Showing posts with label hadiah dari blogger. Show all posts

NAK MENUNJUK SIKIT KAT DEPA

Kali ni sesi menayang lagi. Nak menunjuk sikit kat Ibu Aqil tu.. Dia ingat dia je boleh menayang si bulu mata lentik kat blog dia tu. Sang Lekit pun ada jugak si bulu mata panjang tapi tak selentik bulu mata abang Aqil la.

Kalau Ibu Aqil ada abang Aqil.. Sang Lekit pun ada akak Lala untuk di tayang dengan bangganya. Meh sini tengok akak lala di modelkan kat blog melekit ni. Lepas ni mesti Ibu Aqil menangis punya tengok. Mesti abang Aqil nak ngorat akak lala punya.

Amboi entri macam nak gaduh je kan.. Mana ada nak gaduh. Entri tayang2 ni adalah entri nak menayang baju yang di hadiahkan kawan2 blogger kepada lala masa di baru lahir dulu. Lala lahir 1.9kg je jadi tumbesaran dia mengikut dari berat lahir dia la & dia takde la montel2 sangat macam baby lain tapi dia montel dalam zon kg dia je la. So, lambat la sikit dia dapat bergaya dengan baju hadiah dari Ibu Aqil ni. Kalau lala lahir 3 kg maybe 6 bulan dia dah boleh pakai baju Ibu Aqil bagi ni tapi.. 10 bulan baru lala mampu menunjuk2 baju Ibu Aqil tu. Lala kan spesis ramping sikit..

Aksi Hisap jari tak miss punya

Bila makin lasak.. maka berat dia pun naik tak banyak sebab lemak2 yang terkumpul abis terbakar ketika dia melakukan aksi2 extrem dia. Tapi takpe janji setiap bulan ada jugak naik, kan??Untuk Ibu Aqil.. Lala nak ucap terima kasih bagi lala baju comel ni yang buat lala semakin comel bila memakainya. Mummy kata nak pakaikan baju ni bila nak keluar hari minggu nanti.


BILA POSMEN BETUL2 BUAT KERJA

Bila posmen dah betul2 buat kerja.. maka takde lagi alasan lift rosak, call tak jawab & orang takde kat rumah. Elok pulak hari ni takde sebarang call terus datang ketuk pintu rumah. Boleh pula panjat tingkat 9 tanpa pengsan di pertengahan jalan atau semput sesudah sampai di depan rumah tingkat 9. Kan bagus kalau masa pertama & kedua kali encik posmen tu datang terus naik ke tingkat 9 & buat kerja sepatutnya dia buat bukan buat kerja yang patut je. (Rujuk DISINI untuk mengetahui kisah encik posmen tu).

Bila dah encik posmen buat kerja seperti yang di amanahkan maka pos laju yang tak berapa nak laju tu pun sampai jugak akhirnya kat sang lekit. Hadiah untuk lala dari Untie El & family pun cik lala dah terima & mummy tanpa basuh dulu pakaikan sekejab untuk cik lala bergaya dengan baju baru tu. Ini hadiah ketiga dari untie blogger.. Yang dua hadiah dari Untie Ezan & Ibu Aqil tak dapat lagi lala melaram sebab kena tunggu besar sikit. Takpe sesudah lala muat jer baju2 tu.. On the spot mummy lala akan buat photoshoot lala melaram dengan baju2 pemberian untie2 blogger tu nanti yer.

Kat sini mummy lala mewakili cik lala nak ucap terima kasih pada Untie El sebab hadiahkan lala sepasang baju gadis yang comel. Lala pun memang kekurangan baju gadis lagi. Masa pregnant tak tau jantina, last minute je baru tahu tu pun sesudah sesi membeli belah di jalankan. Saja mummy taknak beli lagi baju2 gadis banyak2. Sebab lala tengah membesar. Besar sikit lagi baru mummy rasa comel lala melaram dengan baju2 gadis.

Sebagai menghargai & ucapan terima kasih pada Untie El & family mummy hadiahkan pose yang comel lala melaram dengan baju baru ni. Maaf la lala ngantuk time ni.. nak ber photoshoot pun dia meragam. Alih2 dapat gambar yang pejam jer.. Ok la tu kan??

Inilah pose comel dari lala harini. Maaf lala memang lepas mandi dia akan minum susu & tidur.Op's lupa nak cakap kad ucapan tu pun cantik. Siap ada gambar family Untie El

So sesapa yang nak berkenalan dengan blogger yang baik hati ni jom terjah ke rumah (blog) beliau yang cantik tu. The Beautiful life of Us.

P/S : Hadiah ketiga dari blogger ni buat sang lekit semakin terharu.


TERIMA KASIH NUFFNANG, IBU AQIL & EZAN

Orang kata rezeki ni nak datang tak tahu dari celah mana atau dalam bentuk apa. Rezeki tak semestinya duit je kan. Hari ni datang lagi rezeki buat cik lala. Mummy tumpang je rezeki anak ni.

Pertama sekali terima kasih pada Nuffnang yang tambah lagi koleksi BE blog melekit untuk bulan october. Jom ramai2 terjah Sogo, ada jualan clearing stok dari 13 - 16 oct ni. Sang lekit nak terjah tempat2 ramai orang macam tu rasa malas pula sebab lala kecik lagi. Dah tu lala menyusu badan 100%. Segan jugak nak menyusu kat tempat ramai orang ni.

BE Oktober 2011

Yang kedua buat blogger Ibu Aqil yang bermurah hati hadiahkan lala sepasang baju yang comel. Dah sampai pagi tadi. Lama jugak tunggu sebab kalau ikutkan dah lama Ibu Aqil poskan tapi tak tahu apa masalah, lambat pula sampainya. Takpe la sekurang kurangnya sampai ke destinasi yang betul. Ye tak??

Hadiah dari ibu Aqil

Walaupun sang lekit dah tulis dalam entri yang lepas pemberian dari blogger Ezan. Sepasang baju pink untuk cik lala tetap sang lekit nak selitkan dalam entri ni. Terima kasih yer Untie Ezan. Tapi tetap kena tunggu lala besar sikit baru boleh melaram dengan hadiah Ibu Aqil & Untie Ezan tu.

Hadiah dari Ezan

Terima kasih sekali lagi buat semua yang bermurah hati tu. Sang Lekit takde apa nak balas cuma sang lekit doakan Ibu Aqil & Ezan di murahkan rezeki. Amin..

TOP COMMENTAR DAPAT HADIAH COMEL

Walaupun bukan satu contest, GA mahupun segmen tapi bagi menghargai pengkomen di blog maka dengan murah hati Cik Bambam memberi hadiah comel kepada 5 Top Commentar di blog beliau.

Salah seorang yang tersenarai adalah sang lekit yang berada di tangga ke 5 pembebel terbanyak di blog cik Bambam ni. Seperti Cik Bambam janjikan.. canangkan & hebahkan, macam tu jugak la yang di laksanakan. Sang lekit dah pun terima saguhati/cenderahati dari Cik Bambam tadi (sebab baru tadi check post box kan??). Hadiahnya berupa.. Jeng.. Jeng.. Jeng...

Sampul surat (Mesti la ada sampul surat ditulis nama & alamat serta setem sekali kalau nak pos kan)
Didalam sampul tu ada nota kecik bertulisan tangan cik bambam
Dan juga keychain comel hasil kreativiti & kerja tangan Cik Bambam
Jutaan terima kasih pada Cik Bambam yang sudi berkerah tenaga, bersusah payah jahit keychain comel ni untuk sang lekit.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com