SATU LAGI TASKA DI PUNCAK ALAM MENDERA KANAK KANAK
Nampaknya pihak kerajaan kena buat sesuatu ni. Dah makin banyak pengusaha taska yang mendera kanak - kanak & bayi bawah jagaan mereka. Kali ni di puncak alam pulak.Bukan setakat dipukul dengan pembaris panjang jika mereka ingkar arahan, malah lebih memilukan apabila ada di antara bayi yang diangkat dengan sebelah tangan secara kasar kemudian dicampak ke tilam tempat mereka tidur begitu sahaja.Akibatnya, ada di antara 30 kanak-kanak dalam lingkungan umur lima bulan hingga lima tahun di taska berkenaan mengalami keadaan trauma dan murung.
Wah kau! Duit orang kau nak.. tapi suruh jaga sekejab pun ko rotan2 & campak2 anak orang kau fikir mak bapak dorang bayar kau untuk kau rotan& campak2 anak dorang ke?
Trauma den tau even den hanya surirumah yang jaga anak sendiri. Nak hantar lala ke playschool pun tak berapa ada kekuatan even ada taska yang berdaftar dengan JKM yang tak jauh dari rumah. Memang benda2 macam ni buat den hilang kepercayaan kepada mana2 taska. Mujur Allah pilih aku untuk bergelar surirumah... Kalau tak maybe hari2 aku macam mak2 budak yang lain.. dok kat opis hati tak tenang je, kan?
Sumber berita Sinar Harian
** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE