SEDIH ENDING SELAMAT PENGANTIN MADU TAPI RAMAI PEREMPUAN GEMBIRA

10/31/2014 03:37:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

Tu dia bila sang lekit lari dari kebiasaan orang kenal dia yang suka tengok cerita seram layan drama episod kat tv. Hello... den cuma ada siaran tv percuma jer. Tak langgan esteruk ok! Maka kadang2 memang den layan jugak drama tak kira episod ke tidak cuma takde drama yang den tak pernah tak skip episod dia jer.. Bila bermood nak tengok maka aku tengok.. Kalau mood tu agak tak berapa selera nak tengok drama maka aku abaikan jer.


Semalam episod akhir drama Selamat Pengantin Madu yang setiap minggu berjaya buat ramai ahkak2 emo bila tengok watak Masmira lakonan pelakon EIna Azman.. Ops.. Datin Paduka Eina Azman hokay. Kesian tau ada yang panggil dia albino.. even aku rasa nak gelak sopan tapi tetap tak baik gelarkan orang camtu. hikhikhikhik

Sebab setiap minggu ramai jer yang emo.. maka ending dia buat ramai ahkak2 puas hati. Padan muka katanya di Masmira kena cerai. Ada jugak ingat ending dia.. Zul & Masmira akan rujuk & masmira akan jadi insaf & mereka hidup aman damai even bermadu tapi nampaknya ending dia lari dari tipikal drama melayu.. Asal ending jer mesti semua jadi baik, insaf bagai kan... So, kira ending yang luar dugaan. Bagus pengarah.

Tapi jauh di sudut imaginasi aku terfikir.. kesian kan. Entah macam mana perasaan di ceraikan oleh orang yang masih kita sayang. Even masmira dalam drama tu perangai camtu tapi dia jadi macam tu sebab dia sayangkan suami dia.. cemburu buat dia jadi seorang yang mementingkan diri sendiri tapi bila orang yang dia sayang tu ceraikan dia dah tentu sedih giler.. Lelaki senang jer kan. Masa suka kawen, bila tak tahan cerai & hidup bahagia dengan 1st wife. Yang 2nd wife tu dah kau bagi harapan kemudian hancurkan bukan semudah ayat.. saya doakan dia dapat kehidupan yang lebih baik selepas ni.. Benda tu takkan jadi baik secara automatik pun.

So,Moral of the story lelaki yang teringin sangat nak rasa ada lebih dari satu bini jangan fikir kau mampu dari soal kewangan jer.. Ingat senang nak handle lebih dari satu bini. Apa yang melibatkan perasaan ni bukan senang nak di asuh jadi kalau perasaan sendiri pun tak mampu nak control better la jangan berangan kawen banyak banyak. sekian makaseh.

P/S : dalam drama ni jelas laki depa ni kawen lebih dari satu sebab nafsu.. yelah perempuan cantik even perangai gedik pun tetap dia boleh buat bini.

11 comments:

  1. memula kantoi dengan laki dia keluar dengan laki lain.. lepas bertengkar dia cakap bukan2 pasal 1st wife laki dia bengang tu yang kena cerai.. simple je ending dia..

    ReplyDelete
  2. suria.. bukan la i expect the happy ending.. but when pengarah tunjuk cerita macam tu.. seolah olah.. macam lelaki tu dapat easy way out.. tak suke cerai.. thats not the way.. dalam cerita ni macam nak tunjuk kuasa ditangan lelaki.. so perempuan perlu takut kepada suami bukan hormat.. itu akak nye pendapat la.. kene tunjuk ko berusaha untuk perbetulkan the situation.. tkpe la.. dah habes pon.. ahaks!

    ReplyDelete
  3. sy tetap suka..pdn muka masmira..lenkali dh tahu ko tu rampas hak org, jgn la perangai tu x semenggah.

    ReplyDelete
  4. ramai yang tengok drama ni melihat kesilapan tu hanya dari masmira bukan pada si suami zul.. selalunya dalam realiti pun camtu. semua letak kesalahan kat perempuan. seolah2 lelaki tu macam tak salah langsung. dari drama ni jelas Zul dari awal lagi tak tegas. Bila masalah jadi serius.. cerai. Yang lelaki ok jer.. boleh hidup bahagia yang si perempuan pulak.. tanggung la kecewa sorang2. Kesilapan dalam cerita ni sebenarnya lelaki.. dia bg harapan sedangkan dia tak mampu pun untuk handle 2 bini dalam satu masa.

    ReplyDelete
  5. yup setuju tu suria.. org nampak masmira je yg salah.. tp tk pon sebenarnya yg salah adalh lelaki tu.. lelaki yg mampu untuk berbini dua adalah lelaki yg mintak keizinan drpd isteri pertama..
    patut nye kene ade closure between zul n masmira.. ni macam nak tunjuk.. sbb ko perangai macam tu.. sbb tu ko deserve to be ceraikan.. zul sendiri yg tk berlaku adil since dr awal lagi.. pendirian die tk tetap.. die tak tegas.. easy way out untuk lelaki... itu je la dapat akak cakap..

    ReplyDelete
  6. owh..macam tu ending dia..nasib baik ada blog lekatlekit buat update pasal ni =)

    http://seronoknyermelukis.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. jujur aku habaq naaa... aku dengan laki aku pun geram dengan watak zul, laki aku just bengang dengan kegedikan masmira, tapi watak yang lebih "hina" dalam citer ni adalah zul... sokong kak bibi, ending citer macam menunjukkan lelaki ni just take it easy je....

    *walaupun aku tak suka eina azman berlakon, tapi aku kesian kat watak masmira je ^^

    ReplyDelete
  8. Rasa mcm kesian kat masmira tu.sbb bg akk dia.xdla jahat sgt kan?cuma cemburu menguasai dia.cerita ni mcm.nak tnjuk yg cinta pertama alwiz menang.huhuh

    ReplyDelete
  9. sy tgk celang2 jew.. malas nak tgk sgt (tak setuju ngan bermadu nih).. tah la,.. kalu letak kita kat mana2 wanita waima yg gedik atau xgedik.. perkara yg sy selalu fikir ialah.. perasaan aku jika aku buat org sakit hati sebab aku xnak org sakitkan hati aku... huhu

    ReplyDelete
  10. Tak pernah tengok pun drama ni, tau-tau dah habis cerita. Okeylah ending macam tu. Kalau semuanya pun insaf, apa guna buat drama. Dalam realiti sebenar, ramai lagi yang tak reti insaf-insaf walaupun banyak malapetaka menimpa.

    Saya ada esteruk tu kat rumah makanya, asyik dok khatam cerita Korea. Online lain, yang bayar lain...tak insaf-insaf juga nih, asyik duniawi jerk!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com