AWAS! MELENGGANG PERUT AMALAN KHURAFAT
Gambar Sekadar Hiasan, Sumber Google |
pepagi tadi sempat tengok rancangan Fiqh wanita kat tv9. Rasanya rancangan ulangan. Tak ingat pulak nama ustazah tu sebab tak sempat tengok dari awal cuma tertarik bila ada penonton bertanya pasal amalan melenggang perut. Kalau hangpa tak tau melenggang perut tu macam mana.. Melenggang perut ni di lakukan pada wanita hamil. usia kandungan dah dekat2 sarat baru orang buat melenggang perut. Tujuan dia katanya untuk mudahkan proses bersalin & nak tahu jantina bayi dalam perut. Ni kira amalan turun temurun sejak dulu kala. Masih ada yang mengamalkan amalan ni sehingga hari ni. tapi aku tak ada pulak buat masa mengandung dulu. Zaman sekarang nak buat apapun semua kos. Jadi memang aku tak suka buat benda2 membazir yang tak penting even scan anak dalam perut nak tau jantina pun aku tak buat dulu. Keluar la anak jantina apapun aku terima & aku sayang je anak aku.
Sedikit info pasal amalan melenggang perut ni.. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap tujuh bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul-betul telah genap tujuh bulan hamil atau belum cukup bulan lagi. Jika didapati sudah genap tujuh bulan isteri itu hamil, maka mulailah bidan itu diupah untuk melangsungkan adat melenggang perut ini.
Barang2 yang di gunakan dalam upacara melenggang perut ni adalah Tujuh helai kain yang berlainan warna, Satu gantang beras, Sebiji buah kelapa, Beberapa urat benang, Satu batang damar, Sedikit minyak kelapa atau minyak urut, Beberapa batang lilin, Satu tepak sirih, yang lengkap dengan isinya & Pengeras wang sebanyak lima suku ($1.25) di dalam tepak itu.
Sumber Lenggang Perut Satu Warisan |
Moral apa yang kita tak pasti tu tak payah la buat. Tak buat lenggang perut pun ramai orang bersalin dengan mudah dengan melakukan amalan2 & bacaan ayat2 suci Al Quran. Tak payah nak menjunjung adat yang bercanggah dengan ajaran Islam. Orang2 dulu kita sedia maklum mereka kurang pendedahan & tak banyak sumber depa boleh belajar. Kita orang sekarang tak payah jadi kuno sangat macam orang dulu dulu.
Jarang dengar orang buat dah.. Kecuali orang kuat pgg adt..
ReplyDeletemelenggang perut ni biasanya anak sulung. skrg ni orang tak buat dah lenggang perut. orang buat baby shower.. gitew... huhuhu
ReplyDeletetak pernah pun buat melenggang perut..
ReplyDeleteterima kasih atsa perkongsiann.. ramai yg x tahu sbnarnya ;)
ReplyDelete