Showing posts with label sekolah keperluan khas. Show all posts

KERANA MEMPUNYAI ANAK ISTIMEWA, AHMAD IDHAM BUKA SEKOLAH OKU

KERANA MEMPUNYAI ANAK ISTIMEWA, AHMAD IDHAM BUKA SEKOLAH OKU. Dalam dunia ni kita takkan faham keperluan sesuatu golongan selagi kita tak di hadapkan dengan dugaan sesuatu golongan tu. Macam aku ada anak yang ada masalah dalam perkembangan.. certain perkara dia tak seperti umur dia contoh paling ketara speech la & lain2 la masalah dia. Aku lebih faham macam mana perasaan ibu ibu yang ada anak macam anak aku di bila orang tanya kenapa tak boleh cakap lagi.. Macam mana nak sekolah.. bla.. bla.. dot com sampai aku malas nak jumpa orang2 yang aku kenal. Aku lebih selesa bersosial dengan anak & husband. Orang2 tak kenal ni paling2 dia bagi pandangan pelik tapi takde datang nak soal siasat apa masalah anak kita tak pandai cakap macam budak2 seusia dia. So, hati pun tenang jiwa pun tak stress. Tu cara aku nak enjoy dengan Ujian yang Allah bagi... Salah satu elak dari orang yang bakal menyakitkan hati.

Anak sulung Ahmad Idham adalah salah seorang anak istimewa yang mempunyai masalah bertutur & berjalan akibat di serang sawan semasa berumur 2 tahun

Hanya orang yang di Uji sahaja tahu bagaimana nak selesaikan atau membantu seseorang itu keluar dari belenggu persoalan yang mungkin selama ni dia cari jawapan tak jumpa. Contoh macam apa yang pelakon & pengarah Ahmad Idham ni buat.. Sebab Allah Anugerahkan dia seorang anak Istimewa maka dia tahu apa keperluan anak anak macam tu maka dengan kemampuan yang dia ada dia buka sebuah Sekolah khas untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) ini dikenali sebagai Eden Firdaus Special Need Centre. Alhamdulillah.. Benda ni salah satu perkara yang membantu masyarakat jugak. Almaklum la.. kat Malaysia sekolah2 untuk golongan OKU ni pun bukan banyak sangat. Nak2 lagi di kawasan luar bandar. Hope kerajaan memperbanyakkan sekolah2 untuk golongan OKU di serata negeri di Malaysia.

Sumber Media Hiburan Online

Allah memilih seseorang untuk di anugerahkan anak istimewa bukan kerana dosa ibu bapa dia ke hapa.. ramai orang suka cakap macam tu. Konon tu balasan dosa2 silam bla.. bla.. dot com. Di Anugerahkan anak istimewa bukan balasan tapi itulah Anugerah tanda Allah menyatakan kasih sayang terhadap hambaNya. Anak istimewa ni bagaikan lubuk pahala untuk orang yang menjagakan dengan ikhlas & kasih sayang. Bukan semua orang Allah bagi Anugerah Istimewa.. Hanya mereka2 yang terpilih sahaja.  Bersyukurlah.. dalam diri kita yang penuh dosa ni, Allah masih bagi laluan untuk kita mengumpul ganjaran pahala dari anak anak istimewa yang kita miliki.  tak perlu rasa malu atau sedih.. Ingat hidup ni sementara. Yang kita pandangan hina di dunia macam anak anak istimewa ni, di akhirat nanti mungkin mereka penghuni syurga tertinggi. Kita tengok dari jauh je la.. Masa tu mungkin kita rasa kitalah insan paling rugi.

Moral of the story.. Kepada ibu bapa yang memiliki anugerah istimewa yang mungkin lain dari yang lain, berbanggalah. Sesungguh Allah hanya memilih orang2 yang hebat untuk di Uji. Anda semua adalah insan hebat di pandangan Allah..

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com