SATU LAGI TASKA DI PUNCAK ALAM MENDERA KANAK KANAK

1/11/2014 12:12:00 PM suria lekatlekit 15 Comments

Nampaknya pihak kerajaan kena buat sesuatu ni. Dah makin banyak pengusaha taska yang mendera kanak - kanak & bayi bawah jagaan mereka. Kali ni di puncak alam pulak.Bukan setakat dipukul dengan pembaris panjang jika mereka ingkar arahan, malah lebih memilukan apabila ada di antara bayi yang diangkat dengan sebelah tangan secara kasar kemudian dicampak ke tilam tempat mereka tidur begitu sahaja.

Akibatnya, ada di antara 30 kanak-kanak dalam lingkungan umur lima bulan hingga lima tahun di taska berkenaan mengalami keadaan trauma dan murung.


Wah kau! Duit orang kau nak.. tapi suruh jaga sekejab pun ko rotan2 & campak2 anak orang kau fikir mak bapak dorang bayar kau untuk kau rotan& campak2 anak dorang ke?


Maybe pengusaha taska spesis syaitan ni bukan buka taska sebab dorang memang suka budak2 tapi sebab dorang tahu boleh untung kalau buka taska. Yelah.. zaman sekarang ramai mak bapak yang bekerja.. Maka berlambak la taska haram yang di tubuhkan. Taska yang berdaftar dengan JKM ni bukan banyak & bukan semua tempat pun ada. Rasanya kena perbanyakkan lagi taska bawah JKM ni & pihak berkuasa kena memantau taska haram ni supaya gejala mendera kanak2 & bayi di pusat jagaan yang tidak berdaftar dengan JKM atau tak berlesan ni dapat di atasi.

Trauma den tau even den hanya surirumah yang jaga anak sendiri. Nak hantar lala ke playschool pun tak berapa ada kekuatan even ada taska yang berdaftar dengan JKM yang tak jauh dari rumah. Memang benda2 macam ni buat den hilang kepercayaan kepada mana2 taska. Mujur Allah pilih aku untuk bergelar surirumah... Kalau tak maybe hari2 aku macam mak2 budak yang lain.. dok kat opis hati tak tenang je, kan?

 Sumber berita Sinar Harian

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

15 comments:

  1. Nak jugak jd housewife.. Tp belum boleh lg..

    ReplyDelete
  2. MACAM2 SKRG NI..... MANA PERGINYA HATI ... ADUHAI...



    My recent post : SERIBU PELURU.. BALISTIK

    ReplyDelete
  3. eeeiii kurang ajar sgt ni! benci dgr!

    ReplyDelete
  4. rasa nk penyet-penyet je pengasuh taska tu..huhu saya pun hantar baby kat pengasuh jugak..hari-hari pikir pasal anak kat tempat kerja

    ReplyDelete
  5. makin menjadi2 la taska ni.. kanak2 selalu jgn mangsa. alahai kesiannya

    ReplyDelete
  6. Tutup jea Taska yg gitu..menjadi jadi pulak sekarg ni.

    ReplyDelete
  7. kurang hajar bodo gile !!! ada hati nak bukak taska, tapi jaga anak orang mcm binatang !!

    ReplyDelete
  8. Salam Mummy lala..

    sifat keperimanusiaan dah makin tak de sekarang ni.. teruk betul..

    geram aihhhh..

    ReplyDelete
  9. alah suria...yanty ni hantar anak yg berdua tu kat taska ...masa daftar kata bawah JKM...tapi bila mintak subsidi untuk yuran budak2 tu untuk tahun ni...aduhai layanye bukan main eksyen...kita ni siap rayu2 lagi " puan tak nak tolong ke? tak bole ke puan berbincang ngn JKM macam mne pengurusan untuk dapat subsidi? puan tak tau ke yg bajet belanjawan untuk kanak2 di taska yg berdaftar JKM bole dapat subsidi?bole ke dia jawab saya tak tau pape pun tentang kerajaaan...saya tak nak jupa JKM...perghhh..padahal anak kita ni di bawah jagaan die ...bole die layan cam tu... masa daftar bukan main lagi janji manis... huh gerammmm...kita ni dah mcm pengemis...dah kerajaan bagi kita mintak la kan... mmg pelik pengetua taska skrg ni...lgsg tak perihatin...

    ReplyDelete
  10. peliklah jenis orang macam ni.. kalau rasa bebudak menyusahkan.. kenapa tak bukak bisnes buat kuih ke bisnes hardware ke.. kenapa nak bukak nursery.. gila betul..

    kalau kena kat anak sendiri mesti rasa macam nak rodok perut dia tengok dalam tu ada isi perut ke tidak.. bangangg!

    ReplyDelete
  11. x habis2 kan isu ini? pttnya hukuman tu buat ketat sikit. penjara seumor hidup ke. sbb bdk2 kcik ni diorg tak tau apa2. boleh jadi trauma. efek diorang punya tumbesaran. tak pun buh dalam kandang, rejam ng batu. haaa.. tengok sikit pasni nak dera anak orang lagi ke tak?

    ReplyDelete
  12. Pendera punya pasal... Puncak Alam dapat nama... hahahaha... :)

    ReplyDelete
  13. again...?meh kita ramai2 pi taska tu...rotan owner dia dgn pembaris besi yg 1 meter tu...tgk bontot dia rasa apa...mcm kesial punya perangai...

    ReplyDelete
  14. Hah..I no duk Pnck Alm tp nk tau gk nursery ape tu KT FASA bape...tolong LA kalau Ade sape2 leg BG info..pls....

    ReplyDelete
  15. Hah tlg LA info nursery mane...risaunye

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com