Showing posts with label animasi. Show all posts

HUKUM BERMAIN APLIKASI MY HERITAGE PADA GAMBAR ORANG YANG DAH MENINGGAL DUNIA

HUKUM BERMAIN APLIKASI MY HERITAGE PADA GAMBAR ORANG YANG DAH MENINGGAL DUNIA. Bagi yang ada akaun media sosial tiktok mungkin perasan tengah trending sekarang #MyHeritage. Boleh kata sekarang hari hari keluar kat #FYP tiktok saya content content video hasil dari aplikasi my heritage ni. Kebanyakan membuat sentuhan pada gambar ahli keluarga yang sudah tiada.



Apa tu aplikasi My Heritage? Kena bagitahu dulu mungkin ada yang tak tahu walaupun aplikasi ni dah lama wujud cuma kembali popular di kalangan tiktokers seluruh negara termasuk Malaysia.

My Heritage ni satu aplikasi yang berfungsi untuk mengedit gambar seperti hidup. Senang faham buat animasi pada gambar. Maksudnya gambar tu bergerak seperti mata berkedip & bibir tersenyum seolah olah hidup. 

Maka ramai yang boleh menggunakan aplikasi ni untuk membuat editing pada gambar orang orang yang dah meninggal dunia. Sebagai salah satu contoh gambar.. boleh tengok pada video di bawah. Supaya anda lebih faham apa yang saya terangkan melalui penulisan.


Bila ramai mula mengaplikasikan pada gambar gambar ahli keluarga yang telah meninggal dunia mula timbul pertikaian dari beberapa individu di tiktok dengan mengaitkan tanda tanda kedatangan Dajjal di akhir zaman. Apa yang di perdebatkan antaranya.. akhir zaman dajjal akan turun untuk menyesatkan manusia. Antara perkara yang di lakukan dajjal adalah menghidupkan orang yang dah mati. Jadi mereka berpendapat mungkin apa yang di maksudkan adalah permainan aplikasi macam ni. Tapi perkara tu perlu di rujuk kepada mereka yang lebih berilmu. Kita tak boleh terima pendapat tu bulat bulat tanpa rujukan yang sahih.

Tapi ada beberapa pendakwah mula memberi komen & pendapat berkaitan aplikasi my heritage yang tengah trending di tiktok sekarang ni. Antara ustaz dasuki dan ustaz azhar idrus. Anda boleh tonton pada video di bawah..



Bagi saya pulak.. membuat sentuhan animasi pada gambar ahli keluarga yang dah meninggal dunia ni hanya akan memberi kesakitan pada hati sendiri. Rindu yang paling sakit adalah rindu pada orang yang telah tiada. Tak tau la orang lain.. kalau saya tak kuat untuk nak buat & tengok benda benda macam tu. Dah tentu menganggu emosi saya untuk beberapa tempoh waktu sementara benda tu nak kembali normal. Untuk biasakan diri kehilangan Ayah saya dulu pun hampir bertahun tahun saya bermimpi arwah. Sebab ingatan kita pada sesuatu tu terlalu kuat. Nak terima kehilangan orang tersayang bukan mudah bila kita dah mula terima elakan dari melalukan sesuatu yang boleh membangkitkan rasa sedih tu kembali.

Apapun perkara yang nampak bercanggah dengan ajaran agama kita elok la di elakkan. Semoga perkongsian kecil ini memberi manafaat kepada semua yang membaca blog saya.

BOBOIBOY GALAXY - BOBOIBOY,YAYA,YING,FANG & GOPAL DAH REMAJA

BOBOIBOY GALAXY - BOBOIBOY,YAYA,YING,FANG & GOPAL DAH REMAJA.  Bagi sesapa yang ada anak tengah membesar ni memang kau akan terjebak tengok kartun jugak selain kau secara tak sengaja menghafal lagu kanak kanak. Benda ni berlaku kepada majoriti ibu bapa termasuk la aku. Sebab gugirl aku ni peminat setia Boboiboy.. Maka secara tak langsung aku pun selalu jugak menonton setiap episod Boboiboy yang sekarang di tayangkan kat tv3 setiap pukul 5 dari isnin hingga sabtu kalau tak silap..


Tadi tertengok episod Boboiboy Galaxy ni.. Apsal lain pulak rupa Boboiboy & kawan kawan dia, Yaya, Fang, Gopal & ying tu. Nampak macam dah makin besar & nampak gaya macam dah meningkat remaja bebudak tu dalam Boboiboy Galaxy ni. sebab nak tahu kenapa animasi mereka dah berubah aku pun google la. Nampaknya mak lebih sudu dari kuah dah ni.. Anak tak kecoh pun Boboiboy lain ke tidak, mak pulak excited nak tahu kenapa watak2 dalam Boboiboy Galaxy ni dah berubah..

Hasil menyiasat di google rupanya Boboiboy Galaxy ni kira Boboiboy yang dah ke 2 - 3 tahun akan datang. Dah membesar & remaja la. Membesar jugak boboiboy.. Tak macam Upin Ipin.. dok tadika je dari dulu tak konvo konvo. hehehehe... Pakaian mereka pun nampak ada sedikit perubahan la. Almaklum la dah besar katanya. Macam Boboiboy uniform superhero dia tak banyak berubah cuma Yaya & Ying nampak banyak sikit perubahan. Nampak lebih stylo & trendy la.. Almaklum la dah jadi anak dara sunti katanya. hehehe. Fang pun macam tu.. Ada perubahan dari segi pakaian & gaya. Gopal pulak kalau dulu di gambarkan sebagai budak gemuk.. sekarang nampak macam abang sado jer hehehehe


Gitu kisahnya kenapa Boboiboy Galaxy tadi dah berubah. Jadi bukan misteri lagi la kan.. hehehe.. Bila ada anak anak kecik ni memang cerita - cerita macam ni je sesuai untuk di tonton bersama keluarga.

Berubah ke hapa Boboiboy tu.. aku tengok anak aku enjoy je menonton. Kesimpulannya, perubahan boboiboy dari alam kanak kanak ke remaja tak mengugat kesetian penontonnya. hehehehe

FILEM UPIN IPIN JENG JENG JENG TIDAK MENEPATI CITARASA KANAK KANAK

FILEM UPIN IPIN JENG JENG JENG TIDAK MENEPATI CITARASA KANAK KANAK. Upin Ipin satu watak animasi yang menjadi kegilaan kanak kanak zaman sekarang termasuk anak aku. Budak2 yang selalu mengikuti setiap episod upin ipin ni bukan setakat boleh menghafal watak watak dalam kartun tersebut malah dialog2 pun dorang boleh hafal macam anak aku. Kadang2 aku pun di panggil dengan nama watak yang ada dalam upin ipin. Normally dia panggil aku kak Ros la & bapak dia kadang2 dia panggil abang salleh.. Kelakar jugak kalau dia jadi 'tergagai' macam tu.


Memang upin ipin memberi pengaruh besar pada kanak kanak.. Almaklum la keluar perut terus di dedahkan dengan upin ipin kan. Mana tak terpengaruh.. Apapun masih membawa banyak moral yang baik. Cuma kadang2 bahasa santai contoh ganti nama diri yang di gunakan bila berinteraksi dengan kawan kawan tu aku pernah dengar rungutan dari parents yang kata.. Penggunaan 'Aku' & 'Kau' tu kurang sesuai bila menjadi ikutan anak anak mereka. Yang tu je la setakat ni aku dengar 'ketidakbaikkan' tentang kartun animasi Upin Ipin ni. Tapi bukan statement tu aku reka reka tau!! memang ada parents lain yang cakap.

Semalam Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ni di tayangkan di pawagam seluruh malaysia. Seperti kita sedia maklum.. Filem ni berkonsepkan gabungan animasi & dunia realiti. Maksudnya ada watak kartun (Upin & Ipin) & Watak manusia biasa. Rasanya ramai dah tengok iklan promo filem ni faham kot apa yang aku sampaikan.

Ramai dah bawa anak anak pergi menonton. Yang dapat tiket Free atas dasar kerja tu, aku tak nak la ambil kira sangat komen depa pada filem Upin Ipin. Depa bekerja.. Tapi aku ada terbaca jugak komen dari penonton yang beli tiket & bawa anak menonton filem ni.. Katanya kurang menarik. Anak2 dia asyik tanya mana watak2 lain macam mail, jarjit, ehsan,fizi, mei mei.. yang selalu mereka tonton dalam episod upin ipin. Jadi mungkin ada segelintir kanak kanak tak enjoy tengok filem ni sebab tak ada watak watak yang mereka harap ada. Sebab selama ni watak kawan2 upin ipin juga main peranan untuk menghiburkan kanak kanak yang menonton. Sebenarnya selain watak utama Upin Ipin dalam kartun ni, Mail antara watak paling di gemari kanak - kanak selain jarjit yang terkenal dengan pantun dua kerat dia tu. Jadi bila watak2 yang mereka rasa selama ni menghiburkan mereka tak ada, mungkin mereka jadi bosan dalam pawagam mula la nak buat hal sendiri.

watak watak yang ada dalam setiap episod upin ipin

Gabungan watak manusia dengan animasi mungkin bukan citarasa kanak kanak sangat sebab kita sedia maklum kanak kanak bukan minat sangat nak tengok drama atau filem2 cereka menggunakan watak manusia real ni. Nak2 lagi cerita dalam filem ni kisah seorang kanak kanak (anak yatim) yang cuba menyelamatkan rumah anak yatim yang dia tinggal dari di rampas. Kisah2 macam ni di tambah lebih banyak watak manusia real dari kartun animasi memang tak mustahil tak menepati citarasa kanak kanak. Watak animasi @ kartun jugak lebih menarik perhatian mereka. Percubaan Les Copaque membuat filem ni.. tak berani nak cakap gagal, kita tengok je la sambutan & feedback nya nanti. Aku pun memang ada jugak niat nak bawa anak aku tengok filem ni sebab nampak dia macam excited jugak tengok iklan filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ni. so tengok je la macam reaksi budak shahila terhadap filem ni. Adakah dia enjoy macam tengok filem Boboiboy the movie dulu atau tak. Lepas tengok nanti kita review balik. hehehe

Mesti yang ada cakap.. Alah, orang melayu asal orang melayu nak hasilkan kelainan sikit mula nak kondem.. alahai, tak boleh komen sikit dah cakap nak kondem. Sila fikir dari sudut positif la beb!! Aku pun setuju jugak... biasanya budak2 tengok episod upin ipin ada watak kawan kawan dia.. Depa mengharapkan dalam filem pun ada watak watak kawan2 dia juga bila watak tu tak ada & kartun animasi yang depa tengok selama ni tetiba jadi filem yang lebih banyak watak manusia real ni memang la budak2 rasa tak enjoy sangat. Ingat Budak2 tu minat ke dengan Balqis.. majoriti tak kisah pun dengan pelakon kanak kanak.. Yang minat golongan dewasa je. Kanak kanak.. tetap la kanak kanak.. Mereka memang sukakan kartun. Kalau nak buat filem untuk kanak kanak.. Maka kena la buat mengikut macam mana yang mereka suka supaya mereka enjoy menonton. Sebab majoriti parents yang bawa anak - anak pergi menonton filem2 macam ni bukan sebab mereka suka tapi sebab anak anak mereka suka. So, citarasa kanak kanak perlu di dahulukan.

Moral of the story.. Apapun tahniah jugak la pada les copaque atas penghasilan Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ni. Semoga filem ni berjaya mendapat kutipan yang memberangsangkan. Peace Yo!

DISEBALIK WATAK ELSA DALAM FROZEN YANG ANDA TIDAK TAHU

DISEBALIK WATAK ELSA DALAM FROZEN YANG ANDA TIDAK TAHU. Rata2 budak perempuan sekarang memang suka sangat dengan Filem kartun animasi Frozen lebih2 lagi watak elsa ni. Maka banyak la baju bajan di cetak dengan gambar kartun Elsa. Sampai telekung solat kanak kanak pun ada cetakan gambar watak2 dalam frozen ni. mujur tak ada di jual kat Malaysia je. Nasib baik anak aku tak pernah terjebak sebab aku pun tak pernah dedahkan dia dengan kartun Frozen ni. Yang dia kenal boboiboy.. Upin Ipin.. Awang Khenit.. Doremon.. Catdog.. Mickey Mouse & friends bla.. bla.. dot com dot my. Nak cerita rasa jadi satu entri pulak kartun2 yang anak aku tengok. Tak termasuk video2 berbentuk ilmiah kat youtube tu. Hahaha..

Inilah watak Elsa Dalam Frozen. Tapi Confirm Ramai Yang Tak Tahu di sebalik Watak Gadis Cantik ni ada sesuatu.. -Gambar sumber Google-
Bila dah anak aku suka.. Mak bapak secara tak langsung akan turut sama mengenali watak & secara tak sengaja terpaksa layan jugak kartun favorite anak ni. Macam aku jugak la. Boleh hafal dah episod kartun2 anak aku tengok. Almaklum la.. Kerja aku 24 jam ngadap muka anak je kan. So, segala aktiviti dia memang berlaku depan biji mata aku setiap hari.

Tapi benda ni aku confirm ramai yang tak tahu tentang watak Elsa dalam Frozen tu. Budak2 memang dia tak peduli la apa berlaku di sebalik tabir sebab yang dia tahu apa yang dia nampak best lepas benda tu di tayangkan kat skrin je. Kita sebagai mak bapak la yang perlu tahu. Ramai yang tak tahu perkara ni, kalau korang nak tahu boleh baca kat sini >> Di sebalik Watak Elsa Dalam Frozen Yang Anda Tidak Tahu << Jadi tak salah kita sebagai mak bapak ambil tahu tentang perkara ni. At least kita boleh jelaskan pada anak anak nanti.

Tapi aku syukur anak aku tak kenal watak Elsa atau kartun Frozen ni.. Kalau tak naya aku kena lukis gambar Elsa. Anak aku suruh lukis doremon yang senang pun dah jadi macam ni...


Jadi tak pelik la aku jarang dapat A untuk mata pelajaran pendidikan seni masa sekolah. Yang mana tengok hasil karya seni lukisan aku hope hilangkan dari ingatan. Jadi terbawa bawa masa tidur takut mimpi ngeri. Hahahaha

GADIS BERTUDUNG DENGAN FESYEN ANIME LOLITA JEPUN

Bila dah ada slogan.. Bertudung tidak menghalang untuk perempuan berfesyen kadang2 fesyen tu sampai jadi pelik & tak sesuai dengan imej muslimah & bertudung. Walau ada yang rasa nampak comel tapi entah kenapa aku rasa tak sesuai fesyen Anime jepun ni untuk golongan perempuan bertudung. tetap tak nampak fungsi tudung tu untuk tutup aurat tapi lebih kepada berfesyen. Nak cakap pasal aurat bagai.. Rasa macam tak layak pulak cuma.. Nak cakap fesyen Anime jepun ni dari pandangan mata aku memang tak sesuai untuk perempuan berhijab.


Tak di nafikan comel jer fesyen ni.. Tapi biarlah jadi fesyen kanak kanak sudah.. Yang dah masuk zon akil baligh tu tak payah nak fesyen Anime sangat la. Kadang2 simple itu lebih terserlah kecantikkan seorang wanita berhijab ni. Kalau terlebih fesyen sangat pun serius nampak janggal & hilang terus imej muslimah tu.


Dah di lahirkan manusia tak payah jadi kartun sangat la kot... hahahaha... kalau dah memang comel dari dalam ko pakai purdah pun even nampak bijik mata terkebil kebil je pun tetap nampak comel katanya.

Tapi aku rasa fesyen ni maybe tak lama lagi jadi trend kat Malaysia kot. Serius memang comel cuma aku rasa tak sesuai sangat untuk di label sebagai fesyen muslimah. Dia lebih kepada fesyen jer...

Moral of the story.. bayangkan kita yang beranak pinak pakai fesyen ni, gamaknya berapa bakul kena maki?? hahahahaha

Sumber : Muslim Lolita fashion trend


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com