Showing posts with label cerita panas artis malaysia. Show all posts

NAMA SEBENAR ARTIS MALAYSIA YANG MUNGKIN BUAT ANDA TERKEJUT

NAMA SEBENAR ARTIS MALAYSIA YANG MUNGKIN BUAT ANDA TERKEJUT. Ada ke yang terkejut sampai kena serangan jantung lepas tahu nama nama retis ni?? Teruk sangat la kalau terkejut sampai macam tu sekali kan? Nama je kot apa nak terkejut sangat. Biasa la retis memang ada yang tak guna nama sebenar. Kadang2 nama glamour tu jauh bebenor dari nama sebenar. Tapi setiap nama komersial yang di gunakan mungkin ada sejarah tersendiri.

Gambar sekadar hiasan

Pun macam tu ada jugak retis elok je guna nama yang dah glamour tukar pulak katanya atas nasihat ustaz bagai.. Yelah, main letak je nama komersial depa tak rujuk orang yang lebih berilmu macam tu la kan. Nama pun main peranan jugak tau dalam kehidupan kita. Nama yang membawa maksud yang baik Insya Allah bila di sebut menjadi doa doa yang baik. Tapi zaman sekarang letak nama anak berkajang. Memang la maksud dia cantik sangat tapi bila nama tu di pendekkan untuk di jadikan nama panggilan mungkin membawa maksud tak baik & jadi sia2 pulak karang berkajang kajang nama anak dengan maksud yang baik baik.. Alih2 di panggil dengan nama singkatan yang membawa maksud yang buruk.

Sebab tu la nak senang letak nama anak satu perkataan je senang. Senapas je nak sebut. Takde la semput kadi nak akad nikah nanti. Buatnya kadi memang dah ada penyakit asma ke.. semput2 meninggal kat situ.. Tak sempat nak ijab & kabul. hehehe.

Apapun hak ibu bapa nak karang nama anak2 macam karang cerpen atau nak letak sejemput je nama anak supaya bila orang panggil boleh sebut dengan nama yang penuh. Tu alkisah nama anak anak zaman sekarang.. Ni kisah nama retis yang jauh beza dari nama sebenar. Antara retis yang guna nama komersial yang takde kena mengena dengan nama sebenar depa adalah...







Paling tak sangka nama Bront Palarea.. mati2 aku ingat nama dia memang Bront Palarea. Yelah.. aku ingat dia orang Thailand non muslim.. convert lepas kahwin. Ntah mana aku dapat info ni pun aku tak sure tapi rasa macam pernah terbaca. Rupanya jauh tersasar. Mungkin mainan perasaan aku je kot mencipta gosip sendiri dalam imaginasi hahahaha

Yang kedua Didie Alias.. Ingat nama dia ada la kaitan dengan Didie tu.. kot2 la nama didiyana ke.. didie & friends ke.. Rupanya Fadzilah Binti Mohd Ali. Mungkin nama manja dia dulu didie kot.. sebab nama dia pun Fadzilah.. dzi.. tu mungkin orang panggil di. Bila nak bunyi manja2 sikit jadilah didie.hahaha pandai pulak aku buat spekulasi nama orang.

Moral of the story.. hargailah nama yang ibu ayah kita bagi. Jangan malu walau nama kita bunyi macam klasik sikit sebab zaman sekarang yang klasik itu la bunyi sangat rare. Aku pun mula rasa nama mawar,melati,kuntum bagai tu macam best pulak. Tapi nama2 bunga je la.. nama bawang aku tak rasa berapa sedap sangat la even cerita bawang putih bawang merah sangat popular sampai sekarang. Tak tergamak pulak bila letak nama anak bawang putih, bawang merah pergi sekolah kawan2 panggil nama depan jer.. BAWANG. hahaha

P/S : Shila Amzah nama sebenar dia shahila tapi aku tak pelik la kenapa tetiba jadi shila sebab anak aku pun nama yang sama Shahila tapi Family mertua & Mak aku sendiri pun panggil dia shila. Bukan nickname yang kami laki bini bagi tau.. depa rasa macam senang kot sebut shila pendek sikit walau nama anak aku sedia sejemput dah. hahaha

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com