Showing posts with label musim luruh. Show all posts

NANTI DULU! BACA NI SEBELUM MERANCANG PERCUTIAN KE JEPUN

NANTI DULU! BACA NI SEBELUM MERANCANG PERCUTIAN KE JEPUN. Jepun salah satu negara maju yang terkenal dengan kesopanan rakyatnya & antara 10 negara paling bersih di dunia. Orang jepun kalau datang Malaysia memang macam kena kejutan budaya jugak la nak2 lagi kalau masuk tandas awam kat Malaysia boleh jadi mimpi ngeri. Sebab Malaysia antara negara yang mempunyai tandas awam yang paling mengerikan bab kebersihan. Tapi kalau kita ke jepun mungkin kita rasa kalau tak ada tempat penginapan dalam tandas pun boleh bermalam.haahaha.Bersih sampai rasa boleh tidur tanpa was was. hehehe

Okayama Castle

Jepun bukan sahaja bersih malah tempat tempat dia pun cantik nak nak lagi kalau korang pergi ke jepun pada bulan November. Kenapa November. Bulan2 lain Jepun tak cantik ke? Bukan tak cantik tapi kalau korang ke Jepun pada bulan November korang boleh menikmati Musim luruh di mana pada musim tersebut ramai pelancong dari dalam & luar negara akan melancong ke jepun terutamanya di kawasan sekitar Kyoto, Osaka, Nara dan banyak lagi sebab time tu korang boleh menikmati permandangan dedaun yang berwarna-warni. Bukan selalu ada daun berwarna warni ni. Musim luruh je tau! Pada musim luruh je boleh tengok daun yang berwarna merah, kuning, perang yang cantik sangat. Kalau nak bergambar dengan permandangan musim luruh memang cantik. Selain musim luruh ni cuaca dia sedang sedang la. takde la sejuk sangat atau panas sangat kan. So memudahkan perjalanan percutian anda semasa di jepun. Nak buat outdoor aktiviti pun takde la terganggu sangat.

Kurashiki Okayama

Sekiranya anda ada perancangan nak cuti ke Jepun pada bulan November.. Sesungguhnya anda orang yang bertuah kalau anda baca entri ni sebelum book dengan mana2 travel agent yang mungkin mengenakan bayaran yang agak mahal. Sebabnya kat sini aku nak kenalkan pada korang dengan Japan Budget Trip (JBT). Kalau dah namanya budget ni.. Insya Allah memang murah la. Tapi pakej yang di tawarkan tetap menarik ok walau murah.

Korakuen Okayama
Okayama Castle Park
Kiyomizudera Kyoto
Kiyomizudera Kyoto
Kiyomizudera Kyoto
Higashiyama Kyoto


Japan Budget Trip menyediakan dan meyelaras percutian idaman anda ke Negara Matahari Terbit dengan harga yang sangat murah dan berpatutan. Untuk bulan November JBT ada menawarkan pakej JBT Kansai Autmn Trip untuk bulan November 2016. Pakej 6 hari 5 malam dari serendah RM1,690. Ni kategori pakej mampu milik yang boleh korang ambil. Bukan senang beb 6 hari kat Jepun dapat harga RM1,690. Pakej yang di tawarkan adalah seperti berikut

Pakej A1 (21 – 26 Nov. 2016)
Harga : RM1,690 seorang
Bilik tidur tanpa bilik air (Hostel, Kapsul dan setaraf)
Bilik mandi di luar bilik tidur (shared bathroom)
Tuala mandi tidak disediakan

Pakej A2 (21 – 26 Nov. 2016)
Harga : RM2,290 seorang
Diskaun RM200 utk kanak2 berumur 7 hingga 11 tahun
Bilik tidur dengan bilik air (Hotel)
Bilik mandi didalam bilik tidur (private bathroom)
Tuala mandi disediakan

Harga Termasuk :
Penginapan
Pengangkutan (Shinkansen, keretapi, bas dll)
Insuran perjalanan
Jurupandu

Harga TIDAK Termasuk :

Tiket penerbangan pergi-balik ke Jepun
Makan dan minum
Caj entri ke mana2 tempat lawatan (jika ada)

Untuk lebih info korang boleh baca kat sini >> JBT Kansai Autmn Trip : November 2016 6D5N (dari RM1,690)

Jadi pada anda yang ada planning nak ke Jepun tu jangan lupa intai2 pakej yang di tawarkan Japan Budget Trip ni. Sebarang pertanyaan boleh hubungi :

Whatsapp/sms : 013-3417178 / 0137287178
Emel : admin@japanbudgettrip.com
Facebook :
https://www.facebook.com/japanbudgettrip
Instagram : https://instagram.com/japanbudgettrip
Blog : www.ayaharif.com

INILAH MUSIM PENUH DENGAN NIKMAT DUNIA DI KOREA

INILAH MUSIM PENUH DENGAN NIKMAT DUNIA DI KOREA. Sedikit info pasal korea. Korea ni ada 4 musim tau.Ada musim bunga, musim luruh, musim sejuk & musim panas. Tapi kat korea takde musim durian hokay! Sebab tu korea tak special macam Malaysia. Tak tau la akhir zaman ni tetiba korea ada musim durian pulak kan.. Semua tu kuasa Allah.. tapi setakat ni rasanya orang tak jumpa lagi la pokok durian kat korea kan.. Macam mana tetiba nak ada musim durian kat sana. hahahaha


Contoh Musim bunga.. kebiasaanya berlaku akhir bulan mac sehingga awal bulan Mei. Time ni la kalau sapa2 nak menari tarian para para sakura boleh berbuat demikian kat korea sebab musim bunga la.. bunga sakura akan berkembang mekar bagai dara sunti yang sedang elok di pinang. Nama pun musim bunga kan.. tetiba sakura berkembang masa musim sejuk pun pelik jugak. Elok2 ada musim dia.. nak jugak tumpang musim orang. hahahaha...

Tapi ada satu musim katanya sesuai untuk kita melawat korea.. sebab bukan semua musim best kalau pergi korea. Musim ni di katakan tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. So boleh la melaram. Tak payah pakai baju tebal atau baju terlalu nipis. Nak berjalan jalan pun rasa best jer. yang kaki selfie pun mesti suka musim ni sebab permandangan dia pun cantik sangat bila tiba musim ni.

Pada musim ni jugak korang boleh jumpa sayur sayuran yang fresh sangat. Musim ni jugak strawberry akan jadi merah & rasa manis sangat. Wah.. celup2 coklat ni confirm balik Malaysia badan lagi besar dari bagasi hahaha. Tapi yang ni paling menitik air liur.. Katanya musim ni la korang boleh makan makanan laut yang fresh.. Bukan seafood jer.. Malah musim ni juga terdapat belangkas yang fresh. Peminat makanan eksotik mesti berjujuran air liur dengar berita ni. Sabar yer...

Tapi mesti korang tertanya tanya.. Musim apakah yang ada semua nikmat dunia tu kat korea. Nak tahu musim apa paling ramai pelancong di korea meh baca kat sini >>  Inilah Musim Paling Sesuai Melawat Korea <<

Jadi pada yang merancang percutian ke korea jangan salah pilih musim yer.. Pastikan musim tu sesuai dengan kita yang beriklim panas ni. Bukan apa kalau pergi pada musim yang sejuk sangat mungkin badan kita kena kejutan budaya sikit terus jatuh sakit dah tak best nak jenjalan. Dah la jauh pergi korea tu.. Bukan tiap2 bulan boleh travel ke sana.. Rugi la kalau pergi tetiba jatuh sakit sebab tak serasi dengan cuaca.

TENTANG KOREA YANG MUNGKIN ADA TIDAK TAHU

TENTANG KOREA YANG MUNGKIN ADA TIDAK TAHU. Kat Malaysia ni ramai peminat korea penangan Kpop & drama2 cinta tangkap leleh korea. Trend korea kat Malaysia ni masih lagi meriah. Yelah.. orang korea kan comel2 dengan plastik di wajah sapa tak gila. Tapi kebanyakkan anak2 dara je la. Tapi minat jer tak guna kena jugak ambil tahu apa yang ada di korea. Bagi peminat2 korea yang mungkin ada impian nak kesana ini patut korang tahu.

Musim Luruh di Busan,Korea

Kat korea ada satu tempat bernama Busan tapi tempat dia tak membosankan la walau kalau kita baca dalam ejaan melayu bunyi macam bosan jer kan. Sebab apa dia tak bosan? Ada retis korea yang comel2 dengan muka plastik lepak kat situ ke? Mungkin la korang boleh jumpa retis korea kat situ tapi bukan jaminan... Tapi yang di jamin ada kat situ adalah khazanah alam yang tersembunyi disitu selain boleh menikmati makanan yang sedap.

Ini mungkin korang tak pernah tahu tentang Busan.. Busan di iktiraf sebagai bandar raya bertaraf dunia yang terkenal dengan laut biru yang cantik, makanan laut yang segar & bunga kamelia yang cantik. Burung camar menjadi simbol bandar tu. Setiap kali berubah musim Busan akan nampak berbeza pada setiap musim. Itu jugak salah satu tarikan bandar tersebut. Nak kesana pun senang sebab di sediakan bas untuk pelancong dengan harga yang berpatutan.

Elok la siapa2 yang merancang ke korea cuti sekolah ni senaraikan Busan sebagai salah satu tempat untuk di kunjungi. Alang2 sampai korea ye dak??

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com