BLOG BOMOH SIAM
Sebab terbaca status blogger Bro Framestone yang katanya ada rakan dia baru meninggal akibat perbuatan sihir aku tetiba saja nak google info2 pasal sihir ni. Bukan untuk di amalkan tapi sekadar untuk pengetahuan sendiri jer.. Zaman sekarang amalan sihir kembali berleluasa.. Orang kembali mempratikkan amalan kuno bagi memenuhi tuntutan nafsu serakah. Nau'zubillah.. Moga kita di jauhi dari terpengaruh dengan ritual syirik & khurafat tu.
Sumber google
Google punya google dengan macam - macam keywords tetiba terjumpa satu blog bomoh ni.. Mak Aii.. Bomoh pun ada blog ke? Try la buka.. Yup memang dia banyak share pasal perkhidmatan bomoh siam.. segala macam perkara yang ada unsur khurafat & syirik.. minyak pengasih la, ritual puja roh la la untuk sihir pengikat kasih sayang katanya, ada jugak dia kutuk pasal bomoh lain yang katanya temberang. Tapi rasanya dia bukan bomoh tapi sekadar orang tengah untuk sesiapa sahaja memerlukan khidmat bomoh. Mungkin dapat komisyen dari bomoh kot. Entri dia tak banyak untuk tahun 2015 ni memang takde update langsung.
Dari cara penulisan siap salam macam orang Melayu Islam tapi tergamak pulak dia dok mempromosikan perkhidmatan khurafat & syirik macam tu kan? Siap mention lagi sapa perlukan khidmat bomoh tak kira dengan apa tujuan sekalipun dia sedia membantu. Bahaya orang macam ni. Kalau orang tu guna khidmat dia dengan niat jahat untuk khianat orang.. sama2 la kongsi dosa.
Moral of the story.. Apa cara ikhtiar kita sekalipun semua berlaku dengan izin Allah bukan bermakna Allah redha dengan perbuatan kita. Jangan sesekali terjebak dengan perkara khurafat & syirik sebab benda ni kadang2 macam dadah jugak sekali cuba.. kita akan nak cuba berkali kali. So, jauhi bomoh khurafat & syirik..
P/S : aku takkan share url blog tu.. So jangan minta. hehehe