jadi menu sarapan. Sarapan tak perlu berat2 & ambil masa lama nak masak sebab almaklum la pagi. Banyak perkara nak kena siap dengan dengan cepat jadi nasi goreng ikan adalah salah satu menu ringkas & cepat untuk di jadikan sarapan pagi.

So, selamat mencuba. Moga takde yang tercekik tulang. peace Yo!

PERKARA YANG ANDA LUPA BUAT MASA PERGI BERCUTI

PERKARA YANG ANDA LUPA BUAT MASA PERGI BERCUTI. Bila dah dekat hujung2 tahun ni keluar la macam2 tips untuk merancang percutian bagi membantu mereka2 yang dah plan nak pergi bercuti untuk memudahkan perjalanan percutian dengan cara berjimat. yelah.. kita bercuti bukan di taja, ye dak? jadi apa boleh di jimatkan nak jimat la. Macam aku dengan asben kalau kita merancang pergi bercuti kita suka jimat duit penginapan. Kita tak pilih penginapan yang mahal atau mewah cukup selesa & bersih je. Korang pergi bercuti nak lepak dalam bilik berapa jam sangat kan? paling2 lama pun malam je time tidur. So, tak perlu la nak cari hotel atau apa2 penginapan yang 5 star sangat kecuali korang memang orang kaya tahap najib yang duit melimpah ruah tak tau nak buat apa.

Sumber Google

Tu salah satu tips dari aku la & kami memang pratikkan benda tu kalau percutian tu tak melibatkan ahli keluarga yang lain. hanya kami 3 beranak je. Sebab kalau melibatkan ahli keluarga lain pendapat depa pun kena jugak ambil kira. Tak boleh nak ikut taste & kepala sendiri je.

Sesetengah orang pulak dia nak berjimat semasa nak pergi bercuti & dia rasa apa dia buat dah cukup berjimat tapi sebenarnya tak pun. Sebabnya dia tak tahu tip & trick berjimat yang betul. Ikut hukum akal sendiri je mana nak menjadi jimatnya. Dia je rasa berjimat tapi orang lain tengok rasa cara dia tu boleh lagi di jimatkan. Benda yang ramai buat sebenarnya sebab dia tak perasaan benda tu menambahkan kos sebab nampak macam kecik sangat perkara tu tapi tetap memberi kesan pada kos yang terpaksa di keluarkan.

Jadi kalau korang nak tahu tips & trick penjimatan anda buat bila merancang pergi bercuti betul ke tidak selama ni meh baca kat sini >> Mungkin Ini Perkara Yang Anda Lupa Nak buat Untuk Jimatkan Kos Percutian <<

Bagi orang yang mementingkan gaya tapi pada masa yang sama tak nak keluar budget yang banyak elok la follow seperti trick yang di cadangkan ni. Orang nampak percutian kita macam keluar budget banyak padahal tak pun. So takde la orang pandang rendah sangat dengan kita, kan? Almaklum la zaman yang semua orang  berlumba lumba nak show off apa dia buat,makan & kemana dia pergi ni semua nak jadi paling nampak trendy, mewah,versatile bagai. Tu yang ada biar papa asal bergaya

TIPS UBAHSUAI DAPUR PALING SENANG DI DUNIA DARI IKEA

TIPS UBAHSUAI DAPUR PALING SENANG DI DUNIA DARI IKEA. Ha! Kau.. takde alasan dapur tak cantik sebab tak cukup budget nak ubahsuai. Yelah.. kos nak beli barang, nak upah orang bertukang lagi. Tukang sekarang upah nak sama harga dengan barang. Kalau kos barang RM1000 Upah pun kadang2 banyak tu jugak. erkkk.. betul ke? Yang tu korang angguk2 je la sebab tak penting sangat. Apa yang penting anda boleh lakukan pengubahsuaian dapur dengan sendiri semudah ABC.


Aku kalau boleh semua benda pengubahsuaian untuk rumah aku ni aku nak buat sendiri. Aku sebenarnya tak suka sangat orang luar masuk kerumah buat kerja2 bertukang. Dulu pernah jugak rumah aku ni terpaksa di baiki sebab anai anai memusnahkan kayu2 kat bilik air & toilet. Dulu pintu dia kayu ok! Sekarang je dah tukar. Terpaksa berkurung dalam satu rumah dengan tukang2 indonesia tu. Tak selesa & rasa tak secure ok! Tapi tukang tu owner rumah yang cari so tak boleh buat apa la. Tu kisah aku yang tak selesa orang luar ada dalam rumah aku.

Sebab tu la kalau apa je perkara yang boleh buat sendiri untuk tujuan pengubahsuaian, elok la buat sendiri. Bukan je jimat malah tak payah bagi orang asing masuk rumah. Zaman sekarang ni tau je la.. ada jenis tukang rumah ni dia buat kerja dua alam. Siang kerja halal malam kerja haram. Siang bekerja, malam dia mengerjakan rumah orang. Sebab kita bukan ada kuasa yang boleh scan niat orang maka langkah berjaga jaga la kita kena ambil.

Jadi tips2 macam ni kadang membantu kita DIY sendiri dapur mengikut citarasa kita. Siapa kata perempuan tak boleh buat kerja bertukang macam ni. Boleh jer cuma kena tau cara mudah & bersesuaian dengan kudrat & kemampuan seorang wanita. Jadi yang rasa nak buat ubahsuai dapur sendiri kat sini ada tips dari ikea. Cepat tengok kalau tak memang rugi giler >> 4 Langkah Mudah Untuk Cipta Dapur Idaman Anda <<

Lepas ni tak ada alasan la tak ada orang nak tolong ubahsuai dapur mengikut citarasa kita. Lebih senang kita buat sendiri sebab kita lebih tahu apa yang kita mahu, ye dak?? Selamat mengubahsuai dapur masing2 yer Uolls.

10 TEMPAT MENARIK BOLEH DI LAWATI DI PERTH, AUSTRALIA TANPA KOS

Kalau pergi melancong ni selagi boleh jimat kita nak jimat. Apa yang boleh cut cost tu memang nak cut la kan.. Sapa suka bayar lebih. Kat Malaysia kena GST pun orang dah bising.. Semua orang kalau boleh nak murah atau free tapi hakikatnya takde benda yang free dah dalam dunia ni. Mati pun sementara nak masuk liang lahat pun kena bayar dulu.


Kalau korang bercadang nak bercuti ke Perth Australia aku rasa artikel pasal 10 tempat & aktiviti menarik yang korang boleh buat tanpa mengeluarkan kos yang tinggi atau tanpa kos langsung. Kos nak kesana pun dah tinggi.. alang dah sampai katanya ada tempat & aktiviti yang menarik yang boleh jimat kos.. Tu la yang terbaik. ye dak.

Kalau korang ada rezeki sampai ke Perth ni cadangan 10 tempat & aktiviti menarik yang korang kena cuba tanpa kos yang tinggi. Nak tau meh tengok kat sini >> 10 AKTIVITI & TEMPAT YANG BOLEH DI LAWATI DI PERTH DENGAN KOS YANG MURAH <<

Best kan. dah la best dapat jimat belanja pulak. So, kalau kesana korang mesti pergi & cuba 10 perkara tu.


KENA SEDIAKAN RM100 MASUK ZOO NEGARA

Setelah sekian lama aku tak jenjalan kat zoo negara.. last aku masuk tiket untuk dewasa baru RM15. Semalam asben bawak masuk zoo negara. Yelah.. kami ada anak tengah membesar di kawasan bandar & tinggal kat rumah tingkat 9 takde halaman.. Jarang outdoor, masa banyak habis kat dalam rumah.. seminggu sekali dua jer keluar so nak kena bawak jugak kenal alam semulajadi, flora & fauna katanya... Aku lain la budak kampung. Besar dengan main pasir, main hutan, main segala benda yang ada di sekeliling kehidupan aku di kampung.

 Sumber Google

Nak masuk harus la kena bayar.. harga tiket sekarang RM30 untuk dewasa & RM15 untuk kanak kanak. Untuk kami 3 beranak RM75 dah abis kat pintu masuk tu. Memandang cuaca sangat la panas lit lit bak kata orang kedah.. nak jalan pun energy macam low.. Maka ambil la tiket naik ketapi kontot kat dalam tu. Tiket dia RM5 untuk dewasa & RM4 untuk kanak kanak. Kat situ dah habis RM14. Parking RM5. Jumlah dah RM94. Kurang RM6 nak cukup RM100.. Tak termasuk makan minum. Dalam situ harga makanan bukan macam kat luar. Semua double. Kalau anak ramai gamaknya aku bawak tengok pintu zoo negara je kot. hahahaha

Ni GST pulak nak datang... Kos hidup semakin tinggi. Orang yang kata GST tak membebankan aku anggap depa kaya je la. Takde GST pun kos sara diri memang dah sedia mahal.. Memang la kalau family aku kami boleh survive lagi tapi hidup ni kadang2 kita kena fikir tekak orang lain jugak kan? Dok fikir kita mampu & anggap semua orang macam kita berkemampuan.. Memang kita nampak orang yang menentang kenaikkan harga barang atau cukai yang nak di laksanakan seperti orang bodoh memekak pada perkara yang tak penting.

Nak beriadah pun kena bayar kos tinggi.. Apatah lagi nak buat benda2 lain. Dah la bumi ni dah banyak di ragut manusia untuk pembangunan.. sampai flora & fauna pun semakin pupus, maka terpaksa la manusia cari tempat perlindungan flora & fauna yang berbayar untuk semata mata nak bagi anak anak kenal kehidupan yang ada dalam mukabumi ni.

Moral of the story.. semakin maju sesebuah negara semakin pupus benda percuma & semakin banyak harga yang perlu di bayar.

P/S : Rasa macam tak berbaloi je masuk zoo sebab tak jalan sangat sebab panas, anak aku pun bukan minat sangat haiwan dia lebih suka tengok serangga terbang, burung bagai macam tu. Bawak masuk tempat rama2 dalam zoo tu je dia paling excited.. atau tengok burung. Yang lelain dia tengok air la.. pokok la.. tak heran pun haiwan. hahahaha


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com