Showing posts with label 2024. Show all posts

MENJELANG AJAL

 MENJELANG AJAL. Semalam sempat la menonton filem dari indonesia. Yelah baru dapat tengok netflix. Almaklum la menumpang akaun orang. Tapi kali ni kita guna secara sah yer. Netflix premium hangpa boleh add member 2 orang tapi kena tambah bayaran tu sebanyak RM13 sebulan. Jadi aku tumpang guna akaun orang tapi aku bayar la. Takkan nak guna free pulak. Dah orang tumpangkan tu pun syukur. Kita akan dapat akaun sendiri di mana kita signin dengan email & password sendirj cuma bil akan masuk ke akaun owner. Nanti kau bayar la sewa kat owner dia setiap bulan. 

Jadi bila dah add member tu boleh la sambung tengok movie kat netflix. Hiburan masa lapang kan.. Kebetulan sebelum tu tertengok kat reels fb sedutan filem Menjelang Ajal. Macam best pula. Jadi petang semalam aku layan la sekejab filem dari seberang. 


Filem ni mengisahkan seorang balu yang struggle sorang sorang nak besarkan anak anak selepas kematian suami. Dia buka restoran untuk kelangsungan hidup. Untuk melariskan jualan dia, dia terjebak dengan benda benda syirik & khurafat sehingga membuatkan perjanjian dengan jin. Senang paham pakai pelaris. Tapi bila dia mula melanggar perjanjian dengan jin tu bermulalah kejadian kejadian aneh & seram dalam hidup dia. Makanan yang di masak menjadi basi & mendapat komplen dari pelanggan. 

Ia bermula bila restoran dia mula tiada pengunjung. Rupanya pelanggan sentiasa melihat restoran dia tutup. Berlaku satu kejadian aneh di mana orang melihat restoran dia tutup tapi di dalam restoran tersebut pekerjanya sibuk melayan pelanggan yang ramai. Bila dia datang melihat tiada pelanggan tapi makanan & minuman di hidang penuh meja. Pekerjanya sibuk melayan pelanggan. Apa yang di lihat pembantunya ramai pelanggan hari itu tapi dia melihat tiada sesiapa. Rupanya yang ramai datang itu bukan manusia. 

Bermula dari situ dia mula mencari bomoh itu membantu dia dari gangguan tersebut malangya tiada yang boleh membantu. Sesiapa cuba membantu akan di bunuh jin yang pernah di ikat perjanjiannya. Malah jin ganas itu mula menguasi jasadnya. Sehingga dia menjadi lemah. Anak anak yang melihat perubahan kejadian aneh cuba merawat ibu mereka. Sehinggalah mereka bertemu dengan seorang alim yang mampu melawan dengan jin jahat yang menguasai tubuh ibu mereka. Namun tidak mudah.. 

Filem ni best juga la. Boleh tonton bagi yang belum menonton. Banyak juga adegan seram & suspend. Kalau hangpa focus menonton boleh feel juga cuma aku ni focus suka hilang tapi masih faham perjalanan cerita tu. 

Moral of the story.. Sebab tu kita tak boleh guna perantaraan jin & syaitan. Tak ada satu pun bawa kebaikan. Dunia kita berbeza & kejadian kita dengan depa pun tak sama. Apapun masalah hidup mohonlah pertolongan dari Allah. 


TERIMA KASIH FOLLOWERS SETIA SEJAK 2009

Walaupun orang kata zaman blog dah berlalu tapi bagi blogger yang jiwanya suka menulis pasti bukan trend yang di utamakan. Sama macam aku walau lama juga tak aktif di blog bukan bermakna ikut trend. Aku masih suka menulis di blog cuma perjalanan aku seorang blogger penuh cerita, pengalaman dan suka duka. Apa aku lalui buat aku berehat sebentar dari dunia blog bukan kerana blog sudah tidak relevan atau sudah bukan trend tapi apa pernah aku lalui di sebabkan penulisan di blog ni memerlukan aku mencari kekuatan dan semangat untuk kembali menulis. 

Sempat juga buka komen komen yang belum Approve untuk paparan di blog.. Terharu rupanya masih ada followers sejak awal aku berblog yang masih mengikuti blog aku sehingga kini walaupun tak aktif agak lama. Ya Allah rasa bersemangat proton waja nak menulis balik agar penulisan ni terus menjadi proton persona buat followers setia. Dah proton pulak terlibat.. Tiber...!!! 



Sekarang ni tengah cari momentum balik nak menulis blog. Bukan mudah. Menulis di blog tak sama hangpa dok up posting kat social media lain macam fb, X threat bagai tu. Tulis blog ni macam kau buat karangan juga nak kena ada mukadimah, pengisian cerita dan penamat. Tak kisah penulisan hangpa tak formal atau formal tapi dia punya format menulis tu sama je. Takkan kau nak menulis macam rojak dalam satu entri macam kau bersembang di facebok. Dan takkan kau nak menulis hanya 1 perenggan dengan tak sampai 50 patah perkataan. Baik tutup je blog kalau camtu. 

Lagipun sekarang pc aku pun rosak.. Hanya yang ada phone murahan dan buka blog terpaksa guna mobile views. Memang tak ada jiwa sangat la nak menulis di skrin kecil. Tunggu mak hangpa dapat laptop sebiji dulu yer.. Hari hari aku update blog sampai hangpa muntah darah.  Jangan pulak hangpa pi upah hacker lepas ni. 

Walaupun aku tahu.. Dah tak ramai rakan rakan blogger bersama aku tapi aku menulis bukan kerana sesiapa. Tak kisahlah.. Sesiapa rasa sudi clik & baca, Alhamdulillah. Kalau tak ada pun aku anggap aku menulis hanya untuk kepuasan sendiri. Mungkin yang baik & membawa manafaat boleh di jadikan panduan buat orang lain. 

Betapa waktu dah berlalu kan.. Zaman kegemilangan blog dulu ramai masih muda remaja sekarang ramai dah berkeluarga. Ada yang dah pergi.. Allahyarham blogger relevan sokmo antara blogger yang sudah pulang kepangkuan Ilahi. Antara rakan blogger yang baik bagi aku. Antara rakan blogger yang juga turut membantu waktu aku dalam kesusahan dulu. Semoga Allah tempatkan Allahyarham bersama orang orang yang beriman. 

Apapun.. Terima kasih pada yang masih menyokong blog lekatlekit sehingga hari ini. Anda adalah sebahagian dari orang orang yang terus memberi saya semangat & inspirasi. 

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com