EPISOD AKHIR TEDUHAN KASIH.. BALASAN AYU TAK CUKUP AZAB
Drama bersiri yang di adaptasi dari novel Teduhan kasih dah abis tayangannya semalam. Penuh wall FB dengan macam2 update pasal drama tu. Ada yang cuba kondem.. ada yang emosional ada yang rasa biasa jer.. Den pun tengok juga walau banyak episod yang skip. Den ni nak kata sampai nak clik tonton.my semata2 nak tengok espisod yang ter skip tu minta maaf la yer.. Den tengok kalau sempat tengok. Tak sempat lantak ler.. Tapi dalam skip2 episod tu boleh paham lagi la jalan cerita dia.Watak jahat paling popular dalam drama tu Ayu & kaklong. Paling otai jahat Ayu la kan.. Tapi kaklong timbalan ketua penjahat tu pun tak kurang jahat. Jahat kaklong sebab dendam lama dengan si mak si iffa yang rampas laki mak dia kan?? Jadi motip dia cuma nak tengok iffa sentiasa hidup dalam kesusahan.. kalau si iffa tu senang, dia jadi tak senang hati. Berbanding dengan Ayu yang jahat tu memang dah semulajadi dalam hidup dia kot. Walau iffa tu kawan baik dia tetap dia rasa tak senang duduk kalau iffa bahagia & lebih senang dari dia. Kira Ayu punya jahat ni lebih kepada sifat dengki yang melampaui batas kemanusiaan jugak la.
Ramai yang dok cakap padan muka kaklong kena madu. Laki cari lain sebab tak pandai jaga laki. Tak ambil peduli hal rumahtangga. Kesian pulak kaklong di caci camtu. Sejahat2 kaklong la kan.. dia tak pernah terdetik nak curang dengan laki dia sepanjang episod drama tu tau. Tapi yang tak langsung di jentik atau di kutuk laki dia yang dalam diam2 pasang sorang lagi. Laki ni asal ada alasan je nak buka cawangan baru. Jahat2 kaklong dia tak curang dengan laki dia tapi laki dia tu sah2 curang dengan bini dia. Dalam kehidupan kita seharian pun kita jarang dengar cerita lelaki gantung tak bertali.. kes2 camtu selalunya perempuan jer yang kena. Tapi bila tang pompuan abai rumahtangga.. tu dia berapi mulut kita punya mencaci & memadan muka, kan??
Ending si Ayu jadi gila lepas excident tu macam tak berapa azab pula balasan dari kejahatan dia sepanjang episod drama tu bersiaran. Simple sangat la ending dia. Lepas kantoi.. dia keluar jalan kat parking park lepas tu kena langgar.. Kalau gila dia dah tak feel derita.. Cuba buat lepas excident dia jadi cacat anggota ker.. muka jadi buruk ker.. nampak azab & menderita la sikit. Baru puas hati penonton tengok watak ayu tu terima balasan, kan?? Biar dia rasa derita macam mana dia pernah buat orang lain menderita, kan?? hahahahaha.. tu dia nampak sangat tak puas hati dengan watak ayu tu.
Itulah komen den yang sempat jugak tengok episod akhir Teduhan kasih. Moral of the story bagi keseluruhan cerita ni adalah bermula dari mak si Iffa seorang GRO yang rampas laki orang punca dendam kaklong & mak dia.. Bila mak si iffa meninggal iffa tempat dorang untuk lepaskan segala dendam & kemarahan. Jadi.. pada si bujang2 di luar sana tak kira anak dara mahupun mak janda.. Ingat!! Jauhi dari suami orang kecuali kalau suami orang itu memiliki isteri yang hati sebaik baik wanita yang rela,redha & ikhlas di madukan. Tapi bukan laki saya.. sebab saya tak berapa baik kalau bab nak share2 ni suami. Peace!!!
** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE