Sejak dua menjak ni asyik cerita mimpi jer sampai la di tegur kak diana kat entri mimpi aku beranak anak lelaki tu. Kata kak diana dia pernah terbaca, larangan kita bercerita tentang mimpi bimbang ada yang mentafsir. Aku pun tak pernah tahu pasal tu so aku pun try la google. Nak cari info macam kak diana cakap tu.
Sumber gambar google
Ada larangan dalam Islam cerita pasal mimpi ni... (
boleh rujuk kat sini larangan cerita pasal mimpi ) Jadi setiap apa yang di larang tu bukan perkara sia sia. Betul jugak la macam kak diana cakap, takut nanti ada yang mentafsir dah macam meramal pulak kan. Dalam Islam hukum meramal mimpi sama jer macam menilik nasib.. khurafat. Jadi kalau kita bercerita dengan orang yang kononnya pandai meramal mimpi ni secara tak langsung macam kita menggalakkan perbuatan khurafat pulak la kan sedangkan tak semua mimpi tu adalah petunjuk dari Allah..
Satu perkara lagi yang memang ramai orang salah faham termasuk la aku pasal mimpi selepas Istikarah bila kita meminta Allah memberi sebarang pentunjuk kepada kemusykilan kita lebih2 lagi soal Jodoh. Memang ramai yang suka buat solat Istikarah untuk minta petunjuk dalam soal jodoh ni.. Kita perlu berhati hati jangan yakin & terlalu percaya petunjuk tu akan datang dalam mimpi nak2 lagi soal jodoh. Istikarah bukan peramal jodoh tau...
Sumber rujukan & artikel penuh sila baca kat Info Islam
Aku ni bukanlah alim ulamak apatah lagi orang yang bijak pandai dalam ilmu Islam. Masih belajar & apa aku belajar aku share dengan orang lain. Kalau aku salah info mohon betulkan dengan ilmu bukan setakat mempertikaikan tapi tanpa bukti. Aku pun jadi confuse juga.. Kalau aku salah mohon la beri penjelasan yang sahih & aku boleh faham yer...
P/S : Thanks kak diana sebab sudi kongsi pasal larangan cerita pasal mimpi tu. Peace!
Saya selalu termimpi di patuk ular sejak dua menjak ni. Tapi buat tak tahu je lah. Mainan syaitan adakalanya. :)
ReplyDelete