Showing posts with label sweden. Show all posts

KES PENDERAAN ANAK DI SWEDEN! PUKUL SEKALI JER, ANAK YANG LEBIH2 BUAT CERITA KATA SI IBU

Ni berita terkini yang aku baca dari news astroawani tentang kes penderaan anak di sweden.Kalau entri sebelum ni pasal statement si ayah yang katanya hanya pukul dua tiga kali jer setahun tu pun bukan semasa berada di sweden tapi semasa bertugas di Afrika & semasa berada di Malaysia.

Sumber google

Kali ni Mak depa pulak bagi statement katanya masa kat sweden dia pukul anak lelaki dia yang bernama Ammar hanya sekali di bahu tu pun pasal dia mengamuk bergaduh dengan kakak dia Aisyah sampai hilang kawalan. Katanya pukul sekadar nak meleraikan pergaduhan tu jer. Budak tu pun masa tu reaksi dia cuma terkejut bukan sakit pun. Mak dia kata dia jer besar2 kan cerita konon kena dera la sangat.


 Sumber astroawani

Tapi paling hati ku yang melekat lekit ni tersentuh bilamana si ibu menitiskan airmata ketika bercakap tentang anak2 dia di mahkamah. Mungkin terkilan dengan apa yang berlaku & mungkin jugak rindu. Yelah.. busuk ke jahat ke.. huduh ke.. tetap la di hati seorang ibu ni takkan mampu membenci. Itulah hakikatnya. Sebab mak aku pun macam tu.. aku yakin mak2 orang lain pun Insya Allah macam tu jugak.

Apa yang kami mampu hanya doakan semoga kes ni cepat di selesaikan & pasangan malaysia yang di tahan tu di bebaskan tanpa di sabitkan kesalahan. Semoga keluarga ni kembali bersatu.


KES DERA ANAK DI SWEDEN, BAPA MENGAKU PUKUL TAPI NAFI MENDERA

Aku akan update kalau berkesempatan isu kes tuduhan mendera anak di sweden sebab macam aku cakap kat entri2 sebelum ni aku memang ikuti perkembangan kes ni. Yang terbaru sempat aku baca di blog astroawani adalah perbicaraan terkini dimana En azizul, bapak kepada budak2 yang katanya di dera tu menyangkal dakwaan anak anaknya yang konon di dera tapi mengaku ada pukul tapi bukan semasa berada di sweden.. tapi semasa tinggal di malaysia & africa tu pun dalam setahun cuma dua tiga kali jer,katanya.


Alahai normal la tu bapak pukul anak2 yang tengah membesar sekali dua dalam setahun, ye dak?? Aku percaya hancur luluh hati mak bapak budak2 ni dengan statement anak2 depa, kan?? Pun macam tu.. berkecai macam mana pun hati seorang mak & ayah ni takde la sampai nak membenci anak sendiri.. terkilan tu maybe walau kenyataan anak2 depa ni sehingga menyebabkan mereka di tahan/lokap. Tu la kasih seorang ayah & ibu...

Sumber astroawani

Aku tahu sebab mak ayah aku memang macam tu. Walau apapun anak2 buat.. kadang2 sampai menyusahkan mereka tapi tak pernah aku dengar mak ayah aku cakap benci. Marah & merungut tu ada la tapi tak pernah depa tak peduli kalau anak2 dalam kesusahan sebab tu aku yakin mak bapak budak2 ni pun sama jugak.

Agaknya apa rasa budak2 tu sekarang yer...?? Happy kah mereka dapat tinggal dengan orang yang mereka harap jadi ibu kandung mereka sebelum ni atau menyesal dengan kenyataan mereka buat sehingga menyebabkan mak bapak mereka di penjara?

P/S : mungkin hubungan kekeluargaan keluarga ni agak renggang kot sehingga terjadinya kes macam ni. Kalau hubungan depa rapat.. mustahil jugak anak2 ni macam jauh hati tapi tak bermakna sebagai anak kita harus memperlakukan mak bapak kita sampai macam tu sekali, kan??


KES DERA ANAK DI SWEDEN,KENYATAAN ANAK LELAKI CAKAP DI PERLAKUKAN MACAM HAMBA

Semakin aku ikuti kes ni semakin aku rasa maybe ada jugak kesalahan yang mak bapak budak2 ni buat. Kalau tak masakan adik beradik ni masing2 macam rasa tak puas hati dengan mak bapak dorang. Mungkin bagi kita yang membesar dalam zaman dimana perkara biasa di pukul & dirotan mak bapak rasa perkara biasa rotan dalam mendidik anak tapi bagi anak zaman sekarang ni.. yang terlalu banyak akta yang membela mereka & terlalu banyak pengaruh luar membuatkan mereka merasa mereka tidak berhak di sakiti walau untuk tujuan mendidik sekalipun.


Hari ni aku terbaca artikel yang bertarik 28 februari (semalam) tentang statement anak lelaki pasangan yang di tahan di sweden atas tuduhan mendera anak yang  rasa mak bapak depa ni buat depa macam hamba & mak ayah depa tu macam tuan. Kononnya mereka seolah olah di kawal dengan rotan, kalau depa tak mau kena rotan jangan buat silap. Dia kata dia tak rela di rotan. Dik.. akak dulu pun mana ada rela kena rotan dengan mak. Takde sapa2 rela kena rotan tapi tak semua orang simpan dendam dengan mak bapak sendiri hanya sebab kena rotan yang kesan birat dua tiga hari hilang tu.


Tak tau apa yang berlaku dalam rumah mereka sehingga anak2 ini seolah2 menyimpan perasaan tak puas hati dengan mak bapak mereka sendiri. Walaupun apa alasan.. Mak bapak korang merotan tak sampai menyebabkan kecederaan serius atau kecacatan kekal apatah lagi ada yang mati kena rotan tu membawa maksud.. rotan tu hanya tahap untuk mendidik & mendisiplin kan korang je kot. Mungkin sebab depa ni membesar di perantauan bila kena marah atau kena rotan takde sedara mara yang dekat dorang nak tumpang meluahkan perasaan sebab tu la kot benda ni jadi isu serius & memberi kesan emosi pada mereka. mungkin la kot.. tu cuma andaian aku je.

Apapu dik.. kalau ada sedara mara korang yang terbaca blog ni atau korang sendiri terbaca, satu je akak nak pesan. Hari ni mungkin kamu rasa puas hati dapat melepaskan perasaan marah kamu pada mak ayah, kamu membuka segala aib mereka & memperlihatkan pada dunia seolah2 mereka ibu ayah yang sangat kejam.. percayalah satu hari nanti waktu kamu dah dewasa perkara ni akan menjadi kesalan yang paling kamu tak dapat maafkan diri kamu sendiri. Akak pun melalui usia macam kamu jugak dulu.. akak pun remaja memberontak jugak.. akak pun membesar dengan cubit tampar & rotan mak jugak.. akak pun merasa pedih setiap kali di libas rotan ke kulit.. akak pun pernah rasa tak puas hati bila mak rotan.. semua akak pernah rasa macam apa yang korang rasa cuma yang tak sama akak tak simpan dendam pada mak bapak sendiri. Biar berbirat satu badan.. setiap hari akak tetap perlukan mak sebab mak adalah kekuatan pada setiap anak biarpun akak pun di manja oleh makcik macam korang rasa sekarang. Makcik lebih baik dari mak sendiri.. akak pun pernah lalui situasi tu tapi tetap akak rasa akak masih perlukan seorang mak sampai bila2.

Mungkin mak bapak korang juga bersalah.. tapi apalah sangat salah seorang ibu ayah pada seorang anak jika di bandingkan dengan pengorbanan mereka untuk melahirkan & membesarkan kamu sehingga mampu meluahkan kata tak puas hati pada mereka. Jika bukan dari didikkan mereka kamu jugak tak mampu untuk berkata2 pedih pada mereka hari ni. Dari kasih sayang la.. kamu membesar &petah berkata2. Jika kamu membesar dari kebencian mereka.. mustahil kamu secomel & sebersih & sesempurna sekarang.

ANAK SULUNG PASANGAN YANG DI TAHAN DI SWEDEN SEOLAH TAK SUKA DENGAN MAK BAPAK DIA

Semalam aku bercuti dari berblog & kurang online jadi hari ni baru la semak2 balik berita2 & isu2 semasa. Antaranya yang aku ikuti adalah kes pasangan yang di tahan di sweden atas tuduhan mendera anak2 mereka. Tadi terbaca kat blog sozcyili perkembangan terbaru kes tu.

Aku terkilan sikit bila baca luahan hati anak sulung pasangan tersebut yang seolah2 rasa mak bapak dia macam tak sayang dia & dia pun macam nak cakap dia tak suka mak bapak dia tapi dalam berkias la. Dia rasa yang mak bapak dia pernah marah pernah pukul tu macam tak adil bagi dia kot. Bagi aku yang pernah melalui usia remaja macam dia.. aku faham apa dia fikir & rasa. Dalam umur macam tu.. memang kita rasa apa kita buat ni betul sangat dah.. bila mak bapak tegur marah atau pukul kita rasa macam kita teraniaya sangat. Kita rasa mak bapak tak faham & kurang sayangkan kita padahal.. time tu kita lupa pulak nak fikir.. kalau tak sayang dia tak bagi kau makan.. tak bagi kau sekolah.. tak bagi kau pakaian.. tak peduli kalau kau sakit.

Apa yang aku faham dari luahan hati si Aisyah ni.. Dia macam nak kata makcik dia lebih baik.. lebih memahami & lebih menyanyangi dia.. Dik.. seburuk2 mak bapak tu kalau boleh nyawa depa bagi kat kau.. nyawa pun depa bagi dik. Sebaik2 sedara ni.. kita tak tahu sampai takat mana depa boleh berkorban. Dan sebaik2 ibu sedara ni syurga tetap dia bawah tapak kaki ibu yang melahirkan kau dik. Setitis airmata seorang ibu jatuh kerana terkilan atau kecil hati dengan anak anak, 10 kebajikan seorang anak tu akan hilang.


Sumber Sozcyili

Buat Aisyah apa yang boleh akak cakap... Anak udang.. udang jugak, mana sama anak tenggiri.. anak orang orang jugak, mana sama anak sendiri. Ingat dik...  Apa yang kita cakap hari ni pasal mak bapak kita mungkin akan buat kita menyesal di kemudian hari. Berdoa la supaya mak ayah di bebaskan tanpa di sabitkan kesalahan supaya kamu adik beradik berpeluang hidup sebagai 1 keluarga & membetulkan kesilapan masing2.

Pada yang bergelar ibu ayah semua termasuk diri aku sendiri.. jadikan benda ni pengajaran. Kadang2 kita fikir dengan ketegasan boleh mendisiplinkan anak2 & seterusnya menjadikan mereka manusia yang berjaya dunia & akhirat.. tapi mak bapak pun manusia kadang2 cara kita jugak salah dalam mendidik lebih2 lagi dengan sentuhan fizikal yang agak keras sampai mengundang salah faham anak2 yang rasa mereka tak di sayangi. Jadi sama2 lah kita belajar untuk jadi seorang ibu bapa yang terbaik buat anak2. Aku pun kadang2 teremosi jugak dengan kerenah anak dara aku sorang ni apatah lagi pasangan yang di tahan tu dengan 4 kerenah anak2 yang nak membesar tu, kan??

P/S : sebab tu even kadang2 atau dulu kita pernah rasa tak puas hati dengan tindakkan atau cara layanan mak bapak kita pada kita, aku takkan tulis dalam blog atau mana2 secara umum sebab aku kesiankan mak ayah aku. Ada yang aku pernah baca dok ungkit kisah lama pasal mak bapak dia yang gagal bagi yang terbaik pada dia.. Kesian pulak aku rasa sebab semua orang tahu mak bapak dia seorang yang gagal menjadi seorang mak ayah sebab anak dia sendiri yang mencanang aib itu pada orang lain tapi pada masa yang sama still kata dia sayang mak bapak dia. Hope dia sedar.. benda tu memalukan mak ayah dia


KES DERA ANAK DI SWEDEN,PASANGAN MALAYSIA DI TUDUH DERA ANAK SEJAK 2010

Sebagai seseorang yang mengikuti kes ni walau melalui media online ni tetap aku nak update dalam blog jugak perkembangan terkini kes tersebut. Pasangan Malaysia di Sweden, Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal didakwa di mahkamah di Sweden hari ini, atas tuduhan memukul dan mendera keempat-empat anak mereka dalam beberapa insiden sepanjang tiga tahun sejak September 2010 sehingga Disember tahun lalu.

Dari pembacaan aku kat berita astro awani ni..

Pertuduhan antara lain mendakwa Azizul dan Shalwati memukul sehingga meninggalkan kesan fizikal dan mengakibatkan kesakitan dengan mengunakan objek seperti rotan, tali pinggang dan tangan serta turut dicubit dan dipulas telinga.
Shalwati didakwa memukul dan mendera anaknya Ammar sebanyak 11 kali, Adam sebanyak tiga kali, Ariff empat dan Aisyah empat kali.
Kesemua kesalahan itu dilakukan Shalwati dengan menggunakan tangan, rotan, tali pinggang, termasuk menampar dan memulas telinga serta memukul di tubuh badan.
Sementara itu, suaminya pula didakwa mendera dan mendedahkan anaknya kepada kemudaratan di mana terdapat enam pertuduhan menyeksa anaknya Ammar termasuk tidak membenarkan Ammar untuk makan serta memukul kepala kanak-kanak itu sehingga terhantuk ke pinggan, empat tuduhan memukul Adam, tiga Arif dan sekali Aisyah.
Dokumen tersebut turut menyenaraikan beberapa individu yang terlibat dalam soal siasat bagi kes tersebut termasuk kaunselor dan guru-guru sekolah kanak-kanak terbabit dan petugas kebajikan.

Sumber : astro awani

Tak tahu tahap mana kecederaan yang di alami budak2 tu akibat di rotan & pukul mak bapak depa tetap salah di sisi undang2 sweden. Tapi pukul anak kat meja makan & hukum tak bagi makan tu bagi aku kejam jugak la. Yang lain2 tu aku rasa biasa jer.. Bagi aku yang membesar dengan cubit tampar rotan mak ni.. Tak rasa benda tu mendera sangat la, Takde sangat kecederaan kekal mahupun emosi tapi nak buat macam mana lain negara lain undang2nya.. Maka pada mak bapak yang tak suka anak2 depa kena rotan sikit dengan cikgu boleh la hantar pi sekolah kat sweden yer... Sebab hari ni aku terbaca yang seorang bapak buat report polis anak dia kena rotan dengan cikgu sebab tak buat kerja sekolah. Elok la pakcik kumpul duit hantar anak pakcik belajar kat sweden confirm tak kena rotan.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE
 


PELUANG TIPIS UNTUK PASANGAN YANG KENA TAHAN DI SWEDEN DIBEBASKAN

Sentap jugak la terbaca berita ni tadi. Ya Allah begitu berat dugaan kedua ibubapa ni terpaksa tanggung hanya kerana ingin mendidik anak anaknya menunaikan kewajiban sebagai seorang Islam. Aku pelik sangat sangat la undang2 sweden ni.. Tang mana yang depa nama ada unsur penderaan tu? hanya dari pengakuan seorang budak yang cakap mak dia pukul tangan je ke?


Dari fizikal atau mental dorang tak nampak langsung kena dera. Yang aku nampak budak2 tu perlukan mak ayah dorang sekarang ni? kat mana yang nampak budak2 tu kena dera. Apapun bila di negara orang lebih2 lagi bukan di negara Islam ni kadang2 terpaksa akur dengan undang2 mereka.

Sumber sinar harian

Apa yang kita mampu buat.. berdoa semoga pasangan suami isteri ni dapat di bebaskan tanpa di sabitkan kesalahan. Moga ada keajaiban kepada mereka. Pada anak2 mereka hope mereka tabah & pada pasangan tu semoga mereka kuat untuk terus berdoa moga Allah memberi jalan yang terbaik.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE



ADIK KEPADA PASANGAN YANG DI TAHAN KAT SWEDEN TU JANGAN NAK TOUCHING TAK TENTU PASAL

Ada satu kepantangan dalam diri aku ni kalau orang tak nak baca & paham apa aku tulis & baca seimbas lagu kemudian komen mengikut emosi dia yang salah faham & menuduh aku benda yang aku tak buat atau aku tak maksudkan macam yang di tuduh. So bagi menjelaskan semuanya bahawa aku cakap berdasarkan apa aku baca & lihat pada dia.. aku buat entri ni dengan tajuk macam tu supaya kalau sipolan tu terbaca tajuk entri ni maybe dia tahu.. dia orang yang di maksudkan & sudi clik blog aku ni untuk baca sekejab.


Kita semua tahu pasal kes pasangan dari Malaysia yang di tahan kat sweden atas tuduhan mendera anak atau pukul anak la. Apa yang kita tahu.. alasan ibu kepada kanak2 tu di pukul sebab dorang tak nak solat. Pukul pun kat tangan jer. So, semalam berita kepulangan 3 beradik tersebut ke tanah air aku pun kekonon nak up jugak status tu di atas iklan 8share yang menyenaraikan 13 kesusahan yang di hadapi pelajar malaysia yang belajar luar negara. Bak kata orang sambil menyelam minum air kekdahnya. Status yang aku up adalah seperti kat bawah ni

Ni status semalam punya

Kemudian ada sorang kawan ni yang kurang ikuti kes ni tanya.. aku pun jawab la mengikut dari apa yang aku tahu dari pembacaan aku. Aku tulis betul2 la.. aku tak tahu sejauh mana betul & salah apa yang tersebar yang pernah aku baca tetiba seorang insan ni datang berkomen mengaku sebagai adik kepada pasangan suami isteri yang di tahan kat sweeden tu. Komen dia aku detect dia macam tak puas hati konon aku ni buat spekulasi berunsur macam fitnah la pada abang & kakak dia.. Lepas tu sebab aku tanya budak2 ni tak pandai cakap melayu ke pun jadi salah jugak.. dia rasa macam aku mempersendakan anak2 buah dia kot. La... aku tak sure sebenarnya budak2 ni memang tak pandai cakap melayu atau memang tak nak cakap melayu. Tapi aku tulis la jugak kat status tu.. maybe sebab lama duduk kat oversea kot faktor penyumbang depa dah tak berapa fasih melayu cuma aku tulis dalam bahasa santai & gaya bahasa kita cakap hari2 je.. Standard la takkan nak tulis status pun nak guna bahasa baku kang cakap skema pulak ye dak... Minah ni salah faham tahap kronik even aku dah mention baca betul2 apa aku tulis.. terus block. Maybe dia marah atau sakit hati... maybe dia malu sendiri kot sebab serkap jarang lepas tu salah faham & serbu komen wall orang tanpa baca betul2.

Berbelit sangat ke ayat aku sampai dia salah faham?

Niat aku nak hantar kat dia keratan komen yang konon kata mak bebudak ni jenis bengis & suka marah2 anak kat dia secara private sebab aku tak nak la jadi salah seorang penyebar benda takde bukti ni. sebab tu aku tak pernah share pun pasal ni sebab aku sendiri pun masih waras menilai kot. Dari pandangan mata aku dok ikuti kes depa ni.. aku tengok budak2 tu memang takde ciri2 kena dera, atau trauma mahupun fobia dengan mak bapak dorang malah emosi dorang terganggu sebab terpaksa berpisah dengan mak bapak dorang jadi aku sendiri pun tak rasa ada berlakunya penderaan terhadap budak2 tu cuma maybe biasa la mak bapak marah anak2 degil ni. Kita dulu pun berbirat kaki kena rotan takde lak rasa trauma dengan mak bapak.. tapi dah awal2 lagi kena block dengan minah tu maka kalau dia terbaca entri ni aku nak tunjuk ni la keratan komen yang aku terbaca tentang seseorang yang kononnya bekas jiran akak abang kat sweeden tu.. Baca yer. Bukan saya menuduh atau buat spekulasi.. hamba Allah tu yang yang mencanang. Saya attach kat sini dengan harapan awak baca & tak tuduh saya ni dok sebarkan fitnah kat abang kakak awak tu...

So pada minah tu ni la komen yang saya baca pasal saya cakap tu. Sebelum takde niat pun nak sebarkan tapi sebab nak jelaskan keadaan saya attach kat sini. Kita semua ada akal & mata yang melihat.. Jadi pandai2 la menilai

Hope sipolan tu faham.. Takpe dah block tak payah sesusah nak add balik ke hapa. Cuma salah faham yang berlaku ni dapat di fahamkan dengan entri ni. Kalau tak paham jugak.. maybe awak pun kena masuk kelas bahasa Melayu balik. Sekian terima kasih

P/S : walau aku tak sebaik mana tapi aku tak la sejahat korang rasa. Aku pun ada akal, hati & perasaan.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com