Showing posts with label malu. Show all posts

DENGAN ISGTIFAR UMPAMA ULTRAMAN DAPAT POWER KETIKA LAMPU MERAH DI DADA DAH BERKELIP KELIP

DENGAN ISGTIFAR UMPAMA ULTRAMAN DAPAT POWER KETIKA LAMPU MERAH DI DADA DAH BERKELIP KELIP. Dah sampai ke penghujung ramadhan.. Rasa macam cepat sangat masa tu berlalu. Sepantas watson nyambek berlari kekdahnya. Punya laju la sampai tak sempat nak shopping raya lagi ni.. Tahun ni memang tak persiapan raya apa - apa. Bagi yang tahu kenapa.. Maka tahu tahu. Dari mak, bapak hinggalah ke anak sampai hari ni takde langsung apa2 yang berkaitan raya kami siapkan. Hari berlalu macam tu jer


Puasa pun tak terasa dah nikmat puasa. Rasa macam baru bangun sahur tup tup dah nak berbuka. Dalam keadaan sekarang segala rasa lapar dahaga tu memang tak berapa terasa sangat la. Tak tau la nak kategorikan benda ni nikmat atau ujian jugak. Mesti ada yang kata.. Ok la tu.. Puasa tak di uji dengan rasa lapar & dahaga tapi tu la.. Nikmat berpuasa tu macam tak ada. Macam hilang deria rasa jer.

Sejak dari hari pertama puasa.. Rasa tak berapa berehat lagi aku ni. Bukan saja fizikal malah mental pun. Dan hari ni aku rasa.. aku perlu ambil masa berehat dari terus push diri aku fikir perkara di luar kemampuan aku. Demi Allah.. aku dah usaha.. Sampai sekarang pun sebenarnya aku masih berusaha. Usaha aku ni kira masih tak ada titik noktah la. Panjang lagi aku rasa perjalanan usaha aku ni.. Jadi berusahalah selagi terdaya. Allah tak janjikan kemenangan andai kita berusaha sekalipun tapi yakinlah Allah tak kejam. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita..  Doa, usaha selebihnya tawakal..

Serius apa yang berlaku ni memang bagi kesan dalam hidup aku... Mula2 aku pun macam orang lain. Kemurungan, hypertension.. Sebab tak tahu nak buat apa dengan kemampuan kewangan yang terhad. Bak kata sipolan tetttttttt.. tu duit tak berkepok kepok katanya. dalam 2 - 3 hari macam tu. Tapi dalam fasa kemurungan tu.. aku still berusaha cuma aku banyak menangis & meminggirkan diri. Support suami tu sangat membantu. Di samping diri sendiri juga kena bantu untuk terus kuat. Yang buat aku terus react macam biasa.. Boleh bangkit & buat rutin harian macam biasa adalah.. bila aku fikir. Tak adil aku untuk menyusahkan suami.. anak.. sedangkan mereka tak salah. Kalau aku terus murung, benda tu effect semua orang di sekeliling aku. So, aku kena kuat & aku kena hadap. Kena usaha... berjaya atau gagal tu bukan persoalan. Yang penting usaha.

Dan selepas tu aku terus usaha & berusaha sampai sekarang sambil menikmati hidup macam biasa. Yang aku rasa sangat sangat membantu, selain solat, doa, & baca al Quran.. adalah Isgtifar. Betapa ajaibnya Isgtifar ni.. Aku boleh rasa tenang.. Isgtifar la sebanyak mungkin bila hangpa dalam kesulitan. Allah akan bantu bagi ketenangan, bagi jalan & bagi kekuatan. Aku sendiri pun sebelum ni tak pernah rasa keajaiban Isgtifar sebab maybe kurang berisgtifar kot sebelum ni. Tapi kali ni Subahanallah.. Betul - betul macam ultraman dapat power di saat lampu merah kat dada berkelip kelip. macam tu la yang mampu aku gambarkan apa yang berlaku kat aku lepas amalkan isgtifar sebanyak yang mungkin. Lebih dari 100kali la. Takde la kuat tu tetiba muscle tumbuh berketoi ketoi.. Tetiba tukar jadi kaler hijau macam hulk. Kuat tu kuat secara spiritual.. dari dalam. Jadi tak mudah menangis.. tak mudah putus asa & tak takut untuk hadap kemungkinan yang bakal berlaku. Ada saja Allah bagi jalan untuk aku teruskan misi mencari bantuan. Macam satu aura yang sangat sangat positif menyerap dalam diri aku. Sampai aku rasa dah tiba masanya aku buat preparation raya walaupun sebelum ni aku rasa tahun ni aku tak ada mood nak raya. Yakin dengan Allah.. letakkan pergantungan pada Allah.. Mohon & doa bersungguh sungguh.. Insya Allah, Allah tidak pernah kejam dengan hambaNya.

* Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).
* Rasulullah s.a.w bersabda, "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka,”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).
* Rasulullah s.a.w bersabda,”Apabila seorang mukmin melakukan suatu dosa, maka tercoretlah noda hitam di hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar, maka bersihlah hatinya.”(HR.Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Tirmidzi).
* Rasulullah bersabda,”Sesungguhnya Allah akan mengangkat derajat seorang hamba di syurga. Hamba itu berkata,’Wahai Allah, dari mana saya dapat kemuliaan ini?’ Allah berkata,’Kerana istighfar anakmu untukmu’.”(HR.Ahmad dengan sanad hasan).
* Allah berfirman, "Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(QS.an-Nur: 31). Aisyah berkata,”Beruntunglah, orang-orang yang menemukan istighfar yang banyak pada setiap lembar catatan harian amal mereka.”(HR.Bukhari).

Esok adalah hari penentuan.. Insya Allah apapun berlaku aku bersedia. Mohon Allah terus bagi kekuatan. Mohon doa dari semua.. Mohon sokongan dari semua.. Apapun berlaku bukan penentu siapa betul siapa salah. Tapi.. Perjalanan dalam dunia ni memang kita akan menemui banyak ketidak adilan.. Kenapa Allah izinkan benda tu berlaku? Sebab tu la ujian buat kita yang bernama manusia. Musibah adalah ujian.. Kenikmatan juga Ujian. Menang pun Ujian.. kalah pun Ujian. Kita manusia takkan terlepas dari di uji. Bersyukur kalau kita di uji dengan musibah sebab cara tu selalunya lebih buat manusia mencari & mendekati Allah.. Berbanding dengan ujian nikmat & kekayaan. Manusia mula lupa diri, sombong & bongkak. Rasa duit boleh beli syurga tanpa amalan.

Apapun yang berlaku.. Mohon doa dari semua baju raya aku tahun ni bukan kaler oren. hehehehe.. Doakan semuanya di permudahkan. Doakan semuanya berakhir dengan baik. Doakan rezeki untuk aku.. Manatau dengan doa2 semua aku jadi orang kaya & boleh membantu orang lain yang dalam kesusahan macam situasi aku sekarang. Kekangan kewangan mungkin buat aku di hukum tanpa pembelaan. Takpe la.. aku anggap benda tu sebagai kifarah dosa dosa yang aku pernah buat. Manatau semua ni nanti membantu meringkan timbangan dosa aku di akhirat nanti. Dok pikiaq dunia jer.. macam la nak menongkat langit selamanya. Sampai masa ke bawah tanah jugak, kan?

Moral of the story.. Apa yang berlaku bagi aku satu teguran dari Allah tanda kasih sayangnya pada aku. Dia nak mengingatkan aku yang selama ni lalai.. selama ni lupa.. selama ni hanyut dalam nikmat yang aku dapat. Sesekali dia jentik.. Baru reti nak doa dalam sujud bersama linangan airmata. Nasib baik musim panas... sempat kering sejadah sebelum masuk waktu solat seterusnya. hehehe.. Aku perlukan doa.. Please! Doakan untuk aku.

PERLU KE TAYANG KEPADA UMUM VIDEO SEMASA NAK BERSALIN

PERLU KE TAYANG KEPADA UMUM VIDEO SEMASA NAK BERSALIN. Kalau zaman dulu.. Zaman beranak dengan bidan kampung. Masa nak beranak tu habis semua mak bidan halau kecuali mungkin sorang yang membantu dia untuk uruskan orang nak bersalin tu. Habis tutup ni.. Supaya orang lain tak nampak. Betapa orang dulu - dulu sangat menjaga 'malu' tu.


Tapi zaman sekarang kalau hospital tu izinkan aci boleh sekampung dia nak bawa masuk dalam LR. Nasib baik la hospital kalau kerajaan ni hanya suami je la boleh temankan isteri selebihnya petugas2 perubatan macam Nurse & doktor je la. Kalau hospital private ni tak tau la boleh masuk beramai ramai ke tidak... Almaklum la aku cuma ada pengalaman sekali je beranak kat hospital kerajaan. Tu pun aku rasa service dah cukup baik.. Tak payah nak spent duit banyak2 nak bayar kos bersalin kat private hospital. Mungkin nasib aku juga.. Allah permudahkan & masa tu di bantu oleh orang2 yang baik.

Baru2 ni viral sebuah video menantu tiri kepada seorang artis terkenal nak bersalin. Memang la video tu tak tunjuk semua.. Tunjuk part2 yang masih lulus untuk tayangan umum jer. Part muka dok teran nak beranak.. Muka dok tahan sakit.. muka menangis lepas anak lahir.. siap nampak ok kemaluan anak dia. Mungkin depa urban kot.. Tapi kalau aku memang tak la kan nak tunjuk muka aku nak meneran.. muka dok tahan sakit bagai.. Mau aku tutup habis account media sosial kot malu. Yelah.. tak sama. Aku gambar muka sendiri pun jarang sangat nak upload kan.. Apatah nak upload video masa nak beranak.

Record moment tu bagi aku sweet la. Kalau yang ada kemudahan tak salah nak buat benda yang sama. Buat & simpan la moment tu baik baik sebab ia sangat berharga ok! Zaman dulu tak ada kemudahan macam sekarang, Tak salah kita nak guna teknologi menyimpan kenangan macam tu. Benda tu nanti boleh tunjuk kat anak anak.. Macam mana struggle seorang ibu nak lahirkan mereka. Tapi video2 macam tu aku rasa patut jadi benda yang privacy kot.. Tak perlu nak sebarkan pada orang lain. Sekarang ni depa masih mengamalkan hidup ala2 western kan.. Mana tau satu hari dah dapat hidayah, berhijrah kearah yang lebih baik. Benda2 tu aku rasa mungkin jadi benda yang mereka menyesal buat. Dalam keadaan yang sepatutnya orang tengok kan.. Aku pun bukan baik. Bukan jenis bertutup litup sangat tapi fikir jangka masa depan. Bila benda ni dah ada dalam google search sampai bila bila pun orang boleh cari.

Apapun tengok ramai yang touching tengok video tu.. Yelah.. orang kita memang macam tu suka touching dengan macam macam perkara yang jadi viral kat media sosial tapi setakat tu la touching dia pun. Lepas tu dia tak ingat pun yang dulu mak dia nak beranak kan dia pun susah macam tu jugak. Mak baru cakap sepatah.. Dia dah high pitching kat mak dia katanya. Jadi.. kadang2 video2 macam tu memang tak bagi apa2 impak kepada manusia yang jenis acah acah termotivasi.. terinspirasi bagai tu. Jenis acah acah ni.. sampai bila2 pun dia sekadar acah acah je kan... hikhikhikhik.

P/S : ramai akan judge entri ni sebagai dengki. Biasa la tipikal orang kita katanya.. hehehehe

AWAS! BAHAYA TAHAN KENTUT & BOLEH BERLAKUNYA PERKARA INI

AWAS! BAHAYA TAHAN KENTUT & BOLEH BERLAKUNYA PERKARA INI. Kentut ni selalu di kaitkan dengan perbuatan yang memalukan jika di buat atau terjadi ketika berada di depan orang nak - nak lagi kalau tengah dating kan.. Gila! Boleh terus putus cinta ok kalau terkentut depan boyfriend yang baru je declare sebagai kekasih. Tapi kentut ni sangat nikmat kalau boleh di lepaskan tanpa perlu nak cover line. Selalunya bila sorang2 kat rumah atau dalam bilik la. Lagi kuat bunyi kentut tu lagi lega rasanya.. Nikmat dia lebih indah dari dapat makan ais krim dalam cuaca yang panas ok! hahahahahaha


Purata manusia kentut setiap hari adalah 14 kali. Tak pernah pulak aku kira berapa kali aku kentut setiap hari.. hahahaha. Lepas ni rasa nak buat satu jadual kentut jugak la. Nak2 lagi sejak pakai essential cream women desiree ni.. Amboi kemain lawas kentut aku tau. Sampai rasa ringan badan asyik buang angin jer.. Mengikut kajian gas kentut wanita lebih pekat dari lelaki. Ye ke... hehehehe

Kentut ni sebenarnya berlaku apabila udara yang terperangkap dalam perut yang di hasilkan dari semasa kita mengunyah & menelan makanan atau masa kita minum air. Udara tu la yang masuk dalam perut kita. Ingatkan kentut ni pun terhasil dari apa yang kita makan & minum.. sebab kadang2 kentut pun ada bau macam makanan kita ambil jugak kan rupanya dia terhasil dari udara yang masuk semasa kita melakukan proses kunyah, telan atau minum air rupanya.

Kentut juga berlaku di sebabkan beberapa perkara

1. Pengambilan makanan secara berlebihan
2. Semasa terasa ingin buang air besar (berak)
3. Kesan sampingan dari pengambilan ubat ubatan tertentu
4. Sembelit
5. Perut masuk angin

Bila rasa nak terkentut tu better cari tempat yang sesuai & lempiaskanlah kentut anda cepat cepat & jangan tahan lama lama sebab bahaya juga ok kalau tahan kentut ni. Boleh memberi kesan buruk pada kesihatan kita. Sebab bila kita tahan kentut boleh menyebabkan gas dalam perut terkumpul sehingga mengakibatkan  perut kembung & gejala tidak selesa yang lain pada perut. Dan paling bahaya menahan kentut ni boleh menyebabkan buasir atau usus semakin membesar.

Ini sebab kenapa menahan kentut jadi bahaya pada kesihatan kita..

1. Bila menahan kentut boleh menyebabkan perut kembung. Kembung di bahagian perut merupakan satu gangguan yang tidak selesa seperti rasa begah (sengkak) & bersendawa. Ia boleh menyebabkan hilang nafsu atau selera makan.

2. kejang pada perut. Bila gas berlebihan berlaku pada salah satu bahagian usus boleh menyebabkan kejang pada perut sehingga menyebabkan rasa sakit di sekeliling perut.

3. Buasir. Siapa sangka tahan kentut pun boleh menyebabkan buasir. Ini berlaku kerana ada gerakkan yang berlebihan pada organ dubur bila anda menahan kentut supaya tidak keluar. Kalau biasa tahan kentut tahu la macam mana terkemut kemut kan.. hahahaha. Gerakkan tersebut membuatkan otot otot dubur menegang & menyebabkan pembuluh darah jadi lebar & besar.

4. Jangkitan diverticulosis. Diverticulitis merupakan pembentukan kantung-kantung kecil pada lapisan usus besar. Kantung-kantung kecit (divertikula) tersebut terbentuk kerana adanya peningkatan tekanan pada titik-titik lemah dari dinding usus oleh gas, sisa, atau cair. Jika perkara ini terjadi maka boleh menyebabkan sakit teruk pada bahagian perut, demam, mual, dan terjadinya perubahan pada tabiat buang air besar.

5. Peritonitis. Peritonitis merupakan keradangan peritoneum, iaitu rangkaian yang melapisi dinding bahagian dalam perut yang merangkumi sebahagian besar organ perut. Gangguan ini berlaku akibat jangkitan daripada bakteria dan cendawan. Selain itu peritonitis juga boleh terjadi akibat adanya luka atau kerana adanya jangkitan diverticulosis kronik yang menyebabkan tumpahnya limbah yang berasal dari usus. Keadaan ini boleh membuat seseorang harus segera mendapatkan pertolongan perubatan.

6. Keracunan gas. Kentut bukanlah racun. Walaupun kadang-kadang ia keluar tanpa kita sedar dan membuat kita malu pada orang lain, akan tetapi jika kita selalu sangat tahan kentut maka gas tersebut akan menyebabkan tekanan separa dalam rongga usus dengan intensitas lebih tinggi daripada tekanan separa di dalam darah. Perkara tersebut boleh mengakibatkan kemasukan gas ke dalam pembuluh darah yang terdapat di dinding usus, dan pada akhirnya akan beredar ke seluruh tubuh.

7. Kentut berbau busuk. Kentut terdiri daripada beberapa kumpulan gas seperti hidrogen sulfida, yang mana kompaun tersebut menyebabkan kentut kita berbau. Apabila seseorang sering menahan kentut, maka terkumpul dari unsur belerang atau sulfur yang merupakan sebahagian daripada sebatian hidrogen sulfida akan semakin terkumpul, dimana perkara tersebut boleh membuat bau kentut berbau busuk bila ia di lepaskan atau terlepas.

8. Apabila kita menahan kentut terlalu lama, maka akan terjadi pengumpulan gas hidrogen sulfida dalam usus. Selain menyebabkan bau yang kian menusuk pada kentut, unsur belerang atau sulfur yang terkumpul juga boleh menimbulkan Cepirit atau keluarnya sedikit hampas najis.Biasanya berlaku kepada orang yang mengalami gangguan pencernaan membuatkan dia terpaksa menahan kentut. Atau dalam bahasa mudah nak faham bila kentut je tercirit dalam seluar hahahaha.

9. Tahan kentut boleh memburukan lagi sembelit yang anda hidapi. Kajian telah menunjukkan bahawa menahan kentut atau gas yang seharusnya keluar, boleh mengakibatkan peningkatan tekanan di dalam usus besar yang nantinya boleh menyebabkan terjadinya divertikula (kantung-kantung kecil pada lapisan usus besar). Keadaan ini juga boleh memburukkan lagi gangguan sembelit yang pada awalnya menjadi penyebab terjadinya kentut yang ada bunyi.

Jadi lepas ni jangan selalu sangat tahan kentut ok! Kentut ni memang tak elok nak simpan - simpan cuma tak elok jugak kau main lepas je tak kira tempat terutama ketika bersesak dalam lift. Please ok.. setakat tahan sekejab sehingga pintu lift tu terbuka rasanya ok lagi kot. Lagipun takkan la setiap kali hangpa nak kentut mesti dalam lift ja kan...

Moral of the story.. Itulah kebesaran Allah. Perkara yang mungkin kita pandang macam remeh sebenarnya main peranan besar untuk kesihatan tubuh kita contoh kentut ni. Walau kentut ni kadang boleh jadi benda yang mengaibkan kalau terlepas kat tempat sepatutnya dengan kesan bunyi yang kuat.. hehehehe. Setiap apa yang Allah ciptakan itu tiada satu pun yang sia sia.

TAK PANDAI MAIN SEBAB TU TAK DAPAT ANAK

TAK PANDAI MAIN SEBAB TU TAK DAPAT ANAK. Tu dia sentap orang baca tajuk entri. Kemain kau lekatlekit.. Tak sayang jari ka menaip statement kojaq (kurang ajar) macam tu. Hang nak kena kecam secara berjemaah ka? Hang tu anak ramai sangat ka? Setakat baru sorang anak tak payah bajet hang terer sangat la buat anak..


Tu dia... marah betul hangpa na.. Tak dan kami nak explain terus kena sembur bertubi tubi. Bukan kami yang kata lagu tu tapi itulah ayat gurauan paling kojaq (kurang ajar) sesetengah dari kita bila berdepan dengan golongan yang dah berkahwin tapi belum di kurniakan anak. Bukan apa.. tadi kami tertengok rancangan wanita hari ni.. Topik hari ni pasal pasangan yang tak ada anak. Tengok pun dah dekat2 hujung topik. Sempat terdengar salah seorang panel jemputan yang sebut pasal perkara ni.

Katanya antara paling melukakan.. memalukan & mengaibkan bagi dia yang tak ada anak adalah bila di usik atau di sindir dengan ayat.. 'Tak pandai main sebab tu tak ada anak'. Nak2 benda tu di lontarkan di khalayak ramai secara umum.. Main yang dia maksudkan tu pepaham je la kan main apa. Bukan main konda kondi ok.. Benda - benda macam tu adalah perkara yang rasanya tak manis di jadikan bahan gurauan macam tu nak2 lagi kat orang yang di uji tak ada zuriat ni. Kau ingat kau terer sangat ke 'Main' anak berderet cukup 1 team bola tu?? Kau ingat sebab kau pandai main ke kau dapat anak? Hek kau!!

Mungkin sesetengah orang boleh terima gurauan macam tu tapi kena tahu bukan semua orang boleh terima nak nak lagi bagi golongan yang di uji dengan tidak di kurniakan zuriat. Golongan macam ni selalunya agak sensitif bila orang sebut berkaitan zuriat ni apatah lagi dengan memalukan mereka dengan gurauan macam tu. Boleh menyebabkan mereka stress, tertekan, malu & depression juga ok! Jangan di sebabkan kita yang bergurau tak kena tempat ada yang cuba membunuh diri pulak.

Kena ingat bukan saja tak ada anak tu ujian malah yang ada anak ujian lagi besar ok! Kau nak kena tanggung dosa pahala anak selama dia berada di bawah tanggungjawab kau. At Least orang tak ada anak ni.. kat sana dia tak ada soal jawab cara dia membesarkan anak. Kita ni nanti yang nak kena jawab kat sana.. Tu cerita bila lepas mati. Cerita masa hidup ni tak tau lagi lagu mana kejadiannya anak kita bila dah besar nanti. So jangan berlagak sangat la kita boleh beranak pinak macam kilang. Belum tentu semua production tu menjadi elok tertib lentik, ok! Mungkin dia tak ada anak tapi dia anak ni ok >> 3 Top Picks From Audi's Open Haus That Will Wow Your Family & Friends This Year << Kau hado?? So, ketahuilah rezeki setiap manusia tu berbeza.

Moral of the story.. Bergurau tak salah sebab kadang2 gurauan tu perlu untuk mengeratkan silaturrahim tapi bergurau pun kena ada batas & kena tahu juga dengan siapa & apa yang kita nak jadi bahan gurauan. Jangan fikir semua gurauan tu buat orang rasa terhibur ada yang orang rasa macam nak lebur je muka korang tu ok! So, elakkan dari bergurau dengan ayat 'tak pandai main tu' sebelum ada yang kena belasah sampai mandul. hehehee

PENIAGA KOPIAH MENDAKWA DI FITNAH DATO ALIFF SYUKRI DALAM RANCANGAN #OhAbangKosmetik SEHINGGA PERNIAGAANNYA MEROSOT

PENIAGA KOPIAH MENDAKWA DI FITNAH DATO ALIFF SYUKRI DALAM RANCANGAN #OhAbangKosmetik SEHINGGA PERNIAGAANNYA MEROSOT. Gosip lagi malam ni.. hahaha.. Bila mood dok membaca blog hiburan macam ni la.. Ada saja gosip2 nakal nak share katanya. hahaha... Tapi kadang2 apa yang di tulis dalam gosip pun boleh menjadi pengajaran kepada orang lain..

Abang Kopiah Yang Teraniaya. Lepas ni boleh buat drama rintihan Abang kopiah pulak

Kontroversi pasal Dato Aliff Syukri terlajak laris ni rasanya bukan kali pertama kot.. Sampai kadang2 aku terfikir maybe saja dia buat perkara boleh menjadi kontroversi supaya benda tu nanti akan bagi publisiti & promosi secara tak langsung kepada produk dia.. Yelah.. kena ada strategi marketing katanya. Kontroversi je paling mudah nak buat seseorang atau sesuatu di kenali dengan cepat. Nak2 sekarang ni zaman viral.

Kontroversi terbaru melibatkan seorang peniaga kopiah di pasar tani bazarena stadium shah alam. Abang kopiah meluahkan perasaan terkilan dengan tindakkan Dato Aliff Syukri yang mengaibkan dia dalam rancangan #OhAbangKosmetik... Aku sendiri tak tahu wujudnya rancangan ni sebab rasanya tak nampak trending langsung kat media sosial. Mungkin dengan kontroversi ni akan menaikkan rating rancangan tu. Lagipun aku tak langgan esteruk kan.. So, memang tak dapat la nak tengok.

Katanya Dato Aliff ada membuat rakaman secara sembunyi kat situ. Dia menyamar sebagai peminta sedekah & meminta kopiah dari peniaga tersebut. Dari kenyataan Dato Aliff dalam rancangan tu katanya peniaga tersebut bersikap biadap dengan dia padahal yang berlaku sebaliknya.. Dato aliff seolah olah kata peniaga tu berpura pura baik dengan menjual produk berunsur islamik. Tapi menurut cerita abang kopiah.. ketika dato Aliff menyamar sebagai pengemis.. Dato Aliff cuba melarikan 3 kopiah.. sebagai peniaga dah tentu dia mempertahankan hak dia dengan menghalang dari barang jualan dia di curi. Tapi dia sedekah juga 1 kopiah pada Dato Aliff yang menyamar jadi pengemis waktu tu. Apapun alasan perbuatan mencuri tu tetap salah ok.. Nak2 lagi tak ada kepentingan atau keperluan kau nak curi benda tu. Tak kira la kau peminta sedekah ke siapa.. kan? Melainkan otak kau dah tak betul & di sahkan gila jer boleh di maafkan. Orang gila jer buat perkara di luar kewarasan.

Video Rakaman dalam rancangan #OhAbangKosmetik

Paling kesian katanya selepas rakaman tu di siarkan dalam rancangan tu.. Perniagaan dia turut merosot. Kalau ye pun dia bersalah.. perlu ke mengaibkan sampai merosakkan perniagaan orang. Dia peniaga kecil je kot kau nak khianat sangat kan.. Agak2 la nak prank orang pun kan.. Nak lebih sadis lagi katanya Dato Aliff Tak bagitau pun abang kopiah bahawa ada rakaman yang di buat di gerai jualannya & rakaman tu di tayangkan dalam rancangan tersebut sehinggalah kawan kawan dia memaklumkan perkara tu kepada dia.


Dalam rakaman tu memang la tak tunjuk keseluruhan kejadian.. Dorang ambil part2 yang tertentu jer kan.. Jadi kalau betul Kenyataan Dato Aliff dalam rancangan tu.. better tunjuk keseluruhan rakaman tanpa editing sebagai bukti kalau tak bersalah. Tapi kalau rakaman tu dah di manipulasi untuk memburukkan peniaga tu.. Sila la berdepan dengan kesalahan sendiri yer...


Apapun kita kena dengar dari kedua belah pihak dulu sebelum nak kecam ke hapa. Pun macam tu aku rasa betul atau salah abang kopiah tu, sebagai orang yang berpengaruh tindakkan Dato Aliff syukri memang keterlaluan. Over sangat pun boleh mendatangkan kebencian jugak Dato Ooi...

Memang la ramai mengkagumi Dato Aliff Syukri yang membuktikan kekurangan yang dia ada tak menjadi alasan untuk dia gagal.. Dia berusaha dengan kemampuan dia sendiri untuk berada di level sekarang. Tapi jangan la bila dah berjaya, Dah banyak duit.. Boleh Buat rancangan realiti TV sendiri & gunakan orang lain sebagai publisiti nak meraih rating tu TV show tu. Kalau yang baik ok la.. Tapi sampai menjahanamkan perniagaan orang lain pun tak elok jugak kan?

Lepas ni mungkin rating rancangan tu akan naik so boleh la Dato aliff & Astro tersenyum gembira kan... hehehehe

Moral of the story.. Apapun kita nak buat nak2 lagi orang berpengaruh ni fikirlah kesannya kepada orang lain jugak. Jangan sampai satu masa orang boikot baru kau nak rasa macam mana perasaan orang lain bila perniagaan dia merosot akibat dari perbuatan kita.

TERGAMAK SEORANG IBU SEBARKAN DIARI ANAK DI MEDIA SOSIAL

TERGAMAK SEORANG IBU SEBARKAN DIARI ANAK DI MEDIA SOSIAL. Mak mak zaman media sosial ni kadang2 aku rasa ada orang terlampau open minded sampai tak boleh beza yang mana satu boleh di kongsi di media sosial & yang tak boleh. Masing2 gila nak jadi attention seeker katanya. Masing2 berharap apa yang depa share tu jadi viral sekaligus menaikkan rating populariti kat media sosial tu masing2 jadi bangang sampai sanggup mengaibkan anak anak sendiri.


Sebelum ni Viral kakak sepupu share diari adik sepupu dia.. Ni Aku ternampak satu viral si mak share diari anak dia yang menulis pasal 2 lelaki yang konon suka dia & tak tau nak pilih siapa. Tak salah mak bapak nak pantau diari anak2 yang masih kecil ni. Bukan apa takut ada perkara tak betul depa buat maybe boleh tahu dari penulisan diari tu tapi bagi aku tetap salah kalau kau menyebarkan perkara yang menjadi privacy anak kau pada orang yang tak sepatutnya. Apa ke bangang mak jenis macam tu kan??

Lepas orang dok komen kutuk2 anak dia yang kononnya kecik2 dah gatal. Spender mak beli lagi bla.. bla.. dot.. com. Boleh pulak tahan dia orang dok mencerca anak dia macam tu. Siap celaka bagai pun ada aku baca. Macam mana aku tak cakap mak budak ni bangang. Memang bangang pun apa yang dia buat. Kalau dia tak share benda ni tak jadi viral kot. Kalau aku.. Memang tak la sanggup nak biar orang cerca anak aku! Jangan sentuh bab anak aku.. Memang pantang sangat la.

Walau budak tu umur 10 tahun kau jangan ingat dia budak kecik yang tak ada rasa malu ok! 10 tahun ada budak perempuan yang dah akil baligh ok! Emosi kanak kanak perempuan dalam usia tu mungkin dah berbeza. Nak2 lagi zaman sekarang ni budak2 lebih advance.. So emosi, perasaan mereka dah lain dari budak2 zaman dulu. Benda tu boleh bagi tekanan emosi juga kalau kawan2 sekolah depa tahu. Apa ingat mustahil budak 10 tahun zaman sekarang ada account facebook. 7 tahun mak bapak dah belikan smartphone kalau 10 tahu dah expert la depa guna smartphone tu.

Memang la dalam usia 10 tahun tu rasanya belum sesuai nak terjebak dengan masalah hati soal cinta 3 segi macam tu.. Just kau tegur anak kau kat dalam bilik sudah la. Perlu ke kau rasa benda tu macam satu hiburan yang perlu di kongsikan dengan semua orang? Aku tak rasa mak dia nak menegah cuma mak budak ni rasa anak dia macam sweet sangat tulis macam tu.. Tu dia share dengan orang lain.

Yang kita semua perlu tahu tak kira berapa usia seorang manusia tu bila dia menulis sesuatu dalam diari nak2 lagi berkaitan dengan perasaan dia.. Ia ada peribadi yang dia tak mahu sesiapapun tahu. Bagi dia kalau benda tu orang tahu akan mengaibkan.. Bila tersebar macam tu benda tu memang akan bagi kesan pada emosi, pada rutin harian & mungkin menganggu kesihatan dia juga. Please la mak bapak.. Tak semua perkara kita boleh rasa lucu & boleh di buat bahan gurau nak2 lagi kat media sosial yang berkaitan anak atau keluarga kita. Jangan sampai anak kau yang 10 tahun tu bunuh diri baru kau nak rasa benda tu sangat kesan pada perasaan & emosi dia.

TAK KAYA TAPI MALU UNTUK MENGAKU SUSAH

TAK KAYA TAPI MALU UNTUK MENGAKU SUSAH. Melihat.. Membaca & mendengar buat aku banyak belajar dari apa yang berlaku di sekeliling. Walau masa aku banyak habis di dunia maya selepas berkahwin & bergelar ibu tapi disitu jugak banyak kisah & cerita yang sentiasa buat aku rasa.. Aku masih bertuah. Aku masih senang & aku masih bahagia...


Terbaca perkongsian kisah kat blog siakap keli yang di ambil dari group Info Ibu hamil.. kisah seorang ibu terserempak dengan seorang Ayah & anak lelaki yang berusia lingkungan 4 tahun di sebuah restoran. Keadaan anak beranak tu di gambarkan sangat susah.. dengan pakaian lusuh, diri yang tak terurus & agak comot.. Dalam keadaan lapar tapi mungkin kemampuan kewangan membataskan mereka untuk menikmati makanan sedap.. Si Ayah cuma mampu ambil sepinggan nasi berlauk kan kuah kosong. Memang tak berlauk la.. Cuma kuah untuk ada rasa pada nasi kosong. Tu pun selepas agak lama mundar mandir di tempat lauk pauk. Mungkin mencari lauk yang sesuai dengan kemampuan dia nak bayar. Macam biasa la.. Orang memang suka menonton bagai satu show kesusahan orang lain. Pandangan orang ketika tu ada yang memandang hairan, sinis, jijik.. Tapi yang nak membantu bukan semua yang nampak kesusahan yang jelas terpamir tu. Hanya menonton bagai satu hiburan & mungkin menjadi satu modal inspirasi menulis di media sosial. Tapi mujur dalam banyak mata memadang, masih ada pandangan simpati yang tergerak untuk membantu.

Biarpun si anak meminta lauk sotong tapi bila bapak dia hanya mampu beri nasi putih & kuah.. dia tetap tidak memberontak & makan. Hanya anak yang makan.. si Ayah cuma memandang.. cuma sesekali mengutip butiran nasi yang terjatuh atas meja & makan.. Ya Allah.. Bayangkan Ayahnya juga lapar tapi di dahulukan anak. Melihat fenomena macam tu didepan mata.. Seorang hamba Allah memesan sepinggan nasi dengan beberapa jenis lauk termasuk sotong & minta pelayan restoran menghantar di meja dua beranak tu. Pada permulaan si Ayah menolak dengan alasan tidak mampu bayar tapi bila di beri tahu ada orang belanja dia terima. Lebih menyentuh hati.. dari jauh dia melihat si Ayah tertunduk menangis sambil mengusap kepala si Anak.. Mungkin rasa bersalah & sedih tidak mampu menyediakan kehidupan & makanan yang baik untuk anaknya..

Sebab tu aku sangat malu pada diri sendiri, pada orang lain & pada Tuhan untuk mengaku aku orang susah walaupun aku tahu aku bukan kaya. Rumah pun sewa.. Tapi masih cukup makan pakai. Setiap bulan Allah tak pernah lupa memberi kami sekeluarga rezeki untuk memenuhi tuntutan hidup. Allah tak pernah sekali menyekat rezeki kami sehingga kami putus bekalan makanan. Tapi aku sedih bila tengok orang yang masih mampu makan sedap, makan kenyang.. merintih,merungut & menyalahkan Tuhan yang mentakdirkan kehidupan yang susah pada mereka. Apa makna susah kalau masih tidur dalam rumah, atas tilam & masih boleh makan di restoran, cafe.. Masih pakai baju yang sempurna. Masih mampu beli syampoo, sabun untuk membersihkan diri agar tak nampak comot. Masih mampu membeli kehendak.. Malu la wei!! Malu sikit bila mengaku susah sedangkan kehidupan kau tak susah tapi kau tak pernah bersyukur!!!

Bukan berlagak kaya.. Tapi aku malu untuk mengaku susah demi nak dapat simpati & perhatian orang lain. Sebab perasaan malu tu aku rasa aku ada harga diri. Harga diri tu buat aku lebih selesa berusaha dari meminta sebab aku rasa aku masih ada kemampuan untuk bekerja. Selagi mampu.. Aku akan rasa malu untuk mengaku susah. Sekarang ni macam macam cara boleh buat untuk dapat duit.. Dari dok merintih kat facebook susah tu susah ni apakata try cari side income dengan cara ni >> 7 cara Mudah Untuk Anda Dapat Duit Di Malaysia <<

Moral of the story... Malu adalah perisai sebab bila hilang malu manusia akan hilang pertimbangan & mungkin tindakkan mereka bakal memalukan diri sendiri tanpa mereka sedar bila mereka mula hilang ke'malu'an.

GADIS MELAYU UCAP TERIMA KASIH KERANA AYAH TAK PAKAI KONDOM SEMPENA HARI BAPA

GADIS MELAYU UCAP TERIMA KASIH KERANA AYAH TAK PAKAI KONDOM SEMPENA HARI BAPA. Zaman hipster, western, pickuplines bagai.. ucapan untuk hari bapa pun dah semakin menyeramkan. Tak tau la bapak budak ni baca ke tak ucapan dari anak dia yang wish selamat hari bapa dengan cara yang paling hot katanya. Mungkin dia rasa ucapan dia paling catchy & menyentuh hati bapa dia kot.. Memang menyentuh hati jugak kalau bapa dia macam bapa bapak kita yang tak ada la open minded & sporting tahap macam tu. Tersentuh jugak hati bapa bila anak perempuan dia kurang malu cakap macam tu untuk bapa, kan.

Budak budak sekarang ni.. Mungkin sebab mak bapak zaman sekarang ramai yang layan anak macam kawan jadi dia buat mak bapak dia macam kawan je. Tak ada tapis tapis dah nak cakap. Melawak ikut dan je bak kata orang kedah. Kita ni orang melayu ada adab & sopan. Bergurau dengan mak ayah atau orang tua ada caranya. Tak sama macam kita bergurau dengan kawan kawan walau mak bapak kita sporting tahap gaban sekalipun.

Aku tak rasa satu ucapan macam ni satu penghargaan apatah lagi ucapan yang mampu buat mak bapak dia bangga dapat anak macam dia. Kepala kau tutup elok je.. kenapalah perangai kau sampai terbogel nampak kemaluan yang tak sepatutnya. Berpada pada la nak bergurau dengan bapak pun.. Boleh je kau wish thanks dad tak bagi mak baru kepada kami. Aku rasa wish macam tu boleh lagi terima dari kau ucap terima kasih kat bapa kau sebab tak pakai kondom. Malu muka bapak kau dik.. Nak2 lagi anak perempuan wish macam tu. Sorok muka dalam spender di buatnya kalau kawan2 bapak kau atau sedara mara baca ucapan hari bapa macam ni.

Bila nak tiru style mat saleh alih2 jadi viral memalukan satu keluarga.

Bulan2 puasa ni tak payah nak cakap merapu sangat la. Bukan je mengurangkan pahala puasa sendiri malah boleh mengurangkan pahala lain jugak. Mana taknya kalau dah pelik2 sangat manusia ni akan tetap la nak mengata jugak. Macam kes ni.. bukan la kita cari tapi dah lalu kat news feed FB maka tercarut jugak la dengan kata kata.. "Anak sapa la perangai tak senonoh sangat ni.." Dah terkata kau tak senonoh.

Moral of the story.. Zaman media sosial & viral nak buat lawak anak beranak pun kena fikir panjang sebab kau tulis kat media sosial bukan bapak kau je yang baca. Malah bapak orang lain pun boleh baca. Jadi jangan sebab nak nampak sporting bagai kau hilang kemaluan & sekaligus mengaibkan seluruh ahli keluarga kau.

PENJELASAN PEMILIK GAMBAR SELFIE DENGAN ROTI KEMALUAN LELAKI

PENJELASAN PEMILIK GAMBAR SELFIE DENGAN ROTI KEMALUAN LELAKI. Semalam aku ada up  pasal bahulu berbentuk kemaluan lelaki ni tapi dalam entri tu aku dah tulis tak sure samada ada kaitan dengan kes roti sosej bentuk kemaluan lelaki yang di jual kat jonker walk Melaka tu adalah benda yang sama cuma orang yang viral tukar fakta dari roti jadi bahulu. Lepas baca satu artikel ni.. Rasanya gambar tu bukan bahulu, mungkin roti yang di katakan di jual kat jonker walk tu la kot. Sebab perempuan yang gambar dia menjadi viral selfie dengan roti bentuk kemaluan tu kata benda tu roti. Dan dah tak ada jual di kedai2.. Sebab di arah memberhentikan operasi jualan.

Penjelasan Sebenar beliau upload gambar tu. Yelah.. niat tu memang bukan nak tunjuk benda tak senonoh tapi perbuatan tu memang orang nampak tak senonoh.

Tapi kesian la cik kak tu.. Takut dia bila gambar dia selfie dengan roti kemaluan tu jadi viral & kecaman ramai orang. Katanya yang banyak dakwaan berbentuk fitnah sedangkan niat dia berkongsi gambar tu lain. Dia kata, Dia upload pic tu just nak bagitau orang roti bentuk macam tu ada jual. Kau ambil gambar roti sudah la.. Sapa suruh kau interframe sekali muka kau sapa. Benda2 sensitif macam tu.. Memang tak mustahil jadi viral. Ada orang jangankan nak selfie mungkin ternampak pun dia rasa tebal muka nak pandang dua kali. Dia lebih rela buat2 tak nampak. Jauh sekali la nak ambil gambar tunjuk kat orang.

Katanya cik kak tu dah buat laporan polis & orang yang menyebarkan gambar dia bakal di kenakan tindakkan undang undang. Kalau kau dapat pun orang yang sebar gambar kau... Belum tentu dapat bersihkan nama kau yang dah tercemar.

Zaman sekarang nak selfie dengan benda2 unik & rare ni pun kena berhati hati. Untuk  simpanan peribadi pun belum tentu selamat apatah lagi tuan punya badan upload & tunjuk pada orang lain.  Kalau nak selfie sangat.. selfie macam retis kpop ni pun maybe boleh buat anda popular seantero alam maya. Nak tengok selfie paling hot dari retis Kpop meh tengok kat sini tapi awas kalau korang teransang ke hapa akak tak tanggung hahaha >> Selfie Paling Hot Artis Korea <<

Moral of the story.. sebelum clik upload sila belek 100 kali gambar yang nak upload. Jangan kita nampak biasa orang lain nampak celanya.

PADAH ARTIS MELAYU SIMPAN VIDEO BERSPENDER DALAM TELEFON

PADAH ARTIS MELAYU SIMPAN VIDEO BERSPENDER DALAM TELEFON. Jangan ingat smartphone barang peribadi kita adalah tempat paling selamat nak simpan gambar2 yang mengaibkan. Kalau kita je tengok memang la tak ada apa yang mengaibkan tapi kalau terlepas ke tangan orang yang tak bertanggungjawab memang jadi satu malapetaka la. Sebab benda ni jadi kat seorang artis hensem.. Arja Lee.

Arja lee bersama salinan laporan polis yang di buat

Katanya dia tertinggal handphone kat tandas di sebuah pusat membeli belah.. Kalau dah tertinggal tu memang majoriti tinggal kenangan la kau dengan enpon tu. Peluang tipis sangat la nak jumpa balik. Seminit pun kita terleka.. boleh ghaib enpon. Inikan kau dah keluar dari tempat tu kemudian teringat enpon tertinggal kemudian patah balik.. Memang kalau ada lagi kat situ, satu keajaiban. Tapi malangnya tiada keajaiban untuk artis tersebut.

Bila dah jatuh ke tangan orang yang suka mendajalkan orang ni.. Nak2 lagi dalam tu katanya ada satu video berdurasi 12 saat yang merakam aksi arja lee menimang bola dengan hanya memakai spender & T-shirt. Hot & spicy kau..  main bola pakai spender. Sipolan ni dah dapat enpon si retis ni.. Segala account laman sosial dalam tu pun maybe tak logout atau save passwords.. Maka tumbuh tanduk la penyamun tu. Dah la curi enpon orang kemudian pi upload pulak video tu dalam instagram si arja lee ni.

Tak pepasal jadi isu besar & arja lee dah pun buat laporan polis. Ni memang betul2 kes penganiayaan. Dah la enpon kena kebas.. diri dia pulak kena aib. Walaupun smartphone sekarang dah boleh ambil gambar secantik kualiti DSLR. Tapi mohon ambil la gambar yang berisiko supaya orang lain tak boleh guna untuk menjatuhkan kita.

Moral of the story.. Smartphone bukan tempat paling selamat nak simpan apa2 gambar, video atau maklumat peribadi yang mungkin orang lain boleh gunakan untuk memalukan kita. Jadi tak payah nak ambil gambar bukan2 sangat la. Bukan lawa sangat pun ambil gambar atau video pakai spender tu. Spender tu pun dah di cipta untuk tersorok di dalam pakaian lain.. jadi sorokan la dia seperti mana fungsi dia yang sebenar. hehehe

MALU BULU KEMALUAN DI CUKUR JURURAWAT HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM

MALU BULU KEMALUAN DI CUKUR JURURAWAT HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM. Nak tergelak pun ada baca screen shoot yang mula di viralkan pasal seorang lelaki yang nak jalani pembedahan di bahagian peha cela kangkang yang terasa macam di aibkan bila jururawat wanita mencukur licin bulu kemaluan dia sebelum operasi pembedahan berlaku.


Dia katanya tak puas hati sebab pembedahan tu bukan di kemaluan tapi di bahagian peha. Dia terasa macam orang ambil kesempatan keatas dia. Nak tergelak aku baca.. Aduhai! Nurse pun tak kuasa la nak pegang orang punya apatah lagi sesaja nak tolong cukur bulu kat tempat tu. Sebab tu procedure sebelum lakukan pembedahan terpaksa la jugak depa buat. Mungkin depa gelak2 tu sebab cover malu kot... atau depa memang rasa kelakar kena cuku bulu orang punya.


Kita tak boleh la nak gelakkan pesakit @ mangsa tu.. Bukan semua orang awam faham procedure sebelum lakukan pembedahan kat tempat berdekatan dengan alat sulit. Benda tu perlu di terangkan oleh doktor atau orang yang sepatutnya supaya mereka tak pertikaikan kenapa & mengapa sehingga berlaku salah faham. Jangan la gelakkan pesakit akak nurse Ooi.. Manusia ni ada perasaan malu. Nak2 melibatkan kemaluan ni. Dah nama kemaluan confirm la tempat tu la menjadi tempat yang paling malu kalau orang tengok.

Kemaluan ni bukan tempat untuk di tunjukkan pada umum macam kita tunjuk fesyen yang nampak trendy macam ni >> Tips Nampak Simple tapi stylo & trendy << Jadi bila terpaksa kangkang untuk orang lain buat sesuatu memang la tahap ke'malu'an tu tak dapat di ceritakan. Kita bersalin pun walau doktor perempuan yang sambut pun malu tu ada.

Moral of the story.. aku nampak kesilapan ni pada kedua dua belah pihak. Pihak petugas hospital yang mungkin tak jelaskan secara terperinci kepada pesakit kenapa perlu buat macam tu & pesakit tu sendiri tak tanya sampai faham kenapa perlu buat macam tu. Hanya serah diri lepas tu up kat media sosial.

SMARTPHONE LENOVO MEMALUKAN SANGAT KE?

SMARTPHONE LENOVO MEMALUKAN SANGAT KE? Aku tak pernah guna smartphone jenama Lenovo ni sebab aku setia dengan Galaxy Y selagi dia masih mampu berkhidmat dengan cemerlang. Setakat ni masih boleh call, sms, anak aku tengok youtube selebihnya fungsi2 lain memang tak di gunakan sangat. Sebab aku nak online memang banyak dari PC & tab. Smartphone tu bagi aku memang fungsi tak banyak so keluar la laters version canggih sampai boleh ketuk2, gores & menang bagai, tetap aku tak rasa teruja sangat. Memang aku tak kejar sangat teknologi smartphone ni.


Semalam terbaca satu caption ni.. Katanya "Jangan Malu bergambar pakai lenovo sendiri, Tapi malulah bergambar guna iphone orang." Terfikir jugak aku apa nak malu guna lenovo. Kalau di bandingkan lenovo dengan Galaxy Y aku rasanya yang pakai lenovo boleh kerek la sikit. Galaxy Y ni dah jauh sangat tertinggal. Tak tau la selain aku sapa lagi masih guna. Hahahaha...


Bagi aku takde apa yang memalukan walau guna 3310 pun. Yang memalukan adalah kalau guna enpon curi. Yang tu bukan je patut malu dengan sesama manusia malah patut takut dengan balasan Tuhan. Biar enpon tak up to date tapi ia datang dari hasil duit sendiri bukan curi.

Kalau kemampuan setakat mampu pakai lenovo bersyukur la. Masih ada orang jangankan nak beli smartphone nak makan pun terpaksa kais macam ayam. Tak payah nak berlagak di luar kemampuan. Jangan kau nak pakai enpon mahal canggih yang boleh scan sampai ke dalam baju orang tapi orang makan nasi kau makan hati je. Secanggih mana pun teknologi smartphone ni.. Bila kau mati dah tak ada fungsi dah semua tu. Melainkan enpon mahal.. boleh bawak sampai ke dalam kubur & boleh call & share pengalaman di soal malaikat. Mungkin bagi manafaat jugak la beli.. At least dapat menyebarkan macam mana siksa la dalam kubur hahaha

AWAS! SESIAPA SAHAJA BOLEH JADI MANGSA DI MALUKAN MACAM NI

AWAS! SESIAPA SAHAJA BOLEH JADI MANGSA DI MALUKAN MACAM NI. Zaman media sosial sekarang kat memana pun rasa macam di perhatikan je. Bukan apa ramai paparazi & mamaraziah. Yelah zaman gadget canggih, camera atas tapak tangan sapa2 saja boleh merakam aksi kita tanpa kita sedar. Tu yang kadang2 nak korek hidung dalam kereta sendiri pun rasa macam tak selamat. Tahan je la sampai jumpa toilet katanya... hahaha


Kadang2 orang yang viralkan sesuatu tentang orang lain tu dia rasa benda tu kelakar. Untuk di jadikan hiburan tapi bagi tuan punya badan yang di rakam tu mungkin pendapat dia berbeza. Mungkin dia rasa di aibkan dengan perkara yang tak sengaja berlaku atau di lakukan. Tapi sebab orang lain dapat record benda tu.. Seolah2 dia hilang hak terhadap diri sendiri bila orang yang merakam tu suka2 hati sebarkan. Sebab tu bahaya sangat sekarang ni nak buat apa2 pun kat tempat awam. Kadang2 apa yang berlaku tu bukan kita rancang.. Macam jatuh terlentang ke.. Seluar terkoyak celah bontot ker.. Ternyanyi kuat dalam LRT sebab pakai earphone. Dok rasa macam berbisik je.. alih2 satu train dapat dengar. Macam2 benda orang boleh record & viralkan tak kira la kita sengaja atau tak melakukannya termasuklah perbualan kita di media sosial. Benda tu pun tak mustahil boleh jadi viral. Tapi kadang2 benda tu jadi viral sebab kebodohan sendiri jugak.

Sebab tu la kita kena sentiasa berhati hati nak2 lagi kat tempat awam ni. Bukan je penjenayah banyak kat luar sana.. Tapi camera pun banyak. Tak tunggu hangpa drive melebihi had laju ja dia nak snap.. Tunggu hangpa tersilap cara atau perbuatan je mungkin anda akan jadi mangsa di malukan. 

Moral of the story.. Tak tunggu retis sekarang ni sesiapa sahaja boleh jadi mangsa candid orang2 yang tak bertanggungjawab.

BLOGGER CIK EPAL RASA KEKOK NAK MENYUSU BADAN ANAK SENDIRI

BLOGGER CIK EPAL RASA KEKOK NAK MENYUSU BADAN ANAK SENDIRI. Bila cakap pasal Breastfeeding atau orang melayu cakap susukan anak dengan susu badan ramai orang tahu kebaikan dia. Tak siapa boleh nafikan kebaikan menyusu bayi. Bukan hanya pada bayi tu sendiri malah kebaikkannya dapat juga untuk si ibu tapi ada  jugak orang yang sanggup perah buang susu free yang banyak khasiat yang tiada dalam susu formula yang Allah kurniakan atau sanggup ambil ubat untuk keringkan susu sebab tak nak menyusu anak sendiri melalui susu badan. takut kendur katanya.. Nanti jadi macam hantu kopek. Panjang jer.


Aku dulu pun breastfeeding jugak anak aku. Memang mula2 rasa pelik, malu nak susukan anak depan orang even tutup pun tapi rasa macam kekok bila orang nampak perbuatan tu sampai kalau pergi mana2 kalau nak menyusu anak aku, samada dalam kereta atau aku cari sudut yang sangat privacy untuk menyusukan anak aku. Aku ni kan pemalu katanya... hehehehe Tapi tetap jugak aku susukan anak aku. Takde la sebab malu aku terus taknak breastfeeding anak aku.

Susu ibu ni satu anugerah jugak sebab bukan semua ibu yang melahirkan anak tu ada rezeki susu semulajadi ni. Ada orang jenuh la makan supplement, buat rawatan, urutan bagai tetap takde susu. Jadi ibu2 yang Allah anugerahkan susu tu jangan jadi cetek akal.. Takde orang breastfeed anak jadi hantu kopek pun.

Bila baca pengalaman blogger terkenal cik epal yang katanya kekok nak breastfeeding anak macam dapat feel je apa dia rasa.. Korang nak baca banyak lagi pengakuan blogger terkenal selain cik epal, boleh baca kat sini >> Pengakuan Blogger Terkenal Tentang Breastfeeding <<

Moral of the story.. Sebagai ibu itulah yang merapatkan antara anak & ibu jadi susulah anak anda dengan susu ibu. Menyusu badan mampu mengurangkan risiko breast cancer. Buat apa tegang montok bagai.. sanggup taknak susukan anak takut jadi hantu kopek last cerita hidup kena breast cancer terus yang montok tegang bagai tu kena potong jadi rata. Apapun tak guna, kan??

HATI HATI BILA UPLOAD GAMBAR WELFIE BERAMAI RAMAI

HATI HATI BILA UPLOAD GAMBAR WELFIE BERAMAI RAMAI. Ada orang jenis gila selfie setiap hari tak kurang dari 100 gambar dia snap. tak kurang dari 10 gambar dia upload. Maybe dia confident gambar dia menarik.. Tipu sangat la orang suka tunjuk gambar hodoh dia kalau dia sendiri jijik tengok kan? hahahaha... Kebanyakkan dari kita memang akan upload gambar yang kita nampak rupa kita elok je even ada muka orang lain dalam gambar kita dalam keadaan yang sangat memalukan.. kita dah tak kisah. Spesis jaga muka sendiri memang macam tu.. Tak fikir aib orang lain yang penting dia nampak cantik & menyerlah dalam gambar tu. Orang lain nampak buruk lagi bagus...

Gambar sekadar hiasan. Carian Google

Kadang2 pergi tag pulak gambar kawan yang dalam keadaan dia tak bersedia, muka nampak buruk.. Malu sang kawan tu tetiba gambar hodoh muncul kat wall dia & orang lain boleh tengok. Nak Untag kang terasa.. Tapi dia sendiri rasa malu dengan gambar tu. Kadang2 terpaksa biar jugak benda tu menjadi kemaluan paling besar sebab nak jaga hati kawan. Sebab tu aku setting gambar2 yang di tag tak appear kat timelines aku. Tapi even tak appear kat timelines pun bila tag rasa tetap keaiban tu ada sebab tetap appear kat timeline orang lain kan.

Wahai kawan..jangan terlalu selfish sampai tak jaga maruah & aib orang lain semata mata untuk nampak diri lebih menyerlah & cantik berbanding kawan kawan lain. Sebelum upload tu fikirkan la perasaan tuan punya gambar. Letak sekejab diri anda dalam diri dia.. Kalau hangpa pun tak sanggup nak tayang gambar buruk macam tu apatah lagi orang lain. Kadang2 lucu bagi kita tapi mengaibkan bagi orang lain.

Tapi Walaupun macam2 persepsi masyarakat & pakar pada mereka yang suka berselfie & welfie ni tapi kita tak boleh nak nafikan selfie sekarang bukan benda yang sia2 atau sebab mental problem kalau selfie/welfie di salurkan di tempat & cara yang betul. Kalau dah sampai dalam jamban nak selfie tu memang betul2 mental la.. Tapi kalau selfie untuk memberi pulangan pada diri sendiri tu namanya bijak mengambil kesempatan.

Moral of the story.. Nak selfie.. welfie tak salah. Cuma jangan sampai kita terlalu obses sehingga benda tu memudaratkan mengundang persepsi buruk orang pada kita. Buat apapun biarlah berpada pada. Nak upload gambar yang ada orang lain pun perlu fikir banyak perkara. Hormati privacy & hak orang lain walau gambar tu milik kita tapi kalau ada muka orang lain tetap muka depa tu hak depa jugak. Maruah orang adalah milik tuan punya badan walau dalam gambar orang lain punya.

RASA PERKARA MEMALUKAN SEBAB TINGGI 140CM

RASA MEMALUKAN SEBAB TINGGI 140CM. Susah bila takde confident ni. Semua tentang diri akan rasa benda yang memalukan. Jerawat sebijik pun rasa macam mengaibkan sangat dah tu belum tumbuh bisul kat muka gamaknya macam kiamat hidup dia. Bila hilang keyakinan diri ni Jangankan nak buat sesuatu yang melibatkan masa depan..kadang2 nak keluar dari bilik time ahli keluarga lain berkumpul pun kita rasa segan. Banyak faktor penyebab kita jadi hilang keyakinan diri. Aku pun pernah la berada dalam situasi tak yakin nak buat sesuatu. Dulu zaman rumaja aku tak confident nak jalan sorang2 kat pasaraya @ mall sebab aku rasa macam aku ni lain dari yang lain & orang akan perati je aku. Padahal kalau orang perati pun bukan orang tau aku umur berapa. Paling2 depa ingat budak mana merayap sorang2 tapi aku rasa masa tu orang perati aku & cakap.. umur berbelas pun macam budak sekolah rendah lagi. Macam tu sekali aku takde confident.


Sebab kementot Aku tak confident nak jumpa dengan orang2 yang baru aku kenal. Selain aku rasa aku ni takde la comel. Malu nanti orang tengok dah la ketot.. comot pulak. Rasa macam takde keistimewaan langsung. Tapi itu semua dulu. Lepas aku berhijrah ke kotaraya ni.. tak tahu la sebab aku perlu berdikari pada semua perkara so confident tu dengan sendiri terdidik dalam diri aku. yelah. Aku tak kisah sangat pasal fizikal atau rupa. Aku boleh jumpa dengan kengkawan yang aku kenal dari MIRC.. join gathering, lepak2 minum.. Tak kisah dah orang nak cakap apa pasal fizikal aku. Sebab masa tu aku belajar untuk terima diri sendiri baru orang boleh terima diri kita seadanya. Aku jadi hilang keyakinan maybe sebab persepsi & pandangan orang jugak pasal fizikal aku. Yelah.. bila tahu umur aku ni lagi banyak angka dari tinggi aku dok cakap benda2 yang boleh buat mood kita down. Kau ni esok susah dapat jodoh.. kalau dapat jodoh pun susah nak beranak. kau ni kecik sangat nak buat gepren pun nanti orang ingat keluar dating bawak adik jalan jalan.. bla.. bla.. Mana tak buat aku rasa semakin rendah diri. Dah la memang tak tinggi. Tapi tulah.. kalau kita terlampau ambil pusing dengan pendapat orang yang melemahkan kita, memang kita akan jadi lemah selemah lemahnya. Sebenarnya di lahirkan sebagai seorang yang kurang tinggi bukan satu kecacatan pun.. Malah kita boleh hidup macam manusia normal lain so kenapa perlu malu dengan diri sendiri. Malu dengan diri sendiri lebih memalukan sebenarnya. Seolah2 kita menghina diri sendiri.

Dan perkara yang buat orang akan hilang keyakinan bila dia rasa diri dia tak cantik. Sebenarnya nak serlahkan keyakinan diri bukan hanya perlu cantik. Banyak perkara lain kita perlu buat untuk buat kita rasa yakin. Salah satunya kita perlu keluar dari zon selesa. Cuba banyak perkara baru untuk buat korang rasa selesa dalam apa juga keadaan. Kalau korang berada dalam satu zon selesa jer percayalah even cantik macam puteri gunung gondol pun bila korang terpaksa berada dalam keadaan yang korang rasa macam janggal, benda tu akan buat korang rasa hilang keyakinan diri. Sebab tu korang perlu keluar dari zon selesa & mencuba banyak perkara baru untuk buat korang akan sentiasa selesa & berkeyakinan dalam keadaan apapun.
Tu salah satu tips.. Kalau korang nak baca lebih banyak tips untuk  tampil menyerlah sebagai seorang yang berkeyakinan tinggi korang boleh baca kat sini memang sangat sangat membantu korang tingkatkan self confident >> 10 Tips Mudah Untuk Serlahkan Keyakinan Yang Tak Patut Diabaikan <<

Moral of the story.. dulu mungkin aku malu dengan apa yang Allah jadikan untuk aku. Ketinggian 140cm ni buat aku terlepas banyak perkara zaman remaja sebab kurang yakin dengan diri sendiri tapi bila aku belajar terima diri sendiri banyak peluang yang aku dapat & aku boleh sangkal semua tanggapan orang pada aku dulu. Orang kecik tak boleh tu.. tak boleh ni.. termasuk tak boleh beranak yang pernah orang cakap pada aku. beranak jugak aku.

ZUAN MELODI BIKIN PANAS DENGAN GAMBAR PM KENA GANTUNG TUGAS

ZUAN MELODI BIKIN PANAS DENGAN GAMBAR PM KENA GANTUNG TUGAS. Dari sejak 2 hari lepas kot aku baca pasal ni. Katanya Zuan wartawan bikin panas rancangan melodi di gantung tugasannya sebab upload sekeping gambar editing yang mengaibkan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak. Rasanya aku ada baca permohonan maaf dari dia di media sosial pasal isu tu. Katanya gambar tu dia cuma share bukan dia yang edit. Perkara biasa berlaku kat laman sosial.. Bukan jer PM yang pernah jadi mangsa malah ramai lagi termasuk Almarhum Tuan Guru Nik Aziz.


Tapi tu la... Kalau dari kalangan pemimpin pembangkang ni susah sikit la nak kenakan tindakkan.. Tapi kalau kau cuit sikit je pemimpin dari kerajaan pemerintah, siap la ko. Tak see u in court, kena gantung tugas atau kena tukar department katanya. Aku bukanlah sokong mengaibkan orang dengan editing gambar2 yang memalukan.. Malah aku pun tak suka sangat nak share benda2 macam tu tak kira datang dari penyokong parti politik mana2 pun. Kau boleh menentang, membangkang tapi bukan la sampai menghina macam tu.

Cuma keadilan tu nampak macam berat sebelah je la.. jadi salah pada pemimpin dari kerajaan pemerintah tapi kalau kena kat orang lain kena buat cool, buat peace, buat bodo, buat dono.. Isu Zuan tu rasanya cukup sekadar warning tak perlu gantung tugas. TV3 bodek sangat. Tak payah teruk2 sangat menjilat. Dia pun dah buat permohonan maaf secara terbuka.. Terimalah maaf tu.

Moral of the story untuk zuan.. Hang silap bikin panas la bro... hehehehe. Apapun hadapi dengan tenang. Nanti cheq angkat sepanduk "We Love Zuan Bikin Panas" tanda sokongan.

KOLEKSI BAJU MELAYU YANG MENJATUHKAN MARUAH KAUM LELAKI

Semua nak nampak trendy & lain dari yang lain maka tercipta hasil karya baju melayu yang rasa nak muntah rendang pulak aku tengok. Baju melayu WWE katanya... Tak tau la WWE tu hapa yang aku tau kalau WWE yang wrestling tu jer.. Tapi rasanya kalau wrestler tengok baju melayu ni pun dia smack down designer yang buat sampai koma. Mengaibkan sukan WWE jer hahahaha...

Jubah kipidap sekadar hiasan takde kena mengena dengan baju melayu WWE katanya. hahahaha

Aku harap aku tak jumpa mana2 lelaki tak kira straight atau bengkok mahupun patah yang pakai fesyen baju raya macam ni. Aku takut aku termencarut keluar habis segala jenis kuih raya kat dia nanti. Elok2 nak bermaafan di hari raya dah jadi lain pulak. Pastikan adik, abang ataupun bapak korang tak terjebak dalam fesyen baju raya macam ni kalau tak satu keluarga mendapat aib yang besar. hahahaha

Mesti korang nak tengok fesyen baju raya WWE ni kan?? Kalau korang cepat rasa loya atau tak mampu tahan muntah better jangan tengok takut di hujung2 ramadan ni batal pulak puasa korang sehari. Salah satu baju raya yang aku rasa confirm mendapat makian paling tinggi yang ada reben tu. Dah macam baju kurung kedah pun ada. hahahaha Tapi yang berjiwa kental lagi kenyal macam aku ni boleh la tengok koleksi baju melayu WWE ni kat sini >> Baju Melayu WWE Dan 8 Lagi Koleksi Raya Yang Boleh Buat Sakit Mata <<

Ok dah tengok sila Istifar banyak2. Jangan sampai terkeluar kata2 yang mengurangkan pahala puasa anda. Tarik nafas.. hembus & lupakan saja apa yang korang tengok tadi. hahahaha

Moral of the story.. Lagi macho kot pakai baju melayu telok belanga atau baju melayu johor dari nak trendy sampai nampak macam bapuk mangsa fesyen pulak.


ANTARA BLOGGER YANG TERSENARAI SEBAGAI TAK MALU

Blogger mana pulak ni? Sudah sudah la tu cari pasal dengan orang ye dak.. Tak abis2 dok melahar.. kau tu malu sangat ke? Malu la jugak.. nak kata tak malu langsung pun takde la sampai nak tayang kemaluan serata alam maya, ye dak? Sebab malu la sorok muka belakang skrin katanya... hehehehe..

sekadar hiasan

Tapi blogger2 ni ni memang tak malu bukan sebab tayang kemaluan di serata alam maya tapi tergamak tayang apa yang tak sepatutnya boleh sembunyi di alam maya tapi sanggup depa tayang secara berjemaah kat blog masing masing. Mesti semua suspend kan tayang apa.. Tak payah otak pulut kuning sangat la kan... Depa ni tak malu tayang tulisan tangan jer...

Untuk batch ketiga ni even tak berapa ramai dah yang sahut tapi tetap aku nak tayang blogger2 yang tak malu tayang tulisan tangan memasing.. antara yang tersenarai sebagai blogger tak malu sahut Cabaran Menulis Entri Dengan Tulisan Tangan Adalah...

  1. Adinda Baizura Mazlan
  2. Mek Ila Jual Vitamin
  3. khaty aiman
  4. asma langit
 Nak berkenalan dengan ramai lagi blogger tak malu boleh tengok kat entri ni >>INILAH BLOGGER TAK MALU PATUT KORANG TAHU
Dan entri ni >> ADA LAGI RUPANYA BLOGGER TAK MALU MACAM NI

Terima kasih  yang sudi menyahut cabaran berani conteng ni.. Bagi yang masih ada hati nak join cabaran ni silakan.. Takde expired date. Boleh rujuk entri ni sekiranya berminat nak jadi salah seorang blogger yang sporting & tak malu. Cabaran Menulis Entri dengan Tulisan Tangan

INILAH PRANK PALING KEJAM YANG MENGAIBKAN KAWAN

 Prank! ada ke orang tak tau maksud prank. Prank ni lebih kurang maksudnya mengenakan orang lain untuk tujuan bergurau senda la..


Orang kata tak salah bergurau jadi salah bila gurauan tu melampaui batas... Kalau aku jadi mangsa prank macam ni pun rasanya putus kawan terus kot. Tapi orang kata besa la lelaki.. Tapi lelaki pun ada aib jugak kan? Ingat semua lelaki tak tau malu ker...

Antara prank yang aku rasa melampau & boleh jadi putus kawan adalah prank yang macam kat bawah ni..

Nak tengok koleksi prank boleh tengok kat sini Prank Paling Kejam Untuk Kawan 

Maaf la gambar tak berapa sesuai untuk tontonan sesetengah pihak tapi sebab nak tunjuk contoh prank yang melampau banyak kali jugak dok fikir nak letak ke tidak gambar ni. Nak cerita pun rasa macam tak tergambar cerita tanpa gambar. hahahaha

Pada kaki2 prank.. berpada pada dalam mem prank kan orang lain. Kadang2 kaki prank ni kalau buat kat orang je dia rasa benda tu small matter tapi kalau kena kat dia.. putus kawan 10 tahun.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com