Showing posts with label pengalaman seram minah kilang. Show all posts

SERAM! KELIBAT BEKAS OPERATOR KILANG DELL YANG MENINGGAL DUNIA DATANG BEKERJA

SERAM! KELIBAT BEKAS OPERATOR KILANG DELL YANG MENINGGAL DUNIA DATANG BEKERJA. Sapa kat sini pernah kerja sebagai operator pengeluaran? Jangan tak tahu kami pun besa kerja kilang dalam setahun macam tu tapi rasa macam tak berapa kena dengan jiwa la pulak. Mak kami dulu pun kerja kilang juga nak membantu arwah ayah untuk besar & sekolahkan anak anak dia yang berderet macam itik pulang petang ni. Almaklum la.. 6 adik beradik yang jarak semua dekat dekat jer.


Kerja la kilang manapun.. Confirm ada kisah seram & ada kejadian histeria. Almaklum la.. Dalam kilang ni pekerja kebanyakkan majoriti perempuan kan. Dah tu ramai yang macam model mai keja. Depa punya makeup kadang2 macam nak pi buat fashion show pulak. Tu la minah kilang kalau hangpa nak tau tapi bukan semua la.. Maka jin pun suka. Apa ingat taste Jin yang muka berulat, berlubang.. ka? Sebab tu dia cari manusia jugak.. sebab manusia kan cantik hehehehehe

Tadi terbaca satu kisah seram yang melibatkan satu kilang DEll.. tak tau Dell kat mana rasanya belah2 penang kot. Kilang tu katanya buat pemasangan untuk notebook. Kisah ni berlaku masa budak ni kerja kilang lepas SPM. Selalunya lepasan SPM sementara nak tunggu result keluar memang ramai la yang pi apply kerja kilang untuk cari duit poket. Yang tu je banyak kerja kosong katanya.. Dulu la. Sekarang banyak kilang2 besar dah bungkus ikat tepi.. Almaklum ekonomi tak berapa nak cantik macam minah kilang dah sekarang.

Dia kerja normal Shift.. Dari pukul 6 pagi sampai 7 malam. Ni standard kerja 12 jam la ni. Confirm gaji pun not bad.. Boleh pakai sematpon rega RM2K.. Boleh la selfie lawa lawa sikit kan? 

Nak di jadikan kisah seramnya.. Pada suatu pagi yang masih buta.. Dalam pukul 5.30 macam tu. Budak ni sampai awal. sementara tunggu nak masuk kerja di lepak2 tempat kerja dia dulu. Yelah.. keja belum start boleh la lepak lepak. Time kerja nak lepak lepak.. Tu memang minta penyepak. Sambil rilex tu datang makcik cleaner tegur & ajak berbual. Kebetulan makcik cleaner tu sedang menjalankan tugas kat line dia kerja tu. Makcik cleaner tu buka cerita dengan satu soalan..

Bukan... Dia tak tanya bila nak kawen? Jangan risau.. Takut sangat hangpa anak dara na kalau sembang dengan makcik makcik. Risau kena tanya pasal bila nak kawen. Padahal bukan bertukar jadi hantu kum kum pun kalau makcik makcik bawang tanya soalan tu hehehehe.. Dia tanya pasal apa yang berlaku kat tempat tu ja.

Makcik tu tanya memang malam line kat tempat kerja dia tak jalan ke? So budak tu explain la yang line dia kerja tu memang beroperasi siang ja.. Makcik ni mula buka cerita katanya semalam dalam pukul 3 pagi dia nampak ada sorang pompuan rambut panjang dok buat kerja pasang notebook kat situ. Tipikal hantu kan.. Mesti simpan rambut panjang. Erkk.. takde ke imej hantu yang rambut layer ke hapa... hahahaha

Ok ok jangan baling selipar jepun kat kami... sambung cerita. Makcik tu tak syak pun yang di dok bertegur sapa tu bukan manusia so dia pun tegur la.. Kenapa buat kerja sorang sorang time2 macam tu. Menjawab juga jelmaan perempuan rambut panjang tu.. Katanya nak cari duit lebih nak bela anak. Sebab kena sambung buat kerja dia yang bertimbun lagi tu makcik cleanser tu takde la membawang lama lama dengan minah rambut panjang tu. Dia bawa diri jer buat kerja. kang dok menyembang lama lama orang tuduh makan gaji buta pulak kan..

Dalam celah dok cerita pasal kejadian pukul 3 pagi tu, line leader kebetulan lalu maka makcik tu repeat cerita dengan line leader tu pulak. Maka terbongkar segala rahsia.. Menurut cerita line leader tu..

Pada satu ketika dulu.. Bukan zaman dulu la. Zaman tu tak berapa dulu cuma mungkin dah lama la berlaku. Ada seorang operator perempuan yang kerja kat situ. Dia ni memang rajin kerja tahap tak hingat rumah dah. Kadang2 sampai tak cuti. Pada suatu hari... Dia nak datang buat overtime dia kemalangan depan pintu masuk kilang dengan lori & meninggal dunia kat situ. Yang sedihnya time tu dia tengah pregnant 2 bulan.

Sejak kejadian tu.. Memang selalu orang nampak jelmaan yang macam perempuan yang meninggal dunia tu kat kawasan kilang tapi setakat ni takde la dia jadi macam pontianak harum sundal malam kacau sesapa. Just nampak kelibat macam tu ja..

Bila dengar cerita tu terlopong terus makcik cleaner tadi.. Tak sangka semalam yang dia dok beramah mesra tu bukan manusia. Kira dia insan terpilih la boleh buat siri bercakap dengan Jin.. Apa ingat senang ka nak cakap dengan jin. Tamar Jalis je ada siri bercakap dengan Jin ok.. So sesapa yang terberjaya cakap dengan jin kira level2 Tamar Jalis jugak la. hehehe

Tapi lopongan makcik tu tak extreme sangat.. Yang paling melopong sampai rasa nak pengsan budak operator tu la sebab line leader tu cakap tempat dia duduk sekarang adalah tempat perempuan yang meninggal dunia tu kerja dulu. Dan di tambah lagi makcik cleaner tu cakap yang semalam dia nampak perempauan tu pun memang tempat budak tu duduk juga

Mesti hangpa nak tau apa jadi dengan budak operator tu lepas dia tahu cerita tu semua.. Bukan!! dia tak histeria. tak demam & tak juga pengsan on the spot... Tapi esok harinya dia terus resign. Tu dia... Tahap kecut tu level tak boleh mengembang dah padahal kalau ikutkan bukan perempuan tu mati kat situ cuma dia pernah berkerja kat situ ja. hahahaha... yelah, manusia memang tak boleh elak dari rasa takut bila dengar cerita tentang benda mistik ni. Kalau boleh jangankan tempat orang yang pernah mati duduk.. tempat dia pernah lalu pun ada orang tak nak jejak. Taksub sungguh kan..

Seperti biasa saya nak ingatkan.. Apa yang kita rasa berkaitan dengan seseorang yang meninggal dunia, yang kita nampak jelmaan dia bukan lah roh orang yang dah mati tu. Tapi tu semua adalah jelmaan iblis, jin & syaitan untuk menyesatkan manusia. Manusia yang dah meninggal dunia takkan kembali kedunia dengan apa cara & jelmaan sekalipun.

Moral of the story.. masa den kerja kilang dulu ada jugak yang spesis kuat kerja sampai tak balik rumah. Tido kat surau.. kalau tengok muka dia memang macam dah hilang seri sebab kurang rehat.. Hope dia masih sihat sejahtera la sampai sekarang. Moga takde mana2 jin menjelma jadi dia kat kilang dia pernah kerja la.. Manalah tau Jin suka orang rajin kerja ni kan.. hehehee

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com