KES DERA ANAK DI SWEDEN,PASANGAN MALAYSIA DI TUDUH DERA ANAK SEJAK 2010

2/10/2014 09:09:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

Sebagai seseorang yang mengikuti kes ni walau melalui media online ni tetap aku nak update dalam blog jugak perkembangan terkini kes tersebut. Pasangan Malaysia di Sweden, Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal didakwa di mahkamah di Sweden hari ini, atas tuduhan memukul dan mendera keempat-empat anak mereka dalam beberapa insiden sepanjang tiga tahun sejak September 2010 sehingga Disember tahun lalu.

Dari pembacaan aku kat berita astro awani ni..

Pertuduhan antara lain mendakwa Azizul dan Shalwati memukul sehingga meninggalkan kesan fizikal dan mengakibatkan kesakitan dengan mengunakan objek seperti rotan, tali pinggang dan tangan serta turut dicubit dan dipulas telinga.
Shalwati didakwa memukul dan mendera anaknya Ammar sebanyak 11 kali, Adam sebanyak tiga kali, Ariff empat dan Aisyah empat kali.
Kesemua kesalahan itu dilakukan Shalwati dengan menggunakan tangan, rotan, tali pinggang, termasuk menampar dan memulas telinga serta memukul di tubuh badan.
Sementara itu, suaminya pula didakwa mendera dan mendedahkan anaknya kepada kemudaratan di mana terdapat enam pertuduhan menyeksa anaknya Ammar termasuk tidak membenarkan Ammar untuk makan serta memukul kepala kanak-kanak itu sehingga terhantuk ke pinggan, empat tuduhan memukul Adam, tiga Arif dan sekali Aisyah.
Dokumen tersebut turut menyenaraikan beberapa individu yang terlibat dalam soal siasat bagi kes tersebut termasuk kaunselor dan guru-guru sekolah kanak-kanak terbabit dan petugas kebajikan.

Sumber : astro awani

Tak tahu tahap mana kecederaan yang di alami budak2 tu akibat di rotan & pukul mak bapak depa tetap salah di sisi undang2 sweden. Tapi pukul anak kat meja makan & hukum tak bagi makan tu bagi aku kejam jugak la. Yang lain2 tu aku rasa biasa jer.. Bagi aku yang membesar dengan cubit tampar rotan mak ni.. Tak rasa benda tu mendera sangat la, Takde sangat kecederaan kekal mahupun emosi tapi nak buat macam mana lain negara lain undang2nya.. Maka pada mak bapak yang tak suka anak2 depa kena rotan sikit dengan cikgu boleh la hantar pi sekolah kat sweden yer... Sebab hari ni aku terbaca yang seorang bapak buat report polis anak dia kena rotan dengan cikgu sebab tak buat kerja sekolah. Elok la pakcik kumpul duit hantar anak pakcik belajar kat sweden confirm tak kena rotan.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE
 

11 comments:

  1. saya rasa kelakar pula bila baca ayat terakhir cik lekit tu

    macam-macam zaman sekarang =)

    ReplyDelete
  2. laaaa..ada jugak ke xbg makan.. kira kejam la tu..

    ReplyDelete
  3. Aku dah tau dah ada cerita disebaliknya.. Takkan gila kerajaan Sweden nak menuduh penderaan berlaku dari2010_2013, melainkan sudah ada bukti benda itu berlaku.. Tu sebab la penderaan berleluasa, sebab puncanya semua taknak percaya bila ada kes dera benar benar berlaku

    ReplyDelete
  4. salam mami lala..
    semoga kes ni cpt2 selesai...

    ReplyDelete
  5. kalau lah undang-undang malaysia juga mcm nii... ramai dah mak ayah duduk dlm penjara.. huhu.. Hey Suria.. saya sudah update blog.. sila ziarah dan tinggalkan komen.. hihi..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.. sebagai seorang yang selalu bersama mereka.. saya ingin mengatakan semua tuduhan berat itu dicipta bagi menyelamatkan pihak berkuasa sweden yang telah lama menahan mereka..

    Saya selalu kerumah mereka semasa Encik Azizul berkhidmat di South Africa dan juga di Sweden.. tidak pernah sekali pun iba bapa ini memukul anak mereka.. Moga ujian mereka ini berakhir dengan cepat.. sama2 lah kita doakan..

    ReplyDelete
  7. Terima kasih Time Traveller... saya pun ada tengok berita TV yang juga cakap kerajaan sweden mengadakan tuduhan keatas mereka semata mata nak menutup kesalahan pihak sweden yang menahan mereka lebih tempoh. Hope segalanya berakhir dengan baik

    ReplyDelete
  8. Klu ada undang undang begini di Malaysia, rasanya kes mak bapak rebus anak dlm kereta takkan terjadi. Tp kat Malaysia skrg ni, klu rebus anak dlm kereta takdir kekdahnya.

    ReplyDelete
  9. Ssh nak ckp semua tuduhan dicipta sbb skrg ni pihak pendakwaan ada bukti video testimony dr anak2 tu sendiri..Bdk2 tu dah diambil keterangan bervideo lps je parents diaorg direman..Pendakwaan wujudnya elemen2 pukul sejak dari 2010 tu adalah berdasarkan video testimony tu katanya..Video testimony ssh nak defend..Dan kesemua anak2 tu memberikan testimony yg lebih krg sama iaitu masing2 pernah dipukul..Pelik la pulak kalau bdk2 tu nak pakat pekena mak ayah die..Dan kalopun nak pakat, atas sbb apa?...Kes ni complicated juga..Wallahhualam..

    ReplyDelete
  10. budak2 zaman banyak sangat tengok tv. kena pukul sikit pun dikatakan mendera. sebagai orang islam, memang anak yang tak nak sembahyang boleh dipukul. kalau dibiar je nanti jadi setan. susah jugak. anak ngan cikgu kelas dia ni memang berdrama, pukul sikit pun kata melampau. habis tu macam mana nak ajar anak? kalau anak buat salah, tak sembahyang, mencuri dan sebagainya, kita belai ngan puji ke? kalau macam tu, memang sah dah besar nanti jadilah "anak Sazali".

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com