SUAMI KEPADA PENYANYI NORA JUGA KOMPOSER TERKENAL JOHAN NAWAWI MENINGGAL DUNIA
SUAMI KEPADA PENYANYI NORA JUGA KOMPOSER TERKENAL JOHAN NAWAWI MENINGGAL DUNIA. Innalillahhiwainnalillahhirojiun... Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga komposer terkenal Johan Nawawi merupakan suami kepada penyanyi yang terkenal dengan lagunya di persimpangan dilema pada tahun 90an, Nora.Dikhabarkan komposer terkenal tersebut menghembuskan nafas terakhir pada 6.30 pagi tadi setelah di bawa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya. Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung.
Perginya di hari Jumaat yang mulia... Moga Allah mengampuni segala dosa dosa arwah & menampatkan beliau di kalangan orang orang yang beriman. Jenazah akan dimandikan dan dikafankan di Masjid Kampung Tunku, di sini dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam lokasi yang sama selepas solat Jumaat.
Sedikit info berkenaan Allahyarham.. Johan Nawawi adalah penggubah lagu pop dalam industri muzik Malaysia sejak 1980-an. Antara lagu popular ciptaannya berjudul Hanya Satu, Desa Tercinta, Naluri dan Samudera nyanyian Nora yang juga merupakan isterinya. Johan boleh bermain alat-alat muzik seperti piano dan gitar dan aktif bermain muzik sejak tahun 1986.
Beliau berasal dari Ipoh, Perak tetapi kampung halamannya adalah di Pasir Mas, Kelantan. Beliau adalah anak bekas Ketua Pengarah Pusat Islam yang pertama, Mohd Nawawi Mahmud. Mereka menetap di Petaling Jaya, Selangor. Beliau memiliki diploma bidang arkitek daripada Federal Institute of Technology (FIT).