TENTANG KOREA YANG MUNGKIN ADA TIDAK TAHU

9/22/2015 10:57:00 AM suria lekatlekit 3 Comments

TENTANG KOREA YANG MUNGKIN ADA TIDAK TAHU. Kat Malaysia ni ramai peminat korea penangan Kpop & drama2 cinta tangkap leleh korea. Trend korea kat Malaysia ni masih lagi meriah. Yelah.. orang korea kan comel2 dengan plastik di wajah sapa tak gila. Tapi kebanyakkan anak2 dara je la. Tapi minat jer tak guna kena jugak ambil tahu apa yang ada di korea. Bagi peminat2 korea yang mungkin ada impian nak kesana ini patut korang tahu.

Musim Luruh di Busan,Korea

Kat korea ada satu tempat bernama Busan tapi tempat dia tak membosankan la walau kalau kita baca dalam ejaan melayu bunyi macam bosan jer kan. Sebab apa dia tak bosan? Ada retis korea yang comel2 dengan muka plastik lepak kat situ ke? Mungkin la korang boleh jumpa retis korea kat situ tapi bukan jaminan... Tapi yang di jamin ada kat situ adalah khazanah alam yang tersembunyi disitu selain boleh menikmati makanan yang sedap.

Ini mungkin korang tak pernah tahu tentang Busan.. Busan di iktiraf sebagai bandar raya bertaraf dunia yang terkenal dengan laut biru yang cantik, makanan laut yang segar & bunga kamelia yang cantik. Burung camar menjadi simbol bandar tu. Setiap kali berubah musim Busan akan nampak berbeza pada setiap musim. Itu jugak salah satu tarikan bandar tersebut. Nak kesana pun senang sebab di sediakan bas untuk pelancong dengan harga yang berpatutan.

Elok la siapa2 yang merancang ke korea cuti sekolah ni senaraikan Busan sebagai salah satu tempat untuk di kunjungi. Alang2 sampai korea ye dak??

3 comments:

  1. Korea antara tempat yg akak nak sgt pegi kalau tetiba je jadi kaya nanti....kikiki...tapi akak tak minat k pop ye ;p

    ReplyDelete
  2. Nak pergi juga korea suatu hari nanti.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com