Showing posts with label Iffat. Show all posts

MINGGU AKHIR BIAR AKU JADI PENUNGGU.. DATO ALIFF SYUKRI PEGANG WATAK LELAKI GATAL

MINGGU AKHIR BIAR AKU JADI PENUNGGU.. DATO ALIFF SYUKRI PEGANG WATAK LELAKI GATAL. Dah lama aku tak follow drama Biar aku jadi penunggu. Masa episod mula2 dulu jer aku follow lepas tu aku skip. Hari ni baru berkesempatan layan minggu akhir. Dah tak tau apa cerita tapi yang pasti last aku tengok Iffat & Afeef masih tak ada rasa percaya antara satu sama lain. Nak2 lagi selepas Damia kembali menangih cinta dengan Afeef. Lagi la Iffat sentiasa curiga. Yelah.. dulu kan Afeef sanggup menjadikan dia batu loncatan untuk bersama dengan Damia..


Tapi ok la untuk minggu akhir ni dah takde bahasakan diri aku kau.. Nampak dah ada rasa sayang & cinta antara satu sama lain. Nampak romantik walau takde adengan sentuh menyentuh. Bagus kan drama ni.. Sebenarnya tak perlu pun adegan peluk cium bagai dah bagi nampak romantik.. Cukup sekadar reaksi wajah.. nada suara.. pandangan mata antara pelakon tu pun dah mampu menghidupkan babak & watak tu. Tapi entah kenapa aku rasa geli pulak dengan babak2 romantik tu... Puaka sungguh jiwa aku ni kan. hahahaha.

Tapi dalam episod ni Damia pun dah nak kawen dengan orang lain.. Tapi iffat masih rasa tidak secure dengan damia. Tengok dia masih ada rasa tak percaya pada Afeef. Takut Afeef tergoda dengan Damia. Tu la banyak skip episod yang lepas lepas dah tak tau apa berlaku. hahahaha. Susah sangat aku nak follow apa2 drama dari mula sampai habis. Mesti banyak episod aku skip.

Dalam episod hari ni si Aqil anak Afeef pulak demam panas sampai masuk ward. Apa lagi bergegas la Afeef ambil flight tetengah malam balik KL. Nampaknya damia dah sering berhubung dengan keluarga Afeef. Yelah.. depa ada terikat dengan Aqil even damia dah bercerai dengan Afeef pun. Patut la si Iffat still masih rasa was was. Bila Damia tahu Aqil masuk ward terus dia pun ke ward offer nak jaga Aqil.

Bila Iffat call mak mertua dia tanya pasal Aqil.. Sentap bila mak mertua dia bagitau Afeef & damia jaga Aqil kat hospital. Menyemarakkan lagi la rasa tidak percaya tu kan.. Lepas tu sambung esok pulak

Tapi yang special minggu akhir ni.. Tetiba dalam episod ni ada Dato terlajak laris enterframe. tak tau la episod ni dia ada juga sebab aku dah lama skip drama ni. Nak jugak tu tumpang glemer drama ni. Mentang2 la dia penaja.. hahaha. Pegang watak jiran Iffat kat terengganu yang gatal dok ngorat Iffat tapi penakut bini. Tak padan dengan lemah gemalai.. kemain gatai! hahahaha. Watak extra je tu..

Tak tau la esok sempat ke tidak nak layan drama ni.. Kalau ada kesempatan aku tengok la. Kalau takde biarkan mereka yang lain jadi penunggu drama ni hahahaha.. Aku nak layan benda lagi best ni >> 12 Perkara Luar Biasa Hebat di Tahun 2017 << Korang dah tahu ke belum benda ni? hahahaha

BIAR AKU JADI PENUNGGU... JODOH TIDAK SEMESTINYA MEMBAHAGIAKAN

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 10... JODOH TIDAK SEMESTINYA MEMBAHAGIAKAN. Dah banyak episod rasanya aku skip semenjak mak mertua aku admit ward. Yelah.. kadang2 malam baru sampai rumah memang masa tu mental & fizikal dah ting tong. Memang time balik pun kadang2 pukul 9 malam.. mana sempatnya nak tengok drama biar aku jadi penunggu ni. Hari ni sempat la tengok sekejab. Tu pun aku google nak cari hari ni episod berapa dah hahaha


Untuk episod 10 hari ni (10 Januari 2017) tengok Afeef masih dalam fasa memujuk Iffat yang benar2 terluka dengan perbuatan dia selama ni. Iffat nampak macam masih sayang tapi sebab terlampau kecewa.. Ego tu membataskan segalanya. Hari ni mereka berjanji untuk cuba membina kembali kasih sayang antara mereka. Sebelum ni kan depa cuma ber aku kau jer.. Atas permintaan Afeef yang minta Iffat panggil dia 'Abang..' nampak mereka dah mula nak mencipta kemesraan. Iffat nampak kekok untuk panggil Afeef abang tapi tetap dia ikut permintaan afeef.

Yang aku tertarik masa iffat & afeef berbincang tentang masa depan rumahtangga mereka.. sebab sekembalinya afeef dari luar negara memang hidup mereka tak seperti pasangan suami isteri. Asyik bergaduh. Dari situ Iffat membongkar kenapa dia berkahwin & sanggup tunggu Afeef walau bertahun tahun Afeef membiarkan dia tanpa khabar berita. Katanya sebelum berkahwin dengan Afeef dia buat istikharah & pada malam tersebut dia nampak Afeef dalam mimpinya. Dia yakin Allah tidak menipunya.. maka dia terima lamaran Afeef. Tapi dia sedar.. Jodoh itu tidak semestinya membahagiakan.. Yer betul la tu. Tak semua jodoh itu membahagiakan & kadang2 memang pada peringkat permulaan ada jodoh yang menguji segala sudut ruang hidup kita sebelum dia datangkan bahagia yang kita tak pernah terbayang akan kecapi di masa akan datang. Bila kita di uji dengan 'Jodoh kita' di awal perkahwinan memang yang kita terbayang masa tu perkahwinan yang kita bina mungkin akan berakhir bila2 masa. Tu yang ada masih have fun dengan kawan2 & masih hangout dengan kawan kawan untuk buat benda2 ni walaupun dah kahwin >> 6 Sebab Orang Suka Hangout & lepak2 dengan kawan kawan << Yelah.. dari stress mengadap pasangan yang kalau jumpa macam musuh ketat je kan. Tapi Allah tu maha tahu apa yang terbaik. Di pertengahan dia bagi kita rasa bahagia dengan'jodoh kita'. So jangan cepat buruk sangka dengan 'Jodoh' yang Allah tentukan pada kita.

Berbalik pada episod hari ni drama biar aku jadi penunggu.. Abang Iffat & kakak sulung Afeef dah merancang nak berkahwin. So sekarang keluarga kedua belah pihak sedang plan nak mengadakan perjumpaan bagi membincangkan hal pernikahan anak anak mereka.

Afeef dah mula start bekerja dalam episod ni.. tak tau la episod lepas dia dah mula kerja tak tapi nampak macam dia baru nak start kerja je dalam episod ni di sebuah syarikat guaman kalau tak silap.

Iffat terasa dengan Raff semasa mereka membincangkan pasal Raff yang belum berkahwin. Bila Raff cakap orang yang dah lama kahwin pun belum tentu bahagia.. Inikan dia yang masih belum ada calon & nak cari calon yang dia tak pernah kenal & berkahwin. Iffat ada offer nak carikan calon untuk Raff..di sebabkan atas dasar kepercayaan, Raff setuju dengan tawaran Iffat tu. Tak tau siapa Isha ni dalam episod ni.. nampak dia macam sukakan Raf tapi Raf nampak agak tidak selesa dengan Isha. Isha pun ada meluahkan perasaan yang dia suka & sayang pada raf tapi Raf mengaku dia dah ada yang punya cuma Isha tetap tak percaya. Dia tahu Raf saja cakap macam tu untuk buat dia putus harapan dengan Raf. Isha nampak tak putus asa untuk pikat Raf. Beriya sungguh si Isha ni kan...

Untuk episod hari ni.. nampak Iffat & Afeef dah mula cuba berbaik. Mak Afeef pun mula perasan masing2 nampak happy cuma dia tak yakin depa memang happy atau berlakon happy je. Untuk episod esok tak tau happy ke tidak & tak tau aku sempat tengok ke tidak.. Kalau sempat aku review lah yer.. Tak sempat tu kira sadakallahhuazim je la.

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 6.. AKHIRNYA IFFAT TAHU TENTANG PERKAHWINAN AFEEF & DAMIA

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 6.. AKHIRNYA IFFAT TAHU TENTANG PERKAHWINAN AFEEF & DAMIA. Cerita ni dah semakin panas sekarang.. Fasa fasa ketegangan sedang berlaku katanya. Bila Afeef kembali ke Malaysia bersama seorang kanak kanak. Pengakuan Afeef kepada keluarganya tentang perkahwinan dia & damia di luar negara.. Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang anak bernama Aqil.. Episod 5 aritu Iffat masih tidak tahu tentang tu..


Untuk episod 6 ni.. Akhirnya selepas Afeef kembali ke UK, ibu bapa mertua Afeef membongkar perkara tu pada Iffat.. Kecewanya Iffat hanya Tuhan saja yang tahu. Dia bukan saja menjadi isteri yang tidak di pedulikan malah di curangi kepercayaan dia selama ni. Pun begitu keluarga mertua Iffat berharap perkara tu tak membuatkan mereka bercerai berai. Iffat terkilan sebab semua orang suruh dia bersabar seolah2 dia seorang yang tiada perasaan atas apa yang Afeef dah buat pada dia. Sapa2 pun akan rasa macam tu.. Untuk merealisasi permintaan orang lain dia terpaksa berkorban perasaan dia sendiri.

Akibat terlalu kecewa Iffat menyuarakan keinginan dia nak bercerai dengan Afeef pada mak dia.. tapi mak dia suruh dia fikir masak masak. Bagi Iffat dia dah tak mampu percayakan Afeef lagi. semua orang menasihati Iffat supaya buat keputusan yang terbaik.. Jangan terburu buru untuk bercerai tapi waktu ni Iffat nampak sangat kecewa seolah olah tak mampu nak terima apa yang Afeef dah buat pada dia...

Walau simpati dengan Aqil (anak Afeef & damia) yang mula mesra dengan dia (Iffat) tapi di sebabkan terlalu kecewa dengan Afeef dia bertekad untuk menjauhkan diri dari Aqil & cuba melupakan Afeef. Tapi di sebabkan mak mertua dia datang merayu minta Iffat jumpa dengan Aqil sebab Aqil sampai demam rindukan Iffat.. Akhirnya Iffat beralah jugak & pergi berjumpa dengan Aqil. Sesampai je kat rumah mertua dia..Aqil demam panas. So kelam kabut di bawa ke hospital. Atas rasa simpati.. Iffat terima juga Aqil. Siap panggil mama lagi tu..

Afia terima panggilan dari abang dia (Afeef) suruh minta tolong Iffat ambil dia kat airport. Namun berita kepulangan Afeef sikit pun tidak mengembirakan Iffat.. Yelah, orang dah frust kan. Dah tak ada rasa excited. Bila nampak Afeef kat airport Iffat jadi berdebar debar... Mungkin sebab perasaan sayang pada Afeef tu masih ada.. Maka bersambung petang nanti pulak..

Biar aku Jadi Penunggu Episod 6 Boleh tonton kat sini

Dalam cerita ni nampak Iffat ni sangat lembut hati & pemaaf.. walau marah macam mana pun dia tetap tak sampai hati untuk keraskan hati dia pada apa2 perkara yang memerlukan dia. Cuma adakah sekembalinya Afeef kali ni akan lebih membahagiakan dia atau sebaliknya.. So korang follow je la episod seterusnya.

Entri sebenarnya entri yang draft semalam.. Tapi semalam malas nak post sebab nak post entri cerita seram Hantu Melati so postpone hari ni baru post. hehehehe

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 2.. AKHIRNYA IFFAT SETUJU BERKAHWIN DENGAN AFEEF

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 2.. AKHIRNYA IFFAT SETUJU BERKAHWIN DENGAN AFEEF. Nampaknya aku pun melekat lekit dah dengan drama kat slot Akasia TV3 kali ni katanya. Bukan pasal Janna Nick tapi sebab Ashraf Muslim. Almaklum la Ashraf Muslim ni kan selebriti berbini dua yang aku suka. Walau dalam drama ni bagi aku watak dia bawa nampak kurang berkesan tapi aku still suka tengok dia. Sebab aku suka dengar tone suara dia bila bercakap. Lelaki yang jenis macam ni memang susah nak cakap kasar atau nak bawa watak nakal2.. Sebab personaliti dia terlampau baik. hahahaha

Hero & heroin Drama Biar Aku Jadi Penunggu (Ashraf Muslim & Janna Nick)

Dalam episod kedua ni.. Afeef masih pujuk Iffat untuk kahwin dengan dia. Seperti di Iffat sedia maklum, Afeef ada makwe bernama Damia. Yelah.. depa bercinta sejak sekolah kan.. Of course la Iffat tahu depa kan 1 sekolah. Bila Iffat pertikaikan hubungan dia dengan Damia.. Afeef dah mula menipu part tu. Katanya dia dah lama break dengan Damia sebab mak dia tak suka damia.. Tapi part dia kena kawen sebab syarat mak dia kalau dia nak sambung belajar ke luar negara tu dia tak tipu la. Iffat.. nampak mula termakan dengan pujukkan Afeef tu mula memikirkan pasal lamaran Afeef ajak dia kahwin tu. Nampak Iffat pun dah macam setuju jer..

Video sedutan Episod Kedua Drama Biar Aku Jadi Penunggu

Jadi Afeef tak tunggu dah.. terus bagitau mak dia yang dia dah ada calon & calonnya ada Iffat. Memandang mak di Afeef ni tahu sikit2 pasal keperibadian Iffat so mak si Afeef setuju untuk terima Iffat sebagai menantu. Of course la Iffat ada banyak ciri2 idaman mak mertua. Perempuan baik kot.. hehehehehehe... Cuma Mak Afeef tak tau la plan di sebaliknya. Iffat cuma jadi objek untuk Afeef nak merealiasikan impian dia nak keluar negara & bersama kekasih hati dia Damia je. Kesian kan kat Iffat.. Mati2 ingat orang suka kat dia. Bayangkan kita kat tempat Iffat tu.. Ya Allah.. macam tak berharga sangat orang buat macam tu. Seolah2 kita ni terjadi dari sampah yang di kitar semula jadi manusia je. Sampah yang kitar semula pun kadang2 mahal jugak.

Maka rombongan merisik pun datang la kerumah Iffat Hamani.. Walaupun ketiadaan Iffat di rumah mak bapak dia. Sekali lagi Afeef guna teknik menipu. Katanya dia dah bincang dengan Iffat pasal nak kawen, just tunggu approval dari mak bapak Iffat je. Kemudian bila dengan Iffat dia cakap mak bapak Iffat & mak dia dah setuju mereka berkahwin. Plan tu dia cerita la kat si damia makwe dia tu. Memang makwe dia agak tak setuju. Gila kau nak setuju. Perempuan mana belum kawen dah tahu kena madu. Tapi terpaksa terima untuk pastikan Afeef boleh pergi belajar di luar negara.

Walaupun Iffat serba salah nak terima sebab dia pun rasa macam something sangat tetiba Afeef cari dia & ajak kawen. Pun macam tu sebab dia memang ada perasaan suka kat Afeef dia ignore je segala persoalan tu & terima juga akhirnya lepas pujuk rayu & janji manis si Afeef tu. Tapi kan.. nak kata Afeef menipu sangat pun tak juga. Dia nak mention kat Iffat antara sebab dia nak kawen dengan Iffat adalah sebab dia nak pergi belajar ke oversea. Cuma tu la.. Maybe sebab Iffat ada hati dengan Afeef sebab tu dia boleh terima jugak. Yelah.. orang dah suka sangat kadang2 memang senang orang nak ambil kesempatan.

Suka la si Afeef satu plan dia dah berjaya dan Iffat dengan yakin berpegang dengan janji setia palsu Afeef. Tak tau kenapa tang babak Iffat yang confident & suka sangat bila Afeef nak kawen dengan dia aku jadi kesian sangat.. Dia tak tau.. Dia bakal di lukai satu masa nanti. Kesian kan.. Ok la nangis siap2 untuk Iffat walaupun episod sedih tu belum lagi berlaku. Yang paling kesian.. Bila Afeef perkenalkan Iffat Hamani sebagai bakal isteri dia kat seorang kawan lelaki Iffat yang menyimpan perasaan kat Iffat tu.. Alahai tu pun sedih jugak. Tak sempat nak tackle wanita idaman tetiba dah di sambar lelaki penipu. Afeef nampak macam cemburu sikit pada kawan lelaki Iffat even Iffat tak ada pun perasaan kat lelaki tu.. Sebab nampak mereka agak mesra bila berbual.

Afeef pula lepas buat plan macam tu mula ragu2 dengan tindakkan dia yang mempergunakan Iffat untuk kepentingan peribadi dia tapi dia yakin apa dia buat bukan la teruk sangat so terus dia rasa tak bersalah. Hek kau!!

Bila dah kedua mempelai setuju nak kawen maka perbincangan antara keluarga pun berlaku untuk membincangkan tarikh pernikahan mereka. Maka Afeef & Iffat pun mula buat persediaan dengan membeli belah barang2 hantaran & keperluan perkahwinan mereka. Babak2 ni nampak bahagia & happening jer..  Masa fitting baju pengantin tetiba Afeef nampak macam Damia yang pakai baju pengantin tu.. Lepas tu bersambung.. Tunggu je esok pulak.

So episod kedua aku masih berjaya follow tanpa gagal. Untuk seterusnya tak berani jamin. Tapi kalau aku berjaya kesemua episod memang rare la hahahaha.. Almaklum la aku taste bukan tetap sangat walau aku minat cerita seram. Aku semua genre boleh masuk cuma filem2 macam ni je aku memang 'kenot go' sikit >> Hanya Peminat Filem Star Wars Je Akan Rasa Betapa Bernilainya giveaway Macam ni << Filem2 macam ni serius aku tak berapa boleh hadam. Hahahaha.. Aku kena tengok filem2 yang ada unsur realistik jugak walau filem seram kadang2 ada juga babak2 yang di reka2 & tak wujud pun dalam kehidupan tapi masih banyak babak2 yang dalam logik akal. hehehehe

Jadi.. Apa komen korang drama terbaru slot akasia ni setelah 2 episod bersiaran? Best ke tidak.. Bagi aku ok la.. Boleh follow sebab dari sinopsis akan ada babak2 yang lebih menyentuh hati. hehehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com