Showing posts with label tubuh. Show all posts

PARKING KENDERAAN DEKAT DENGAN PINTU MASUK JUGA BOLEH MEMBAHAYAKAN KESIHATAN

PARKING KENDERAAN DEKAT DENGAN PINTU MASUK JUGA BOLEH MEMBAHAYAKAN KESIHATAN. Kita sedia maklum apa perkara atau perbuatan yang kita buat hari ni takkan memberi kesan sampingan secara drastik tapi ia seolah olah meracun tubuh kita secara perlahan lahan & akan nampak kesan dalam di masa akan datang. Sebab tu banyak di antara kita walaupun orang bagitau jangan buat tu.. jangan buat ni.. Nanti esok2 badan kau yang menanggung azab. Contoh macam orang berpantang la. Masa berpantang konon nak jadi urban taknak ikut pantang larang orang tua tua.. Alih2 umur baru masuk 30an sakit sana sini sebab tak jag betul betul masa pantang.


Sebab tu penting ambil apa yang baik dalam pantang larang orang dulu dulu. Jangan nak asyik nak mengkunokan cara orang tua tua je. Sebab selagi hidup kita berharap la dapat hidup dengan sihat sampai masa di jemput pulang kerahmatullah. Ni baru pulang kerumah dua tiga hari selepas discharge dari hospital dah kena admit balik... Alih2 mati dalam perjalanan ke hospital jer.

Ada beberapa perkara yang kita memang selalu buat.. contoh mengelak dari terkena matahari. Takut hitam katanya. Baru je consistent vitamin C + Collagen nak bagi kulit putih & sentiasa muda. Dalam satu kajian yang di buat orang yang mempunyai masalah radang sendi (sakit lutut) & mempunyai masalah tekanan darah rendah adalah mempunyai 3 kali ganda risiko di jangkiti penyakit. Kerana badan manusia kebanyakkan mempunyai Vitamin D yang memerlukan tindakbalas dari cahaya matahari. Jadi jangan jadi macam ice cream sangat sampai tak nak langsung terdedah dengan cahaya matari sebab cahaya matahari jugak penting untuk tubuh manusia. Sekarang memang kita tak rasa sakit lutut sebab muda lagi... Dah tua2 esok baru benda tu kita akan rasa

Sampai parking kenderaan terlalu dekat dengan pintu masuk.. tak kira la pintu masuk mall ke, supermarket ke, pejabat ke hapa pun boleh bagi kesan pada masa akan datang pada tubuh kita. Benda tu jugak kalau selalu buat akan memberi kesan kemudaratan kepada kesihatan kita. Tapi benda ni memang antara kita semua suka buat sebab malas nak jalan jauh, betul tak? Nak tahu kenapa perkara tu jugak boleh memberi kesan pada kesihatan kita untuk jangka masa panjang meh baca kat sini >> 9 Perkara Yang Anda Buat Setiap Hari Yang Bakal Memberi Kesan Kesihatan Badan Anda Di Masa Akan Datang << Penting sangat kita tahu sebab kadang2 kita rasa apa kita buat untuk untuk kesihatan badan kita untuk masa sekarang & masa depan tapi sebenarnya tidak. Contoh bersenam pun sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan. Nak tahu kenapa baca la kat artikel 9 perkara yang selalu kita buat yang memberi kesan buruk pada kesihatan kita di masa akan datang tu.

Moral of the story.. Apa yang baik boleh memudaratkan kalau di lakukan secara melampau & extreme. Sebab tu Islam menggalakkan melakukan apa juga perkara secara sederhana agar tidak memudaratkan diri atau orang lain.

KESAN PENYAKIT MELALUI LIDAH

Setiap anggota badan kita ni memang ada connection antara satu sama lain kalau tak.. masakan tercipta pepatah 'cubit peha kanan, peha kiri pun terasa' kan? Almaklum la hidup menumpang satu nyawa ni kan.. Pi mai Pi Mai.. saling memerlukan. Macam tu jugak dengan lidah.. dia pun jenis anggota deria yang over tacing kalau organ lain yang sakit. Macam kuku jugak..


Penyakit boleh di kesan melalui warna lidah..  Di nasihatkan jangan membaca sambil jelir lidah depan cermin yer nanti menganggu fokus pembacaan. Baca dulu kejab lagi belek la lidah warna apa..

Lidah putih
disyaki mengidap kepialu , penghadaman yang terjejas, simptom influenza atau kekurangan darah. Jika warna lidah pucat dan lembap seperti ada lapisan lemak, ada tanda-tanda gejala sejuk ini ada kaitan dengan selesema. Jika lidah putih yang sedikit tebal, ini adalah salah satu daripada gejala-gejala penyakit kelamin.

Lidah biru
Lidah yang berwarna kebiru-biruan biasannya menunjukkan pesakit mungkin ada masalah dengan organ pernafasan atau masalah berkaitan dengan jantung.

Lidah merah
Lidah berwarna normal sedikit merah, merah cerah lebih buruk, ia menunjukkan pesakit menderita kepanasan. Bila warna merah sedikit kekuningan, menunjukkan demam agak tinggi. Hanya bahagian sisi yang merah atau lidah ditutupi titik titik merah, harus berjumpa doktor mungkin anda ada masalah liver@hati . Warna lidah merah cerah, lidah seperti berlumut atau retak, adalah sindrom panas. Lidah merah yang terasa sangat kering, ini tanda-tanda dehidrasi. Lidah ungu kemerahan menunjukkan adanya luka dalaman atau luka pada perut.

Lidah kuning
Menandakan panas pada tubuh yang agak berlebihan kerana terlalu banyak mengambil alkohol, makanan pedas, mengalami stres emosional dalam jangka panjang, atau akibat merokok.

Kalau lain2 warna tu tak di kenalpasti pulak masalahnya maybe sebab banyak makan makanan yang ada bahan pewarna yang tidak cair di tangan tapi luntur dalam mulut katanya. Apapun info ni untuk langkah awal mengenalpasti penyakit bukan keputusan rasmi. Selebihnya bawak2 la jumpa doktor yer...

Moral of the story... Lidah bukan je boleh tunjuk tanda penyakit malah kadang2 kerana lidah jugak dapat sakit. Jadi sayangi lidah anda... Peace!

Sumber Info :  Mengenalpasti Penyakit Melalui Warna Lidah


SOSOK TUBUH MISTERI YANG MENGANGGU DI BLOG

Sosok tubuh misteri apa gamaknya yang ada kat blog tu yer.. seram sangat ke? macam mana sosok tubuh misteri tu boleh ada kat blog tu? Apa yang sosok tubuh misteri tu buat kat blog tu? nak merungkai segala misteri meh baca entri ni sampai habis

sumber google

Blogger mak mak standard la cerita dia pasal family kan terutama anak.. Aku dulu pun jadi sekejab blogger mak mak ni.. Tapi satu perkara yang berlaku buat aku terus private cerita proses pembesaran anak aku. Tapi Blogger Typical Mummy ni kira lebih tabah dari aku la sebab boleh bercerita pasal anak anak dia lagi dari aku.

Blog dia background plain color putih suci murni lagi tu. Tak payah risau kalau internet slow pun senang loading sebab blog dia ringan tak banyak iklan banner macam blog aku ni. Blogger typical mummy ni jugak salah sorang blogger yang rajin berkomen kat blog aku. So, kalau nak ber blog walking elok la singgah ke blog Typical Mummy.

Yang tak best blog ni aku rimas tang sosok tubuh wanita misteri yang dok ikut jer kalau kita scroll entri. Kalau nak tahu sosok tubuh misteri tu macam mana sila la tengok kat blog typical mummy. Hope typical mummy buat something la supaya sosok tubuh misteri tu tak ganggu entri2 di blog typical mummy. Ia sedikit menggangu bila nak baca entri.

Jadi marilah kita mencipta silaturrahim dengan blogger typical mummy ni. Menambah kawan jugak menambah traffic bila kita saling kunjung mengunjung.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com