Showing posts with label sehari. Show all posts

HANYA SEMPAT BERKAHWIN SEHARI

HANYA SEMPAT BERKAHWIN SEHARI. Hanya orang yang kuat sahaja Allah Uji macam ni. Kita mungkin tak sehebat mereka sebab ujian kita lebih ringan. Pun macam tu kita dah rasa macam langit duduk atas bahu punya berat. Ujian paling menguji fizikal & emosi tak lain tak bukan ujian kematian orang tersayang. Nak2 lagi kematian tu datang selepas sehari di Ijabkabul. Allahuakhbar... Serius meremang bulu roma. Tersentap rasa hati membayangkan perasaan orang yang di Uji sebegitu hebat.


Bila terbaca berita satu kemalangan di Terengganu.. Perjalanan pasangan pengantin baru untuk ke majlis sambut menantu di rumah pihak pengantin lelaki, mereka terlibat dalam kemalangan. Pengantin perempuan katanya patah tangan Tapi pengantin lelaki bersama ibu kepada pengantin perempuan & 2 adiknya terkorban dalam kemalangan. Berderau darah aku baca cerita macam ni. Nak2 lagi baru sehari mereka di ijabkabul.

Pengantin perempuan bukan saja kehilang suami yang baru sehari di nikahi malah kehilangan ibu & dua adik sekaligus. Ya Allah.. tak terbayang aku perasaan dia sekarang ni. Dalam saat yang sepatutnya menjadi hari bahagia untuk dia.. bertukar menjadi trajedi hitam dalam hidup dia.  Semoga Allah memberi kekuatan & ketabahan dia menghadapi dugaan paling mencabar emosi ni

Sumber Harian Metro

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Dalam usia dia baru berusia 18tahun dia terpilih untuk di uji kehilangan suami, ibu & 2 adik pada hari yang sama. Sama2 kita doakan ketengan & kekuatan buat beliau.

Sesungguhnya yang hidup pasti akan mati. Semoga semua mereka yang terkorban dalam kemalangan tersebut di tempatkan bersama orang2 yang beriman. Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Alfatihah.

SHAH RUKH KHAN HISAP 100 BATANG ROKOK SEHARI

Seratus batang gamaknya berapa kotak rokok? Aku pun tak sure.. Pasal duit tak payah pertikai la kot. Bukan shahul khan kerja kontrak kat tapak pembinaan.. Ni shah rukh khan actor bollywood terkenal di dunia. Satu filem pun gamaknya boleh cover setahun kos rokok dia.. tu pun ada lebih lagi boleh buat joli katak.

Sumber google

Satgi ada pulak yang tanya mana hang tau shah rukh khan hisap 100 batang rokok sehari.. Jangankan jumpa, hidu bau shah rukh khan pun tak pernah, pepandai ja dok buat spekulasi. Aku sedar aku bukan suria khan.. (hahaha takde kena mengena, pulak!) tapi aku tak berani buat cerita kalau takde sumber yang bagitau. Aku terbaca kat ladylista cerita ni..

Katanya shah rukh khan mengaku hisap 100 batang rokok sehari sebab tak mampu control ketagihannya akibat susah untuk tidur. Tapi katanya sekarang dia mula kurang merokok. Bagus la.. niat yang baik kita bagi moral support, ye dak. Apapun shah rukh khan sendiri tak bangga dengan record 100 batang rokok sehari yang mampu dia buat sebab dia sendiri akui benda tu adalah tabiat yang tak bagus.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com