Showing posts with label keajaiban. Show all posts

DIARI BLOGGER KENA SAMAN.. SEDEKAH 10% DARI BAYARAN REVIEW BANYAK KEAJAIBAN BERLAKU

DIARI BLOGGER KENA SAMAN.. SEDEKAH 10% DARI BAYARAN REVIEW BANYAK KEAJAIBAN BERLAKU. Rasanya ramai yang tahu kan.. Saya sedang hadapi satu kes saman sivil dengan tuntutan saman sebanyak RM3juta. Kes masih dalam prosiding mahkamah belum lagi masuk perbicaraan. Dah dekat 5 bulan pun.. Sejak dari awal bulan puasa lepas. Saya dapat writ saman sehari sebelum puasa.. Bayangkan betapa tunggang langgangnya hidup saya sepanjang bulan puasa tu. Raya pun tak buat apa2 preparation..

Masa tu struggle jugak la.. Berulang alik ke premis NGO yang satu ni dengan satu harapan besar depa dapat tolong tapi.. Mungkin bukan rezeki saya untuk mendapat pertolongan dari NGO tersebut. So, saya terpaksa berusaha dengan cara lain gunakan media sosial.. Dengan bantuan seseorang akhirnya Allah bukakan jalan untuk terus saya mempertahankan diri dari terus di jatuhi hukuman bersalah. Sebab pada mulanya memang saya tak terfikir nak fight untuk kes ni.. Masalah utama adalah kos guaman yang tinggi, kedua saman di failkan di negeri pantai timur & kalau nak ulang alik membela diri tanpa peguam pun tetap ada kos. Masa tu dah redha & pasrah jer..

Tapi tu la.. Mungkin sikap saya sendiri yang walau dah rasa nak mengalah tetap saya tak terus duduk tak buat apa2. Saya berusaha juga sampai minit akhir.. Dari surat rayuan mohon tangguhkan kes itulah.. Permulaan perjuangan saya yang masih belum berakhir sehingga kini.

Ramai yang tahu untuk menampung kos guaman yang tinggi iatu lebih kurang RM44K.. selain mengumpul dana dari kerja kerja penulisan review & iklan di blog saya juga terpaksa mohon sumbangan dari orang lain. Alhamdulillah.. Ramai yang prihatin. Dari rakan2 blogger, pengamal media sosial yang kenal mahupun tak pernah kenal berjaya juga kumpul separuh dari dana yang di perlukan. Dalam masa 3 bulan dana berjaya terkumpul sebanyak RM20K..

Pun macam tu hati saya tetap rasa tak tenang. Even.. dah ada lawyer.. dah ada duit sikit untuk terus fight kes ni kat mahkamah.. Sentiasa fikir bukan bukan yang buat saya jadi tak tenteram. Tak tahu kenapa saya mesti rasa macam tu.. Saya dekatkan diri dengan Allah.. Amalkan zikir2.. Tapi tak dapat rasa tenang dalam hati tu. Sampai la saya dapat mesej seseorang yang tak pernah saya kenal sebelum ni.. Memberi sokongan moral pada saya. Dia ada berkongsi cerita tentang kawan dia yang ada masalah kewangan.. Dia sedekah duit yang dia ada pada satu rumah anak yatim walau masa tu dia memang memerlukan duit. Dengan kuasa Allah.. dari keajaiban sedekah tu.. Apa yang dia dapat adalah berlipat kali ganda dari jumlah sedekah yang dia buat. So, sekaligus menyelesaikan masalah kewangan dia.

Teringat saya pernah membaca satu perkongsian dari petikan hadis tak silap.. Sebenarnya sedekah yang paling terbaik adalah waktu kita sendiri dalam kesusahan & kesempitan.. Dari situ saya mula bersedekah. Tapi tak banyak la.. 10% dari bayaran review saya dapat di blog saya sedekah kan kepada sesiapa yang saya rasa memerlukan. Mula2 memang la kita sendiri tak pasti samada kita ikhlas atau tak.. Tapi teruskan buat jika perbuatan tu baik. Ikhlas tu akan datang dengan sendirinya bila kita amalkan.. Percayalah.. Bila kita membiasakan diri kita bersedekah, lama kelamaan kita akan rasa seronok bila dapat melakukannya. Saya meletakkan diri saya di dalam orang yang dalam kesusahan mengharapkan bantuan & sumbangan dari orang lain dari situ rasa berat untuk menghulurkan sumbangan jadi ringan. Mungkin korang tak pernah berada di tempat di mana korang mengharap sangat bantuan dari orang lain korang takkan rasa apa yang saya rasa.

Ni sekadar simpanan peribadi sebenarnya. Yelah.. lagi banyak amount sedekah tu kadang2 benda tu jadi terapi untuk kita rasa happy & tenang sebab berjaya lakukan sedekah dalam masa kita sendiri memerlukan sumbangan & sedekah dari orang lain.

Tanpa sedar.. Benda tu membantu saya banyak perkara. Saya rasa lebih tenang, rezeki saya sentiasa ada. Walaupun sumbangan yang masuk semakin perlahan mungkin sebab orang pun dah kurang bagi perhatian pada kes saya tapi still ada yang masih membantu. Bantuan tu tak pernah putus. Ada saja orang tak di kenali atau kawan2 yang media sosial yang selama ni mengikuti kes saya menghulurkan sumbangan. Setiap kali saya bersedekah ada saja rezeki yang akan masuk berganda dari jumlah yang saya sedekahkan tak kira melalui sumbangan atau melalui kerja kerja penulisan di blog. Ni memang saya tak tipu. Benda ni berlaku pada diri saya sendiri. Walaupun dana masih belum cukup tapi saya rasa perjalanan hidup saya lebih tenang berbanding sebelum nya. Alhamdulillah.. dana yang di perlukan bertambah dari hari ke hari.

Sebenarnya saya sendiri tak pernah sangka.. Banyak keajaiban akan berlaku dalam hidup saya selepas di timpa ujian di saman sebanyak RM3juta ni. Banyak perkara mengubah diri saya, cara saya berfikir & cara hidup saya. Allah takkan menguji hambaNya apa yang di luar kemampuan mereka & Ujian yang Allah bagi bukan untuk menganiaya sesiapa tapi mendidik kita untuk menjadi seseorang yang lebih baik. Ia terpulang pada kita untuk terima ujian tu dengan cara positif atau sebaliknya.

Percayalah sedekah tu tak pernah memiskinkan sesiapa.. Sedekah ni banyak keajaibannya.. Kalau yang masih ragu ragu untuk bersedekah tu baca la ebook ni >> Rahsia Rezeki << sebab di dalamnya ada membongkarkan Keajaiban bersedekah selain amalan amalan yang boleh di lakukan untuk memperbanyakkan rezeki.


Apapun saya masih meneruskan Misi mencari dana untuk menampung kos guaman saya. Tu salah satu usaha saya. Bagi yang nak menyumbang.. Boleh menyumbang melalui cara mengambil servis penulisan review di blog saya atau ingin menyumbang terus ke account bank saya sumbangan boleh di buat melalui account maybank : Maybank no acc 


Sumbangan yang paling saya perlu adalah doa dari semua semoga saya terhindar dari di mufliskan dunia & akhirat, terhidar dari menanggung beban hutang dengan jumlah yang tak mampu saya langsaikan & terhidar dari kejahatan manusia, jin & syaitan.


Untuk lihat Quotation kos guaman yang di perlukan boleh lihat di sini >> https://goo.gl/rvQQDK <<

Terima kasih yang yang pernah membantu, sudi membantu & berniat ingin membantu. Moga Allah membalaskan kebaikkan anda dengan limpahan rezeki yang berpanjangan, di berkati & di beri ganjaran yang baik setimpalnya oleh Allah SWT

SEMUA ORANG PERNAH RASA MENANG LOTERI WALAU LOTERI HARAM

SEMUA ORANG PERNAH RASA MENANG LOTERI WALAU LOTERI HARAM. Sebelum mengarut panjang lebar nak bagi sedikit amaran buat semua umat islam yer.. Loteri adalah berunsur perjudian, judi adalah haram di sisi agama Islam. Walaupun kadang2 ada perkara yang kita rasa seronok macam menang loteri walhal tak pernah main loteri pun macam mana boleh feel orang main loteri & menang. tapi nak mengambarkan betapa kita rasa Ya Allah.. Syukur yang amat. Seronok sampai tak ada ayat nak tulis & gambarkan.. tup tup muncul perumpaan macam orang menang loteri.


Sekadar perumpamaan bukan kejadian sebenar. Dalam hidup ni kadang2 benda yang kita tak jangka tu berlaku di saat kita memerlukan memang la rasa seronok tu macam kitalah orang paling bertuah dalam dunia. Contoh tengah2 bulan memang takde duit dah nak buat belanja. Bukan wallet berterbangan debu.. Yang ada cuma resit2 bank bukti duit yang kita korek sampai ke sen yang terakhir. Nak minta pinjam.. hutang lama pun tak settle lagi. Segan la pulak.. Dah la selama ni asyik dok mengelak je jumpa dengan orang yang ada hutang. Takkan tetiba nak muncul minta hutang lagi ye dak? Melainkan tahap kemaluan tu di luar spender. Boleh la buat macam tu. Dok tengah susah hati.. pergi la tenangkan hati membasuh baju tetiba jumpa la not2 merah hijau biru dalam poket seluar jeans. Ya Allah.. Hanya orang pernah melalui je tahu macam mana girangnya rasa hati.. Allah hantar rezeki yang terselit celah poket seluar jeans.

Tu salah satu contoh yang buat orang rasa macam menang loteri. Sebenarnya banyak lagi perkara yang mengambarkan rasa happy tu macam orang menang loteri yang berlaku dalam kehidupan kita. 

Tu la namanya keajaiban walau sebenarnya bukan la benda tu turun dari langit. Cuma ia mungkin hilang waktu kita tak berapa peduli & muncul pada saat kita sangat2 memerlukan. Perancangan Allah tu maha hebat.. Kadang2 dia bagi kita rasa kecewa kehilangan sesuatu sebab dia nak bagi balik pada waktu yang sepatutnya. Jadi terus bersangka baik dengan Allah.

Moral of the story.. Tiada suatu pun perkara tu berlaku sia sia.. Pasti ada alasan & hikmahnya yang memerlukan kita sabar untuk nikmati

KEAJAIBAN YANG BERLAKU PADA WANITA YANG TAK BOLEH HAMIL

Wanita, kalau di sahkan tidak boleh hamil nak2 lagi wanita yang dah berkahwin auto dia akan jadi down. Masa tu la dalam kepala fikir macam2 yang boleh menyebabkan fikiran dia jadi terganggu. Macam tu jugak yang terjadi pada Aishah dalam kisah ni.


Satu2 bayi yang berjaya di lahirkan meninggal dunia & doktor sahkan dia tidak boleh hamil lagi. Hancur luluh hati seorang wanita bila dapat tahu namun kuasa Allah menandingi segalanya. Keajaiban telah berlaku..

Nak tahu apa keajaiban yang Aishah dapat boleh tonton kisah sepasang suami isteri Aishah & shahrol kat sini >> Tonton bagaimana Aishah dan Shahrol menempuh dugaan hidup mereka. <<

Moral of the story pada wanita di luar sana yang belum ada anak atau doktor sahkan tidak boleh mengandung jangan berputus asa dengan hidup anda. Sentiasa bersangka baik dengan Allah & jangan berhenti doa & usaha... Tak mustahil keajaiban akan berlaku.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com