Showing posts with label plagiat. Show all posts

CARA NAK DAPAT BACKLINK BILA ENTRI KENA COPYPASTE

CARA NAK DAPAT BACKLINK BILA ENTRI KENA COPYPASTE. Hari ni blog lekatlekit.com jadi blog tutorial sekejab. Almaklum la blog caca marba ni suka hati dia je la nak tulis apapun. niche blog hari2 bertukar katanya. Spesis blog tak ada identiti ni memang macam tu kekdahnya. Lebih senang nak update bila blog tak ada niche ni. Apa kau rasa nak tulis kau boleh tulis jer. Tak payah fikir niche ke, konsep ke, tema bagai.

Sumber Google

Alkisahnya semalam tetiba aku pelik sangat kenapa ada kat stats blog aku banyak sangat traffic masuk dari blog klon beautifulnara ni. Mula2 aku tengok ingat blog beuatifulnara rupanya blog copy paste. Jangankan entri dia copypaste sampai nama url pun dia copypaste jugak. Ni betul2 pure blog copypaste ni. Dari url sampai entri 100% copypaste katanya. Aku pun buka la mula2 tak perasan sangat. Dok cari kat sidebar kot2 dia letak aku dalam bloglist dia ke.. takde pun bloglist. Blog copypaste jarang ada bloglist. tengok entri2 dia.. ada la satu entri dia copy dari akhbar yang aku pun ada up berita tu kat blog aku tapi tak nampak pun mana entri aku yang dia copy. Rupanya aku tak perasan sebab aku tak buka readmore. Aku baca tajuk je.. Bila aku bukan readmore tu baru aku nampak atas dia copy artikel akhbar & bawah entri tu dia letak entri copypaste dari blog aku. Aku pun jadi pelik jugak la.. macam mana boleh dapat traffic dari blog dia sedangkan dia tak letak pun link dari sumber asal.

Bila dua tiga kali buka blog tu nak cari kepastian dari mana datangnya traffic yang banyak dari blog tu.. baru aku sedar rupanya link tu adalah dari tajuk entri yang aku letakkan dia permulaan entri aku pada perenggan pertama. Aku ada link tajuk entri tu dengan url entri tu & bold kan. Cara dia lepas dah publish ambil url entri yang sama kemudian link kan balik pada tajuk entri tu. Tu petua dari Abang Kamil Saleh la. Dia ajar aku untuk buat entri SEO salah satu cara macam tu. Sebab aku rasa tak merumitkan sangat perbuatan tu jadi aku pratikkan. Rupanya secara tak sengaja bagi kelebihan lain pulak. Elok la sapa2 yang entri dia selalu jadi mangsa blog copypaste ni amalkan cara tu. At Least kita dapat jugak traffic dari hasil kita mengarang kan? Nak membenteras blog copypaste ni sesuatu yang mustahil la. Jadi apa yang perlu kita buat sesuatu yang boleh kita merasa keuntungan dari pencuri entri orang ni.

Nasihat aku pada blogger yang suka curi entri blogger lain ni.. Belajar2 buat kerja senonoh sikit. Cuba jadi macam pakcik ni. Walau dia seorang anggota polis tak bermakna dia suka buat kerja haram je macam makan rasuah nak tambah pendapatan. Korang pun kalau nak cari income melalui blog banyak cara selain mencuri entri orang. Nak tau apa dia buat untuk jadi kaya raya meh tengok kat sini >> Bukti bukan semua anggota polis suka makan rasuah <<

Moral of the story.. Tak salah mengambil isu yang sama untuk di tulis dalam blog cuma jangan ambil kerja orang mengaku sebagai karya sendiri. Ingat.. curi tu dosa termasuklah curi hati orang yang dah di miliki macam aku ni hahaha.

PENCURI DALAM BLOG

Bila tak ada idea nak update blog, kita rasa macam perlu jugak update untuk maintain kan traffic blog. Untuk pastikan pageviews & unique views tak jatuh.. Padahal otak tu memang tak bermood nak fikir idea untuk menulis tapi di paksa jugak update blog walhal blog tu kalau tak update sehari dua.. tak mati pun.


Bila jadi macam tu idea tak ada.. tapi di paksa jugak kadang2 benda tu buat kita jadi seorang pencuri dalam berblogging ni. Nak mengarang memang totally idea 0.. nak taip sebaris ayat pun tak mampu mula la merayap ke blog orang cari artikel best kemudian copy paste. Touch up sikit2.. bagi tak nampak sangat entri orang. Yelah.. kadang2 penulis ni dia ada kata nama ganti dia sendiri.. kena la edit. Kang kantoi katanya...

Mencuri entri dengan mencuri idea orang untuk update blog adalah dua perkara berbeza.. curi idea kadang2 tu just kita ambil isu tu untuk kita komen kat blog kita & jadikan satu entri. Tu bukan namanya copy paste.. Kita just ambil isu yang sama tapi buat entri sendiri. Tapi adalah lebih bagus kalau nak buat macam tu sertakan sekali link sumber yang kita rujuk. Benda tu rasanya takde blogger nak mengamuk. Tapi yang copy sebijik2 ayat orang kemudian claim benda tu hakcipta sendiri yang tu selalunya blogger akan mengamuk.

Menulis pun bukan benda yang senang.. Jadi bila orang penat2 karang entri kita senang cedok masuk blog sendiri & dapat hasil dari penulisan tu, tak semua orang rasa ikhlas nak halalkan atau redha tanpa sedikit pun rasa tak puas hati. Manusia kot.. bukan malaikat. Tak ada idea.. berehat. Otak yang fresh Insya Allah akan menghasilkan idea yang baik. Tak perlu paksa diri sebab berblog bukan macam kerja makan gaji dengan orang. Kalau tak mampu cari je la kerja part time lain. Tak payah berblog kalau dah memang takde bakat mengarang @ menulis.

Menulis perlu minat baru boleh menghasilkan bakat. Sebab dengan minat je kita akan berusaha belajar sesuatu. Tanpa minat hanya sekadar ikutan.. Percayalah samada blog tu tak bertahan.. hangpa cuma jadi pencuri je dalam berblogging. Hari2 dok buru ke blog orang cari artikel nak copy paste. So,blogger kah anda? tepuk kepala tanya akal.

P/S : Kalau nak copy paste pi copy paste berita sudah.. berita surat khabar depa tak bising sangat even berita online sekarang pun dah mula protect artikel depa. (Tapi kalau depa take action nasib hangpa la. hahahahaha) selagi tak keluar surat khabar cuma share tajuk berita jer macam harian metro. hahahahaha

**Kalau entri korang kena copypaste korang boleh buat report google. Boleh rujuk tutorial kat sini >> Cara Report Google<< 
 

PLAGIAT! HAK CIPLAK TERPELIHARA

Dulu pernah kecoh pasal isu plagiat. Copy paste artikel akhbar la.. copy paste entri orang.. curi artwork orang la... Tapi langsung tak bagi kredit pada sumber asal. Menimbulkan kemarahan pemiliknya.Dan kes macam ni masih wujud di arena blog. Kenapa jadi macam tu. Jom sang lekit nak kopek isu ni dari sudut pandangan peribadi sang lekit.

Okies bagi pendapat sang lekit la.. Kenapa?? Kita sedia maklum dorang ni jenis orang berblog dorang pun nak berblog, orang dapat income dari blog dorang pun nak, orang dapat traffic blog yang banyak dorang pun teringin nak dapat macam tu tapi sebenarnya dorang ni takde bakat, takde indentiti & jenis memang tak di anugerahkan bakat mengarang tapi di sebabkan kelebihan yang dapat dari blog buat biji mata hitam dorang bertukar menjadi tanda RM atau $ maka terhasilah isu plagiat.

Kalaupun takde idea.. Nak cedok idea orang lain kenapa tak bagi kredit pasa sumber asal? Sebabnya dorang ni ada satu perasaan tamak haloba walaupun dorang dalam spesis pencuri. Dan la kutip hasil orang, lepas tu bolot sorang2. Kononnya tak bagi kredit pada sumber asal, Blog dorang akan di cari la bila seseorang tu nak cari artikel berkenaan perkara tersebut. Jadi dari situ dorang mampu menjana traffic & mungkin pendapatan juga dari hasil curian dorang.

Apa tujuan dorang berblog kalau dah memang takde bakat untuk menjadi seorang penulis blog? Dah cakap awal - awal tadi.. keterujaan dorang lebih kepada nak duit je. Kononnya dengan berblog boleh menjana pendapatan dengan mudah, nak - nak lagi tak payah perah otak cari idea buat entri sendiri. curi je hasil kerja orang. So, hentikan aktiviti memplagiat hasil orang lain tanpa mengucapkan terima kasih. Bukan terima kasih je sila link kan balik ke sumber asal untuk tampak lebih berhemah sebagai seorang blogger.

Apapun Sang Lekit tidak menyokong aktiviti plagiat ni. Perah & giat la mencari idea sendiri untuk berblog. Banyak sumber yang boleh di jadikan inspirasi menulis tak perlu mencuri & melabelkan sebagai hak sendiri. Sungguh kurang berkrim perangai macam tu, tau!

Hasil carian Google

P/s : Entri ini terilham bila terbaca pasal isu ni dia Fanpage sahabat blogger tadi.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com