Showing posts with label penyakit Ain. Show all posts

BAHAYA AIN

Penyakit Ain?? Apa tu?? Sang Lekit pun baru pertama kali dengar.. Mungkin ada di antara korang yang pernah dengar & tahu pasal penyakit ni tapi bagi mereka2 yang tak tahu macam sang lekit ni meh sang lekit nak kongsikan..

Penyakit Ain ni di katakan berpunca apabila seseorang itu melihat seseorang & mengkagumi di campur dengan perasaan hasad dan menyebabkan kemudaratan kepada orang lain. Contohnya, apabila seseorang kagum melihat kecantikan sesuatu dan memuji2 kecantikannya, kemudian tidak mengucapkan ‘masya-Allah’, maka benda yang dilihat itu akan rosak/musnah/hancur. atau apabila seseorg lelaki melihat kecantikan seseorang wanita, dan menjadi asyik kepadanya, kemudian tidak mengatakan masyaAllah, kemungkinan perempuan itu akan jatuh sakit atau mati. benarkah adanya penyakit ini? tidakkah kepercayaan ini berunsur syirik?

Dalam hadis Musnad Ahmad “Al-Ain adalah benar yang didatangkan oleh syaitan, dan oleh kehasadan anak Adam”. (no: 9668). Untuk mengelakkan Ain digalakkan menyebut zikir apabila melihat sesuatu yg mengkagumkan.(Rujukan : Apakah Penyakit Ain)

Makhluk Yang Berpotensi Terkena Ain

1. Anak dara tua (tidak bernikah walaupun sudah mencecah umur 30)
2. Bayi
3. Cacat terutama sekali di bahagian muka/yang ternampak.
4. Terlalu tampan atau jelita.
5. Haiwan
6. Tumbuh-tumbuhan
7. Orang yang ada kecacatan di muka (contohnya mulut sumbing). Harus hukumnya orang yang sumbing mulut melakukan pembedahan ubah suai bagi memperbetulkan keadaan bibir mulutnya. Ia tidak termasuk dalam larangan mengubah ciptaan Allah.

 Jenis Manusia Yang Berpotensi Memberikan Ain kepada sesorang

1. Penyakit hati yang sangat kritikal (suka mengumpat, mencarut, mengeji, menghina)
2. Mereka yang sikapnya suka memuji dalam masa yang sama juga suka mengeji.
3. Potensi 'perempuan' lebih tinggi dari 'lelaki', namun banyak kes hanya melibatkan lelaki kerana sifat perempuan yang tidak menonjol dan muka adanya 'MALU' dalam diri berbanding lelaki.
4. Seorang yang pendiam
5. Jin yang jahat
**(Rujukan : DISINI)

Untuk mengetahui cara rawatan Islam penyakit Ain korang boleh rujuk kat SINI.

* Sesungguh apa juga musibah & penyakit datangnya dari Keizinan Allah tapi sebagai manusia kita haruslah berusaha mengelak @ mengubatinya.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com