Showing posts with label ebook. Show all posts

TEKNIK PALING SEMPOI DAN MUDAH UNTUK BUAT SALE DI FACEBOOK

TEKNIK PALING SEMPOI DAN MUDAH UNTUK BUAT SALE DI FACEBOOK. facebook ni dah jadi macam pasaraya, pasar malam, Mall, pasar seni.. Pendek kata nak cari apa pun ada la kat facebook. Tak tertaluk pada perniagaan berbentuk fizikal.. Perniagaan berbentuk perkhidmatan pun ramai orang menggunakan facebook untuk mengiklan perniagaan mereka. Tak kira sekecil kecil perniagaan.. dropship, Agent, Pengeluar, pengedar bagai.. Semua level tak lepaskan peluang untuk mengambil kesempatan keatas facebook untuk menjadikan medium sebagai meraih sumber pendapatan tak kira pendapatan utama atau sampingan.


Kat Facebook ni macam takde benda tak boleh jual... Cuma samada jualan ada berjaya atau tak je. Walaupun trend sekarang perniagaan atas talian (Online) tapi bukan semua orang boleh menguasai & meraih keuntungan melalui facebook. Apapun kita nak buat kena belajar kena ada ilmu.. Kalau semborono je.. Tak janji la akan dapat hasil tak juga kata tak ada hasil. Kalau jenis macam tu bergantung pada nasib jer..

Ada orang sanggup bayar & pergi kelas.. Ada orang ada keterbatasan tak dapat nak attend apa2 kelas tapi jangan la sesedih. Ni zaman semua ada di hujung jari.. Yang takde hujung jari syurga & neraka je. Cuma hujung jari tu pun salah satu faktor samada kau ke syurga atau ke neraka jahaman.. Setakat nak belajar untuk buat sales melalui facebook ni.. Dimana mana sahaja boleh.. dont worry konah.. I akan bantu u, hokay!!

Saya kongsikan teknik yang di gunakan oleh seorang yang menggelarkan dirinya Cikgu Hafis. Jangan la dok tanya cikgu sekolah mana pulak.. Beliau seorang internet marketer & memang selalu sangat promosi produk dan bisnes beliau menggunakan Facebook. Pendek kata, bisnes beliau makin menjadi-jadi lepas menggunakan Facebook sebagai tempat untuk promosi produk.

dari pengalaman beliau menggunakan facebook untuk membuat sales.. Beliau nak share dengan hangpa la teknik yang beliau gunakan.

Alkisahnya.. pada satu hari yang indah, sedang beliau membuat kerja kerja promosi di facebook. Saja gatai gatai katanya tukar sikit beberapa strategik yang biasa di gunakan. Dia pun bereksperimen sambil mengodek facebooknya dan try beberapa strategi baru. Niat tu saja nak test market macam mana. Menjadi ke tidak eksperimen beliau.. Jadi ke tidak? Cer teka....

Of course menjadi ok! Tiba2 katanya salah satu iklan dia kat facebook nampak laju semacam. Ramai orang PM untuk bertanya & deal. Katanya satu hari tu sampai beratus orang PM.. Bukan setakat PM jer.. ada yang berjaya close sales jugak. Check account dah masuk 2 - 3 sales hari tu lepas dia PM beberapa orang.

Testimoni

Kagum juga dia sebab tak payah nak teruk2 sangat follow up & ayat customer dah boleh close sale kan.. dari situ dia perasan strategik baru yang dia cuba tu memang berkesan & mampu meraih kepercayaan customer walau untuk first deal.
Testimoni

Teknik yang di gunakan sangat simple tapi sangat berkesan dari segi

SOCIAL PROOF POWER GILA!
➠Bila orang tengok ramainya orang komen berebut-rebut kat page kita, ini akan menaikkan rasa ingin tahu mereka dan akhirnya mendorong diorang pun untuk buat perkara yang sama. Diorang pun nak juga.

ORANG LAIN TOLONG VIRALKAN - PROMOSI FREE
➠Dengan strategi SIMPLE ni, fans, prospek dan customer anda dengan RELA HATI tolong bantu promosikan produk anda. Senang-senang jer, orang tolong promot bisnes anda secara FREE.

HIGH PERSONAL ENGAGEMENT
➠Dengan teknik ni, prospek seolah-olah angkat tangan bagitahu kat kita yang mereka adalah prospek kita. Jadi senang kerja kita untuk PM mereka secara personal dan terus close sales.

PROSPEK PERCAYA WALAUPUN UNTUK FIRST DEAL
➠Bila dah tengok banyak giler orang berebut-rebut nak, ramai giler yang tolong promote, dari POINT OF VIEW prospek mereka akan anggap produk ni mesti bagus sebab tu orang tergila-gila. Jadi bila mereka deal melalui PM dengan kita memang tak susah nak yakinkan mereka untuk beli.

DAPAT SALES SEGERA!
➠Social proof dah power, orang pun dah ramai tolong promote produk kita, prospek pun dah PERCAYA jadi senang sangat untuk kita terus close INSTANT SALES. Secara tak langsung dengan ada kesemua elemen tadi, tiada halangan lagi untuk prospek yakin dan terus membeli.

BOLEH COLLECT DATABASE PROSPEK
➠PALING POWER strategi dan teknik ni adalah anda boleh kumpul email dan no. phone prospek. Dengan email dan no. phone prospek ni, anda boleh lakukan follow up untuk close sales dan lakukan lebih banyak promosi produk anda pada mereka.

DAPAT RETURNING CUSTOMER
➠Bila dah ada database email dan no. phone prospek, memang senang-senang jelah anda boleh terus dapat RETURNING CUSTOMER yang REPEAT ORDER setiap bulan. Mana taknya, anda follow up je melalui email dan phone dah sangkut sales. Kerja jadi makin relaks dan sales makin mudah.

Mesti hangpa nak belajar teknik simple tapi sangat berkesan untuk close melalui iklan di facebook kan? Kalau hangpa nak belajar hangpa kena dari video yang di sediakan cikgu Hafis. Antara yang di ajar cikgu hafis dalam video tersebut adalah..

Cikgu Hafis akan tunjukkan anda 2 Teknik power yang dia Gunakan Untuk Promosi Bisnes Dia Di Facebook. Antaranya..

 TEKNIK 1 

⇏ Cikgu Hafis tunjuk teknik straight to the point SPESIFIK untuk terus buat sales jer menggunakan Facebook. Bukan nak dapat like, bukan nak dapat share tau, ni teknik terus macam mana nak buat sales.

⇏ Dia ajar anda nak klik kat mana, nak guna Facebook Ads yang mana untuk buat INSTANT SALES. Takde kona-kona baring, buat ads ni untuk buat sales sahaja! Cikgu Hafis tunjuk straight to the point, iklan FBAds mana yang beliau guna. Just follow jer. Senang sangat

⇏ Apa yang perlu anda post kat dalam FB wall fanpage yang hendak anda iklankan supaya prospek boleh terus deal dan order direct dengan anda. Kalau main hentam jer post nak jual barang takut nanti orang KONPIUS dan tak reti camner nak order dengan anda.

⇏ Cikgu Hafis tunjuk step by step bagaimana untuk setting iklan FBAds dan target pada HIGH POTENTIAL CUSTOMER. Yang ni masih ramai lagi yang buat dengan cara tak betul, bila tak follow betul-betul memang tak jadi.

⇏ Dia juga tunjuk kat mana anda mesti iklan kat FBAds ni supaya senang orang nak deal dengan anda. Ada placement tertentu dalam FBAds yang dia dah try sendiri yang langsung tak untung, so for sure dia nak elakkan anda dari buat iklan kat situ.

 TEKNIK 2 

⇏ Teknik 2 ni advance sikit dari teknik 1. Dia guna teknik ni sampai dapat RM34,090 DALAM 9 HARI. Jadi Cikgu Hafis nak tunjuk kat anda step by step bagaimana dia buat teknik ni.

⇏ Cikgu Hafis ajar preparation awal yang perlu anda buat untuk apply teknik ni supaya anda boleh dapat database email customer dan no. phone mereka nanti sebaik sahaja mereka deal dengan anda melalui PM.

⇏ Dia tunjukkan setting untuk collect email customer dan no phone mereka masuk dalam sistem follow up. Dengan cara ini, sistem akan bantu anda simpan data-data ini untuk anda.

⇏ Teknik ni buat 3 in 1 - collect database email & phone customer + setting dan intergrate untuk Instant Sales + dapat buat promosi berterusan kepada semua customer anda.

⇏ Cikgu Hafis tunjuk sistem-sistem yang dia guna untuk bantu buat semua benda ni secara AUTOMATIK dan terus close INSTANT SALES sebaik sahaja mereka masuk dalam sistem selepas dapat PM dari beliau.

⇏ Dia tunjuk TRICK SIMPLE dalam COPYWRITING FBADS yang menyebabkan ramai orang berebut-rebut nak dapatkan produk dia dan mereka siap bantu secara PERCUMA untuk promote produk dia. Yang ni penting!

Last sekali, Cikgu Hafis ajar cara untuk deal dalam PM untuk mereka berikan email dan no. phone dengan senang jer tanpa tanya banyak-banyak. Lepas tu, mereka terus masuk sistem dan anda boleh terus hasilkan instant sales.

Dan macam-macam lagi lah yang CikguHafis akan tunjukkan dalam video tu nanti. Nak cerita dalam ni memang krem jari. Jadi hangpa kena dapatkan video cikgu hafis kalau betul betul nak belajar cara buat sales melalui facebook.

Macam mana nak dapat kan video video korang boleh tengok kat sini 
ꜛ
ꜛ

WOW! SEDEKAH UNTUK HALANG BALA & BENCANA

WOW! SEDEKAH UNTUK HALANG BALA & BENCANA. Sebagai manusia sebenarnya kita semua peminta sedekah.. Sekaya manapun kita tetap kena meminta minta.. Tak minta sesama makhluk,kita minta pada Tuhan.. Sebab manusia ni cuma perantaraan sahaja. Yang memberi tetap Dia Yang Satu. Jadi jangan berlagak sangat la.. dengan harta kekayaan yang kita ada. Tunjuk sedekah sana sini sebab nak dapat nama.. Sebab apa yang kita miliki hari ini adalah hak Allah. Kita ni cuma perantaraan jer.. Samada kita di pemberi atau penerima.

Kalau sebut sedekah semua akan terfikir 'Duit' je kan? Padahal sedekah tu luas.. Senyuman pun satu sedekah yang dapat pahala walau tak perlu bayar. Sampai tanam pokok untuk di beri makan makhluk lain seperti burung pun di anggap sedekah. Macam macam cara hangpa nak buat sedekah.. Kalau tak tau nak sedekah apa atau sedekah kat sapa.. Meh la tolong sedekahkan kat kami doa semoga Allah permudahkan urusan kes saman sivil yang di kenakan pada saya.

Sedekah ni bukan saja pembuka pintu rezeki.. Malah sedekah juga akan buat kita lebih tenang. Sedekah juga mampu menghalang kita dari di timpa bala bencana. Erkk... apa lak tipu. Betul la kami ada baca kat sini >> MEMBONGKAR RAHSIA KEAJAIBAN BERSEDEKAH! << Elok hangpa baca ok.. sebab bukan semua sedekah di terima Allah. Ada sedekah yang Allah tak terima mungkin perbuatan tu jadi sia sia & tidak memberi apa2 ganjaran pun. Dalam Ebook tu ada menulis sedekah macam mana tak di terima Allah. Manatau dalam hidup kita seharian kita ada buat sedekah2 yang tak di terima Allah kan.


Walaupun sedekah ni bukan paksaan.. Tetap kita kena belajar sedekah macam mana yang membawa manafaat & di terima Allah. Sebab kita hidup untuk mencari bekalan di bawa ke sana nanti. Cewah.. mensetazahkan diri pulak. Padahal diri sendiri pun bengkang bengkok lagi hehehehe. Yalah.. yalah.. peringatan ni untuk diri sendiri juga. Bukan nak point kat sesapapun.

Paling penting tak perlu tunggu jadi kaya raya baru nak bersedekah tapi untuk jadi kaya kita perlu bersedekah. Sedekah waktu susah tu paling afdal sebenarnya.. Tak caya cuba buat. Saya adalah testimoni yang berjaya katanya.. Bila hati tak tenang, otak serabut macam kilang perabot, Kewangan tak cukup, buntu, risau, stress, bagai nak gila.. bla.. bla.. bla.. Saya cuba cari sesuatu yang boleh buat saya tenang. Sebab bagi saya dengan ketenangan je saya boleh cari jalan penyelesaian pada masalah saya. Salah satu saya cuba buat adalah dengan bersedekah.. Sedekah dengan amout yang kecil, sedekah dengan kudrat, sedekah skill... semua tu tetap sedekah. Buat la apa yang anda mampu. Insya Allah.. Allah membuka jalan seluas luasnya.

Moral of story.. Jangan jadi macam haji Bakhil, nak sedekah kat cikgu murni jer.. Sedekah la kepada sesiapa yang memerlukan. Mungkin dengan sedekah itu dapat memberi sinar kehidupan baru pada orang lain & menjadi asbab Allah mengurniakan rezeki melimpah ruah bagaikan air laut yang tidak pernah kering & kontang kepada kita.

RAHSIA INSTAGRAM YANG MESTI ONLINE SELLER KENA TAHU

RAHSIA INSTAGRAM YANG MESTI ONLINE SELLER KENA TAHU. Instagram ada salah trend kat media sosial. Tak rock la takde instagram. Baby umur satu hari pun dah ada account Instagram ok.. Apa barang korang yang dah di senja usia tak de instagram katanya. Instagram ni sekarang tak berfungsi sebagai Album gambar je. Fungsi Instagram dah Upgrade memacam. Korang je tak up to date tu yang tak tau.

Selain Facebook, Instagram dah jadi satu lubuk pemasaran bagi online seller.. Mudah nak berjual beli melalui Instagram sekarang. Dah boleh DM (do Mesej) secara private, dah ada Instagram ads yang link dengan facebook.. So, memang menjual produk melalui instagram sekarang memang agak berkesan. Sebab tu ramai Instafamous yang gunakan Instagram untuk buat service2 review. Boleh buat live video lagi tau kat Instagram sekarang.

Tapi semua tu bukan lagi rahsia.. Cuma maybe yang mana baru berjinak jinak dengan Online bisnes ni kena tahu.. Tak payah tumpu kat facebook jer.. Korang kena adakan satu account Instagram untuk pasarkan produk korang. Tak kira la korang founder ke, agent ke atau dropship sekalipun. Tapi yang tak berjual beli pun patut ada account Instagram. Kalau ramai follower korang boleh buat duit dengan buat servis review produk kat IG.

Korang kena tahu sekarang ni..

Terdapat 600 juta pengguna aktif di Instagram. 57% dari pengguna ini akan login setiap hari di Instagram. Secara purata, kadar engagement bagi setiap post di Instagram, adalah 57x lebih tinggi dari Facebook.. dan 120x lebih tinggi dari Twitter. Seramai 2.81% orang akan respon (like, komen, tag) di Instagram berbanding Facebook hanya 0.25% dan Twitter hanya 0.21%.
Ini bermakna… Orang lebih suka like, komen atau tag/share di Instagram 10 kali ganda berbanding di Facebook & Twitter. Kalau di Facebook anda ada 100 fans, anda boleh dapat 2 respon (like, komen atau share). Jika di Instagram anda ada 100 follower, anda boleh dapat 15-20 respon…
Mesti ada yang tak tahu kan pasal tu. Sebab tu la korang kena ambil peluang ni terutama yang berniaga online tu. Tapi kalau follower pun sendu kau tak payah berangan sangat la Puteri Nora binti Mat Jidin Ooi.. kau boleh buat sale kat Instagram. Kau kena naikkan follower kau dulu. Dari follower sendu jadi beribu.. beribu jadi puluh ribu.

Masalah jugak kan kalau nak naikkan follower ni. Ingat senang ke nak suruh orang follow kita. Kadang2 kita jenuh dok follow orang alih2 yang banyak following jer.. Follower nan hado jugak. Tetap sendu di hati ku, pilu di jiwa mu. Tapi jangan risau yer Natasya Ammelia Senroses Binti Abdilah.. Ada cara ok nak naikkan follower. Rahsianya semua ada dalam ni.. >> KENA BACA BARU TAHU RAHSIANYA.. IG KEBABOM <<

Rahsianya semua ada dalam ni..

Kalau setakat cakap mesti orang lain akan kata.. Cakap je takde bukti. Nothing la. Setakat cakap gunung pun boleh runtuh.. cer.. tunjuk testimoni berjaya sikit. 

Yelah.. Yelah.. Markonah Ooi... Tengok la testimoni berjaya kat bawah ni kalau masih ragu ragu.








Dah percayakan.. Testimoni semua dah ada. Tapi macam mana nak dapat buku rahsia tu? Ok.. mai sini cheq nak pecah rahsia kat mana hangpa nak dapat cara nak meraih follower yang ramai di Instagram.. Ia bukan lagi rahsia selepas anda clik banner di bawah ni..


Apapun jalan dah bagi.. cara dah ajar cuma hendak seribu daya. Tak hendak seribu dalih. Tepuk dada tanya selera.. Tapi make sure tepuk dada sendiri. Jangan sesuka hati nak tepuk dada orang pulak... hehehehe. Peace Yo!

P/S : Semua nama nama yang di sebut dalam entri ni tidak merujuk kepada sesiapa & tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun mati. hehehee

PATUT LA BOLEH SAVING RM1000 SEBULAN WALAU GAJI CUKUP MAKAN JE.. RUPANYA..

PATUT LA BOLEH SAVING RM1000 SEBULAN WALAU GAJI CUKUP MAKAN JE.. RUPANYA.. Benda paling susah nak buat dalam dunia ni bagi sesetengah orang adalah saving atau orang melayu cakap menyimpan duit. Bila ada duit je nafsu mula la membuak buak.. Dia punya keinginan nak membeli tu kadang2 lebih dari kemampuan. Alih - alih jangankan nak saving, nak bajet sampai hujung pun pun tak sempat.

Kadang2 bukan boros.. Tapi tak tau la orang kata tup tup duit habis macam tu je. Banyak komitmen katanya. Bayar tu bayar ni.. Macam macam la alasan orang yang tak boleh nak menyimpan ni.

Niat tu ada nak menyimpan.. Tapi tu kadang2  kita tak tau cara dia macam mana.Puas dah dok jimat tetap tak mampu jugak nak saving. Poket bocor ka hapa gamaknya pun tak tau la. Tapi bila tengok orang boleh saving at least RM1k (Seribu ringgit Malaysia) walhal gaji dia tak la besar mana. Pelik jugak kan.. Celah mana dia boleh simpan sampai seribu sebulan tu? Dia guna toyol ke hapa?

Tak baik tau tuduh tuduh orang buat benda benda khurafat macam tu.. Tak semestinya orang bergaji rendah tak boleh saving. Tak semestinya kalau dia mampu saving dia bela toyol. Nak bela toyol pun kos tinggi ok sekarang ni. Apa hangpa ingat toyol makan asap bakar sampah je ke? Toyol sekarang pun demand ok hehehehe

Sebenarnya kadang kadang cara kita manage kewangan tu tak betul sebab tu tak dapat nak buat simpanan walau sikit. Ada cara paling mudah sebenarnya kalau hangpa nak buat simpanan duit sekurang kurang RM1000 sebulan.. Kalau hangpa baca kisah ni mungkin bagi inspirasi untuk hangpa nak saving

Setiap Bulan, Duit Asyik Tak Cukup!
Saya hanyalah pekerja biasa yang bergaji sekitar RM3,000 sahaja. Walaupun ianya nampak besar bagi sesetengah orang, tetapi, untuk kehidupan di bandar, pendapatan sebegitu adalah termasuk di dalam kategori miskin bandar.
Isteri saya pula tidak bekerja, bagi saya, perihal beban kewangan, biarlah saya sebagai suami yang tanggung sepenuhnya, manakala isteri pula memberikan tumpuan sepenuhnya menjaga dan mendidik 2 orang cahaya mata kami. Apatah lagi akhlak sebahagian remaja di bandar sangat merisaukan jika terdedah tanpa pengawasan ibu bapa
Walaupun saya telah sedaya upaya mengatur kewangan dengan sebaik mungkin, namun, boleh dikatakan, hampir setiap bulan... ada saja perkara-perkara yang diluar jangka berlaku!
Kereta rosak, kena saman trafik, anak sakit, peti ais rosak, hal-hal kecemasan dan terpaksa pulang ke kampung, bos hantar kerja outstation (walaupun boleh claim, tapi terpaksa guna duit sendiri dahulu).
Perkara-perkara sebegini menyebabkan peruntukkan perbelanjaan bulanan saya terganggu sehingga menyebabkan, saya terpaksa korek semula simpanan yang ada pada setiap bulan. Duit yang diperuntukkan untuk di simpan.. hanya dapat simpan sekejap sahaja, lepas tu, terpaksa keluarkan semula! Kalau tidak, dapur tak berasap dan anak tiada pampers dan susu! ..
Pernah satu hari... wang di dalam dompet hanya tinggal RM30 sahaja dan gaji akan masuk 3 hari lagi. Saya betul-betul berharap, untuk tempoh 3 hari tersebut, tiada perkara-perkara yang di luar jangka akan berlaku.
Bila difikir-fikirkan, hampir begitulah kehidupan saya setiap bulan... asal tiba sahaja hujung bulan, duit dalam dompet sekadar cukup-cukup sahaja! Jika ada berlaku hal-hal kecemasan yang melibatkan wang! Nak tak nak, saya terpaksa keluarkan semula duit dari tabung haji ataupun pinjam duit dari kawan-kawan.
Pernah juga terlintas di fikiran saya untuk pinjam duit dari Ah Long.... tapi Alhamdulillah, saya belum sampai ke tahap sebegitu lagi.
Setelah beberapa bulan saya amalkan tips-tips berjimat cermat yang saya perolehi dari pelbagai sumber tersebut! Saya mula dapat mengekalkan wang yang di simpan! (tidak lagi perlu korek semula)
Malah, apabila tiba hujung bulan, iaitu sebelum hari gaji! Saya masih lagi ada mempunyai wang di dalam dompet!
Kalau hangpa nak tahu seorang yang dalam kategori miskin bandar boleh survive & saving duit walau dengan gaji yang kecil clik pada banner kat bawah ni


Bagus kan dia share dengan orang macam mana cara dia keluar dari masalah kemiskinan di bandar & sampai dia boleh buat simpanan walau dengan gaji yang kecil. Yang paling penting mujur dia tak pi pinjam Ahlong kalau tak bukan makin menyelesaikan masalah kewangan malah menambah masalah lagi.

Moral of the story.. Kadang kadang kita ada cara nak menyimpan walau pada pandangan mata kasar kita macam tak cukup. Bukan pasal tak cukup duit cuma mungkin tak cukup ilmu je buat kita tak tahu macam mana nak buat saving tu.

AKU BUKAN SRIKANDI, CUMA HAMBA YANG DI UJI

AKU BUKAN SRIKANDI, CUMA HAMBA YANG DI UJI. Macam satu mimpi ngeri apa yang berlaku.. Sebenarnya tak pernah pun terlintas di hati saya benda ni akan berlaku dalam hidup saya. Rasanya mimpi seram tu lagi indah dari realiti yang perlu saya hadap sekarang. Orang nampak saya macam kuat.. terus berusaha, berjuang mencari jalan penyelesaian. Macam tak pernah mengalah atau putus asa.. Semua orang nampak saya seolah2 seorang srikandi, seorang yang sangat kuat hadapi Ujian besar bila di saman RM3 juta.. Padahal..

Saya manusia biasa. Wanita biasa.. Saya pernah rasa down, rasa putus asa, rasa penat, rasa nak mengalah.. Semua rasa tu memang ada saya rasa. Saya menangis.. saya kemurungan.. Sampai terpaksa di tenangkan suami saya. Semua tu berlaku pada saya tapi tak siapa yang nampak. Tapi bila saya meletakkan pergantungan pada Allah sebab saya rasa semua yang berlaku ni di luar kemampuan saya walau saya cuba berusaha. Akhirnya Allah bagi jalan.. Allah bantu saya melalui orang lain.

Satu persatu di hadirkan bantuan untuk saya.. Tapi kadang2 tetap saya masih rasa nak berhenti sebab saya tak mampu nak tanggung beban dalam perasaan saya setiap hari. Saya terpaksa struggle fikir untuk cari duit nak cukupkan kos guaman saya sehingga permohonan pindah mahkamah selesai bagi memudahkan saya hadir ke mahkamah untuk bela diri sekiranya saya tak mampu untuk mengambil peguam mewakili saya. Sampai sekarang masih tak cukup.. Tapi sampai ke stage ni takkan saya nak berhenti & berputus asa. Sia sia la usaha saya selama ni..

Menjadi seorang Suria Lekatlekit.. Saya tak sangka akan di uji sehingga tahap ini. Tapi saya percaya & sangat yakin Allah takkan menguji hambaNya di luar kemampuan mereka. Allah takkan menduga tanpa di berikan kekuatan untuk hamba yang di Uji. Sebab tu saya masih mampu bertahan sehingga sekarang. Walau rasa nak putus asa.. Saya masih terus berjuang untuk mencari jalan supaya saya boleh membela diri.

Setiap apa yang saya buat.. Saya letakkan pergantungan pada Allah sebab saya tahu saya cuma hamba yang tak punya apa2 & kuasa. Apapun kesudahanya kes saman ni saya yakin Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk saya. Saya yakin dengan usaha mampu mengubah kepada yang lebih baik. Yang baik itu kadang2 permulaannya sangat pahit.. Tapi saya yakin Allah tak pernah kejam. Manusia yang kejam sesama manusia jadi saya tak perlu pertikaikan apa yang Allah takdirkan untuk saya.

Saya mengharapkan bantuan dari semua pihak.. Macam macam usaha kawan2 blogger untuk membantu saya salah satu melalui jualan ebook ni.. Anda hanya perlu menyumbang RM10 & sebagai balasan mendapat 8 ebook ni..


Kalau berminat untuk berkolabrasi dengan blog saya untuk sebarang review bagi membantu saya mengumpul dana menampung kos guaman saya boleh 
Whatsapp saya : 0172429610

Harap masih ada yang sudi membantu & menyumbang kepada saya. Jika saya berkemampuan saya pun tak nak meminta minta.. Tapi demi Allah saya tak mampu dari segi kewangan & tiada harta untuk di jual atau di pajak. Saya terpaksa merendahkan diri minta bantuan dari orang lain.

Moga pertolongan anda walau hanya dengan share entri ni Allah memberi balasan yang baik & pahala yang berlipat kali ganda. Moga Allah permudahkan urusan anda semua & memberi rezeki yang berpanjangan bagaikan air laut yang tidak pernah kering. Amin..

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com