KERANA MEMPUNYAI ANAK ISTIMEWA, AHMAD IDHAM BUKA SEKOLAH OKU
Anak sulung Ahmad Idham adalah salah seorang anak istimewa yang mempunyai masalah bertutur & berjalan akibat di serang sawan semasa berumur 2 tahun |
Hanya orang yang di Uji sahaja tahu bagaimana nak selesaikan atau membantu seseorang itu keluar dari belenggu persoalan yang mungkin selama ni dia cari jawapan tak jumpa. Contoh macam apa yang pelakon & pengarah Ahmad Idham ni buat.. Sebab Allah Anugerahkan dia seorang anak Istimewa maka dia tahu apa keperluan anak anak macam tu maka dengan kemampuan yang dia ada dia buka sebuah Sekolah khas untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) ini dikenali sebagai Eden Firdaus Special Need Centre. Alhamdulillah.. Benda ni salah satu perkara yang membantu masyarakat jugak. Almaklum la.. kat Malaysia sekolah2 untuk golongan OKU ni pun bukan banyak sangat. Nak2 lagi di kawasan luar bandar. Hope kerajaan memperbanyakkan sekolah2 untuk golongan OKU di serata negeri di Malaysia.
Sumber Media Hiburan Online |
Allah memilih seseorang untuk di anugerahkan anak istimewa bukan kerana dosa ibu bapa dia ke hapa.. ramai orang suka cakap macam tu. Konon tu balasan dosa2 silam bla.. bla.. dot com. Di Anugerahkan anak istimewa bukan balasan tapi itulah Anugerah tanda Allah menyatakan kasih sayang terhadap hambaNya. Anak istimewa ni bagaikan lubuk pahala untuk orang yang menjagakan dengan ikhlas & kasih sayang. Bukan semua orang Allah bagi Anugerah Istimewa.. Hanya mereka2 yang terpilih sahaja. Bersyukurlah.. dalam diri kita yang penuh dosa ni, Allah masih bagi laluan untuk kita mengumpul ganjaran pahala dari anak anak istimewa yang kita miliki. tak perlu rasa malu atau sedih.. Ingat hidup ni sementara. Yang kita pandangan hina di dunia macam anak anak istimewa ni, di akhirat nanti mungkin mereka penghuni syurga tertinggi. Kita tengok dari jauh je la.. Masa tu mungkin kita rasa kitalah insan paling rugi.
Moral of the story.. Kepada ibu bapa yang memiliki anugerah istimewa yang mungkin lain dari yang lain, berbanggalah. Sesungguh Allah hanya memilih orang2 yang hebat untuk di Uji. Anda semua adalah insan hebat di pandangan Allah..
semoga dipermudahkan bagi semua ibu bapa yang punyai anak kelainan upaya. memag bagi yang menanggung lebih memahami cabarannya bagaimana.
ReplyDeletebtl tu, selagi kita x hadapi situasi tu kita xkan phm..mcm sy atau suami sy..sjk dia excident dan juga memegang title OKU..baru dia phm cmne perasaan jadi sekorg oku.tmbh2 bila org x blh consider dgn oku ni
ReplyDeletetak semua orang boleh faham apa yang orang lain rasa...bagus usaha Ahmad Idham ni sebab x banyak sekolah OKU kat Malaysia ni..
ReplyDeleteorg yg kuat je diuji camtu
ReplyDeleteorg yg kuat je diuji camtu
ReplyDeletekalau sy berhadapan dgn org yang mengalami perkara ni, sy lebih berdiam saje tanpa perlu nak persoalkan apa2..
ReplyDelete