KES DERA ANAK DI SWEDEN,KENYATAAN ANAK LELAKI CAKAP DI PERLAKUKAN MACAM HAMBA

3/01/2014 01:23:00 PM suria lekatlekit 10 Comments

Semakin aku ikuti kes ni semakin aku rasa maybe ada jugak kesalahan yang mak bapak budak2 ni buat. Kalau tak masakan adik beradik ni masing2 macam rasa tak puas hati dengan mak bapak dorang. Mungkin bagi kita yang membesar dalam zaman dimana perkara biasa di pukul & dirotan mak bapak rasa perkara biasa rotan dalam mendidik anak tapi bagi anak zaman sekarang ni.. yang terlalu banyak akta yang membela mereka & terlalu banyak pengaruh luar membuatkan mereka merasa mereka tidak berhak di sakiti walau untuk tujuan mendidik sekalipun.


Hari ni aku terbaca artikel yang bertarik 28 februari (semalam) tentang statement anak lelaki pasangan yang di tahan di sweden atas tuduhan mendera anak yang  rasa mak bapak depa ni buat depa macam hamba & mak ayah depa tu macam tuan. Kononnya mereka seolah olah di kawal dengan rotan, kalau depa tak mau kena rotan jangan buat silap. Dia kata dia tak rela di rotan. Dik.. akak dulu pun mana ada rela kena rotan dengan mak. Takde sapa2 rela kena rotan tapi tak semua orang simpan dendam dengan mak bapak sendiri hanya sebab kena rotan yang kesan birat dua tiga hari hilang tu.


Tak tau apa yang berlaku dalam rumah mereka sehingga anak2 ini seolah2 menyimpan perasaan tak puas hati dengan mak bapak mereka sendiri. Walaupun apa alasan.. Mak bapak korang merotan tak sampai menyebabkan kecederaan serius atau kecacatan kekal apatah lagi ada yang mati kena rotan tu membawa maksud.. rotan tu hanya tahap untuk mendidik & mendisiplin kan korang je kot. Mungkin sebab depa ni membesar di perantauan bila kena marah atau kena rotan takde sedara mara yang dekat dorang nak tumpang meluahkan perasaan sebab tu la kot benda ni jadi isu serius & memberi kesan emosi pada mereka. mungkin la kot.. tu cuma andaian aku je.

Apapu dik.. kalau ada sedara mara korang yang terbaca blog ni atau korang sendiri terbaca, satu je akak nak pesan. Hari ni mungkin kamu rasa puas hati dapat melepaskan perasaan marah kamu pada mak ayah, kamu membuka segala aib mereka & memperlihatkan pada dunia seolah2 mereka ibu ayah yang sangat kejam.. percayalah satu hari nanti waktu kamu dah dewasa perkara ni akan menjadi kesalan yang paling kamu tak dapat maafkan diri kamu sendiri. Akak pun melalui usia macam kamu jugak dulu.. akak pun remaja memberontak jugak.. akak pun membesar dengan cubit tampar & rotan mak jugak.. akak pun merasa pedih setiap kali di libas rotan ke kulit.. akak pun pernah rasa tak puas hati bila mak rotan.. semua akak pernah rasa macam apa yang korang rasa cuma yang tak sama akak tak simpan dendam pada mak bapak sendiri. Biar berbirat satu badan.. setiap hari akak tetap perlukan mak sebab mak adalah kekuatan pada setiap anak biarpun akak pun di manja oleh makcik macam korang rasa sekarang. Makcik lebih baik dari mak sendiri.. akak pun pernah lalui situasi tu tapi tetap akak rasa akak masih perlukan seorang mak sampai bila2.

Mungkin mak bapak korang juga bersalah.. tapi apalah sangat salah seorang ibu ayah pada seorang anak jika di bandingkan dengan pengorbanan mereka untuk melahirkan & membesarkan kamu sehingga mampu meluahkan kata tak puas hati pada mereka. Jika bukan dari didikkan mereka kamu jugak tak mampu untuk berkata2 pedih pada mereka hari ni. Dari kasih sayang la.. kamu membesar &petah berkata2. Jika kamu membesar dari kebencian mereka.. mustahil kamu secomel & sebersih & sesempurna sekarang.

10 comments:

  1. salam mummy lala..
    huhu..semo ga cpt selesai isu ni..x tau pihak mana yg betul..huhuh

    ReplyDelete
  2. mmg dasar anak derhaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita doakan yang baik2 sudah.. tak sampai nak gelar mereka anak derhaka

      Delete
  3. isk... makin lama baca isu pasal diaorang ni
    rasa macam menyirap pula darah nih
    bebudak ni terlalu dimanjakan sampai sanggup rela benar nak humban mak bapak ke penjara
    kena rotan sebab buat salah tu benda biasa la adik oiii... tadi rasa marah dengan si aisyah , kali ni dengan budak ammar ni pula
    hais...kecik2 lagi
    kesian mak bapak diarang
    entah apalah perasaan diaoarang tu sekarang ni

    ReplyDelete
  4. baru kena rotan dah bising 1 dunia...setakat rotan mmg mknan budak2 dulu klu buat silap. klu sedap lg kena getah paip. xpenah lah plak ade kes report polis dlu2.jd jugak org bdak2 dlu.bdak2 skrg.Lembik. Kememeh

    ReplyDelete
  5. dunia akhir zaman.....

    ReplyDelete
  6. Aku dulu..kene belasah dgn bapak aku pakai batang paip pvc tuh...alhamdulillah. ..elok jd org begune ..terime kasih abah..mak...sy besyukur dgn care mak dan abah mendidik...walau pon keras dan kasar....tapi..ni lah sy sekarang....terime kasih mak......abah

    ReplyDelete
  7. betul sgt2....sha ni dgn batang penyapu pun penah kena pukul, apa yg tercpai kat tangan mak yg tu la yg kena kat sha....tapi kejap je....x smp 5 minit mengendeng gak kat mak cos tau kite buat salah dats y parents pukul...but lepas kena pukul mmg tobat x buat balik dah kesalahan tu...yg peliknya sha membesar elok je...xde cacat celanya....& paling penting x penah pun berdendam kat parents malah rasa kesian plak sekarang cos susah payah mereka lahirkan & besarkan kita.....bg sha syukur sgt parents buat mcm tu dats y kita tau apa yg salah & apa yg betul...

    ReplyDelete
  8. pada pandangan saya, mungkin diorang ni terpengaruh ngn budaya sweden yang mengharamkan penderaan fizikal (sb kat sana sebarang aktiviti fizikal keatas anak di kira melanggar hak asasi manusia) kepada kanak2 atau anak..jd sebabkan itu, diorang memberontak sebab terpengaruh dengan kawan3 yg tidak pernah diperlakukan sebegitu..budaya kat sana mmg xleh sentuh anak2 kalau nak ajar..
    tp kalau di malaysia, benda ni biasa je..siap dgn berbirat3 lagi..tp besala, kita belajar dari kesilapan..xsemua perfect..tp kena ambik pengajaran atas kesilapan lalu..tp itulah, mgkin dorg xnmpak lg masa depan mcm mna..

    ReplyDelete
  9. semoga allah tunjukkan kebenaran disebalik kes nih.. dh makin berbelit-belit plk..pihak anak tk henti2 dok hentam makbapak sendiri...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com