PERMAINAN HARGA BARANG DI LAZADA YANG MESTI ANDA TAHU
Sepanjang sale Online Revolution kat lazada yang bermula dari 11 November dan akan berakhir pada 12 december 2015 dah 4 barang aku beli. Bulan lepas 3 barang. Semalam terrrrrrrrrr order katanya sebiji Samsung DVD player. Almaklum la yang ada dah nazak. Hidup pun macam orang bela saka yang dah nyawa nyawa ikan tapi tak mati mati. Nyawa ada tapi dah tak boleh berfungsi macam biasa. Sebab aku ni memiliki hobi paling menyeramkan iatu tengok filem seram & kumpul koleksi dvd filem seram apalah erti dvd tanpa dvd player, ye dak. Tu pun aku peram dalam draft lazada lebih dari seminggu item tu baru aku kuatkan semangat untuk proceed & bayar guna online banking. Ingat senang je aku nak buat keputusan bila beli barang online ni. Susah tau.. Kira ni dalam sejarah aku membeli belah sampai 4 barang secara online di lazada la. hahaha
Aku ni serius nak beli barang survey bagai nak rak kat lazada. Compare berminggu2. Macam dvd player ni.. Jenama & model yang sama tapi lain supplier lain harga dia. Tu korang kena tahu even jual dalam lazada jugak. Satu lagi shipping.. Barang yang sama tapi lain supplier ada yang kena bayar kos shipping ada yang free & ada yang lebih murah. So kena rajin sikit la kalau nak jimat. Tu la permainan harga yang ada kat lazada. Bukan menipu.. tapi dah lain supplier maka biasa la jadi lain harga kita sebagai pembeli jangan malas.
Yang aku beli yang ni. Paling murah & free shipping |
Yang ni harga sama tapi ada kos shipping |
Nak beli 1 dvd pun berminggu aku bertapa kat lazada.. compare satu persatu. Almaklum la orang tak berapa kaya gitulah cara membelinya. hehhehehe.. Meh tengok hasil kajian aku..
Barang yang sama, harga berbeza. Dan nak jimat lagi beli la masa sale.. Tak kira nak beli barang elektrik ke, elektronik atau gadget.
fikir banyak kali nak byr tukan..huhu
ReplyDeleteBetul dik..akk pnh beli kat lazada..free je delivery...pastu ada akk bli brg lain dia ada kos utk shipping..pelik jugak memula...skang akk dh faham bila baca entry sis ni...
ReplyDeleteaah..diorang mmg main trun naik hrga cm ni :)
ReplyDeletebuyer tegar je tau ..heheh
DAH JOIN GA PS IKEA PERLIS?
KALAU BELUM JOM JOIN GA
BANYAK HADIAH YG MUDAH BAKAL DIMENANGI :)
http://ekinrazallibisnes.blogspot.my/2015/11/like-dan-menang-hadiah-misteri-rm1000.html
dari vendor yang sama ke gambar2 di atas? atau vendor2 berbeza?
ReplyDeletejangan baca caption pada gambar tapi sila baca entri
Deletesama la... sebelum beli memang berminggu survey harga dulu..
ReplyDeleteAmboi, dah pandai 'main-main' kat Lazada sekarang yerk ^_^ Akak kalau nak beli apa pun memanglah cari offer paling murah untuk jenama yang sama. Tapi akak suka beli banyak-banyak sikit dan pilih yang COD aje semuanya.
ReplyDeleteJomlah kita main shopping-shopping online, Dik Suria! Kita kumpul banyak-banyak lepas tu kita proceed ^_^
Keliru saya, saya nak beli 1 component basikal ni, masalahnya saya jumpa jenama yang sama, spec semua sama tetapi ada harga yg sangat murah rm100++, pertengahan rm300 dan sangat mahal 1000++. nak beli yang murah takut tak ori nak beli yg mahal tak macam tak betul
ReplyDelete