Showing posts with label Pak Mie bela 500 ekor anjing. Show all posts

ORANG MELAYU ISLAM LEBIH SUKA MENGHINA DARI MEMBANTU HANYA KERANA DIA BERNAMA ANJING

Tersentuh hati daku membaca satu blog yang menulis pengorbanan sepasang warga emas yang sanggup memikul tanggungjawab membuat kebajikan kepada 500 anjing jalanan & 100 ekor kucing terbiar tanpa sebarang bayaran dari mana mana pihak. Apa yang di buat semata2 hanya kerana wujudnya simpati & kasih sesama makhluk.

Kisah Pak Mie yang kebetulan sang lekit tertengok videonya dari iklan says ni benar - benar menyentuh hati dari link video tu melarat pula membaca blog yang menulis kisah Pak Mie bersama anjing2 & kucing2 yang di selamatkan. Memang menyentuh hati pengorbanan Pak Mie & isterinya membanting tulang menjaga kesemua haiwan yang di selamatkan.


Bukan semua orang mampu lakukan lebih lebih lagi sesetengah orang Islam yang suka sangat jadi setaz & setazah yang tak berapa khatam ilmu agamanya. Sebut je anjing mula pandang jijik & hina. Jangankan nak senyum.. nak bagi secubit makanan pun jangan harap. Mentang2 la terajar dari kecik anjing haram di sentuh, Padahal yang harus di samak bila bersentuhan dengan anjing dalam keadaan tertentu saja bukan tak boleh langsung sentuh. Kalaupun tersentuh bukan tak boleh samak..Takkan pandai cakap pasal hukum tak tahu pasal tang mana haram & tak haram bila tersentuh anjing, kan?? kan??

Seperti yang penulis blog tu cakap.. "Melayu Muslim.. sibuk mempertikai hukum daripada sibuk membantu" Islam tu kan mudah tapi golongan setaz setazah yang tak khatam ni la memputar belit & menyusah payahkan orang. Tolong haiwan walaupun anjing takde dosa pun.. Insya Allah betul cara & niat ada ganjaran pahala. Dah la tak nak menolong, orang yang menolong di hina caci sebab yang di bantu tu adalah ANJING! Macam tu la nasib yang di terima insan mulia bernama Pak Mie & Isterinya ni.. di cemuh, di umpat.. memang tak terlepas dari mulut manusia berspesis setaz & setazah tak khatam agama Islam ni.


Bagi sang lekit apa yang Pak Mie ni buat adalah salah satu bentuk kerja amal & kebajikan yang tak ramai orang sanggup & mampu buat termasuk la sang lekit. Insan yang hebat, tabah, cekal & sabar saja mampu lakukan. Jadi pada kita yang tak mampu buat.. boleh tolong apa yang patut.. tak mampu tolong.. tolong la jangan menghina atau memperkecilkan apa yang orang lain buat.. Dan paling minta tolong jangan hina orang yang membuat kerja kebajikan walaupun dia membuat amal kepada makhluk bernama Anjing. Dia bukan pi beli anjing2 comel bulu tebal ikat reben merah atas kepala.. tapi dia kutip anjing jalanan yang sakit, cacat & tua untuk di beri perlindungan. Adakah itu satu dosa wahai manusia hanya kerana dia seorang Muslim?? Jadi fikir fikir & renung renungkanlah.. jika ANJING kita pandang Hina adakah kita layak bergelar manusia MULIA?? sedangkan ANJING tak pernah menghina manusia.

Pada yang nak tengok video menyentuh hati Pak Mie bersama ratusan anjing jalanan yang di selamatkan boleh clik kat sini >> KISAH PAK MIE <<




BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com