Showing posts with label penunggu. Show all posts

KISAH PENUNGGU MISTERI BILIK AIR DI KEM PLKN

KISAH PENUNGGU MISTERI BILIK AIR DI KEM PLKN. Walaupun banyak kisah seram yang aku pernah baca pasal Kem PLKN ni tapi tak tau la kenapa selama ni aku tak pernah pulak tulis kat blog ni kan.. Bila belum sampai seru tu memang la tak terdetik di jari nak menaip. Nampaknya malam ni seruan dah sampai maka segmen seram serik lekat lekit malam ni akan berkongsi sebuah kisah benar yang berlaku di sebuah Kem PLKN.

Sumber Sharafie.net

Alkisahnya di sebuah kem PLKN yang tak di beritahu kat mana. Katanya ada sebuah bilik air yang berpenunggu. Peserta PLKN tidak di benarkan guna bilik air tu menjelang pukul 12 tengah malam ke atas. Lampu bilik air tu pun tak boleh tutup tapi lampu bilik air yang lain2 wajib kena tutup time tengah malam. Tiada siapa di benarkan guna bilik air tu sebab menurut Jurulatih bilik tu ada yang akan guna menjelang tengah malam. Senang paham bilik air tu ada penunggu la...

Nak di jadikan satu kisah seram penuh misteri lagi menakutkan... Pada satu malam yang sepi.. Time tu minta maaf takde babak babak pak mat jual topi ok! Semua peserta PLKN dah nyenyak tidur. Setiap malam akan bergilir peserta PLKN di arahkan meronda kawasan kem. 6 orang peserta di tugaskan meronda. 3 lelaki & 3 perempuan. Masing2 meronda di blok asrama masing2 la. Yang lelaki jaga blok lelaki, perempuan jaga blok perempuan.

Kisah seram selalunya berlaku sekitar pukul 2 - 4 pagi. Semasa peserta PLKN yang di tugaskan membuat rondaan time tu tetiba salah seorang tersuluh satu bayang yang mengadap betul2 depan mereka. Masa tu jantung dah siap irama lagu haiza la.. Dag Dig Dug. Yelah.. dah sedia maklum kem depa tu ada something, bila ternampak benda2 macam tu memang kecut habis segala urat saraf katanya. Yang nampak cuba bagi signal suruh kawan2 dia yang lain baca ayat kursi tapi budak2 lain mula pelik dok tanya jugak kenapa. Kalau tengah2 malam orang suruh baca ayat kursi mustahil la nampak sebuah hidangan lazat kan.. Sebab masing2 bendul tak paham kiasan, sipolan yang nampak bayang tadi cuba suluh kearah bayang hitam yang di nampak tadi untuk tunjuk sesuatu tapi dah takde la pulak. Hampeh sungguh! main aucak pulak. Maka dia buat kesimpulan mungkin mainan perasaan dia je tadi sebab di hantui cerita2 seram sebelum ni. Mereka pun teruskan rondaan.

Setibanya di kawasan bilik air berpenunggu yang penuh dengan seribu satu kisah seram tu.. Tetiba masing2 terbau harum semerbak sabun mandi padahal masa mula dorang masuk ke situ takde apa2 bau pun. Dalam celah2 masing2 rasa pelik dengan bau wangi ada pulak sang gedembai pergi tegur bau tu.. Padahal jurulatih dah pesan nampak atau bau apapun jangan tegur. Lepas di tegur pasal bau tu.. makin menjadi jadi pulak wanginya. Bukan tu jer siap ada bunyi orang mandi lagi. Amboi pantang kena puji.. lagi nak menunjuk nampak. Hantu pun jenis suka kena bodek jugak rupanya. hahaha

Sebab bau semakin wangi masing2 tekad nak masuk ke bilik air tersebut. Bila sampai area bilik air merangkap tandas kat situ semakin jelas dengar bunyi macam orang cedok air dalam kolah kemudian jirus. Dalam antara berani & takut depa masuk jugak ke dalam. Yang mula2 tegur pasal bau wangi tadi, buat hal lagi. Bila masuk ke perkarangan bilik air tu dia dengan selamba say "hello" pulak..  Dengan tak semena mena bunyi orang mandi tadi terus hilang cuma yang ada bau wangi jer. Mungkin dia tau orang tengah nak skodeng dia kot.. Apa ingat hantu tak tau malu ke orang tengok dia mandi. Depa pun check la satu persatu bilik air kat situ.. Ternyata tak jumpa sapa2 pun mandi yang ada cuma kesan basah macam orang lepas mandi & bau wangi.

Sebab keberanian masing2 pun dah turun ke level buku lali maka depa decide nak blah je dari situ tapi ada jugak yang level keberanian dia masih tinggi pergi tutup suis lampu bilik air yang di katakan berpenunggu tu. Lepas dia keluar tup tup lampu terbuka balik. Dia pergi tutup lagi.. buka balik sampai la sampai kali ke tiga dia pergi tutup suis lampu tu & tunggu sekejab tapi tak pulak terpasang balik. Bila dia melangkah keluar tup tup lampu nyala. Kali ketiga dah takde sapa ada level keberanian tahap extreme semua dah kecut macam pokok semalu kena sentuh. Maka seperti lirik lagu shida dangdut.. Segera angkat kaki la. Lagi mau tunggu ke?

Bukan kumpulan dorang je kena kacau tapi ramai lagi kumpulan lain yang di tugaskan meronda jugak melalui pengalaman seram yang sama. Tu la..  Bila orang kata jangan yang tu jugak depa nak buat. Sekali kena momok.. tau takut.

Tapi rasanya kena kacau macam tu tak takut lagi berbanding kalau tengok benda benda kat tandas awam mungkin pengalaman paling pahit & ngeri. Aku sendiri pun harap tiap kali nak guna tandas awam aku tak terserempak dengan benda2 tu.

Moral of the story.. Tandas ni tempat kotor. Bersih macam mana pun dia tetap kategori tempat kotor. Memang jin & syaitan suka. So, nak masuk tandas pastikan baca doa dulu. hehehe

PENUNGGU HUTAN KELAPA SAWIT JENGKA

Kembali bersiaran dengan gilang gemilang segmen seram serik lekat lekit.. Haruslah kan blog puaka kena tulis cerita seram. slot segmen seram serik lekat lekit kali ni.. Kisah penunggu Jengka pulak. rilex penduduk Jengka... Jangan panik. Anggaplah sekadar cerita jer...

Gambar sekadar hiasan

alkisahnya.. sebab dah terbeli 5 dvd seram qualiti Ah lang Nun.. Mula2 pasang tak boleh play... semalam try lagi pasang filem Jengka,, ok boleh play kita layan. Even sangkut2 jugak tapi nasib Jengka ni baik sikit dari Gamatisme yang separuh je boleh tengok. Filem Jengka ni boleh tengok sampai ending..

Kisahnya sepasang suami isteri.. Yang si laki ni main kayu tiga sedangkan bini tengah sarat mengandung. Sebab bini dia nak bersalin kat kampung maka pulanglah ke desa mereka.. Kejadian seram berlaku semasa di kampung tetiba si minah tengah sarat jadi meroyan bila tau laki dia still dok berskandal dengan perempuan lain sehingga mengandung. Dia melarikan diri ke satu hutan kelapa sawit & di ganggu sejenis makhluk yang di gelar penunggu. Sehingga melahirkan anak dalam hutan tu sendirian malam hari yang gelap gelita.. Time tu la berlaku macam2 kejadian seram.. Jumpa mak.. anak tak jumpa. Terpaksa panggil ustaz untuk bantu sebab melibatkan gangguan makhluk halus. Ada babak2 perempuan tu kena histeria.. babak penunggu terbang dalam hutan... makhluk pelik masuk kerumah lompat dari dinding ke dinding.


Filem ni aku enjoy.. Kira aku ternganga jugak la nak tahu kesudahan dari satu babak ke satu babak. Cuma aku musykil.. sebab filem ni konsep macam filem documentari seram jugak.. Dalam filem ni tunjuk dua scene... lakonan & kejadian sebenar. Tapi rakaman kejadian sebenar tu pun aku nampak macam depa berlakon jugak tak real sangat. Seram tu entah la sebab deria seram aku ni kadang rasa macam dah hilang... cuma jalan cerita dia best untuk di tonton sebab tak mendatar & boring.. ada la jugak suspend yang buat kita nak tau kesudahan setiap babak.. Cuma ending... simple sangat. Laki yang curang di temui mati dalam keadaan ngeri.. dari rakaman camera menunjukkan dia di serang 2 makhluk yang maybe penunggu Jengka.

Salah satu babak rakaman sebenar dalam filem Jengka

Aku rasa perlu jugak aku tengok sekali lagi filem ni dari verison dvd original.. sebab yang Ah lang Nun banyak sangkut2... Lagipun Ah Lang Nun Rakam dari Astro First. Next week la kalau bertemu jodoh dengan Classic World entertaiment kan...

Moral of the story... Jangan beli cetak rompak lagi, hokay! Bukan nak sokong Pengerusi Finas yang baru tapi untuk kepuasan sendiri. Aku je la.. bukan orang lain. hahahaha
 

KISAH SERAM PENUNGGU ISWARA BIRU FEDERAL HIGHWAY PJ

Kita kembali di selubungi misteri dengan segmen seram serik lekat lekit di malam minggu paling indah ni. Yelah.. cuti kan. Memasing semua pasang niat nak overnight la kan. Jangan mimpi korang yang tak kental boleh overnight malam ni lepas baca cerita ni. Mesti korang fikir banyak kali nak keluar berjimbaraya malam minggu. Dengan jahatnya aku nak gelak kejab.. hahahahaha

Gambar sekadar hiasan. Sumber carian google

Ni kisah niat yang baik yang mendatangkan musibah. Kisahnya seorang pemilik iswara biru yang melalu kisah seram. Kisah bermula bila dia melalui federal highway, PJ time tu dah maghrib & hujan renyai renyai. Maghrib ni umpama time setan berjogging jugak. Warm up untuk aktiviti tengah malam katanya. Sambung cerita... Masa dia lalu jalan tu dia ternampak seorang wanita yang dia rasa maybe level akak2 la dengan dia sambil dukung baby berjalan kaki. Sebab dia berperikemanusiaan so dia berhenti la nak tumpangkan akak ni. Akak tu pun bagitau la dia nak tumpang sampai sunway. Dia takde masalah nak hantar, so akak ni pun masuk la duduk kat seat belakang. Sebab katanya taknak duduk depan takut anak dia nanti ganggu si mamat ni drive. Masa akak ni duduk kat seat belakang, mamat ni cuba intai2 jugak guna rear mirror. Tapi bila dia toleh akak tu ada jer.. walau dia rasa pelik tapi dia tetap fikir positif jer. Dekat nak sampai tempat akak tu nak turun tetiba anak dia menangis. Dia minta la mamat ni roti dengan air sebab katanya maybe anak dia lapar sebab dari pagi tak makan apa2 lagi. Sebab kesian mamat ni drive ke petrol station dengan niat nak beli makanan untuk akak ni dengan anak dia. Tapi bila dari luar dia tengok dalam kereta dia, tak nampak langsung kelibat akak tu dengan anak dia. Dia panggil pekerja kat situ suruh tengok, dorang pun kata tak nampak siapa2. seat belakang kosong.Bila dia buka kereta, akak tu memang ada dalam kereta sambil senyum pada dia. Dia tutup balik kereta & tengok dari luar memang tak ada sesiapa dalam kereta. Nak double confirm dia suruh lagi pekerja kat situ tengok.. memang confirm tak ada sesapa dalam kereta tu. Lepas tu mamat ni masuk kereta minta akak tu keluar, katanya kereta ada masalah. Terus akak ni jadi marah & terus hilang depan mata dia macam tu jer... Melopong kau tengok orang yang tadi ada tetiba lesap macam tu je.

Selepas kejadian tu katanya dia selalu nampak akak tu ada kat seat belakang kereta dia. Macam2 dia cuba buat. Pergi jumpa bomoh & buat macam2 ritual termasuk mandi bunga kereta.. Hanya hilang sekejab je lepas rawatan tapi selepas tu dia akan muncul semula dalam kereta mamat ni. Katanya.. sebab tak tahan dia buang kereta tu macam tu saja sebab nak jual pun takde orang nak beli. Salesman pun tak berani nak jual. Best la hantu akak tu kan.. tak payah tumpang kereta orang dah. Dah dapat iswara biru hasil momokkan dia. kekekeke

Moral of the story.. Hantu pun tak larat nak terbang. Dia pun nak rasa travel naik kereta katanya jadi jangan biarkan kereta anda di tumpangi hantuuuuuuuuuu... sentiasa perdengarkan ayat2 Al Quran supaya kereta anda tak di tumpangi makhluk yang tak di ingini. peace!

Sumber : Iswara Biru

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com