Showing posts with label tabika. Show all posts

CIKGU.. TOLONG JANGAN MENIPU!

CIKGU.. TOLONG JANGAN MENIPU!. Pejam celik dah sebulan anak aku ke sekolah tabika ... Alhamdulillah aku sentiasa pantau perkembangan dia kat sekolah. Cikgu cakap ok je. Dia boleh bergaul cuma masalah biasa dia cuma attention. Tu aku sedia maklum memang anak aku ada masalah. Anak aku ni.. Perkembangan dia delay. Dia ada SI problem yang memerlukan terapi untuk pulihkan. Therapist dia pun selalu mention, Insya Allah masalah SI ni boleh hilang cuma perlukan terapi. Aku just cuba yang terbaik je.. Selebihnya aku redha dengan anugerah Allah paling aku sayang ni. Sebolehnya aku tak nak bebankan anak aku di luar kemampuan dia.


Selepas sebulan kesekolah.. hari kedua di bulan kedua persekolah tetiba balik muka dia ada kesan luka. Muka bapak dia pun jadi muka orang terluka sangat. Almaklum la.. anak kesayangan. Dah tu.. itulah satu satunya anak dia setakat ni. Sebab bapak dia yang collect dia dari sekolah semalam.. (memang rutin pun bapak dia hantar & ambil dari sekolah kecuali ada hal aku la take over tugas tu). Kata bapak dia cikgu cakap dia garu tapi serius kesan luka tu memang bukan kesan garu. Lagipun selama 4 tahun aku jaga sendiri anak aku tak pernah pulak lala garu muka dia sampai luka macam tu. Kuku pun aku sentiasa potong pendek. Kesan dia macam tercucuk sesuatu. Bertitik2 macam tu kesan luka dia. Muka pun comot sikit.. sebab aku tau anak aku menangis. Yelah.. aku yang jaga dia selama 4 tahun 100%. Aku tahu macam mana kesan anak aku lepas menangis.

Aku syak cikgu tak bagitau perkara sebenar apa yang berlaku kat anak aku. Memang alasan.. "dia garu kot.. " tu mencurigakan sangat. Aku bukan nak salahkan cikgu tapi aku risau bila cikgu cuba sembunyikan sesuatu yang berlaku pada anak aku macam ni, aku rasa anak aku tak secure kat sekolah. Kalau dia jatuh ke, kawan yang buat ke atau apa2 je.. Just bagi tahu benda yang betul. Bila dia bagi alasan yang tak logik.. serius aku rasa tak puas hati sangat. Aku dah mention awal2 anak aku macam mana.. Dorang yang cakap takde masalah nak terima anak aku sekolah kat situ. Aku tak paksa pun. Tapi dorang yang bagi jaminan Insya Allah dorang akan bantu anak aku.

Ni kesan luka dah kering sikit aku snap pagi tadi. Memang tak nampak langsung macam bekas dia garu. Dekat sangat dengan mata..

Cikgu.. aku cuma harap jangan menipu. Aku takut bila cikgu menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan aku benda ni akan mudaratkan anak aku nanti. Kalau dia tak sesuai sekolah kat situ, at least aku tahu & boleh fikirkan cara lain untuk sekolahkan anak aku. Jangan bila tanya semua ok.. tapi sebenarnya tak ok. Sekarang suami aku pun dah tak confident nak hantar ke sekolah.. cuma aku cakap takpe. Just tahun ni. Ikut suami aku dia tak bagi dah anak aku sekolah kat situ bukan sebab anak aku tak boleh calar sikit tapi sebab anak aku tak boleh berkomunikasi lagi. Dia speech delay. Dia macam budak baru belajar cakap je sekarang. Tak pandai cerita sangat so benda ni paling merisaukan kami bila berlaku perkara2 macam ni.

Moral of the story.. Pengajaran buat cikgu cikgu tadika benda macam ni bukan perkara remeh untuk di selindungkan bagi sesetengah mak bapak macam kami ni. Kami bukan nak salahkan cikgu. Kami tahu cikgu cuma mengajar bukan mengasuh tapi lumrah budak tadika yang baru kenal persekolahan memang tugas cikgu agak berat sebab kena pantau supaya tak berlaku kemalangan2 yang boleh mengakibatkan kecederaan. Yelah.. kita manusia kadang2 terlepas pandang tapi harap jujur dengan mak bapak pelajar tu apa yang berlaku. Menipu bukan penyelesaian tapi permulaan sebuah masalah yang mungkin jadi lebih besar. Aku taknak perkara macam ni di biarkan nanti sampai satu masa bagi kemudaratan pada anak aku. Tu benda paling aku risau. Serius.. aku tak salahkan cikgu cuma aku terkilan sebab aku rasa cikgu tak bagi tahu benda yang betul apa yang berlaku kat anak aku.

FIKIR DULU SEBELUM PILIH KERJAYA SEBAGAI CIKGU TADIKA

FIKIR DULU SEBELUM PILIH KERJAYA SEBAGAI CIKGU TADIKA. Jadi cikgu sekolah kebangsaan, cikgu sekolah menengah atau pensyarah di universiti aku rasa cabaran dia tak sebesar jadi cikgu tadika ni walau cikgu tadika ni gaji pun tak seberapa sangat. Tapi aku tak cakap la jadi cikgu ni kerja dia senang. Jadi cikgu apapun zaman sekarang memang mencabar. Cuma aku rasa cabaran tu tak sama berbanding cabaran jadi cikgu tadika ni. Sejak 3 hari anak aku di tadika.. Memang aku nampak cabaran jadi cikgu tadika ni hanya orang2 tertentu je mampu galas tanggungjawab dengan gaji tak seberapa tu. erkk.. aku pun sebenarnya tak pasti gaji cikgu tadika tu berapa yang aku agak mungkin lebih rendah dari cikgu sekolah kebangsaan la.


Bayangkan la.. hari ketiga persekolahan pun still ramai yang datang sekolah menangis,mengamuk tak nak masuk sekolah terpaksa cikgu dukung budak yang meronta2, pujuk.. Bukan sorang dua.. malah ber orang2 macam tu. Mujur anak aku takde la tahap macam tu. Nak masuk tu je kena pujuk dah masuk kelas.. tengok ramai kawan & banyak mainan dia dah ok sampai la pukul 4.30 kejab lagi tengok muka mak bapak dia terus Uwaaa... macam setahun kena tinggal. Rindu gamaknya. Tak pernah kena tinggal sepanjang hidup dia. Tapi sekejab je macam meluahkan perasaan. Nak cakap tak berapa pandai.. dia luahkan cara macam tu la.

Tapi sepanjang sesi persekolahan setakat ni cikgu cakap memang dia tak ada masalah menangis ke, merengek ke,kacau kawan2 ke cuma anak aku dia ada masalah fokus dengan attention je. So, dia memang jenis tak boleh duduk statik lama2 satu tempat dengan masalah makan. Tapi anak aku memang tak ada masalah hyperactive tau. Dia cuma ada masalah attention je. Dia tak hyper. Walaupun dia suka bergerak tapi takde la sampai tak duduk diam langsung. So cikgu dia pun rasa tak susah nak handle dia selain masalah nak pujuk dia makan je. Almaklum budak2 ni makan nak yang sedap kat mulut depa je macam budak2 ni >> Terkejut Ibu bapa bila lihat melalui video apa yang anak mereka makan <<

aku dah inform kat cikgu awal awal. 3 bulan pertama pun therapist dia dah bagitau kat aku memang masalah attention tu ada. Tapi Alhamdulillah.. cikgu dia sentiasa positif & sudi membantu kekurangan anak aku tu. Aku risau cikgu tak dapat handle tapi cikgu pulak bagi semangat kat aku jangan risau.. Insya Allah nanti ok katanya. Sekarang dia baru nak sesuaikan diri dengan suasana sekolah.

Nak jadi cikgu tadika, nak hadap budak yang mungkin pertama kali melangkah ke alam persekolahan atau pertama kali berpisah dengan mak bapak macam anak aku yang 1 jam pun tak pernah berjauhan dengan aku selama ni bukan mudah. Cuma mungkin anak aku dia excited ramai kawan je so dia boleh serasi dengan cepat. Aku tengok gelagat budak2 tadika datang sekolah pun aku rasa aku tak mampu nak jadi cikgu tadika. Tu yang mengamuk tak nak masuk kelas.. ada yang melasak tak ingat dunia sampai nak pecah anak tekak cikgu jerit pun satu hal jugak. mau kena sedut inhaler gamaknya kalau aku jadi cikgu tadika. hahaha.

Nak jadi cikgu tadika.. Tahap kesabaran & keikhlasan memang kena tinggi. Kalau jenis jadi cikgu tadika sekadar untuk dapat gaji aku rasa memang tak mampu bertahan. Baik la fikir dulu sebelum pilih kerjaya sebagai cikgu tadika ni. Bukan semua orang mampu pikul tanggungjawab. Jadi cikgu tadika ni bukan je sebagai seorang cikgu malah cikgu tadika ni ambil tanggungjawab macam pengasuh budak jugak la. kalau rasa tak tahan dengan kerenah budak2 Baik tak payah. Kang anak murid menangis.. dengan cikgu2 sekali ikut menangis. hahahaha Budak 5 & 6 tahun la katakan..

Moral of the story.. Cikgu pertama kebanyakkan dari kita semua adalah cikgu tadika bagi yang pergi tadika la tapi cikgu pertama ni kadang2 jarang kita raikan sedangkan merekalah orang pertama yang memperkenalkan kita dengan alam persekolahan. Yang paling sabar mendidik kita sebelum tanggungjawab tu di ambil alih cikgu di sekolah rendah. Alhamdulillah aku masih ingat nama cikgu tadika aku dulu.. Cikgu Rohana yang sangat baik.

DEBARAN 4 JANUARI 2016 YANG RAMAI AKAN RASA

DEBARAN 4 JANUARI 2016 YANG RAMAI AKAN RASA. Bukan orang lain je rasa debaran ni.. aku sendiri pun rasa debaran 4 Januari 2016.. Ada ibu awal sikit 3 januari dia dah start berdebar. Perasaan yang normal kot.. Almaklum la nak melepaskan sesuatu yang teramat berharga dalam hidup untuk beberapa jam di bawah pantauan orang lain bukan senang nak bina keyakinan diri bahawa orang itu mampu menjaganya sebaik kita menjaganya selama ni. Tapi sebab sistem kehidupan macam tu.. Sampai satu masa terpaksa jugak melepaskan ia untuk belajar berdikari.


Macam tu la perasaan seorang ibu & ayah bila kali pertama anak nak melangkah ke sekolah. Bagi yang biasa hantar anak pada pengasuh tu mungkin tak terasa sangat la debaran.. Depa dah biasa berjauhan dengan anak. Bagi cheq yang memang selama 4 tahun 24 jam mengadap anak ni.. Susah hati rasa macam nak meletop jantung. Tapi anak cheq Tabika sesi petang. Sekolah dia tak muat nak sumbat 5 & 6 tahun dalam satu sesi pagi. So, dia buat 2 sesi. Ni dah pukul 10.. Lagi beberapa jam dia akan melangkah ke satu alam baru iatu sekolah, hope dia takde la buat drama penuh trajidis kat sekolah nanti. Hope dia boleh serasi dengan suasan baru. Dia boleh ikuti pelajaran seperti biasa & dia tak nakal. Hope cikgu mampu bersabar dengan kerenah anak ku yang tak pandai sangat berkomunikasi ni. Almaklum la speech delay tapi jangan risau masa orientasi aku dah cerita A to Z pasal anak aku.. Mujur cikgu dia dulu ada ambil course perkembangan awal kanak kanak.. So tak susah nak explain pasal anak aku. Dia senang faham.

Pentingnya kita mengenali cikgu & bagitau tentang anak kita pada cikgu nak2 yang ada delay development ni. Jangan berahsia.. Nanti susah cikgu nak pantau. Bila kita bagitahu sebelum sesi persekolahan bermula.. At Least cikgu dah tahu bakal anak murid dia nanti macam mana. So, dia boleh buat persediaan awal. tak payah rasa malu atau takut.. Benda tu tak membantu anak kita. Perkara biasa.. perkembangan setiap kanak kanak tu berbeza & manusia di lahirkan dengan kekurangan & kelebihan yang tak sama. Belum tentu anak yang membesar dengan bijak tu dah confirm masa depan dia cemerlang gemilang & terbilang. Ramai jer yang stuck di tengah jalan.. Tak semua budak ada kelewatan dalam perkembangan dia.. Masa depan dia gelap gelita. Ada yang berjaya di luar jangkaan kita. So, terima kekurangan & kelebihan anak seadanya.. Ia adalah Anugerah Allah yang paling istimewa.

Jadi pada mak bapak.. Ni zaman IT ok. Senang nak pantau perkembangan anak di sekolah sebab cikgu2 sekarang banyak create group whatsapp dengan mak bapak untuk berbincang apa2 masalah berkaitan pelajaran anak anak. Rajin2 la beramah mesra dengan cikgu.

Yang penting jangan skip sarapan untuk anak anak kalau anda tak nak menyesal sebab sarapan pagi sebenarnya ada benda benda ni >> 4 Perkara ni Mungkin Anda Menyesal Kalau Tak Ambil Sarapan Pagi << Sarapan pun salah satu perkara penting dalam perkembangan jugak. Amalkan mengambil sarapan Supaya pelajaran mereka tak terganggu.

Apapun selamat menempuh rutin baru dalam hidup buat semua ibu bapa yang kali pertama anak dia melangkah ke sekolah macam aku. Semoga anak2 kita mendapat ilmu yang baik, di berkati & menjadi anak yang cemerlang dunia & akhirat. Amin...

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com