Showing posts with label pendapat peribadi. Show all posts

KAU TAK LAYAK CAKAP BEST ATAU TAK KALAU KAU BUKAN PAKAR

Haruskah bergelar seorang pakar untuk menjadi penilai atau memberi pendapat secara peribadi pada sesuatu perkara tu? Kalau macam tu la syarat untuk mengeluarkah hujah & pandangan peribadi maka ramai yang dah langgar peraturan dalam menulis blog sebab ramai juga yang bagi pendapat secara peribadi terhadap sesuatu perkara yang dorang nak komen.

Hasil carian google

Kenapa isu ni di bangkitkan.. Takde apa sekadar berkupas kupis & kopek untuk perbincangan umum sahaja bukan untuk cari pasal yer. Katakan korang menonton satu filem kat pawagam yang dari sudut kaca mana korang filem tu memang bosan & tak best. Lalu korang pun taipkan satu entri berkenaan apa yang korang tonton & menyatakan pendapat korang secara jujurnya terhadap cerita tersebut & mendapat komen dari seorang makhluk yang mengatakan anda perlu memahami terlebih dahulu tema cerita tersebut sebelum membuat penilaian samada ia menarik atau tidak. Apa perasaan anda??

Mesti pelik kan?? Mungkin kita tak grade dalam bidang tu.. tapi apa yang di hasilkan & di jual tu kepada golongan seperti kita yang hanya tahu menonton bukan membikin. Haruskah kita mendalami sesuatu yang bukan dari bidang kita semata - mata untuk memahami apa yang di sampaikan dalam sesebuah cerita sekaligus melayakkan kita untuk menilai & memberi pendapat tentang produk tersebut. Rasanya tak perlu sampai macam tu. Kalau pembikin pakar dalam bidang dorang, maka dorang tahu untuk menghasilkan produk/cerita yang bagaimana boleh menarik minat orang sekaligus memudahkan seseorang yang menonton/menggunakan produk/cerita untuk memahaminya.

Tak perlu menjadi seorang pakar kalau sekadar untuk menjadi juri awam. Dah nama pun juri awam bukan juri profesional maka pandangan, pendapat & penilaian pun secara peribadi mengikut citarasa sendiri la. Takkan kau makan cekodok mak piah yang tak sedap, kau kena cakap sedap juga dengan alasan kau tak reti buat jadi ko takde hak nak cakap tak sedap, kan??

Kesimpulannya.. Kita tak perlu menjadi seorang pakar untuk memberi pandangan & pendapat peribadi. Apakah citarasa yang lahir secara semulajadi dalam diri kita harus ada kelulusan tinggi macam degree/master/PHD paling selekeh pun diploma?? Takkan kan?? orang tak tau baca & tulis pun ada citarasa sendiri. Kalau dah benda tu tak best/tak sedap/tak menarik.. Itu hak orang untuk memutuskan bagi pihaknya sendiri. Tepuk dada tanya selera (pepatah lapuk jer yang mampu).

Sekadar renungan :
Mari kita kaji apa kena entri ni dengan komen dari cik/en anon ni?? Ni la komen sentap paling lucu.kekekeke

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com