Showing posts with label poligami. Show all posts

MINGGU BOIKOT ARTIS BERTUDUNG

MINGGU BOIKOT ARTIS BERTUDUNG. Tu dia.. lekatlekit membawang dah katanya.. Bila dia start mengulas kontroversi pasal retis mula la haters muncung bibir memasing. Eleh.. hangpa tu kemain kecam bagai nak rak, den rilex je tak cakap apa. Den baru tulis tajuk Minggu Boikot retis memasing dah buat spekulasi. Dasar bawang holand tak sedap!! hahahahaha


Semua orang tahu minggu ni penuh kontroversi pasal retis wanita bertudung. Kebetulan pulak dua2 memang bertudung. Esok siap la habis semua di kupas kupis & kopek dalam melodi. Tapi melodi sekarang orang dah layan sangat. Lambat nak tunggu Ahad.. Social media terlebih dahulu viral. So kebanyakkan isu2 kat melodi tu semua isu basi je la. Makcik2 yang tak kenal teknologi je layan.. kekekkee

Bukan la nak mengaibkan sesapa cuma tertarik dengan isu ni.. Isu minggu ni semua orang tahu Isu pelancaran Tudung ke turban ke atau serkup kepala jenama seorang retis ni yang kita sedia maklum pengasasnya Pelakon/Pengacara yang cantik bagaikan bidadari turban.. erkk.. Bidadari dunia tu. Isu dia buat pelancaran di sebuah kelab malam & isu ada blogger yang hadir pada malam tu menari tiang yang menghairahkan.. Kontroversi memang melatop kebabom

Sebab ramai yang marah produk ada unsur keagamaan tu di buat pelancaran di sebuah pusat hiburan.. Ada gerakkan menyeru kempen memboikot produk & dia sendiri sehingga Instagram artis tersebut kehilangan lebih dari 100 ribu followers... Bertabahlah nak.. anggap je ia salah satu teguran dari Allah. Kita manusia ni memang tak lepas dari melakukan kesilapan.. Ye dak? So yang mana baik jadikan pengajaran yang buruk jadikan sempadan. Jangan sesedih sangat.. Boikot maybe terkesan sikit tapi takde la sampai buat ekau jadi gelandangan kan. So, lap ayaq mata tu..

Isu kedua paling hangat minggu ni.. Isu Suami kepada seorang pelakon yang katanya menceraikan Isteri pertamanya selepas beberapa bulan.. erkk.. 6 bulan kan bernikah dengan pelakon ni secara senyap senyap. ramai Netizen Anggap.. Punca isteri pertama di ceraikan adalah sebab pelakon ni & depa melabelkan pelakon ni sebagai perampas. Alasan yang di beri si lelaki pulak.. memang agak kejam. Dah tak ada perasaan selepas 5 tahun bersama bekas isteri pertama & selepas 6 bulan kawen dengan bini no 2.

Yelah.. yelah.. sebagai perempuan terkesan juga la di hati kes kes macam ni. Tapi tu la.. tak mustahil kita boleh berada di tempat isteri pertama & kita juga boleh berada di tempat isteri kedua. Perjalanan hidup kita ni masih panjang (Insya Allah).. Cuma apa yang berlaku kita ambil pengajaran. hati manusia ni memang boleh berubah termasuk hati suami/isteri kita. Doa la pada Allah moga di tetapkan hati kita suami isteri pada yang satu (Allah). Kalau hati kita pada Allah.. Insya Allah.. Takde mana2 pihak teraniaya atau di aniaya.

Disebabkan perkara tu.. Nampak kempen boikot pelakon ni juga sedang giat di promosikan di social media. katanya apa juga drama atau rancangan ada muka dia mereka boikot tak nak tengok. sabarlah nak.. Sesungguh tu pun salah satu bentuk teguran dari Allah. Sama sama la kita muhasabah diri. Tu dia.. macam setazah pulak kan.

Boikot sekarang memang akan bagi impak besar jugak.. Contoh kempen boikot yang pernah di buat kepada beberapa jenama terkenal seperti Mc Donald.. Cadbury.. Memang bagi effect juga dari segi jualan. Tapi selalunya bersifat sementara.. sementara tu, berapa lama terpulang la kan. pepandai la kau nak meraih kepercayaan peminat atau pengguna.

Sekian laporan dari wartawan melodisssssssss minggu ini. Selamat berhujung minggu Uolls...

ISTERI JENIS TAK MALU KALAU RASA SUAMI TU HAK DIA

Aku sebenarnya dah lama nak tulis pasal ni.. Dah banyak aku komen kat Wall orang pada isu ni. Aku rasa sangat2 Annoying bila ada segelintir para isteri yang post benda ni.. Bukan sebab tak betul tapi sebenarnya tak lengkap. Bila tak lengkap jadi tak berapa tepat. Bila tak berapa tepat.. menjurus kepada berat sebelah & jadi tak adil pulak pada para2 isteri macam aku ni.

Sumber google

Sebelum aku membebel dalam version melekat lekit ni.. Meh la kita apa baca yang aku rasa Annoying sangat selama ni..

Screenshoot yang ramai orang share termasuk perempuan. Bagi aku statement tak lengkap macam ni sangat berat sebelah. Memang la tak luak tapi tengok la kemampuan laki sendiri nak bagi pun. Hanya isteri je lebih tahu kemampuan seorang suami

Betul la apa dia kata.. Bukan jer suami malah apa saja yang kita miliki dalam dunia ni semua pinjaman termasuk la anak anak kita. Tapi kalau orang nak ambil apa yang Allah bagi kita pinjam tu tanpa cukup syarat.. Kau rasa macam mana? Nak bagi ke tidak??  Setakat laki kau nak poligami tapi kawen senyap2 belakang bini pertama.. Kau rasa lelaki macam tu layak ke berpoligami? Kalau kata bini dia tak malu pada Allah tak bagi laki dia poligami.. Laki macam tu malu sangat ke pada Allah, nak kawen tapi tak berani tanggung & jawab. Tak berani berterus terang.. Nak ikut sunnah tapi tak layak. Didik sorang bini pun tak mampu.. ada hati nak didik lebih ramai bini? So layakkah dia berpoligami?

Tu baru bab nak kawen.. Dah kawen sebab kawen tanpa persetujuan bini pertama.. Bini kedua terabai. Ko rasa macam mana? Dia mampu ke? atau kalau dapat izin pun, bak kata orang dapat yang muda yang tua tidak berguna lagi. Tang bab adil pun dah gagal.. Apa alasan yang kata dia layak berpoligami? Semua orang fikir.. Dia mampu bagi makan pakai.. kira dah mampu untuk berpoligami tanpa meniliti atau menilai dari perkara lain.. Senang macam ni, kalau laki tu setakat ajak kawen senyap2.. Kat situ dah nampak dia gagal. Jadi kalau rasa nak terima jugak, bersedialah hadapi kemungkinan hidup yang lebih mencabar selepas itu. Jangan nak merungut kalau nak jumpa 2nd wife macam nak buat jenayah.. kena senyap2.. seludup2.

kalau nak share sangat share ni. lelaki yang nak poligami atau mana2 gegadis yang sedang bercinta dengan laki orang.. elok la baca. Kalau cukup syarat... teruskan Insya Allah bahagia dunia akhirat.
Sumber Sinar Harian

Betul.. Semua yang kita miliki termasuk suami hanya pinjaman dari Allah. Tapi Allah tu maha bijaksana.. Dia bagi Amanah & tanggungjawab pun ikut kemampuan seorang manusia.. Di boleh lelaki berkahwin lebih dari satu pun ada syarat. Kalau yang tak cukup syarat.. tetap nak buat maka dia patut malu la dengan Allah. Terang2 dia gagal mendidik bini dia, so siapa yang patut malu??? Kalau seorang lelaki benar benar layak mengamalkan poligami bagi aku macam Ustaz Azhar Idrus.. Tiada pertikaian.. bantahan atau tentangan dari isteri2 dia. Kat situ kita nampak dia mampu mendidik para isteri dia. Kalau setakat kawen pun senyap2.. Tepuk dada tanya selera.

P/S : Kalau orang nak ambil anak kau suka suka hati.. Kau rasa nak bagi ke? sebab anak pun salah satu bentuk pinjaman dari Allah. Ada orang bagi anak pada orang tapi ada sebab.. Takde orang suka2 nak bagi anak dia kat orang tanpa sebab macam tu jugak suami. Nak share dengan orang lain pun mesti ada syarat & sebab. Kalau tak cukup syarat mungkin sebab membolehkan  seseorang berkongsi suami.
P/S : Entri ni tidak merujuk pada mana2 individu.. aku cuma menulis pendapat & luahan hati aku jer.. Hope tak ada orang yang touching..


TIADA GANJARAN PAYUNG EMAS UNTUK ISTERI RELA DIMADUKAN

Bila sebut pasal pengorbanan seorang isteri yang rela mengizinkan suaminya untuk kahwin lagi mesti ada yang kata.. wah dapat Payung emas la kat akhirat nanti.. Itulah yang selalu orang sebut untuk para2 Isteri yang rela di madukan & redha hidup berpoligami. Kononnya itulah ganjaran dari Allah untuk para isteri yang sanggup hidup berkongsi suami.

 Sumber carian google

Rasanya ada yang dah tahu & masih ramai yang tak tahu yang sebenarnya tiada ganjaran payung emas itu wanita2 yang mengizinkan suami menikahi wanita lain dalam Islam. Cakap jer sapapun boleh jom tengok sumber rujukan ni.

Sebenar tiada dalam mana2 hadis yang mengatakan ganjaran payung emas untuk isteri2 yang redha & rela di madukan tapi setiap perbuatan baik tu memang dah di janjikan ganjaran yang baik jugak di akhirat nanti cuma kat sini kita tak payah pesongkan kepercayaan & pemahaman orang lain dengan mengada ngadakan cerita payung emas bagai untuk ganjaran isteri yang rela berpoligami.

Sumber rujukan IBNU MUSLIM

Apapun memang tak semua wanita rela berkongsi suami.. Tapi ketahuilah lelaki yang layak hidup berpoligami adalah lelaki yang berjaya mendidik isterinya sehingga dia redha sekiranya suami dia nak kawen lagi. Contoh publick figure yang mampu kawen sampai 4 tanpa melalui amukkan para isteri salih Yaakob & Ustaz Azhar Idrus. Dari situ kita boleh menilai secara kasar mereka berkelayakkan untuk memiliki lebih dari seorang isteri bukan takat nikah senyap2 kat Thailand..

Moral of the poligami story..  jangan rasa harta banyak jer dah rasa diri cukup layak nak kawen lebih dari satu alih2 jadi macam cerita madu 3.. Bila kantoi kena kejar dengan bini. Nasib baik air sungai cetek kalau tak mati lemas dalam sungai. kekekeekkee


DAYANA & WAN SAKINAH SUDAH BOLEH KELUAR BERSAMA

Kalau betul Alhamdulillah la kan.. Nak bermasam muka pun dah termadu & bermadu. Jadi apa jalan yang ada selain berbaik. Tapi statement tu bukan dari dayana mahupun wan sakinah tapi dari suami mereka Ashraf Muslim.
Ashraf menegaskan bahawa Dayana tidak pernah minta untuk dilepaskan malah dia juga sayangkan kedua isteri dan keluarga mereka.
Ketika ditanya tentang hubungan isteri-isterinya Ashraf menjawab, "Alhamdulillah hubungan Dayana dan Sakinah ok." (ketika sidang media berlangsung Ashraf menerangkan Dayana dan Sakinah sedang keluar bersama-sama). (Artikel penuh boleh baca kat sini >> "Dayana & Wan Sakinah Sudah Berbaik" - Ashraf Muslim
Dah boleh keluar bersama tu nampaknya dayana cuba terima la madu dia antara dia & suaminya. Memang susah tapi sebagai wanita yang baik macam dayana tu nampak dia ada usaha untuk menjernihkan keadaan & menerima wan sakinah.

Sebagai seorang perempuan & isteri.. Kita mesti dapat rasa perasaan dayana. Perasaan sakinah tak sesakit dayana jadi kita lebih tertumpu pada perasaan dayana la kan?? Mungkin bibir mampu ucap kata maaf tapi dalam hati bukan mudah nak terima apapun percubaan untuk terima apa yang terjadi adalah bermula dari ucapan maaf dari bibir. Kalau kita ucap selalu mungkin jadi satu doa yang termakbul & akhirnya kemaafan tu menjadi ikhlas.

Semoga mereka menjadi satu keluarga yang bahagia. Siapapun salah & siapapun yang betul.. Bukan jadi persoalan. Bila perkara tu dah berlaku nak tak nak terpaksa juga cari jalan yang terbaik agar apa yang dah berlaku tu di layari dengan kebaikan.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com