Showing posts with label ibu hamil. Show all posts

TIDAK BOLEH MENAMPAL STICKER PADA CARTA GERAKAN BAYI DI BUKU PINK

TIDAK BOLEH MENAMPAL STICKER PADA CARTA GERAKAN BAYI DI BUKU PINK. Pernah tengok tak viral buku pemeriksaan untuk ibu mengandung atau kita lebih biasa sebut buku pink. Berwarna warna di aidilfitri pada carta gerakkan bayi tu. Ada yang lukis bentuk hati & ada yang letak sticker comel comel. Nampak sweet & cute je kan.. Alolo.. comelnya mama/mami/ibu/mak tu.. Mesti beranak nanti anak dia pun perangai comel ikut mak dia juga.

Yer comel memang la comel tapi buku pink tu bukan diari kisah kehamilan hangpa ok! Tu buku yang akan merekodkan semua laporan kesihatan ibu & bayi sepanjang kehamilan. Buku tu kira buku rasmi la.. Bukan buku nota nak conteng2 sesuka hati ok.

Sebenarnya tak boleh tau kita nak tampal2 sticker.. buat doodle cute kat buku pink tu tak kira la kat bahagian carta gerakan bayi atau kat mana2 muka surat pun. Nak tau sebab apa?? Meh sini ahkak puaka niyang rapik nak bagitau.. Ni kalau tak bagitau satgi ramai pulak yang buat. Yelah.. Semua orang sekarang gila nak di viralkan. Almaklum la zaman media sosial kan. Memasing nak jadi retis pesbuk.. retis setageram retis tuweter bagai kan.. So, mereka akan cuba buat apa saja yang boleh menarik perhatian netizen.

Tapi malas pulak akak nak taip pepanjang.. So akan sekerinshot je la yer.. Bukan apa taip balik satgi salah fakta ke hapa.. Jadi salah faham pulak. So sila baca sekerinshot kat bawah & hadam betul betul kenapa tak boleh tampal sticker.. lukis doodle ke hapa pada buku pink tu..


So ibu ibu yang sedang hamil & yang dah buka buku pink tu simpan la elok elok buku pink tu yer.. Bukan je semasa mengandung nanti mungkin di perlukan di masa akan datang yang kita tak tahu bila. Tak kisah la dari anak pertama sampai ke 10 pun.. Better simpan sebagai dokumen penting. Tak payah la nak cipta kelainan sangat semata mata nak jadi attention seeker.. Banyak lagi benda lain boleh buat kalaupun nak meraih perhatian awam kan. Buku buku & dokumen penting macam tu better la dia seperti yang sepatutnya. Benda tu bukan benda untuk di buat gurauan.

Moral of the story.. Susah juga kan berada di era social media ni.. Memasing berebut nak jadi popular kat social media. Kadang2 sampai di luar logik akal orang buat. kekekeke

KEJAMNYA! SANGGUP MAKAN MEE SEGERA & SOROKKAN DARI ANAK

KEJAMNYA! SANGGUP MAKAN MEE SEGERA & SOROKKAN DARI ANAK. pepagi kalau dok layan group Masak apa hari ni.. memang berbau bawang jari memasing menaip katanya. Ada je la isu pembawangan akan bangkit di group. pagi tadi ternampak 1 post yang maybe dia post tengah malam semalam kot.

Sumber Google. Sekadar hiasan

Posting tu tunjuk gambar megi (mee segera) siap masak dengan captiop lebih kurang macam ni.. Terpaksa tunggu anak anak tidur dulu nak makan megi. takut anak anak dia pun nak makan megi bersama. Ada parents lain pun akui buat benda yang sama bila nak makan megi.. Tunggu anak anak tak ada atau anak anak tidur dulu. Normally yang ada anak anak masih kecil la buat macam tu. Yang anak anak dah berbulu atas bawah.. takde nya nak sorok sorok bila nak makan megi. Dah besar panjang.. berakal tak kuasa la mak bapak dia nak layan kan. pepandai sendiri la nak makan & pilih makanan macam mana dia nak makan. Ye dak..

Tapi juga la geng2 bawang holand, bawang putih, bawang merah & bawang besar ni komen.. Katanya tak sampai hati nak makan & sorokkan pada anak. Konon apa dia makan.. Anak pun makan bersama. Tak tergamak nak sedap sorang sorang anak di biarkan terliur. Tu dia.. Dia punya ajet ajet mak mak mithali, solehah & bakal ahli sorga katanya.

Allahu.. Kenapa parents sorokkan dari anak anak kecil bila nak makan megi @ mee segera ni. Semua orang tahu mee segera ni bukan makanan yang sihat & bagus untuk perkembangan kanak kanak terutama yang tengah membesar & masih belajar.

Di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan.Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.

Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?

Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung jugaboleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat. - Sumber Portal Rasmi Hospital Lahad Datu -

Kajian di Harvard mendedahkan mi segera boleh merosakkan organ kanak-kanak dan punca penyakit kronik seperti serangan jantung, tekanan darah tinggi dan kencing manis! Jika kanak-kanak makan bahan kimia ini, ia boleh berkumpul di jantung, hati dan buah pinggang lalu merosakkan organ.
Kandungan MSG yang merangkap penambah rasa dalam mi segera juga terbukti boleh mengakibatkan kemerosotan daya ingatan dan otak manusia. - Sumber the asian parent -

Dah faham acik acik bawang & akak akak kepoh semua kenapa ada sesetengah parents nak makan megi sorokkan dari anak anak. Even mee segera ni bukan je tak bagus untuk kanak kanak malah orang dewasa juga at least yang dewasa ni tahu nak limitkan pengambilan makanan makanan macam ni. Budak2 ni kalau dia rasa sedap kalau boleh hari hari dia nak benda tu. Dia tak peduli dah sihat ke tak sihat. Bukan sebab mak bapak sorokkan mee segera sebab saja nak aniaya anak sendiri.

Moral of the story.. Nak membawang jadilah bawang yang bijak pasti anda kelihatan seperti bawang yang high class kekekeke

MASA HAMIL KORANG BUAT TAK BENDA NI? KENA BUAT OK!

MASA HAMIL KORANG BUAT TAK BENDA NI? KENA BUAT OK! Disahkan mengandung nak nak lagi anak pertama kadang kadang perasaan excited tu memang melebih lebih. Dia punya perancangan dah buat sampai anak dewasa padahal baru di sahkan mengandung 2 minggu. Tu la kan.. Betapa seorang ibu & ayah tu sangat bahagia bila di sahkan bakal menjadi parents.


Time tu la... Macam - macam tip & petua dia cari supaya kandungan dia  membesar dengan sihat sehingga hari saat di lahirkan. Yelah.. nak pastikan anak yang bakal lahir nanti, sihat, bijak & comel kena la jaga dari awal kandungan kan. Mana2 ibu bapa harap zuriat yang mereka lahir sempurna & sihat mana ada mendoakan anak mereka lagi dalam keadaan kekurangan ye dak. Cuma benda tu kadang kadang bukan pilihan manusia tapi ketentuan Allah.

Selain menjaga pemakan & menjaga diri.. Kita kena jaga juga hubungan dengan anak sejak dari dalam kandungan. Ada orang rasa macam psycho nak bercakap dengan anak dalam kandungan dia sebab dia rasa macam pelik.. Yelah.. jasad yang ada dalam perut tak nampak dengan pandangan mata kasar atau dengar bunyi apa apa.. Mungkin ada ibu ibu & ayah ayah rasa janggal nak bercakap dengan anak dalam kandungan.

Sebenarnya perkara tu perlu ok kita buat.. Salah satu cara untuk eratkan hubungan antara ibu bapa & anak sejak dari dalam kandungan lagi. Bayi dalam kandungan boleh dengar suara ibu & ayah dia.. Kalau hari hari ibu & ayah dia bercakap sesuatu yang baik dengan dia.. Insya Allah ia merangsang sifat & sikap yang baik juga bila anak tu di lahirkan.

Tu salah satu cara untuk eratkan hubungan ibu bapa & anak yang masih dalam kandungan. Sebenarnya banyak lagi perkara yang korang kena buat semasa hamil.. tapi boleh google sendiri lah yer.

Semoga tip ni membantu ibu ibu yang baru bakal melahirkan anak mengeratkan ikatan kasih sayang dengan anak yang masih dalam kandungan.

CARA ORANG DULU MENEKA JANTINA BAYI DALAM KANDUNGAN

CARA ORANG DULU MENEKA JANTINA BAYI DALAM KANDUNGAN. Zaman dulu zaman yang tak ada scan scan baby dalam perut. Semua guna cara tradisional untuk memantau perkembangan bayi dalam kandungan. Biasa la orang dulu dulu ni.. dia punya pengamatan memang tinggi. Kadang kadang buat tekaan depa tu jadi betul selalu walau benda tu sebenarnya kebetulan. Tapi syok juga kan dok dengar firasat orang orang tua ni.. Cuma apa yang merepek & sampai menjerumus kepada khurafat & syirik tu jangan la kita ambil sebagai kepercayaan.


Salah satu benda yang selalu orang tua tua suka sangat buat meneka jantina bayi dalam kandungan.. majoriti mereka yang berpengalaman ni teka memang betul ok! Nak tau macam mana orang dulu dulu meneka jantina bayi dalam kandungan.. Depa akan tengok keadaan perut si ibu, contohnya..

Bentuk perut

1. Kalau perut tu agak tajam bentuknya, iatu agak meruncing kedepan selalunya di katakan anak lelaki.

2. Kalau perut tu berbentuk bulat & bundar.. seakan akan melebar ke bahagian tepi, kemungkinan perempuan.

melihat dari Nipple Breast si abang atau kakak bayi tersebut

1. Kalau nipple (puting) abang atau kakaknya terbelah, Berkemungkinan bayi perempuan

2. Kalau nipple tu berbentuk bulat & timbul berkemungkinan bayi lelaki

Cara tidur Ibu

1. Kalau si ibu suka tidur mengiring ke kanan, berkemungkinan anak lelaki

2.  Kalau si ibu suka tidur mengiring ke kiri, berkemungkinan anak perempuan.

Arah berat perut

1. Kalau si ibu rasa anak dalam kandungan suka duduk di sebelah kanan perut, berkemungkinan anak lelaki.

2. Kalau bayi dalam kandungan suka duduk di sebelah kiri perut, berkemungkinan perempuan.

Perangai Si Ibu

1. Kalau ibu masa mengandung suka bersolek, kemungkinan anak perempuan

2. Kalau malas bersolek masa mengandung, kemungkinan anak lelaki

Garisan pada perut Ibu

1. Kalau garisan tegak dari bawah keatas terag & tak putus putus, kemungkinan anak lelaki

2. Kalau garisan pada perut ibu putus putus, kemungkinan anak perempuan

Wajah ibu

1. Kalau wajah si ibu berseri seri masa mengandung, kemungkinan anak lelaki

2. Kalau muka ibu hilang seri masa mengandung, kemungkinan anak perempuan. Katanya anak perempuan menarik seri dari si ibu.

Buku lali

1. Kalau buku lali si ibu kelihatan licin & putih berseri, kemungkinan anak lelaki

2. Kalau buku lali kelihatan kehijauan, berkemungkinan anak perempuan.

Tu cara orang dulu dulu meneka jantina bayi dalam kandungan tanpa menggunakan kaedah scan. Boleh jer baca tapi jangan jadikan benda tu satu kepercayaan. Sebab apa yang kita tak nampak adalah sesuatu di luar kuasa kita untuk membuat keputusan. Tilik2 ni tak boleh dalam islam.

Tapi tu la.. Bagi golongan bakal ibu & ayah terutama yang baru nak timang anak pertama ni.. selain jantina, ada lagi topik hangat selalu jadi perbincangan. Nak tahu apa benda yang selalu menjadi isu & benda yang sangat penting untuk di ambil tahu. Benda ni memang tak boleh ambil remeh sebab melibatkan anak yang bakal lahir. Nak tahu apa meh baca kat sini >> 5 Topik Penting Yang Perlu Dibincangkan Sesiapa Yang Mengandung Buat Kali Pertama <<

Tapi zaman sekarang.. Tak payah nak tilik2 bagai semua.. bukan setakat boleh scan nak tengok jantina.. Nak tengok hidung mancung ke tak pun boleh dengan kaedah 3D scan. Kau nak tilik menda lagi tijah OOi.. kau pergi klinik tadah jer perut kau tu bagi doktor scan je. hehehehe

AWAS! MELENGGANG PERUT AMALAN KHURAFAT

AWAS! MELENGGANG PERUT AMALAN KHURAFAT. Salam pagi jerebu.. Semoga anda masih sihat walau terpaksa menyedut udara yang bercampur jerebu kuning semalam. Sebelum kita mulakan aktiviti harian jom la kita berdoa supaya masalah jerebu dapat di selesaikan secepat mungkin & semoga Allah melindungi kita semua dari sebarang penyakit merbahaya akibat jerebu & hindari kita semua dari malapetaka akibat kerosakkan bumi.

Gambar Sekadar Hiasan, Sumber Google

pepagi tadi sempat tengok rancangan Fiqh wanita kat tv9. Rasanya rancangan ulangan. Tak ingat pulak nama ustazah tu sebab tak sempat tengok dari awal cuma tertarik bila ada penonton bertanya pasal amalan melenggang perut. Kalau hangpa tak tau melenggang perut tu macam mana.. Melenggang perut ni di lakukan pada wanita hamil. usia kandungan dah dekat2 sarat baru orang buat melenggang perut. Tujuan dia katanya untuk mudahkan proses bersalin & nak tahu jantina bayi dalam perut. Ni kira amalan turun temurun sejak dulu kala. Masih ada yang mengamalkan amalan ni sehingga hari ni. tapi aku tak ada pulak buat masa mengandung dulu. Zaman sekarang nak buat apapun semua kos. Jadi memang aku tak suka buat benda2 membazir yang tak penting even scan anak dalam perut nak tau jantina pun aku tak buat dulu. Keluar la anak jantina apapun aku terima & aku sayang je anak aku.

Sedikit info pasal amalan melenggang perut ni.. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap tujuh bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul-betul telah genap tujuh bulan hamil atau belum cukup bulan lagi. Jika didapati sudah genap tujuh bulan isteri itu hamil, maka mulailah bidan itu diupah untuk melangsungkan adat melenggang perut ini.

Barang2 yang di gunakan dalam upacara melenggang perut ni adalah Tujuh helai kain yang berlainan warna, Satu gantang beras, Sebiji buah kelapa, Beberapa urat benang, Satu batang damar, Sedikit minyak kelapa atau minyak urut, Beberapa batang lilin, Satu tepak sirih, yang lengkap dengan isinya & Pengeras wang sebanyak lima suku ($1.25) di dalam tepak itu.

Cara2 upacara ni di jalankan.. Setelah semua barang tersebut disediakan, tok bidan akan menjalankan adat melenggang perut seperti berikut, Mula-mula tok bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berwarna itu secara melintang sehelai demi sehelai. Ibu yang hamil itu akan dibaringkan di atas lapisan-lapisan kain tersebut. Kemudian, perut ibu itu akan diurut dengan minyak kelapa atau minyak urut secara perlahan-lahan. Selepas itu, kelapa yang sudah dikupas tersebut akan diguling-gulingkan secara perlahan-lahan di atas perut ibu itu ke atas dan ke bawah sebanyak tujuh kali dan pada kali yang ketujuh itu, kelapa itu akan dilepas serta dibiarkan jatuh bergolek daripada perut ibu itu sambil diperhatikan oleh tok bidan itu. Tok bidan akan memerhatikan bagaimana kedudukan muka atau mata kelapa itu setelah berhenti bergolek. Jika mata kelapa itu menghala ke atas, ibu itu akan beroleh anak lelaki, dan jika ia menghala ke bawah, anak perempuan akan dilahirkan. -Sumber Wikepedia -


Menurut ustazah dalam rancangan Fiqh wanita tu hukum melenggang perut ni jatuh khurafat dah. Sebab ada ritual2 yang tak sepatutnya dia buat. Almaklum la amalan orang dulu2 ni kebanyakkan memang bercampur aduk. Jadi tak buat pun takpe la. Banyak cara & amalan lain yang boleh di pratikkan untuk memudahkan proses bersalin tu. Nak tau jantina sekarang tak payah melenggang perut, pi la hospital scan je. Sekarang dah ada 3D scan lagi canggih boleh nampak bentuk rupa baby dalam perut. Selebihnya hangpa rujuk la dengan guru agama masing2. Guru agama yang bukan membawa ajaran sesat tau! hehehe

Sumber Lenggang Perut Satu Warisan

Apa barang melenggang perut zaman sekarang. Tak cool langsung kan? Tak nampak macam urban mummy pun. hahahaa

Moral apa yang kita tak pasti tu tak payah la buat. Tak buat lenggang perut pun ramai orang bersalin dengan mudah dengan melakukan amalan2 & bacaan ayat2 suci Al Quran. Tak payah nak menjunjung adat yang bercanggah dengan ajaran Islam. Orang2 dulu kita sedia maklum mereka kurang pendedahan & tak banyak sumber depa boleh belajar. Kita orang sekarang tak payah jadi kuno sangat macam orang dulu dulu.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com