AWAS! JANGAN TERPERAP DALAM RUMAH MENJELANG AKHIR TAHUN
AWAS! JANGAN TERPERAP DALAM RUMAH MENJELANG AKHIR TAHUN. Akhir tahun perayaan yang sinonim adalah Christmas. Sebab christmas je di raikan setiap akhir tahun kan? Sebab tu penting kita tahu kenapa tak boleh terperap dalam rumah setiap kali menjelang akhir tahun. Nak tau kenapa meh la baca.Amboi mengalahkan orang nak sambut krismas pulak hang ni tak habis habis up entri pasal krismas. Aku kan berjiwa 1 Malaysia.. Tumpang happy dengan raya orang lain. yelah.. kat Malaysia memang konsep menumpang raya orang tu dah perkara biasa la kan. Kita hidup berbilang kaum & agama ni, gitulah konsepnya. Sama sama merasa nikmatnya.
Bukan apa tadi terbaca satu komen dari seorang blogger tsunami ni.. Dia kalau datang terjah blog orang kalau dia tak buat entri kat komen entri orang macam blog sendiri memang tak sah la kan. Kalau dia menyinggah memang di hujani dengan komen2 dia je la.. Dia khatam abis entri2 dia terlepas baca. Aku dok fikir jugak berapa kali dia kena sedut inhaler sewaktu melakukan tawaf di blog.. Kadang2 teringin nak tahu betapa pantas Mummydearie ni boleh habis baca satu entri yang panjang macam kat blog aku ni. Sebab komen2 dia jarang tersasar dari topik perbincangan sebab tu aku percaya setiap entri dia komen tu memang dia baca hingga ke titik yang terakhir. rasa nak berguru jugak dengan MD ni cara dia berkampung kat blog orang sambil membaca & berkomen dengan jayanya. Rugilah mana2 blogger tak geng dengan Mummydearie ni. Sebab dia akan meriahkan setiap kotak komen entri anda dengan hujah2 yang mencuit ketiak. hehehe
Bila baca komen dia pasal krismas ni.. Nak tergelak jugak. Pesanan khidmat masyarakat MD ni memang relevan di pratikkan buat kaki2 mengukur Mall macam aku ni. Memang rugi kalau time2 sale menggila macam ni terperap je dalam rumah melainkan memang takde budget. Time camni la korang nak berjogging tanpa keluarkan peluh hanya perlu keluarkan duit je. hahahaa. Almaklum la dalam Mall kan ber aircon. Rasanya ramai yang tak sekadar ukur keluasan tempat tu. kalau keluar paling2 pun rembat jugak sudip. Almaklum la.. Ramai rakyat Malaysia sangat sukakan tempat ni walau cawangan dia setakat ni kat keyel je ada. Tapi ada yang sanggup travel jejauh semata mata nak datang kesitu. Nak2 lagi menjelang musim perayaan yang hujung tahun macam krismas ni. Lagi meriah la tempat misteri tu. hehehe
Moral of the story.. Marilah kita pratikkan gaya hidup simpan duit sampai hujung tahun baru shopping. Sebab time tu la paling banyak jualan clearing stock bagai.heheheh