KISAH SERAM KEDAI PAJAK TERIMA ROH SEBAGAI BARANG GADAI
Seram tak tajuk entri tu?? Seram kan.. Ingat selama ni kedai pajak gadai ni terima barang macam emas,jam tangan mahal & apa2 barang berharga yang boleh di pajak dahulu bila terdesak perlukan duit rupanya ada jugak kedai pajak roh untuk dapatkan duit. Mak aih... Boleh ke pajak Roh tu & berani ke orang pajak roh? Kalau tak dapat tebus balik gamaknya mati terus la sebab yang di pajak tu roh.Jangan panik yer akak2 mahupun adik2.. jugak abang2 sekalian. Kisah kedai pajak roh ni takde kat Malaysia cuma kat Thailand tu pun cuma dalam filem yang bertajuk pawnshop atau dalam bahasa melayu dia kedai pajak gadai la. Menurut amoi kat kedai dvd tu cakap ni filem baru.. Ok, aku percaya je la sebab aku pun memang tak pernah tengok atau dengar kat mana2 iklan pasal filem ni. Filem ni filem tak popular kot. tapi bila google filem ni tayang bulan ogos tahun lepas. Baru tak baru.. lama pun tak lama sangat. Ok la tu kategori baru jugak la walau bukan fresh from oven katanya
Gambar cari kat google jer
Cerita datang 3 orang lelaki & seorang perempuan datang nak pajak Roh tapi hantu ni minta semua depa di korbankan untuk dapatkan jiwa2 depa ni. Kat situ la berlaku babak hantu.. babak bunuh membunuh bagai.. lepas semua abis mati kena bunuh cerita pun tamat. Maknanya tokei tu pun terus dengan aktiviti kedai pajak dia yang abnormal & hantu tu pun terus dok minta korban darah.
Kesimpulannya cerita ni macam sekadar cerita asal siap jugak la, starting sampai ending pun kalau kita tengok kita akan rasa apa sebenarnya cerita ni nak cerita, tak best, berbelit2.. hantu pun asyik dok keluar darah kat mulut ja, yang lain dia tak tau nak buat dah kot nak bagi seram. Pelakon pun macam tak best & tak berapa nak misteri sangat. Jadi pada korang peminat filem seram tak rekemen tengok filem ni sebab agak bosan. Jadi moral of the story even aku rasa filem seram Thailand lebih menjadi tetap ada juga satu dua yang tak best. Biasa la tu.. satu dua tak best boleh accept jangan dalam 100 filem satu dua je yang best tu memang akan mengundang marah yang luar biasa jugak la sebagai penonton.
** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE