KISAH SERAM PENJUAL MEE BEBOLA DAGING MANUSIA
KISAH SERAM PENJUAL MEE BEBOLA DAGING MANUSIA. Lama segmen seram serik tak bersiaran di blog melekit ni. Mesti ada yang ingat aku dah pencen tulis cerita seram, kan? Belum lagi rasa nak tulis resign letter cuma on off je sekarang ni. Almaklum la stok kisah seram pun tak berapa banyak sangat dah sekarang ni dengan kekangan waktu nak uruskan anak sekolah. Macam busy sangat hidup aku kan? Tapi dah bertambah satu lagi rutin harian aku la lepas anak dah masuk tadika ni.Sebab dah ada stok cerita seram ni elok sangat la kita kumpul ramai2 depan skrin masing2 baca kisah ni dengan penuh fokus & feel agar keseraman pun mampu meresap ke setiap hati & fikiran. Alkisahnya bermula kisah seorang wanita penjaja mee guna gerai bergerak yang macam kereta sorong tu. Perempuan ni sebenarnya dari kecik hidup dia agak tertekan sehingga dia membesar menjadi seorang yang sentiasa berhalusinasi &sentiasa dengar suara suara halus yang suruh dia buat benda bukan bukan. Suara tu menyerupai anak dia yang mati di bunuh oleh suami & pengasuh anak dia bila depa kantoi melakukan maksiat. Takut rahsia tu terbongkar, maka pasangan curang tu cuba membunuh anak kepada perempuan ni tapi akhirnya mereka berdua pun turut di bunuh mak budak tu.
Perempuan ni sebenarnya ada masalah mental akibat dari pengalaman hidup dia yang lepas pernah di rogol sehingga melahirkan anak luar nikah, pernah di jual bapak tiri & pernah melihat bagaimana ibunya meracun bapa tiri dia sehingga mati kemudian daging mereka di jadikan bahan memasak mee.
Nak di jadikan cerita.. satu hari berlaku satu rusuhan dia tempat dia meniaga ni. Dia tak sedar sesama kekecohan tu berlaku ada seorang lelaki bersembunyi dalam tempat simpan barang di kereta sorong dia. Balik kerumah baru dia sedar ada mayat lelaki dalam gobok kereta sorong dia.. Memandangkan jualan mee dia pun kurang sambutan maka Bermula dari situ dia mula mendapat idea untuk menjadikan daging manusia sebagai bahan utama membuat bebola daging & kepala manusia di rebus jadikan kuah sup mee. Sejak dari itu jualan mee dia semakin terkenal dengan kesedapannya sehingga jualan dia semakin laku dari hari ke hari. Dia juga mampu membuka sebuah kedai makan.
Sesiapa sahaja yang melalui lorong berdekatan rumah dia pasti akan jadi mangsa. Mereka akan di potong kaki, kemudian di sumbat segala jenis herba untuk di awet supaya daging mereka nanti jadi sedap. Tu resepi rahsia dari mak dia. Memang kejam giler perempuan ni. Yelah.. orang gila nampak normal memang la bahaya sebab kita tak tahu di sebalik perangai dia nampak biasa tu ada kegilaan yang melampaui batas kemanusiaan.
Sehinggalah dia bertemu seorang lelaki yang baik sudi menemani dia seterusnya berjanji untuk menjaga dia. Waktu tu perasaan dia jadi lebih baik tapi akhirnya dia kembali menjadi seorang yang pysko bila dia rasa lelaki tu curang pada dia. Dia kembali membunuh & daging2 mangsa nya dia jadikan bahan membuat bebola daging & sup untuk mee. Sampai satu hari dia nak bunuh gadis yang couple dengan ex boyfriend dia tu di situlah mula terbongkar semua pembunuhan dia buat semasa lelaki tersebut cuba menyelamatkan gadis yang hampir hampir jadi bebola daging tu.
Ending cerita ni dia terjun sungai ketika polis cuba tangkap dia walaupun lelaki tersebut cuba memujuk & minta maaf atas kesilapannya mengabaikan perempuan tu. tapi malangnya jasad dia orang tak jumpa. Last sekali. Lelaki yang cuba menyelamatkan dia pula di tuduh bersubahat melakukan semua pembunuhan yang perempuan tu buat. Sebab mangsa terakhir gadis yang hampir jadi bebola daging tu bagi keterangan kat polis bahawa lelaki & perempuan gila tu merancang untuk bunuh dia sebab antara mereka pernah ada kaitan. Selagi tak jumpa jasad perempuan tu selagi tu lelaki tu di jadikan sebagai suspek utama. Last sekali cuma tunjuk babak dia balik kerumah dalam keadaan basah. Mungkin dia tak mati kot
Itulah review seringkas yang mungkin filem seram & ngeri 2009, Meat Grinder ni. Serius dari awal cerita aku tak tahan nak tengok kesan2 ngeri dalam filem ni. Filem hantu aku boleh tahan tapi filem siat2, sembelih, potong daging & anggota badan manusia ni memang aku agak kalah la. Filem ni serius tak banyak dialog cuma banyak action. Sound Effect pun tak gedebum gedebam sangat so jantung memang sihat la tengok filem ni cuma emosi mungkin terganggu sikit. Mungkin anda akan berpuasa dari makan meatball atau mee sup sebulan dua lepas tengok filem Meat Grinder ni. Takpe kalau lepas tengok filem ni korang jadi trauma nak makan meatball korang boleh try makan kari laici macam ni >> 9 Resepi Pelik Guna Laici << Ok la tu bulat2 jugak kan? hahahaha
Dah warning ok! So mana2 yang tergolong dalam golongan tak di galakkan menonton filem ni jangan galak nak tonton jugak yer |
Apapun filem ni tak sesuai untuk tontonan seisi keluarga yang ada kanak kanak kecil. Hanya sesuai untuk golongan dewasa. Aksi seksual ada la sikit2.. Tapi tetap tak sesuai budak2 tengok. Apapun filem ni not bad walaupun bukan filem hantu tapi sangat menyeramkan.