Showing posts with label pembiakkan. Show all posts

AWAS! VIRUS ZIKA WUJUD SEJAK TAHUN 1947 KINI DAH SAMPAI DI MALAYSIA

AWAS! VIRUS ZIKA WUJUD SEJAK TAHUN 1947 KINI DAH SAMPAI DI MALAYSIA. Allahuakbar.. Tadi tengok berita katanya seorang wanita warga emas di kesan telah di jangkiti virus Zika selepas melawat anak dia yang bekerja di singapore yang jugak dah di jangkiti virus zika. Nampaknya virus zika dah mula melebarkan empayar virusnya kat Malaysia. Jadi kita mula kena titik beratkan langkah keselamatan awal supaya tak menjadi mangsa keganasan Zika katanya.


Asal usul Zika ni sebenarnya bukan muncul zaman sekarang tapi wujud sejak tahun 1947 dan berasal dari Monyet Rhesus di Hutan Zika, Uganda, Afrika. Virus ini diberi nama Zika dimana kata zika diambil dari nama hutan zika yang merupakan hutan dimana monyet yang di jangkiti virus zika ini untuk pertama kalinya ditemukan. Virus zika di kesan menjangkiti tubuh manusia di tahun 1950 terutama di daerah Afrika serta Asia yang merupakan kawasan khatulistiwa, sedangkan infeksi virus ini banyak terjadi pada tahun 1968 di daerah Nigeria. Virus zika sendiri merupakan salah satu jenis virus yang berasal dari genus flavivirus dengan family flaviviridae. Zika kemudian di kesan mula tersebar di daerah timur pada tahun 2014 melintasi samudera pasifik menuju polinesia Perancis. Tahun 2015, zika mulai menyebar hingga pulau paskah hingga amerika tengah, Karibia, hingga Amerika selatan. Seiring dengan perkembangannya, virus zika merebak dan menjangkiti ke dalam tubuh manusia hingga lebih dari 20 negara yang berada di benua Amerika khususnya pada daerah-daerah tropis.Tu sejarah virus zika yang mula2 di kesan. Cuma mungkin sebelum ni dia menyepikan diri buat seketika waktu & kembali mengganas di tahun 2000an ni.

Penyebaran Virus Zika berlaku dari gigitan nyamuk yang mengigit pengidap virus Zika, kemudian dia pergi gigit pulak orang lain maka dengan cara tu boleh berlaku jangkitan Zika kepada orang lain. Virus Zika ni amat bahaya kalau terkena kepada ibu yang sedang hamil sebab boleh menyebabkan bayi yang lahir mengalami kecacatan microcephaly di mana bayi yang lahir dengan size otak yang tak berkembang seperti yang sepatut. Kepala & Otak akan jadi lebih kecil.

Tanda tanda awal yang boleh di kesan jika anda di jangkiti Zika.. adalah demam panas, ruam, sakit pada sendi, dan mata merah. Simtom2 dia ala2 macam denggi jugak la. Kalau korang anda tanda2 & gejala macam tu jangan nak minum air 100 plus jer berbotol botol. Bawak2 diri dapatkan pemeriksaan di hospital atau klinik berhampiran.

Cara nak mencegah dia sama jugak macam kita nak membenteras denggi. Sebab pembawa Virus Zika ni pun adalah dari nyamuk yang sama iatu Aedes. Hapuskan tempat pembiakan nyamuk, jaga kebersihan kawasan rumah & sekitar. Benda ni perlukan kerjasama semua pihak. Kalau kita je jaga kebersihan kawasan rumah kita tapi orang lain tak.. Pun tak guna. Sebab nyamuk ni dia tak berlegar sekitar tempat dia membiak je tapi dia boleh berterbangan riang ria bagaikan pesta kesana sini menggigit orang sesuka hati katanya. hehehe. Atau boleh ikuti 9 tips mudah ni untuk mengelakkan dari terkena virus zika >> 9 Perkara yang Anda Boleh Buat Untuk Memastikan Diri Anda Selamat Dari Virus Zika <<

Moral of the story.. Apa berlaku sebenarnya di sebabkan oleh manusia juga. Nyamuk tu sebenarnya perantaraan jer. Tapi kerosakkan & malapetaka yang berlaku dalam dunia ni semua berpunca dari kerakusan manusia itu sendiri.

CARA JIN MEMBIAK DAN BOLEHKAH MANUSIA DAN JIN BERKAHWIN?

Satu persoalan den dari dulu sampai sekarang.. Dari cerita orang2 ada manusia kawen dengan orang bunian (jin). Ada manusia yang sesat di alam bunian & hidup di sana sampai mati.. Banyak cerita pasal makhluk ghaib bernama jin yang biasanya kita panggil orang bunian. kejadian Jin & kejadian manusia tak sama.. Jadi bolehkah jin & manusia berkahwin seterusnya menghasilkan zuriat hasil perkongsian hidup mereka sedangkan kejadian mereka jauh berbeza?

Jadi sebelum kita tahu adakah jin boleh kawen dengan manusia jom kita ambil tahu macam mana jin di jadikan.

Sumber di SINI

Kita dah tahu kan macam mana proses kejadian jin.. Jom kita tengok pulak macam mana jin membiak.


 Sumber di SINI

Setelah kita berkenalan dengan jin.. cara kejadian & cara dia membiak.. adakah boleh jin & manusia berkahwin, bersama & seterusnya menghasilkan zuriat??


 Sumber kat SINI

Jadi bergaul & berkahwinlah dengan makhluk yang sejenis dengan kamu yer bukan hubungan sejenis jantian tau! jangan salah paham kekekekeke.. Tak payah sesusah nak pergi bertapa dalam belantara gunung ganang bagai semata2 terpedaya dengan cerita2 orang yang kononnya anak2 dara & anak2 teruna bunian ni cantik2 & hensem2 belaka. Sebab makhluk bernama jin ni boleh menyerupai apa saja selagi di izinkan Allah.

Sekadar perkongsian ilmu di hari minggu. Yang baik kita ambil sebagai pengajaran.. Yang buruk kita jadikan sempadan.

 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com