Showing posts with label 8 tahun. Show all posts

FAKTA YANG PERLU ANDA KETAHUI TENTANG PENEMUAN MAYAT KANAK KANAK LELAKI DI BAWAH LANTAI SIMEN DAPUR

Malam ni segmen seram serik di gantikan cerita/fakta yang agak seram,ngeri,menyayat hati jugak kejam. Tak tau macam mana orang yang buat ni tergamak buat lebih2 lagi yang di syaki adalah mak bapak budak tu sendiri.

Semua orang tahu Pada hari Jumaat, 29 Mei, rangka kanak-kanak dibalut dengan kain ditemui ditanam dalam lubang di bawah lapisan baru simen di lantai dapur sebuah rumah di Taman Usaha Jaya, Kepong. Bayangkan kalau misteri pembunuhan tu tak di ketahui & ada orang lain pulak menyewa kat situ tanpa tahu di bawah simen lantai dapur rumah dia tinggal tertanam mayat seorang budak yang berkemungkinan menjadi mangsa dera & bunuh. Mula la nak jadi cerita mistik.. Macam filem Rahsia dulu. Sapa tak tau filem Rahsia tu sila google yer.. Antara filem seram yang menyeramkan di zaman aku kecik kecik.


Mayat kanak kanak tu di temui oleh pekerja2 yang membuat pengubahsuai terhadap rumah tersebut selepas terhidu bau busuk di lantai yang baru di gali ketika membuat kerja pengubahsuaian. Selepas di maklumkan penemuan mayat tersebut pada tuan rumah, baru tuan rumah buat laporan polis.
Mula2 polis ingat mayat seorang gadis sebab mayat yang di temui berambut panjang.

Rumah itu telah di sewa oleh sepasang suami isteri bersama 3 orang anak, 2 perempuan & seorang lelaki sejak 2014 sehingga 2015. Penyewa rumah tu pernah minta izin pada tuan rumah nak repair salah satu bilik mandi tapi bila tuan rumah datang nak tengok pada bulan April sekeluarga tu dah berpindah tanpa memaklumkan kepada tuan rumah


Lelaki berusia 33 tahun yang di percayai bapa kepada mayat kanak kanak2 tu di kenali sebagai Loo Chon wen. Menurut jiran, penyewa rumah tu memang agak pelik & tidak bercampur dengan orang lain. Mereka seolah2 menyembunyikan sesuatu

 
Bapa kepada mayat kanak kanak tersebut dah di tahan polis pada sabtu, 30 mei 2015 yang menjadi suspek. Dia di tangkap di keningau sabah jam 6.30 pm. Selepas bapak kepada kanak kanak tu di tahan, polis menahan ibu bersama dua orang anak perempuan mereka yang sedang menumpang di rumah saudara mereka di penampang. Mereka semua akan di terbangkan ke Gombak pada Isnin ini. Pasangan ni memberitahu polis bahawa anak lelaki mereka hilang. Semuanya akan terbukti selepas ujian DNA di jalankan.


Katanya anak hilang tapi tak pernah buat laporan polis. Nampak sangat something wrong somewhere. Lagipun kalau tak salah takkan tetiba lari dari rumah sewa selepas meninggalkan kesan mencurigakan macam.

Dunia sekarang... Kalau dapat mak bapak tak bertimbangrasa macam ni tak tau la mana tempat lebih selamat untuk anak anak. 

Moral of the story.. Bila nafsu di kuasi iblis kasih sayang tu dah takde nilai.

Sumber Says

BOLEH CAYA KE BUDAK PEREMPUAN NI BERBADAN ULAR

Terbaca artikel kat worldnewsdailyreport.com pasal seorang budak perempuan berusia 8 tahun di bangkok Thailand yang memiliki sifat ular sawa dari bahagian pinggang hingga ke bawah sedangkan dari bahagian pinggan keatas dia mempunyai rupa bentuk seperti manusia biasa. Bermakna dia ada badan tangan kepala semua... tapi bahagian pinggan kebawah dia ada badan ular yang licin berbatik takde kaki..

Tengok gambar ni korang rasa wujud ke kejadian macam ni?

Erk... rasa pelik & macam tak logik pun ada. Nak percaya tu 50% pun tak dapat la. 10% pun nak letak kepercayaan tu macam takde sangat. Senang cakap aku 100% tak percaya wujud kejadian manusia yang memiliki anggota badan separuh manusia separuh ular ni.

Sumber worldnewsdailyreport.com

Zaman superimpose sekarang macam2 boleh buat. Tak superimpose pun boleh pakai costume lepas tu snap 1 gambar & buat isu. Kalau ada jugak manusia yang percaya aku tak sure la kan dari sudut mana dorang boleh percaya. Kalau aku tengok betul depan mata kejadian macam ni.. Maybe aku percaya tapi kalau setakat tersebar kat internet... Diluar kemampuan kewarasan otak aku untuk percaya.

Kalau korang korang percaya ke? Kalau betul ada kejadian macam ni rasanya kecoh 1 dunia kot... Tapi tak tahu la di sebalik apa yang di luar logik akal kita, dengan kuasa Allah dia nak tunjuk kekuasaanNya yang boleh menjadikan apa sahaja. Tapi kalau takde bukti yang kukuh... sesungguhnya kejadian budak separuh manusia separuh ular ni memang aku tak mampu nak percaya.


BUDAK DARJAH 2 DAN 4 TENGOK PORNO DI KOMPUTER SEKOLAH DAN ROMEN BUDAK 7 TAHUN

Macam mana la sekolah tu tak menyekat laman pornografi dari boleh di akses melalui komputer di sekolah?? Apakah pihak sekolah rasa budak sekecil tu tak pandai tengok pornografi melalui internet. Aduhai cikgu cikgi.. Zaman serba maju & laju ni dah takde apa yang mustahil kot.

Pagi2 lagi dah terbaca kat blog Sozcyili pasal budak lelaki dua beradik sorang darjah 4 & sorang lagi darjah 2 tengok filem lucah kat komputer sekolah. Mungkin teransang & nak cuba buat apa yang depa tengok tu maka depa pun ajak la sorang member budak pompuan umur 7 tahun datang rumah depa kononnya nak tolong buat kerja sekolah. Alih2.. depa kerjakan budak kecik tu.

Gambar takde kena mengena dengan cerita. sekadar hiasan. -sumber google-

Bayangkan baru besar tu dah pandai tengok porno & romen anak orang... Kalau besar sikit lagi entah apa dia buat. Makin mantap la kot skill nak rogol anak orang. Yang paling aku rasa tak boleh terima.. macam mana komputer sekolah boleh akses laman web lucah ni?? Macam mana pihak sekolah tak terfikir nak block semua laman web lucah di komputer sekolah?? Macam mana dorang boleh terlupa benda2 macam ni??

Yelah.. orang kata lagi tak terhantuk selagi tu tak rasa sakit. Ni dah jadi moga semua sekolah kat Malaysia ni tak kira sekolah tadika sekalipun kalau ada computer & akses internet tu sila la block laman2 web yang tak sepatutnya di tonton di sekolah. Jangan fikir budak kecik tak reti.. ni bukan budak kecik zaman 90an kebawah.. ni budak2 zaman 2000an keatas, hokay!

Apapun semoga anak2 kita di jauhkan dari terjebak dengan gejala2 negatif macam ni.. Amin

Sumber berita dari Sozcyili

Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BUDAK 8 TAHUN MAUT MALAM PERTAMA PERKAHWINAN

Sentap tau baca cerita pasal tu! Sentap sangat - sangat! Den pun perempuan & ada anak perempuan yang tengah membesar. Tak faham sungguh dengan hati & perasaan mak bapak budak ni. Nilai kasih sayang dorang mungkin boleh di tukar dengan wang ringgit. Alasan kemiskinan?? Aku macam tak boleh terima sangat - sangat sebab seorang ibu sanggup miskin asalkan anak dia berada dalam keadaan selamat. Aku rasa aku lagi sanggup bagi orang adopt anak aku kalau aku tak mampu sangat dah nak bagi dia makan dari aku kawen kan budak 8 tahun dengan lelaki 40 tahun.


Walau cerita ni bukan dari Malaysia tapi tak kira la dari pelusuk & ceruk mana sekalipun mangsa adalah manusia. Ada rasa sakit.. ada rasa sedih & ada semua rasa yang semua manusia ada. Tak tahu la macam rakus & kejamnya si suami yang berusia 40 tahun tu layan isteri yang berusia 8 tahun pada malam pertama perkahwinan sampai budak tu mengalami kecederaan dalaman yang serius sampai mati. Ya Allah.. tak sanggup bila terbayang betapa tersiksanya kanak2 tu sebelum meninggal

 Sumber dari blog Kaki Bising Dot Com

Kalaupun kau suami.. perikemanusiaan la sikit. Budak 8 tahun kot. Kau sanggap macam tak pernah jumpa perempuan tu dah kenapa?? budak 8 tahun kena tahu jugak kemampuan dia nak layan suami umur 40 tahun. Fizikal & tenaga dia tetap budak - budak. Ya Allah.. jantan jenis apakah ni. Kawen semata mata nak puaskan nafsu dia. Memang inilah perkahwinan yang kejam.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com