INILAH WATAK PALING MENAKUTKAN DALAM LAGENDA SERAM
INILAH WATAK PALING MENAKUTKAN DALAM LAGENDA SERAM. Filem seram sekarang kadang2 yang membawa watak hantu atau watak yang menyeramkan tak seram langsung. Tengok muka dia pun dah tak seram memang spoil la nak tengok filem seram. Sebagai peminat filem seram tegar ni aku kalau boleh bukan je nak jalan cerita tu seram malah yang bawa watak hantu pun mesti muka paling seram yang sampai boleh buat aku tengok celah jari.Malangnya sekarang tak ada satu pun filem seram boleh buat aku tengok celah jari atau sampai tutup muka dengan bantal. Cuma kalau ada babak2 ngeri berdarah bagai tu aku memang kalah sikit la. Tapi bukan sebab seram cuma aku tak boleh tengok luka & darah je.
Kalau ada anugerah watak seram paling berkesan aku rasa memang tak ada pelakon yang bawa watak seram kat Malaysia ni aku vote. Tapi kat luar negara ada 5 filem ni pembawa watak seram dari adaptasi lagenda seram di katakan paling seram. Antaranya adalah..
Jason Voorhees
Jason Voorhees adalah watak seram yang muncul dalam filem lagenda seram, Friday The 13th. Filem ini telah memasuki sekuelnya yang ke 11 setelah filem perdananya pada tahun 1980. Uniknya, pada filem pertamanya, yang muncul sebagai karakter antagonis adalah Mrs Pamela Voorhees, iaitu ibu Jason. Jason Voorhees hanya muncul sebagai tokoh seram di sequel kedua dan seterusnya.
Jason Voorhees adalah seorang kanak-kanak yang lemas di Camp Crystal Lake. Dia adalah mangsa akibat sikap tidak ambil peduli pemuda-pemuda yang sedang menjalankan aktiviti di kem tersebut. Setelah dewasa, Jason membalas dendam terhadap semua orang yang menjalankan sebarang aktiviti di tempat tersebut.
Jason Voorhees memiliki ciri khas. Dalam kemunculannya, dia sering menggunakan topeng ski dan membawa parang besar. Sejak kemunculannya yang pertama, Jason Voorhees telah 'mengerjakan' lebih dari 150 orang dalam semua filemnya.
Salah satu adegan yang cukup berkesan adalah saat Jason berpasangan dengan Tommy Jarvis dalam filem Friday The 13th Part 4: The Final Chapter (1984). Filem Friday 13th kejab lagi tayang kat TV3 pukul 10 sila la tengok kalau nak tau seram ke tidak
Siapa yang tidak kenal dengan watak yang menakutkan ini. Dia adalah bintang filem lagenda seram, A Nightmare on Elm Street. Filem pertama yang ditayangkan pada tahun 1984 telah memiliki lapan sekuel.
Freddy Kruger memiliki modus operandi yang unik apabila melakukan pembunuhan. Dia melakukannya di dalam mimpi setiap mangsa.
Dalam kehidupannya yang normal, Freddy Kruger adalah seorang pembunuh kanak-kanak. Dia mengundang kemarahan ibu bapa mengsa hingga membakarnya hidup-hidup.
Freddy akhirnya kembali dan menjadi mimpi paling menggerunkan dalam tidur setiap mangsanya.
Berbeza dengan watak-watak seram yang lain, Freddy Kruger memiliki sense of humor. Dia juga banyak bercakap selain senyuman lebar dari wajahnya yang buruk.
Freddy juga dilengkapi dengan pakaian khas berwarna merah dan hitam serta sarung tangan lancip terbuat dari logam membuatkannya karektor seramnya nampak agak unik.
Chucky
Freddy Kruger memiliki modus operandi yang unik apabila melakukan pembunuhan. Dia melakukannya di dalam mimpi setiap mangsa.
Dalam kehidupannya yang normal, Freddy Kruger adalah seorang pembunuh kanak-kanak. Dia mengundang kemarahan ibu bapa mengsa hingga membakarnya hidup-hidup.
Freddy akhirnya kembali dan menjadi mimpi paling menggerunkan dalam tidur setiap mangsanya.
Berbeza dengan watak-watak seram yang lain, Freddy Kruger memiliki sense of humor. Dia juga banyak bercakap selain senyuman lebar dari wajahnya yang buruk.
Freddy juga dilengkapi dengan pakaian khas berwarna merah dan hitam serta sarung tangan lancip terbuat dari logam membuatkannya karektor seramnya nampak agak unik.
Chucky
Filem Child Play pertama kali ditayangkan pada tahun 1988, iaitu filem pertama tentang patung boneka berbahaya bernama Chucky.
Asal-usul keganasan Chucky bermula apabila seorang pembunuh ditembak mati di sebuah kedai permainan kanak-kanak.
Kerana pengaruh ilmu hitam, rohnya mampu merasuk ke dalam apa -apa bentuk sekalipun, sehinggalah ia bertemu dan merasuk patung Chucky yang sangat terkenal itu. Chucky ni suka mencarut. Mencik tau tengok filem dia. hahahaha
Frankenstein
Sama seperti Dracula, Frankenstein muncul di zaman klasik melalui novel. Filem pertama yang mengangkat tema cerita karangan Mary Shelly adalah Frankenstein (1931). Boris Karloff telah diberi kepercayaan untuk membawakan watak Frankenstein hasil ciptaan Dr. Henry Frankenstein. Frankenstein adalah satu ciptaan hasil gabungan pelbagai bahagian tubuh manusia yang telah mati.
Obses Dr. Henry Frankenstein sebagai seorang saintis akhirnya mencetuskan idea gila tersebut. Suatu hari, tubuh lengkap makhluk menakutkan ciptaannya berjaya hidup dengan bantuan tenaga elektrik dari petir. Idea gila ini berakhir dengan tragedi ngeri. Frankenstein menjelma menjadi pembunuh dan menyebabkan ketakutan di kalangan penduduk.
Scream
Filem Scream (1996) ketika ditayangkan mendapat sambutan yang sangat luar biasa dikalangan penonton.
Di Amerika Syarikat, filem tersebut berjaya mengaut keuntungan lebih daripada $100 juta. Scream juga telah mengibarkan trend baru filem-filem ganas. Pembunuh yang menakutkan, dipadu dengan teka-teki siapa pembunuh sebenarnya, diracik dengan baik oleh pengarah, Wes Craven, yang juga mengarahkan filem hebat A Nightmare on Elm Street.
Kejayaan awal filem seram ini kemudiannya disusuli beberapa lagi filem trilogy. Scream 2 (1997) dan Scream 3 (2000).Dalam filem ini, pembunuh akan mengenakan topeng dan jubah yang bermotifkan tengkorak yang menakutkan.
Tapi semua watak watak tu mungkin akan kalah kalau watak watak dalam filem X-men di ambil alih oleh 5 orang popular ni di Malaysia. Mungkin tak seram tapi boleh buat orang pecah perut. Bayang Rani Kulup, Raja Bomoh VIP Ibrahim Mat Zin & Didie Alias bergabung dalam filem X-men mungkin inilah watak mereka bawa >> Inilah Yang Berlaku Kalau 5 Watak Dalam Filem X-men di lakokan oleh 5 orang popular di Malaysia. Pecah Perut beb! hahaha << Confirm orang tak tengok filem seram lagi. hahahaha
Moral of the story.. Pelakon kalau nak berlakon jangan la bawa watak hantu pun kau still nak nampak cantik. Memang fail la kan. Hantu mesti muka hodoh baru seram. hahahaha