Showing posts with label selamat pengantin madu. Show all posts

SEDIH ENDING SELAMAT PENGANTIN MADU TAPI RAMAI PEREMPUAN GEMBIRA

Tu dia bila sang lekit lari dari kebiasaan orang kenal dia yang suka tengok cerita seram layan drama episod kat tv. Hello... den cuma ada siaran tv percuma jer. Tak langgan esteruk ok! Maka kadang2 memang den layan jugak drama tak kira episod ke tidak cuma takde drama yang den tak pernah tak skip episod dia jer.. Bila bermood nak tengok maka aku tengok.. Kalau mood tu agak tak berapa selera nak tengok drama maka aku abaikan jer.


Semalam episod akhir drama Selamat Pengantin Madu yang setiap minggu berjaya buat ramai ahkak2 emo bila tengok watak Masmira lakonan pelakon EIna Azman.. Ops.. Datin Paduka Eina Azman hokay. Kesian tau ada yang panggil dia albino.. even aku rasa nak gelak sopan tapi tetap tak baik gelarkan orang camtu. hikhikhikhik

Sebab setiap minggu ramai jer yang emo.. maka ending dia buat ramai ahkak2 puas hati. Padan muka katanya di Masmira kena cerai. Ada jugak ingat ending dia.. Zul & Masmira akan rujuk & masmira akan jadi insaf & mereka hidup aman damai even bermadu tapi nampaknya ending dia lari dari tipikal drama melayu.. Asal ending jer mesti semua jadi baik, insaf bagai kan... So, kira ending yang luar dugaan. Bagus pengarah.

Tapi jauh di sudut imaginasi aku terfikir.. kesian kan. Entah macam mana perasaan di ceraikan oleh orang yang masih kita sayang. Even masmira dalam drama tu perangai camtu tapi dia jadi macam tu sebab dia sayangkan suami dia.. cemburu buat dia jadi seorang yang mementingkan diri sendiri tapi bila orang yang dia sayang tu ceraikan dia dah tentu sedih giler.. Lelaki senang jer kan. Masa suka kawen, bila tak tahan cerai & hidup bahagia dengan 1st wife. Yang 2nd wife tu dah kau bagi harapan kemudian hancurkan bukan semudah ayat.. saya doakan dia dapat kehidupan yang lebih baik selepas ni.. Benda tu takkan jadi baik secara automatik pun.

So,Moral of the story lelaki yang teringin sangat nak rasa ada lebih dari satu bini jangan fikir kau mampu dari soal kewangan jer.. Ingat senang nak handle lebih dari satu bini. Apa yang melibatkan perasaan ni bukan senang nak di asuh jadi kalau perasaan sendiri pun tak mampu nak control better la jangan berangan kawen banyak banyak. sekian makaseh.

P/S : dalam drama ni jelas laki depa ni kawen lebih dari satu sebab nafsu.. yelah perempuan cantik even perangai gedik pun tetap dia boleh buat bini.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com