Salam Takziah.. pada semua ahli keluarga mangsa MH17. Seperti semua tahu hari ini hari kepulangan 20 jenazah mangsa trajedi MH17 ke tanah air. Ramai yang melahirkan rasa sedih & simpati. Ternyata umat manusia masih ramai yang punya hati. Biar sekadar ikutan tapi sekurang kurangnya ada rasa hormat pada perasaan orang yang tengah bersedih. Tak perlu kita jadi luar biasa mempertikaikan segalanya.. Hanya perlu jadi manusia seminit dua untuk diam dari berkata kata sebab kita di jadikan dari unsur yang sama, tak salah kita sama2 cuba merasa apa yang orang lain rasakan saat ni.
Jangan hanya menaip Al Fatihah tapi tidak membaca.
Dari pihak saya sendiri.. sememangnya hati seorang manusia biasa akan tersentuh walau hanya melihat upacara menyambut kepulangan jenazah2 MH17. Akhirnya kini mereka sudah sampai ke destinasi mereka sebelum pesawat MH17 di tembak. Biar mengambil masa yang agak lama & mereka pulang tak seperti mereka pergi.. Namun pulang juga akhirnya walau di sambut berjuta air mata.... Tabahlah ayah,ibu,suami,isteri,anak,cucu... Yang belum kembali Insya Allah mereka jugak akan kembali nanti. Ujian Allah pada hamba yang terpilih & berkemampuan untuk memikulnya.. ternyata anda yang di uji semua hebat di mata Allah.
Nukilan dari hati.. Semoga bertabah pada semua mereka yang terlibat. Mereka pergi bukan kerana benci.
Terlebih dahulu saya ingin ucapkan Takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat dalam pesawat MH17. Sesungguh terlalu sukar untuk menerima kenyataan kehilangan sebegini... Namun percayalah setiap dugaan di sertakan bersama kekuatan. Allah menguji kita dengan kemampuan yang kita ada.. Bertabahlah.. Sesungguhnya urusan dunia mereka telah selesai.. Kita juga akan kesana cuma entah bila
Coretan puisi ini sekadar rasa hati melihat trajedi ngeri.. Saya jugak punya hati
TANGISAN MH17 YANG KITA TIDAK DENGARI
Bagaimana riuh rendah suara jeritan
erat berpelukan dalam tangisan
Sebuah ketakutan di ambang kematian
Kita hanya melihat
Jasad menjadi serpihan bergelimpangan
Terasa bagai di siat perasaan
Ya Allah.. itu anak, itu suami, itu isteri, itu cucu kami
Ya Allah.. baru sebentar tadi mereka berjanji akan kembali
Ya Allah.. kini mereka sudah pergi
Pulang ke pangkuan Ilahi
Pedih.. Ya Tuhan
Tak tertanggung hati
Yang menanti..
Hanya khabar bagai mimpi ngeri
Sakit.. Ya Tuhan
Tak terluah dengan perkataan
Lalu menjadi Trauma sebuah trajedi
Takut untuk terbang tinggi
Bukan takut untuk mati
Takut untuk mengingati peristiwa ngeri
meragut nyawa insani
Semoga Allah tempatkan semua mangsa (Yang beragama Islam) di kalangan orang2 yang beriman. Semoga Allah beri semua keluarga mangsa kekuatan. Semoga kita semua mendapat teladan.. Semoga Allah melindungi negara kita dari sebarang ancaman. Semoga Allah beri perlindungan pada semua umat Islam. #PrayForMh17 #PrayForMh370 #PrayForGaza
Kadang2 kita tak boleh hanya jadi manusia.. ada ketika kita perlu jadi seorang insan untuk membuktikan kita masih waras dalam perasaan.
Hari ini hari kelima misteri kehilangan MH370.. tiada satu petanda atau petunjuk pun di jumpai selain spekulasi, berita2 tak sahih, andaian2 tak berasas sahaja yang semakin bertambah namun rahsia masih menjadi rahsia dan tiada satu manusia pun berjaya merungkai rahsia Allah ini sehingga hari kelima.
Letih akal waras menjadi jawapan.. Namun sangat misteri untuk siapa2 simpulkan. Tapi masih ramai yang berlagak bijak pandai, takpe biarkan. Biarlah orang2 bodoh macam aku ni terus ikhtiar dengan doa, biarkan orang2 yang konon pandai terus dengan tafsirannya.
Tapi ada satu keajaiban dari trajedi ni.. aku tiba2 kembali mengarang puisi.. dah lama aku tinggal hobi aku yang satu ni. Pernah jugak dulu cuba tulis balik tapi tak boleh. Idea takde.. macam beku jer. Mungkin sebab aku terlampau fikir pasal MH370 ni kot.. Apapun, yang aku tulis semua lahir dari hati aku sendiri. Aku taip cuma kat status wall FB aku tanpa clik post jer dulu.. kemudian aku edit atas gambar baru aku share.
Sungguh.. trajedi misteri kehilangan pesawat MH370 sangat sangat bagi
kesan dalam diri aku secara peribadi. Aku lebih banyak fikir pasal
MH370 dari perkara lain dah sekarang ni tapi yang pelik sepanjang 5 hari
ni takde sekali pun aku mimpi pasal MH370. Sungguh pelik sebab aku
jenis kalau aku terlalu fikir pasal sesuatu akan terbawak2 sampai dalam
mimpi sebab aku manusia yang terlelap jer mesti ada mimpi walau 5 minit
aku tidur sekalipun. Aku sendiri tak tau.. tidur aku yang mana takde
mimpi, setiap hari yang aku tahu ada saja mimpi. Semalam aku mimpi aku tengah sarat mengandung anak kedua. siap nampak baby bergerak2 dalam perut aku. Takde kena mengena langsung mimpi aku dengan trajedi MH370
Sungguh
Allah belum mahu bagi sebarang petunjuk atau petanda pasa sesiapapun
sehingga hari kelima ni. Entah di mana mereka? hidup atau mati? Makin di
fikir makin tiada jawapan. Sungguh teka teki Allah yang satu ni mampu
merentap perasaan.
Ya, Allah jika ini balasan dari
dosa2 kami yang melakukan kerosakkan & kemungkaran di bumi Mu ini Ya
Allah.. maka ampunilah kami. Tiada daya kami sebagai manusia merungkai
teka teki Mu, dimana mereka berada. Sungguh kerdil kami berbanding Mu,
Ya Allah. Maka kepada Mu juga kami meminta & merayu simpati..
berilah petanda untuk pasukan penyelamat menjejaki mereka tak kira dalam
apa juga keadaannya.
sejak semalam & pagi ni.. inilah hasil nukilan aku untuk trajedi #MH370. Semua aku tulis dari hati yang mengharap semoga pesawat Mh370 bersama mangsa2 nya di temui