ORANG SEKARANG KUNO & TAKSUB PADA JIN

3/15/2015 10:28:00 AM suria lekatlekit 3 Comments

Sapa kata orang2 sekarang dah tak percaya & layan cerita hantu,mistik,jin & alam ghaib ni. Aku rasa orang sekarang memang semakin berminat & percaya kewujudan makhluk ghaib hantu bagai ni.. Bukti jelas sangat kita boleh nampak.. Banyak sangat kumpulan paranormal dia tubuhkan. Masing2 berebut cari tempat2 yang di katakan keras kejung seram sejuk. habaq ja tang mana... berdesup perginya... kata makngah.

 Sumber Google

Bila aku post entri dengan tajuk2 berunsur kisah seram, mistik & alam ghaib ni.. sekejab je masuk traffic. Bukti orang sekarang memang taksub dengan cerita cerita berunsur kan mistik ni. Tapi tak semua mengaku pun. Konon moden sangat la.. Tak percaya & layan benda2 mistik ni. Hanya orang dulu2 je percaya benda2 camtu. Katanya cerita2 tu semua karut sebagai nak menakutkan anak2 muda. Padahal.. aku buat tajuk gambar hantu penanggal berbulu.. semua pakat clik. Alih2 gambar kucing pakai rambut palsu je. Pakat nak tengok rupa hantu penanggal berbulu.

Isu Bomoh! Sapa kata orang sekarang tak main bomoh malah makin berleluasa pulak aktiviti syirik & khurafat ni berlaku. Tu salah satu bukti orang sekarang masih mempercayai amalan kuno orang2 dulu. Kadang2 aku nampak orang sekarang nampak semakin kuno pemikiran pulak. Zaman teknologi masih ada orang suka guna khidmat bomoh sedangkan banyak pusat rawatan Islam kat situ jelas menunjukkan ilmu yang mudah di belajar dengan hanya guna hujung jari tak buat manusia semakin bijak tapi semakin jahil.

Manusia terlalu obses dengan jin.. Yang rasa jin boleh tunaikan segala hajat buat mereka mengamalkan kembali amalan kuno nenek moyang dulu kala. Orang dulu kita accept la.. Depa memang kurang ilmu & kurang guru. Kita ni semudah abc nak cari guru & ilmu tapi tetap jugak bodoh tak tau nak cakap apa la.

Jin memang wujud & kita wajib percaya tapi bukan taksub sehingga meng Tuhankan mereka. Jangan samakan aku dengan golongan yang obses dengan jin & alam ghaib ni sebab aku cuma peminat cerita seram bukan taksub sampai nak berdamping dengan jin & syaitan bagai. Dan aku tak berminat pun nak ada relationship dengan makhluk alam ghaib ni.

3 comments:

  1. hahahaha.. bab kucing pakai rambut pelesu tu teman memang geram dengan awok tauu!!! hahahaha.. ingat hantu penanggal betoi.. tapi teman yang penakot ni tengok hantu pakai rambut pelesu pun dah naik seram tengok.. kui3

    ReplyDelete
  2. Jin pakai toncit. Hehehhehe..

    ReplyDelete
  3. Itu yang rasa pelik. Patutnya zaman dah maju, kepercayaan karut pun dah berkurangan. Tapi ramai gaklah yang masih percaya bomoh membomoh ni. Akak pun suka kisah-kisah hantu ni. Pernah sekali taksub baca blog pasal hantu tak berhenti-henti menongkat dagu depan pc. Excited tau bila baca pengalaman orang jumpa hantu tapi kalau hantu ajak dating, akak memang reply 'No, TQ' lah.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com