Showing posts with label amalan. Show all posts

ANTARA RAHSIA KEJAYAAN WAK DOYOK ADALAH TAK LANGGAN SIARAN TV BERBAYAR

ANTARA RAHSIA KEJAYAAN WAK DOYOK ADALAH TAK LANGGAN SIARAN TV BERBAYAR. Wak Doyok.. dia bukan penyanyi, bukan pelakon.. Tetiba masuk dalam industri hiburan dia jadi terkenal dengan imej hipster yang berjambang, bermisai tebal & lentik tu. Yang pernah aku baca dulu dia di kenali kat media sosial sebagai seorang yang suka berfesyen. Dia mula di kenali kat Instagram bila dia selalu upload gambar2 dia dengan fesyen hispter dia. Yang tu la aku tau serba sedikit pasal Wak Doyok. Nak kata die hard fan wak doyok sangat pun tidak la.. Cuma memang enjoy tengok telatah dia dalam rancangan ke korea ke kita.. ke jepun.. bla.. bla... Sebab dia jenis bersahaja


Wak Doyok ni walau nampak seorang lelaki dalam kategori Metroseksual.. Sentiasa bergaya & trendy... Hidup dengan gaya mewah bagai & di kenali ramai.. Tapi boleh nampak sikap dia tu nampak sangat low profile yang takde la nampak berlagak atau sombong dengan apa dia ada sekarang. Dia still dengan sikap bersahaja yang kita rasa macam... Wak Doyok ni seorang yang slumber. 


Sebab sikap yang sederhana tu aku rasa dia seorang yang mudah di dampingi. Jenis orang yang maybe tak memilih sangat dengan golongan mana dia nak bergaul. Tu pandangan kasar aku la.. Sebab aku pun tak pernah kenal wak doyok secara dekat kan.. hehehehe

Di sebalik kejayaan Wak Doyok hari ni.. Bukan sekadar dia berusaha memperkenalkan diri dia sehingga menjadi seorang public figure yang berpengaruh.. Ada perkara perkara dia amalkan yang mungkin menjadi punca kejayaan dia selama ni. Wak Doyok ada berkongsi tips & amalan yang dia buat. Antaranya...

1.Solat 5 waktu jangan tinggal dan tahjud
2.Simpan 10% dari gaji.
3.Jangan memilih kerja.
4.Tak perlu buat pembiayaan beribadi.
5.Bina tabung berwarna.
6.Cari pendapatan kedua.
7.Jangan impikan "Wedding of the year"
8.Rancang beli rumah pertama di usia yang muda.
9.Mulaka melabur - Buka buku ASB ataupon tabung Haji.
10.Bersedekah sekadar yang mampu.
11.Bayar hutang PTPTN.
12.Naik motor / kenderaan awam.
13.Tak perlu melanggan siaran berbayar.
14.Banyakkan membaca buku pengurusan kewangan dan hartanah.
15.Ingat jasa ibu bapa.
16.Tak perlu jadi pengumpul kasut / bag tangan.

17.Mulakan membina tabung deposit rumah.
18.Jangan sering tukar Telefon Pintar.
19.Bawak bekal makanan dari rumah.
20.Fikir dua kali sebelom membeli barang yang mahal.
21.Tangguhkan beli kereta import mewah.
22.Jangan malas.
23.Berhenti membeli/hisap rokok
24.Buat pembayaran sistem potangan gaji Automatik bank untuk simpanan.
25.Berpuasa isnin dan khamis.
26.Berdoa agar semua berjalan lancar dan barokah.

Tapi aku paling tertarik dengan Tak langgan siaran TV berbayar. Hahahaha.. Mungkin bab ni kami mempunyai pendapat yang sama iatu takde pekdahnya nak bayar yuran langganan untuk siaran TV kemudian dok merungut dengan perkhidmatan depa yang macam sampah. Tengok je la apa siaran yang ada tu.. Walau tak semua siaran dapat tengok & banyak channel yang polkadot. Tapi tu cara aku la.. Orang lain, lain caranya. Mungkin sekarang ni aku tak rasa benda tu satu keperluan.. Akan datang tetiba aku jadi penonton rancangan TV tegar & rasa perlu langgan siaran berbayar.. Tak tahu la kan. Manusia ni sifatnya boleh berubah ubah kan. hehehehe

Moral of the story.. Kalau jenis yang mewarisi kekayaan dari keluarga mungkin cara dia berjaya tak sama dengan orang yang bermula dari hidup susah & berusaha untuk mengubah hidup dia. Orang2 macam ni selalunya memang mengamalkan tips berjimat cermat & menabung. So, pada yang rasa nak kaya tu tak payah dok berdoa kat wall FB sangat la tapi seinci pun tak pernah mula untuk melangkah.

JENIS JENIS SAKA YANG MUNGKIN ANDA TAK PERNAH DENGAR

JENIS JENIS SAKA YANG MUNGKIN ANDA TAK PERNAH DENGAR. Sesekali kita ubah sikit segmen seram serik lekatlekit yang normally berkongsi cerita seram kepada info seram. Benda2 yang berkaitan alam ghaib yang berdampingan dengan manusia ni tak salah kita ambil tahu. Mungkin berguna pada kita di kemudian hari. Bukan untuk rujukan untuk sesiapa yang nak bela saka, ok!

Filem Waris Jari Hantu salah satu contoh cerita tentang saka. Dalam filem ni mengetengahkan saka harimau

Saka yang kita sedia maklum sejenis jin belaan manusia. Kiranya jadi khadam pada manusia la lepas perjanjian di persetujui. Tapi setakat ni syarat jin nak jadi khadam/saka kepada manusia dia jarang la nak minta banglo sebiji ke hapa.. Normally benda dia nak makan & pewaris bila owner dia dah di pinggir kubur supaya nasib dia terus terbela katanya. Ataupun berpunca dari amalan ilmu-ilmu tertentu seperti ilmu kebal, ilmu perdukunan, persilatan, pengasih, pelaris, penyeri, susuk, dan lain-lain amalan yang menyalahi syarak.

Tapi jangan tak tahu saka tak semestinya warisan turun temurun ok.. Kadang2 saka ni boleh datang duduk dengan kita tanpa kita sedari. Sebab dia boleh berdamping dengan kita dengan berbagai cara walaupun keturunan kita tak pernah bela saka pun. Contoh jin saka ni boleh datang atas sebab sebab berikut

1. semasa kita ke tempat-tempat tertentu yang dihuni jin atau memasuki rumah baru terutama rumah yang lama tidak berpenghuni

2. adanya jin-jin yang tertentu, terlalu berminat pada seseorang
melalui mimpi seperti menerima sesuatu dalam mimpi, memiliki anak kecil, kerap melihat makhluk-makhluk aneh 

3. membuat rawatan dengan mereka yang berdamping dengan jin
menerima amalan dari mereka yang berdamping dengan jin walaupun amalan ayat-ayat al-quran, zikrullah maupun persilatan. 

4. Mereka yang memiliki saka dengan sengaja memerintah atau menyerahkan saka mereka kepada orang lain dengan berbagai cara yang tidak kita sedari.

Jenis jenis saka yang mungkin selama ni kita tak pernah tahu adalah..

Saka Umum
Saka Pendamping/Sahabat 
Saka Kawasan
Saka Tangkal
Saka Jamu
Saka Gerondong
Saka Yang Berulang
Saka Ruh Gentayangan

Tu dia saka jamu pun ada. Tapi jangan silap pulak saka jamu ni bukan saka dari jamu yang orang perempuan dok ambil tu tau. Saka jamu ni saka yang selalunya perlu di jamu bila tiba masa masa tertentu. Macam kena buat jamuan makan untuk dia la. Dulu ada la someone yang aku kenal dia seorang bomoh, setiap tahu dia akan buat kenduri untuk menjamu saka saka dia.. Tapi kenduri tu tetap dia jemput orang datang makan. Mungkin tu la kot saka jamu. Dari apa yang aku baca saka jamu tu memang ciri2 dia macam tu hehehe. Selebihnya kalau korang nak tahu tentang saka saka ni boleh baca kat sini >> Jenis Jenis Saka <<

Punca jadi saka ni boleh berlaku dari Jin-jin yang datang mengganggu atau melalui jalan sihir, sekiranya tidak dirawat juga boleh berubah status menjadi saka. Jadi jangan ambil mudah kalau rasa macam hidup anda di selubungi misteri. Cepat2 la merujuk kepada pusat rawatan Islam. Manalah tau.. tetiba orang hantar jin kat kita tapi kita ingat just mainan perasaan je. Bila dah lama jin tu berdamping dengan kita, tak mustahil boleh menjadi saka. Bukan apa ada jenis orang sekarang yang tak percaya kepada sihir & perkara mistik. Konon urban sangat.

Moral of the story dari dok kumpul saka konon nak senang cara ekspress baik la kumpul harta macam beli rumah ke.. Beli rumah banyak2 boleh jugak jadi aset untuk pelaburan jangka panjang. Jadi kalau ada niat nak beli rumah jangan main beli jer.. Kena tahu 5 perkara ni dulu >> 5 Tip Penting Sebelum beli rumah << Yang penting nak beli rumah jangan beli rumah yang ada jin saka. Silap haribulan servis saka bertukar tangan tanpa anda sedar. hehehehe

SUDAHKAH ANDA LAKUKAN PERKARA NI SEPANJANG RAMADAN?

SUDAHKAH ANDA LAKUKAN PERKARA NI SEPANJANG RAMADAN? Sekejab je masa berlalu hari ni dah 10 ramadan. Dari segi masa, berpuasa sekarang memang tidak la mencabar sangat berbanding dulu. Dulu rasa masa macam panjang sangat sekarang alahai.. singkatnya masa sesingkat pemikiran manusia zaman sekarang. hikhikhik..


Sepanjang bulan puasa ni orang banyak cerita pasal juadah berbuka & bersahur, resepi kuih muih, resepi biskut raya, cerita pasal koleksi baju raya. Tu je paling meriah cerita dia sepanjang 10 ramadan ni. Almaklum la.. kita ni masuk je ramadan terus asyik fikir preparation nak raya je. Asal puasa je mesti fikir raya.

Sikit sangat la kita fikir pasal dosa pahala, pasal nak memperbaiki ibadat bagai apatah lagi fikir pasal 6 perkara ni walaupun perkara ni bukan perkara yang susah nak di laksanakan >> 6 Perkara Mudah Yang Orang Terlupa Atau Malas Nak Buat Sepanjang Ramadan << Almaklum la busy katanya. Banyak jemputan majlis berbuka puasa sana sini. Full pack dia punya jadual harian sampai dapur kat rumah pun tak sempat nak tinggalkan kesan tapak kaki. Balik rumah cari katil jer.

Jangan macam tu.. terutama blogger. Jangan kejar sangat jemputan berbuka puasa sepanjang ramadan ni. Tu tak termasuk lagi jemputan untuk mempromosikan baju raya dengan jenama retis bagai. Silap haribulan bulan puasa jadi lebih sibuk berbanding bulan bulan lain. Limit kan menerima jemputan tu. Luangkan masa di rumah nak2 lagi yang dah berkeluarga. Lebihkan masa bersama anak anak. Bulan puasa ni je kadang2 senang nak kumpul & makan sama sama. Tapi kalau bulan puasa pun dari Ahad ke Sabtu penuh dengan event tu ni.. Kesian mereka2 yang di rumah.

Kang ada pulak yang cakap aku ni jeles sebab tak dapat attend majlis2 macam tu.. Nak kata tak dapat tu rasanya aku tak pernah ambil peluang tu selama menjadi blogger. Buat masa ni lebih selesa berblog macam ni jer. Masing2 ada cara mereka. Ada yang suka present diri mereka di khalayak ramai ada yang suka privacy. Apapun berblog tiada syarat so itu semua pilihan masing masing.

Cuma tu la jangan berpada pada dalam buat sesuatu perkara sebab komitmen kita bukan hanya pada blog. Begitu juga yang menjadikan blog sebagai kerjaya & sumber pendapatan utama. Tetap perlu ada masa bersama keluarga.

Moral of the story.. Di bulan ramadan ni selain bulan merebut ganjaran pahala.. Bulan yang Allah ciptakan untuk mengeratkan silaturrahim & hubungan kekeluargaan jugak. Jadi jangan sia sia kan bulan penuh keberkataan ni dengan terlalu banyak masa berada di luar dengan program2 yang di anjurkan.

AWAS! MELENGGANG PERUT AMALAN KHURAFAT

AWAS! MELENGGANG PERUT AMALAN KHURAFAT. Salam pagi jerebu.. Semoga anda masih sihat walau terpaksa menyedut udara yang bercampur jerebu kuning semalam. Sebelum kita mulakan aktiviti harian jom la kita berdoa supaya masalah jerebu dapat di selesaikan secepat mungkin & semoga Allah melindungi kita semua dari sebarang penyakit merbahaya akibat jerebu & hindari kita semua dari malapetaka akibat kerosakkan bumi.

Gambar Sekadar Hiasan, Sumber Google

pepagi tadi sempat tengok rancangan Fiqh wanita kat tv9. Rasanya rancangan ulangan. Tak ingat pulak nama ustazah tu sebab tak sempat tengok dari awal cuma tertarik bila ada penonton bertanya pasal amalan melenggang perut. Kalau hangpa tak tau melenggang perut tu macam mana.. Melenggang perut ni di lakukan pada wanita hamil. usia kandungan dah dekat2 sarat baru orang buat melenggang perut. Tujuan dia katanya untuk mudahkan proses bersalin & nak tahu jantina bayi dalam perut. Ni kira amalan turun temurun sejak dulu kala. Masih ada yang mengamalkan amalan ni sehingga hari ni. tapi aku tak ada pulak buat masa mengandung dulu. Zaman sekarang nak buat apapun semua kos. Jadi memang aku tak suka buat benda2 membazir yang tak penting even scan anak dalam perut nak tau jantina pun aku tak buat dulu. Keluar la anak jantina apapun aku terima & aku sayang je anak aku.

Sedikit info pasal amalan melenggang perut ni.. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap tujuh bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul-betul telah genap tujuh bulan hamil atau belum cukup bulan lagi. Jika didapati sudah genap tujuh bulan isteri itu hamil, maka mulailah bidan itu diupah untuk melangsungkan adat melenggang perut ini.

Barang2 yang di gunakan dalam upacara melenggang perut ni adalah Tujuh helai kain yang berlainan warna, Satu gantang beras, Sebiji buah kelapa, Beberapa urat benang, Satu batang damar, Sedikit minyak kelapa atau minyak urut, Beberapa batang lilin, Satu tepak sirih, yang lengkap dengan isinya & Pengeras wang sebanyak lima suku ($1.25) di dalam tepak itu.

Cara2 upacara ni di jalankan.. Setelah semua barang tersebut disediakan, tok bidan akan menjalankan adat melenggang perut seperti berikut, Mula-mula tok bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berwarna itu secara melintang sehelai demi sehelai. Ibu yang hamil itu akan dibaringkan di atas lapisan-lapisan kain tersebut. Kemudian, perut ibu itu akan diurut dengan minyak kelapa atau minyak urut secara perlahan-lahan. Selepas itu, kelapa yang sudah dikupas tersebut akan diguling-gulingkan secara perlahan-lahan di atas perut ibu itu ke atas dan ke bawah sebanyak tujuh kali dan pada kali yang ketujuh itu, kelapa itu akan dilepas serta dibiarkan jatuh bergolek daripada perut ibu itu sambil diperhatikan oleh tok bidan itu. Tok bidan akan memerhatikan bagaimana kedudukan muka atau mata kelapa itu setelah berhenti bergolek. Jika mata kelapa itu menghala ke atas, ibu itu akan beroleh anak lelaki, dan jika ia menghala ke bawah, anak perempuan akan dilahirkan. -Sumber Wikepedia -


Menurut ustazah dalam rancangan Fiqh wanita tu hukum melenggang perut ni jatuh khurafat dah. Sebab ada ritual2 yang tak sepatutnya dia buat. Almaklum la amalan orang dulu2 ni kebanyakkan memang bercampur aduk. Jadi tak buat pun takpe la. Banyak cara & amalan lain yang boleh di pratikkan untuk memudahkan proses bersalin tu. Nak tau jantina sekarang tak payah melenggang perut, pi la hospital scan je. Sekarang dah ada 3D scan lagi canggih boleh nampak bentuk rupa baby dalam perut. Selebihnya hangpa rujuk la dengan guru agama masing2. Guru agama yang bukan membawa ajaran sesat tau! hehehe

Sumber Lenggang Perut Satu Warisan

Apa barang melenggang perut zaman sekarang. Tak cool langsung kan? Tak nampak macam urban mummy pun. hahahaa

Moral apa yang kita tak pasti tu tak payah la buat. Tak buat lenggang perut pun ramai orang bersalin dengan mudah dengan melakukan amalan2 & bacaan ayat2 suci Al Quran. Tak payah nak menjunjung adat yang bercanggah dengan ajaran Islam. Orang2 dulu kita sedia maklum mereka kurang pendedahan & tak banyak sumber depa boleh belajar. Kita orang sekarang tak payah jadi kuno sangat macam orang dulu dulu.

NI SEMUA KERANA BLOGGER YANG BUAT...

Sebelum wujud smartphone atau sms.. Kad raya memang popular bila menjelang hari perayaan. Tak kira la kat kedai buku, supermarket, pasar malam bersepah orang jual kad raya. Tapi semakin pupus bila ucapan raya mula di hantar dalam bentuk digital. Mula2 sms, lepas mms, lepas tu elektronic card melalui email.. & bila dah wujud laman sosial.. kada raya dah tak jadi satu tarikan. Semua sampaikan ucapan secara online.


Tapi nampak blogger sekarang cuba mengembalikan zaman kegemilang kad raya even blogger kebanyakkan tempah dengan design eklusif takde beli kat luar. Dah makin jadi trend blogger kirim kad raya ni.. Bagus mengembalikan nostalgia yang hampir di arkib & jadi sejarah. Even selalu keep in touch kat laman sosial tapi bila dapat kiriman kad raya ni feel dia lain. Termasuk la aku.. Tapi tu la aku dah siap2 tulis nak balas kad raya tapi setem laki aku asyik lupa beli. Aku tak salahkan dia.. sebab sekarang ni banyak benda yang kami nak fikir & kena buat. Nak push sangat pasal setem rasa tak berapa sampai hati. Insya Allah.. aku akan cuba jugak hantar even lepas raya.

 Dah siap tulis 5 kad raya ni tapi tu la.. rezeki nak mengepost belum ada.

Bila blogger mula menghidupkan trend kad raya ni.. Insya Allah akan jadi ikutan. Percayalah mungkin zaman kegemilangan kad raya akan kembali meriah walau di era gadget elektronik & internet ni. Tak mustahil lepas ni ada kad raya akan jadi hiasan dinding rumah bila menjelang raya macam zaman 90an dulu. Siapa tahu kan??

dah lama tak dapat kad tetiba tahun ni ada pulak blogger yang kirim. Apapun terima kasih semua

Kita patut berterima kasih pada blogger yang menghidupkan kembali amalan menghantar kad raya ni. Kerana blogger2 macam ni merasa jugak kita kembali seperti zaman sebelum kewujudan gadget2 elektronik macam sekarang. Semua ni kerana blogger... Sapa tak setuju duduk tepi!! hahahaha

Moral of the story.. walau kita hidup dalam era moden serba canggih tapi tetap yang lama jugak kita akan rasa best sebab nampak kemeriahan tu. Kalau setakat hantar ucapan melalui sms, mms atau kad elektronik mana boleh gantung. ye dak??

 

ORANG SEKARANG KUNO & TAKSUB PADA JIN

Sapa kata orang2 sekarang dah tak percaya & layan cerita hantu,mistik,jin & alam ghaib ni. Aku rasa orang sekarang memang semakin berminat & percaya kewujudan makhluk ghaib hantu bagai ni.. Bukti jelas sangat kita boleh nampak.. Banyak sangat kumpulan paranormal dia tubuhkan. Masing2 berebut cari tempat2 yang di katakan keras kejung seram sejuk. habaq ja tang mana... berdesup perginya... kata makngah.

 Sumber Google

Bila aku post entri dengan tajuk2 berunsur kisah seram, mistik & alam ghaib ni.. sekejab je masuk traffic. Bukti orang sekarang memang taksub dengan cerita cerita berunsur kan mistik ni. Tapi tak semua mengaku pun. Konon moden sangat la.. Tak percaya & layan benda2 mistik ni. Hanya orang dulu2 je percaya benda2 camtu. Katanya cerita2 tu semua karut sebagai nak menakutkan anak2 muda. Padahal.. aku buat tajuk gambar hantu penanggal berbulu.. semua pakat clik. Alih2 gambar kucing pakai rambut palsu je. Pakat nak tengok rupa hantu penanggal berbulu.

Isu Bomoh! Sapa kata orang sekarang tak main bomoh malah makin berleluasa pulak aktiviti syirik & khurafat ni berlaku. Tu salah satu bukti orang sekarang masih mempercayai amalan kuno orang2 dulu. Kadang2 aku nampak orang sekarang nampak semakin kuno pemikiran pulak. Zaman teknologi masih ada orang suka guna khidmat bomoh sedangkan banyak pusat rawatan Islam kat situ jelas menunjukkan ilmu yang mudah di belajar dengan hanya guna hujung jari tak buat manusia semakin bijak tapi semakin jahil.

Manusia terlalu obses dengan jin.. Yang rasa jin boleh tunaikan segala hajat buat mereka mengamalkan kembali amalan kuno nenek moyang dulu kala. Orang dulu kita accept la.. Depa memang kurang ilmu & kurang guru. Kita ni semudah abc nak cari guru & ilmu tapi tetap jugak bodoh tak tau nak cakap apa la.

Jin memang wujud & kita wajib percaya tapi bukan taksub sehingga meng Tuhankan mereka. Jangan samakan aku dengan golongan yang obses dengan jin & alam ghaib ni sebab aku cuma peminat cerita seram bukan taksub sampai nak berdamping dengan jin & syaitan bagai. Dan aku tak berminat pun nak ada relationship dengan makhluk alam ghaib ni.


AKIBAT MAKAN NASI DICAMPUR NAJIS & DARAH HAID

Ni resepi baru ke hapa? Nasi campur taik @ Najis & darah haid? Bukan resepi baru dik Ooi.. ni resepi dari zaman tok nenek kita lagi tapi bukan semua orang amalkan resepi ni. Orang2 tertentu dengan tujuan tertentu je buat. Tapi amaran keras korang jangan pulak nak try resepi ni kat rumah yer... Na'uzubillah...

Sumber google sekadar hiasan

Mesti pengomen tajuk entri pening nak komen kan? Tak sabaq ni nak buat spekulasi... baca tajuk terus buat kesimpulan. Cuba amalkan siasat dulu sebelum berhujah. Baca dulu sebelum mempersoalkan biar nampak bijak sikit yer reader2 sekalian.

Semalam.. sempat tengok DVD filem Nasi Tangas @ Nasi Kangkang yang aku beli hari raya haritu. Baru berkesempatan nak tengok sebab sebelum ni dok layan drama kat TV. Almaklum raya drama2 best jugak kat tv. So, baru semalam sempat mentelaah Nasi Kangkang tu.


Filem ni.. Bagi aku Takde la bosan sangat cuma pemilihan pelakon utama tu yang tak sesuai. Maybe sebab pelakon baru.. lakonan tu sekadar boleh berdialog je la. Kurang power buat watak yang depa mainkan tu jadi kurang berkesan even jalan cerita bagi aku agak best. Cuma cerita ni simple sangat la... Dari start sampai ending. Takde suspend sangat. Mendatar jer jalan cerita dia. Tapi bagi yang tak tahan loya tu.. Aku tak tau la boleh tengok ke tak. Sebab dalam filem tunjuk agak real cara2 nak buat nasi tangas @ nasi kangkang dengan benda2 kotor macam darah haid & najis yang di campur dalam nasi kemudian di bacakan jampi serapah. Lepas di makan oleh orang yang di seru untuk di tundukkan, terus jadi bodoh orang tu tak reti membantah dah. Aku terus terang tang babak darah haid & taik tu memang surrender la even aku boleh tengok rupa hantu paling seram sekalipun.

Kisahnya.. Si Mak bagi si ayah makan nasi kangkang sebab si ayah ni jenis baran & jahat. Suka pukul si mak.. Yang si anak mak dia ajar bagi laki dia makan nasi kangkang sebab si anak ni cemburu buta. Jeles dengan kawan baik merangkap bisnes partner laki dia sebab depa agak rapat. Ending dia akhirnya si ayah tahu dia di sihirkan.pergi berubat kemudian jadi normal macam biasa. Lepas si ayah tahu,Mengamuk la kat si mak. Masa tengah bergaduh datang saka si mak ni bunuh si ayah. Yang si anak ni, akhirnya laki dia pun tahu jugak sebab di bantu kawan yang tahu apa berlaku, pergi berubat tapi sebab sayangkan bini dia anggap apa yang berlaku salah dia sebab mengabaikan perasaan bini dia sehingga menyebabkan si bini ni melakukan benda2 khurafat macam tu. Ending dia si bini jadi gila. Dua pengajaran dalam cerita ni kepada lelaki.. Satu jangan menganiaya kaum wanita.. silap haribulan kena nasi kangkang tak guna sesen. Pengajaran kedua.. bila dah kahwin tu pergaulan dengan kawan perempuan tu even baik macam mana pun tak boleh la rapat sangat bila dah ada bini. Cemburu seorang perempuan ni kadang2 tak dapat nak ramal walau kau takde apa2 perasaan kat kawan kau pun tapi bagi pihak bini tu dia tengok lain perasaannya kalau rapat sangat.

Cerita ni kalau korang tahan dengan benda2 geli geleman tu boleh la layan.. Nak kata seram tak seram mana. Nak kata banyak suspend pun tak berapa suspen. Cuma yelah.. kita boleh tengok & tahu macam mana nasi kangkang @ nasi tangas tu di buat. Betapa kotornya ramuan yang di gunakan. Jadi peringatan pada kita.. kalau mencurigakan sila amalkan ayat2 pendinding yang ada dalam Al Quran Insya Allah kita di lindungi dari orang yang berniat tak baik.

P/S : Jangan ada yang tiru pulak resepi buat nasi kangkang dari filem ni. Apapun MiG untuk filem ni aku tak kritik sangat cuma tu la kalau nak buat filem bagi la yang talented sikit. jangan asal boleh jual muka jer..

IBADAT DAN KHURAFAT DALAM SOLAT ISTIKHARAH

Sejak dua menjak ni asyik cerita mimpi jer sampai la di tegur kak diana kat entri mimpi aku beranak anak lelaki tu. Kata kak diana dia pernah terbaca, larangan kita bercerita tentang mimpi bimbang ada yang mentafsir. Aku pun tak pernah tahu pasal tu so aku pun try la  google. Nak cari info macam kak diana cakap tu.

Sumber gambar google

Ada larangan dalam Islam cerita pasal mimpi ni... (boleh rujuk kat sini larangan cerita pasal mimpi ) Jadi setiap apa yang di larang tu bukan perkara sia sia. Betul jugak la macam kak diana cakap, takut nanti ada yang mentafsir dah macam meramal pulak kan. Dalam Islam hukum meramal mimpi sama jer macam menilik nasib.. khurafat. Jadi kalau kita bercerita dengan orang yang kononnya pandai meramal mimpi ni secara tak langsung macam kita menggalakkan perbuatan khurafat pulak la kan sedangkan tak semua mimpi tu adalah petunjuk dari Allah..


Satu perkara lagi yang memang ramai orang salah faham termasuk la aku pasal mimpi selepas Istikarah bila kita meminta Allah memberi sebarang pentunjuk kepada kemusykilan kita lebih2 lagi soal Jodoh. Memang ramai yang suka buat solat Istikarah untuk minta petunjuk dalam soal jodoh ni.. Kita perlu berhati hati jangan yakin & terlalu percaya petunjuk tu akan datang dalam mimpi nak2 lagi soal jodoh. Istikarah bukan peramal jodoh tau...


 Sumber rujukan & artikel penuh sila baca kat Info Islam

Aku ni bukanlah alim ulamak apatah lagi orang yang bijak pandai dalam ilmu Islam. Masih belajar & apa aku belajar aku share dengan orang lain. Kalau aku salah info mohon betulkan dengan ilmu bukan setakat mempertikaikan tapi tanpa bukti. Aku pun jadi confuse juga.. Kalau aku salah mohon la beri penjelasan yang sahih & aku boleh faham yer...

P/S : Thanks kak diana sebab sudi kongsi pasal larangan cerita pasal mimpi tu. Peace!


AMALAN BIDAAH YANG KITA SELALU BUAT BILA MENJELANG RAYA

Lagi 6 hari kita berpuasa lepas tu raya. Sekarang ni dah start rumah2 pasang pelita.. pasang lampu liplap.. Kebanyakkan rumah mula di terangi cahaya hingga ke pagi. Kecik2 dulu pun aku & adik beradik aku suka jugak pasang pelit malam 7 likur ni tapi bukan paham pun sebab apa pasang pelita & lampu liplap bila dekat nak raya.. Yang paham cuma tu tanda nak sambut raya.

Sumber google

Tu budak2.. dia fikir bila pelita dah pasang, lampu liplap dah bernyala tanda raya dah nak dekat bagi golongan dewasa pula mungkin benda ni menjadi amalan sejak turun temurun. Ada yang percaya sebab 10 Malam terakhir terdapat satu malam Lailatul Qadar maka kena sinari rumah dengan cahaya. Aku nak komen lelebih aku tak pandai.. aku cuma belajar sebab tu aku mencari info bukan nak menyesatkan orang. Kalau salah tegur la
Amalan 'Malam Tujuh Likur' dengan menyalakan pelita, lilin, panjut dan lampu pada malam 27 Ramadan merupakan amalan bidaah dalam Islam.
Mantan Pegawai Agama Istana Negara, Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz menegaskan istilah tujuh likur itu sendiri tidak ada di dalam ajaran agama Islam.
Amalan karut tersebut tidak wujud dalam ajaran Islam lebih-lebih lagi mereka yang percaya pada malam 27 itu perlu disinari dengan cahaya lampu.
"Perbuatan memasang lampu pada malam itu adalah bidaah dan tidak ada di dalam Islam. Tidak kira lampu apa pun sama ada pelita, lilin, atau lampu berwarna-warni,"

 Beliau tidak menafikan ada sesetengah umat Islam menganggap pada malam 27 itu adalah malam Lailatul Qadar sebab itulah mereka menerangkan suasana rumah mereka dengan cahaya lampu atau pelita.
"Sebenarnya, Nabi SAW sudah berkata Lailatul Qadar adalah sepuluh malam terakhir yang kita tidak tahu bila malamnya. Bukannya pada malam 27 Ramadan.
"Sebab malam 27 likur itu tidak ada di dalam nas. Kita bukan suruh orang itu hidupkan malam itu dengan lampu, kita suruh hidupkan malam itu dengan amal ibadat, sebab itu malam sepuluh terakhir, jangan tidur!

 Justeru, Ustaz Abu Hassan menegaskan, amalan karut itu wajar dihentikan dengan segera jika masih ada lagi sesetengah umat Islam yang mengamalkannya.
"Bagi saya kalau hendak pasang juga lampu, biarlah ianya dimulakan pada awal Ramadan sehingga akhir bulan itu. Kalau kita hendak muliakan Ramadan awal lagi kita sudah pasang lampu
-Sumber Rujukan kat SINI-
Sekadar berkongsi info. sekali lagi kalau salah tegurlah secara berhemah. Aku manusia yang ilmu cuma sejengkal. Kalau aku share bermakna aku pun baru belajar bersama.

P/S : yang rasa pasang pelita dengan niat sekadar memeriahkan suasana nak sambut raya tak perlu la terasa. Tapi kalau wujudnya kepercayaan macam ni dulu, tak mustahil masih lagi ada orang percaya macam tu sampai sekarang. Kalau kat kampung tu masih ada orang yang percaya Malam Lailatul Qadar perlu di terangi rumah dengan cahaya, dari pengalaman sendiri dengar someone explain pasal pasang pelita malam 7 likur ni. See.. masih ada yang mempercayai kepercayaan bidaah ni.

Info2 yang berkaitan boleh jugak baca kat sini
 menyalakan pelita pada malam likur ini tiada asasnya dalam sunah Nabi apatah lagi ayat al-Quran. Umat Islam dinasihat meninggalkan amalan sia-sia ini kerana bukan saja membazir, malah membuang masa sehingga menjejaskan penumpuan kepada amal salih yang perlu diutamakan. Selebihnya baca kat sini >>Persoalan agama :PASANG PELITA AMALAN BIDAAH?


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com