Showing posts with label boikot. Show all posts

SIBUK DENGAN 'BOIKOT' TAPI TAK BELI PUN PRODUK ORANG ISLAM

SIBUK DENGAN 'BOIKOT' TAPI TAK BELI PUN PRODUK ORANG ISLAM. Hangpa perasan tak spesis yang jenis orang kempen boikot dia pun tak nak kalah. Pung pang pung pang kat social media.. boikot tu boikot ni.. Alih alih lepak starbuck la.. makan kat kopitiam, membeli belah kat pasaraya pasaraya besar milik bukan Islam. Dia tak semak pun segala produk dia beli keluaran orang Islam ke dak.. Tapi kemain share lahai kempen memboikot ni. Tapi pantang sikit ada produk viral macam boba tea.. Ayam pedas 3 kali ganda.. Laju dia beli. Tak mau terlepas peluang merasa katanya.


Saya bukan la nak ajak orang boikot apa apa atau sesapa tapi golongan acah acah macam ni bagi saya cuma sekadar nak mencetuskan provokasi. Dia tak buat tapi dia suruh orang lain buat.

Tak salah pun kita nak support keluaran produk orang Islam untuk bantu tingkatkan ekonomi orang Islam tu sendiri. Dengan cara tu keuntungan mereka dapat di salurkan melalui zakat atau apa apa aktiviti amal yang boleh membantu orang lain. Tak perlu pun nak memboikot.. Just support tapi bukan la support membabi buta. Orang melayu pun ada yang tak boleh pakai.. Tapi ni jenis lebih melayu dari Islam. Jual produk memudaratkan orang yang tu tak payah nak support. Yang tu hangpa patut boikot sebab dia menjahanamkan bangsa sendiri yang banyak beli produk produk dia.

Apa yang kita boleh beli produk dari keluaran orang Islam.. kalau betul betul nak bantu naikan ekonomi orang Islam kita beli la. tapi tak semua produk atau servis tu di jual & di sediakan oleh orang Islam.. Kita hidup dalam negara berbilang kaum ni tak boleh di nafikan memerlukan antara satu sama lain. Saya tak suka nak racist boikot bangsa tu bangsa ni.. negeri tu negeri ni.. Sebab masa saya susah perlukan bantuan.. bukan hanya orang Islam je tolong ada pelbagai bangsa, agama & etnik kat malaysia ni sama sama tolong.

Bagus kita lebih mengutamakan produk keluaran orang muslim. Yelah.. selain kita lebih yakin status kehalalannya ia juga satu tindakan yang lebih baik tapi tak perlu la kita bersifat perkauman sangat. Sebab baik buruk seseorang bukan kerana agama & bangsanya tapi kerana sikap & pemikiran dia jugak. Pun begitu saya menyokong penuh untuk semua support produk keluaran Muslim ni. Jangan saya cakap tak perlu boikot hangpa langsung tak mau pi beli produk orang Islam pulak nanti. Kena faham sokong produk orang Islam bukan bermakna kita perlu boikot produk non muslim. Ada juga produk non muslim yang kita perlu untuk tingkatkan ekonomi orang Islam ni.. Contoh pengguna social media untuk memasarkan produk. Benda ni kita sedia maklum ia bukan milik orang Islam tapi kalau kita menolak kita akan ketinggalan. ye dak..

Tapi selagi boleh support produk muslim macam produk keluaran Faiza even I tak berapa suka beras  emas dia tu.. Tapi banyak lagi produk lain keluaran Faiza yang kita boleh beli. Yelah.. tak semestinya kita wajib suka semua produk keluaran Muslim. Kalau dah tak kena dengan taste nak buat macam mana ye dak. Untuk produk makanan contoh faiza la sebab di kenali ramai..


Tak semestinya produk makanan je kita support produk orang Islam.. yang lain lain macam produk bantal jenama DAG.. tetiba bantal DAG pulak.. Dak aihh... tetiba teringat dok nampak iklan dia kat board iklan kat highway tu. Almaklum la.. co-pilot macam cheq ni memang la kalau travel jauh banyak masa boleh mengusya papan papan iklan sepanjang jalan.


Hangpa jangan la rasict sangat even DAG ni keluaran syarikat DAS  Abdul Global, syarikat milik bumiputera kelahiran kelantan.. dia juai bantal bukan kosmetik beracun yer. Jangan la pukul rata semua hokay! Kelantan tak salah yang saya depa hat juai produk beracun je kekekeke.


Tak kisah dari mana pengeluar produk Muslim tu dari kelantan ke kedah ke yang penting kalau produk dia tak memudaratkan support la. Bantal dia pun nampak empuk sangat tu.. ada sapa nak belanja den bantal DAG tak?  Manatau tidoq lena & tak mimpi ngeri lepas guna bantal DAG kan? Yelah nak tidoq hotel selalu selalu tak mampu.. Dapat bantal seempuk & kualiti yang sama macam bantal hotel pun jadi lah katanya.. hahahaha..

Selain produk.. Orang Muslim kat Malaysia ni pun dah ramai buka pasaraya, pasar mini, kedai runcit bagai. Dengan membeli di premis perniagaan depa juga membantu untuk naikan ekonomi orang Islam. Tapi yang buka pasaraya, kedai bagai.. kena juga utamakan produk bumiputera bukan produk menyamar macam produk keluaran orang melayu tapi sebenarnya bukan.


Begitu juga perkhidmatan.. Macam tailor, kedai repair macam bengkel ke apa.. Kalau ada pilihan berurusan dengan peniaga Islam, jadikan itu pilihan pertama. Kalau ada tapi tak memuaskan.. takpe la second choice kita pilih yang non muslim.

Kesimpulanya.. Kuasa membeli di sebuah negara ni terletak pada rakyatnya. Kat Malaysia ni kita sedia maklum ramai orang melayu Islam jadi kuasa membeli tu harus la kita yang monopoli. Tak perlu nak boikot moikot.. Nak support perniagaan orang Islam.. beli produk mereka. Simple kan?



KEMPEN BENCI LEKATLEKIT SEPANJANG ZAMAN

KEMPEN BENCI LEKATLEKIT SEPANJANG ZAMAN. Sebenarnya detik detik paling bersejarah selama aku berblog suatu ketika dulu aku dah lama lupakan sampai aku tak pernah ambil port pasal mereka & keluarga mereka. Aku tak kisah dah jatuh bangun depa. Takde nak doakan yang baik baik atau yang buruk buruk. Pendek kata aku dah lupakan semuanya sejarah aku dengan 'Kelab blogger popular tu dah lama sangat.


Dulu mungkin masa isu tu masih hangat aku jadi sedikit emosional.. Tapi biasa la bila rasa tu dah hilang.. back to normal. Aku tak kisah pun nak berkawan dengan mana2 ahli dari group 'nametag' tu.. Aku lebih bersikap terbuka. Yang bermasalah dengan aku bukan semua tapi dua tiga kerat je dulu. Apa salah yang lain pada aku kan? Dah tua tua katanya, tak payah feeling macam budak budak hingus hijau sangat la.. Tapi aku perasan jugak yang taksub sangat dengan kelab 'nametag' tu dulu sampai blocked aku kat fb ig bagai sekarang ramai dah unblocked. ada yang unblocked lepas kena sindir.. kelam kabut blocked balik.. erkk... dia tau pulak kan? nampak sangat la rindu aku dok stalk stalk aku tu hahahaha

Yang aku perasan setiap kali ada yang keluar dari geng 'nametag' tu mesti ada yang cari aku tanya pasal kenangan silam aku bersama mereka dulu. Seperti cerita cerita lepas.. Dari cerita ex ex depa ni.. Aku antara blogger yang paling di benci dalam geng 'nametag' tu. Terkesan sungguh depa dengan nama 'Suria Lekatlekit' ni kan. Depa akan minta blogger2 bawah naungan depa membenci & memboikot lekatlekit. hahahaha... very da budak2 budak hingus hijau Uolls... Tapi apsal dari mula kempen boikot aku sampai sekarang aku tak rasa kesan kena boikot tu pun. Malah aku rasa semakin berjaya hahahaha

Terbaru semalam.. Dapat cerita yang sama juga. Namaku masih menjadi sebutan dalam group 'nametag' tu. aduhai.. kenapalah korang suka bagi publisiti kat aku di kalangan ahli2 nametag korang tu yer.. Sudahlah. aku dah cukup retis sekarang ok! Katanya sampai kalau ada sapa2 dari group 'nametag' yang nampak mesra dengan aku kat media sosial ni akan di soal siasat. Aku ni kadang2 nampak mesra kat public jer.. Tapi jarang nak bermesra atau rapat dengan sesiapa secara privacy. So jangan takut selagi korang jaga anak buah korang dengan baik rahsia korang dalam tu still selamat tapi kalau korang asyik nak buat depa macam 'lembu kena cucuk hidung' confirm la ada yang tak tahan kecuali lembu2 je tahan.

Aku still kekalkan cara 'lone rangger' aku. Aku tak nak ada hubungan rapat dengan sesapa. Sebab kalau rapat sangat depa tau aku ni baik maka mula la nak ambil kesempatan atas kebaikkan aku.. Bila aku rasa orang ambil kesempatan mula aku jadi jahat. Bila aku jadi jahat mula orang benci aku hahahahaha.. Bagilah peluang aku nak jadi baik sekejab & di sayangi ramai orang hahahaha

Kepada ahli ahli nametag jang jib jub jeng bagai... Sudah sudah la dik. Dok bersedekah pahala dengan dok mengumpat akak sepanjang zaman dalam group hangpa tu. Move on beb! Move on..  Akak tak pernah menghasut atau menghalang pun sesapa nak join komuniti korang sekarang ni. Malah akak tak pernah ambil tau pun sapa yang nak masuk & keluar dari group 'namteg' hangpa tu. Tapi selalunya yang masuk memang la takkan cari akak tanya pendapat cuma bila yang keluar je akan datang bertanya khabar & menyampaikan khabar berita. hahahaha. Nak kata depa saja buat2 cerita pun pelik juga bila depa tanya kenapa hangpa benci sangat dengan akak sebab hangpa asyik mengumpat akak je. Kat situ boleh detect depa tak tau pun kes dulu cuma sejak depa join hangpa depa di ajar untuk benci & boikot lekatlekit je... Sapapun nak join atau leave group 'namteg' tu takde kena mengena dengan saya. Biar depa sendiri rasai pengalaman manis bersama hangpa. Akak ni macam hangpa dok nampak la.. blog sentiasa berhadpet.. FB pun sentiasa berhapdet. Baru semalam je akak kembali menjentik pasal hangpa balik.. Tu pun sebab akak rasa di cuit so akak terlatah sekejab hahahaha.

Apapun aku tahu sampai bila2 pun aku akan nampak 'Jahat' sebab aku bercakap secara terbuka manakala pihak sana mengata & menghasut secara tertutup. Cuma bak kata pepatah 'bangkai mana boleh sembunyi, lama2 ter bau juga kan.' Tuhan tu nak membuka pekung setiap dari hangpa tu dengan macam macam cara. Dan setiap kali ada orang leave dari group tu.. aku akan dapat cerita2 macam ni. Well.. untuk pengetahuan hangpa.. Aku still bahagia. Jangan risau. Makan kenyang, tidur lena & tiap2 bulan ada je income dari blog ni. Alhamdulillah, rezeki yang Allah Alamatkan untuk aku sentiasa ada. hahahaha

Moral of the story.. Kalau rasa nak kempen benci lekatlekit teruskan.. Takde apa yang aku rasa perlu takut pun. Sedangkan Mc Donald yang pernah kena boikot teruk dulu pun sekarang dah kembali seperti biasa.. inikan lekatlekit yang selama ni tak pernah pun terkesan apa apa di boikot oleh geng nametag tu. hahahaha

INI SEBAB ANDA PERLU BOIKOT DARI MEMBELI BELAH DI EZBUY

INI SEBAB ANDA PERLU BOIKOT DARI MEMBELI BELAH DI EZBUY. Tak habis habis lagi kan lekatlekit ni dengan isu ezbuy dia. Mesti la selagi aku rasa aku tak dapat hak sebagai pembeli, selagi aku rasa ezbuy tidak bertanggungjawab setelah customer membayar untuk membeli di website mereka & selagi ezbuy terus menerus cuba menyembunyikan kelemahan mereka tanpa ada usaha memperbaiki.. selagi tu aku akan sebarkan supaya bakal pembeli tidak teraniaya dengan ezbuy.


Sebenarnya di Facebook Page Ezbuy banyak sangat komplen pasal perkhidmatan mereka tapi kebanyakkan semua di delete untuk menjaga reputasi mereka. Tapi hari minggu maybe admin yang handle page tu cuti sempat la aku screenshot complaint2 dari customer yang dah membeli belah di ezbuy untuk tatapan kaki kaki shopping online ni. Supaya korang boleh nilai sendiri tahap perkhidmatan yang ezbuy bagi kepada pelanggan yang berurusan dengan mereka.

Zaman sekarang semua benda ni jadi viral & kena di dedahkan baru la pihak yang buat taik tu dapat pengajaran. Kalau tak.. dia akan selesa bagi service yang tahap logi sisa kumbahan sebab dia sentiasa ada pelanggan. Setiap hari mungkin ada mangsa baru yang akan terkena.. Jadi kalau korang nak tahu betapa logi servis di ezbuy setelah anda membeli belah kat situ sila baca komen2 dari mereka yang dah terjebak membeli di ezbuy...

Sebahagian complaint yang sempat di screenshot.. Yang lain2 banyak dah kena delete. 

Antara perkara yang paling tak boleh blah berlaku di ezbuy. minta customer topup payment yang telah dia buat. Katanya harga yang di paparkan kat website tu sekadar nak suruh orang beli tapi harga sebenar di kenakan seller lebih mahal & minta orang topup balik bayaran.

Jadi jangan terpedaya macam aku dulu bila tengok harga2 barang di ezbuy yang murah2.. Kita membeli even murah tetap kita harapan servis yang terbaik. Kesilapan kecil mungkin boleh di maafkan tapi bila kesilapan yang sama berulang kali & terjadi kepada ramai pembeli tapi tiada tindakkan di ambil atau ganti rugi di bayar pihak ezbuy sebagai tanda minta maaf malah mereka ignore semua complaint & act macam tak ada apa2 berlaku.. Sesungguh mereka layak di boikot supaya mereka belajar untuk memperbaiki kelemahan mereka. Barang aku order sebelum ni pun dah 2 minggu tak sampai.

BOIKOT BAYI & KANAK KANAK YANG TIDAK DI VAKSIN

BOIKOT BAYI & KANAK KANAK YANG TIDAK DI VAKSIN. Sekarang ni memang hangat isu vaksin. Ada yang anti vaksin & ada yang provaksin. Bagi aku vaksin atau tak tu hak individu. Anak depa lantak la depa nak besarkan anak depa dengan cara macam mana. Cuma pilihan yang kita buat biarlah yang terbaik bukan je untuk anak anak kita malah untuk semua masyarakat di sekeliling. Pemahaman setiap orang tentang vaksin memang berbeza. Aku tak berani la cakap lebih2 pasal vaksin ni sebab aku tak ada kepakaran tentang tu cuma aku pilih untuk vaksinkan anak aku sebagai salah satu usaha & ikhtiar untuk menghalang atau mencegah anak aku dari terkena penyakit berbahaya.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Friendlist kat FB aku pun ada yang ramai provaksin & ada segelintir yang antivaksin. Macam aku cakap hak individu tu sendiri nak memilih vaksin atau tak cuma jangan jadi penghasut pada orang lain. Tak kira la kau sokong vaksin atau kau anti vaksin. Yang anti vaksin jangan melampau2 sampai mengharamkan & mengkafirkan orang yang memvaksin anak. Hangpa tak mau vaksin lantak la. Orang nak vaksin jangan dok provok atau sindir sangat konon tak nak mengkaji dulu apa yang ada pada vaksin tu bagai. Seolah olah hangpa tau sangat la kandungan vaksin tu padahal hangpa pun dapat info dari pembacaan di media sosial & google jer.

Yang provaksin pun sama. Biaq pi la depa tak mau vaksin. Kalau risau sangat anak anak yang tak di vaksin membawa penyakit berjangkit kita ambil langkah keselamatan awal sudah. Bagi je supplement, pastikan anak kita ambil makanan berkhasiat untuk bina antibodi yang kuat. Tak perlu sampai nak kempen memboikot kanak kanak yang tak di vaksin. Sampai tak bagi dekat atau berkawan, kesian jugak. Suruh kerajaan buat undang2 anak2 tak di vaksin tak boleh masuk sekolah kerajaan bagai. Tu dah melampau sangat rasanya.. Jangan jadikan anak2 tak berdosa tu mangsa. Benda tu akan mempengaruhi emosi kanak kanak tersebut & tak mustahil akan memberi kesan pada masa depan dia. Yang buat keputusan mak bapak depa, tapi yang terima akibat budak2 yang tak berdosa. Kalau rasa nak ambil tindakkan, just ambil tindakkan pada penjaga mereka jangan di aniaya anak2 tak berdosa tu. Kita dah usaha bagi vaksin untuk pencegahan awal ni doa & tawakal bila anak2 kita secara tak sengaja bercampur dengan anak2 tak vajsin. Sebab Islam dah ajar kita.. usaha, doa & tawakal. Bila kita dah usaha.. selebihnya serah pada yang maha kuasa. Sebab bukan senang nak ubah mentaliti orang jadi kita yang kena pandai main peranan untuk protect anak anak kita.

Aku memang tak sokong benda benda macam tu. Nak pulaukan kanak kanak yang tak di vaksin tu bukan cara yang betul untuk memberi kesedaran pada ibu bapa betapa perlu vaksin untuk anak anak. Guna pendekatan lain yang lebih bijak. Bukan la semua kanak kanak tak di vaksin tu confirm bawa penyakit berjangkit, ada yang sihat walafiat. Betul! kita tak tahu yang mana bebas penyakit & yang mana tidak cuma tu la terasa kejam jugak bila terbayang kalau tetiba ada anak yang tak vaksin datang nak berkawan dengan anak kita kemudian kita bawa lari jauh dari dia. Kejam sangat bagi aku. Aku memang tak suka masalah orang dewasa kanak kanak yang tak tahu apa2 jadi mangsa keadaan.

Tak kira kita ibu bapa yang provaksin atau antivaksin.. Tak kisah kita nak menyampaikan info yang kita yakin tapi berpada pada. Jangan sampai orang nampak benda tu macam melampau. Nampak terlampau obses pada sesuatu. Sampai orang yang bertentangan pendapat pun rasa macam kita saja nak cari gaduh. Benda ni pilihan masing2. Vaksin atau tak kedua duanya mencari yang terbaik untuk anak anak. Cuma cara kita mencari yang lebih baik tu je berbeza. Tapi tujuan kita semua sama... Memberi kehidupan yang lebih baik untuk anak anak. Jadi buat la keputusan yang terbaik untuk anak masing masing. Jangan sampai terlewat baru nak menyesal.

dah dekat nak raya ni berhenti la sekejab berdebat pasal vaksin. Tak payah peningkan kepala sangat pasal benda2 viral yang kadang2 kita sendiri tak tahu sejauh mana sahihnya. Fokus kat raya dulu sebab nak raya nanti ada lagi banyak perkara yang bakal memeningkan kepala macam benda benda ni >> 7 Perkara ni Memang Selalu kita jadi Stress Menjelang Raya. Tak caya baca confirm ada kena mengena dengan korang jugak << jangan sebab vaksin kita bergaduh putus silaturrahim sampai yang provaksin tak nak pergi raya rumah antivaksin, tu dah tak bagus. Kerana vaksin manusia berpecah belah & menjadi berpuak puak. Aku rasa berpecah belah & berpuak penyakit yang lebih bahaya dari semua penyakit yang ada di dunia ni sebab benda ni la yang melemahkan sesuatu bangsa & agama.

Moral of the story.. memberi pendapat walau bertentangan tak salah cuma cara kita memberi pandangan tu kadang2 salah. Aku bukan cakap orang lain, aku pun kadang2 beremosi jugak dalam memberi pandangan ni nak2 lagi bertentangan dengan pandangan orang lain. Sama2 la kita memperbaiki diri supaya walau kita sentiasa berbeza pendapat kita masih boleh berdebat & berkawan dalam satu masa.

CHACHA MAEMBONG BERSARAPAN DENGAN PRODUK YANG DI BOIKOT

CHACHA MAEMBONG BERSARAPAN DENGAN PRODUK YANG DI BOIKOT. Bukan je chacha maembong yang masih beli produk ni malah ramai dulu yang konon boikot sekarang tidak lagi walaupun Musuh masih memerangi Islam tanpa noktah. Tapi Biasa la kita kan suka memboikot bermusim... Benda tu hak individu. Nak boikot memang di galakan, Kalau tak nak pun takpe tak jadi dosa.


Aku ada la certain benda yang masih boikot & ada produk2 yang macam tak jadi kontroversi sangat aku still guna. Konsep boikot bukan sampai menyusahkan diri tapi untuk menyusahkan pihak lawan. Jadi fahami konsep boikot sebelum nak cari gaduh dengan orang pasal isu boikot. Banyak produk Yahudi yang kita perlu guna untuk kepentingan dalam kehidupan kita seharian jadi benda tu kalau kita tak guna mungkin menyusahkan diri sendiri. Maka tak perlu nak boikot. Mana2 produk yang tak bagi kepentingan pada diri kita.. elok la boikot.

Tapi bila tengok retis mempromosikan sarapan pagi dari produk yang di boikot macam chacha maembong ni >> Ini Sarapan Pagi Pilihan Chacha Maembong Yang Mungkin Akan Di Kritik << Mungkin ada peminat akan bagi komen yang negatif sebab masih ramai yang memboikot produk ni. Tapi aku tengok memang produk ni gigih buat promosi untuk kembalikan kepercayaan pelanggan. Tu tanda boikot kita dulu memang memberi kesan pada mereka.

Apapun.. retis tu mungkin di bayar. Biasa la retis, asal bayar je boleh. Tapi bukan semua retis. Masih ada retis yang tak boleh di beli sebab mereka ada prinsip macam Afdlin Shauki, Heliza Helmi & ramai lagi.

HUKUM MEMBOIKOT SESAMA ORANG ISLAM

HUKUM MEMBOIKOT SESAMA ORANG ISLAM. Sekarang zaman ramai orang berpengaruh gunakan kuasa untuk memuaskan hati sendiri. Jika dia tak suka seseorang yang bagi dia penentang dia.. Dia akan ajak pengikut dia yang umpama dah terkena nasi kangkang untuk memboikot individu tersebut walau sebenarnya pengikut dia yang lain tiada masalah dengan orang yang di ajak boikot tu. Biasa la bila berlaku perselisihan faham antara dua orang individu maka yang ada kuasa, guna kuasa veto untuk menunjukkan kekuasaanya. Tu sebagai contoh la.. mengajak orang yang tak ada kena mengena memboikot individu yang kita tak suka.

Kita ni manusia memang tetap la manusia. Ada kurang & silap sana sini. tak semestinya aku tulis entri ni aku auto seorang yang baik & tak melakukan kesilapan yang sama. Sebab aku tahu aku cuma seorang manusia bukan malaikat jadi tak mustahil aku juga sentiasa melakukan kesilapan. Sebelum ada yang salah faham baik la aku jelaskan entri ni sekadar berkongsi ilmu yang sedikit untuk peringatan kita bersama.

Hukum memboikot sesama orang islam ni sama la macam memutuskan silaturrahim. Dari apa yang aku baca...

Untuk artikel penuh baca kat sini >> Hukum Boikot sesama Islam <<

Jadi pada mereka yang ada membuat kempen memboikot orang tu walau secara umumnya orang nampak macam baik je. Macam tak ada apa2 jer... Tapi di sebaliknya dia sedang mengadakan kempen memboikot orang yang dia tak suka, ketahui mungkin sesama manusia ada yang tak nampak tapi Yang Maha berkuasa sentiasa nampak. Kalau macam aku ni kecoh semua orang boleh nampak buruknya perangai.. Tapi yang diam jangan fikir keburukkan itu dapat di sembunyikan. Kadang2 pengikut sendiri pun tak setuju dengan cara kita maka mereka akan cuba luahkan benda tu pada seseorang. Tu mungkin cara Allah nak bagitahu ada orang tak setuju dengan cara kita yang salah. Umpama Bangkai yang di simpan dalam almari akhirnya terbau juga. Jadi sama2 lah kita perbaiki kesilapan masing2. Samada pihak yang memboikot atau di boikot. hehehe

Moral of the story.. Apalah sangat di boikot sesama manusia kan. jangan Allah boikot kita sudah. Selagi Allah sayang kita dia akan sedarkan kita dengan macam2 cara bila kita membuat kesilapan. Terima kasih Allah kerana sentiasa memperlihatkan kesilapan aku bila aku melakukannya cuma kadang2 tetap terbuat jugak sebab ikut perasaan. Itulah manusia perkara yang sering gagal adalah mengawal perasaan.

SHILA AMZAH KENA KURANG BERSOSIAL DI LAMAN SOSIAL

Belum reda isu dengan pihak media melayu.. timbul pula isu lain pasal shila Amzah biar pun isu tu sebenarnya bukan hal dia tapi hal bapak dia katanya lari dari bayar hutang. Terbaru melalui laman sosial jugak shila amzah di katakan bersikap kurang ajar kepada sipolan yang di katakan ayah dia pernah hutang duit tu.. Alahai shila amzah. Memang musim kontroversi pasal dia la kot.

Sumber google

Aku tak nak kupas kupis isu pasal dia hentam media melayu ke, pasal hutang bapak dia atau pasal sikap kurang ajar yang di dakwa mereka2 tu cuma aku nak bagi pendapat la kan.. Mana tau shila amzah google jumpa pulak blog aku tulis pasal dia.

Bagi pendapat yang lahir dari kepala otak aku yang tak berjambul ni.. Aku rasa shila Amzah patut kurang aktif bersosial di laman sosial sehingga dia benar2 matang & boleh membuat keputusan apa yang dia patut post @ repost. Ketidakmatangan dia mengeluarkan kenyataan di laman sosial ni selalu buat dia terpalit dengan kontroversi yang sedikit merosakkan imej dia. Nampaknya shila Amzah belum mampu belajar dari pengalaman yang lepas.

Yelah.. kita pun kadang ter emo.. terlepas cakap tapi kalau aku takdenya Beautifulnara ke, Murai.com @ Rotikaya nak buat isu atas keterlanjuran kata kata aku sebab aku bukan sesapa tapi tak bermakna la benda tu jadi tak salah cuma effect dia tak macam shila Amzah la. Sebab dia dah pilih untuk jadi publick figure itulah yang dia kena hadap. Silap sepatah pun orang buat isu besar. So pada Shila Amzah.. kurang2 la post apa2 termasuk post gambar tanpa filter apa yang boleh @ tak boleh agar tidak terus menerus menjadi kontroversi. Sayang bakat besar tapi kontroversi pun sama besar jugak. Takut orang meluat pulak, kan?

Ini cuma pandangan blogger tepian longkang jer.. Kalau terbaca,rasa ada pekdah fikirkan. Kalau rasa pandangan aku ni sampah kau recycle bin kan. Bila2 kau rasa perlu ambil la sebagai guru. Peace!

P/S : Aku bukan la pakar motivasi atau kaunseling.. sekadar memberi pendapat comot untuk bacaan sesapa yang sudi.


AWAS BAHAYA UPLOAD GAMBAR MAKAN DI MC DONALD

Ni satu peringatan yang serius untuk semua yang baca blog melekat lekit ni. Bukan tajuk ni sesaja bagi gempak untuk buat korang baca entri tapi memang ia berkaitan dengan maruah & nama baik anda. Isu boikot sekarang ni bukan takat yang berkempen boikot yang luar sana je jadi ganas sampai ada yang pecahkan cermin kereta orang yang ada sticker Mc Donald drive thru tapi online pun ada jugak yang jenis extreme camtu untuk di malukan kalau tak boikot Mc D

Entri sebelum ni aku pernah isukan pada Page Gua Tv Dot Com yang mengaibkan seorang gadis sedang makan Mc D (Boleh baca kat sini entri sebelum ni KESIAN GADIS NI DI AIBKAN GUA Tv Dot Com SEBAB MAKAN MC D). Aku ingat ramai yang dah sound admin page tu dia ada sedikit rasa insaf & tak ulangi perbuatan mengaibkan gadis melayu bertudung makan Mc D tapi rupanya ada lagi dia buat. Kali ni 2 orang anak dara melayu bertudung menjadi mangsa di aibkan di page tu.

Macam biasa gambar mangsa ni aku yang kena tutup dengan cat merah atas perikemanusiaan.

Jenis tak faham & tak hormat hak peribadi orang memang susah nak sekolahkan. Sebab bagi admin page Gua Tv Dot Com ni boikot tu satu kemestian kot. Sapa tak buat kena hukum di malukan. Orang camni tak guna dah kita bagi teguran cuma apa yang kita perlu buat adalah protect diri sendiri. Mana2 yang dulu pernah upload gambar makan kat Mc D tu mohon delete terutama kaum wanita melayu sebab admin Gua Tv Dot Com memang target Budak perempuan Melayu jer sebagai mangsa. Dah tu dia bukan blur muka mangsa2 yang nak di malukan tu. Sebijik2 muka tu dia tayang. Takde sensor langsung. Page mereka mempunyai 284K++ likers, memang kalau sapa jadi mangsa boleh menjatuhkan maruah & air muka juga. Bukan macam Page Kelab Peminat cerita seram yang like tak sampai 200 orang tau. hahahahaha

Entri ni sekadar peringatan untuk semua terutama gadis2. Even gambar lama tak mustahil admin Page Gua Tv Dot Com boleh jadi modal untuk membuat isu kat page dorang demi dapat rating yang tinggi. Jadi sila pastikan bukan anda mangsa seterusnya.

 Admin page ni mengaibkan gadis2 melayu yang makan mekdi ni dengan alasan sebab katanya menyumbangkan dana kepada Israel. Mungkin sebab tu dia jatuhkan hukuman malu pada mereka.

P/S : yang tak nak boikot tu takpe la nak buat macam mana benda ni tak boleh paksa tapi sudi sudikanlah mendoakan sedara seislam kita di Gaza yang sedang di zalimi. Mana tau doa2 anda menjadi doa yang termakbul & mampu menyelamatkan penduduk palestine dari terus di zalimi puak zionis.


BOIKOT PRODUK YAHUDI TAPI PERANGAI MACAM ZIONIS

Boikot.. memang kat memana tak kira online @ offline semua orang bercakap tentang tu. Macam - macam cara orang Boikot.. yang cerdik boikot dengan ilmu yang bangang boikot dengan nafsu.. yang tak reti apa2 boikot sekadar meniru. Bunyi kasar tapi tu la hakikat yang kita nampak sekarang perbezaan orang yang faham kenapa boikot & bagaimana cara nak boikot dengan betul dengan orang yang boikot tapi sebenarnya tak faham kenapa kena boikot & bagaimana cara boikot yang sepatutnya.

Aku selalu ikut perkembangan Gaza di page Aman Palestine. Biarpun Gaza semakin menampakkan kemenangan tapi aku tak terbaca lagi tentera Al Qassam membunuh orang awam Israel.. Yang dok baca yang di bunuh adalah tentera - tentera zionis biarpun setiap hari kita boleh baca Tentera Zionis membunuh bayi, kanak - kanak, wanita & orang awam Palestine. Takde pulak Al Qassam nak balas dendam pi bom rumah2 orang awam bagai.. Sebab mereka yang terpilih menyertai Al Qassam ni dah tahu undang undang perang. Mereka tak perlu jadi seperti Zionis untuk mencapai kemenangan sebab mereka tahu kezaliman takkan pernah menang walau berjaya membunuh semua orang yang mereka anggap musuh tapi dunia akan melihat mereka seorang loser seperti Zionis.

Ni over sangat, Kategori kejam macam zionis jugak

Macam tu jugak kita kat sini.. Kita boleh boikot produk Yahudi dengan niat membantu saudara seislam kita di Gaza yang sedang di zalimi puak zionis tapi tak perlu sampai meludah pekerja starbuck.. memaki hamun & menghina pekerja Mc Donald. Kita boikot atas dasar perikemanusiaan.. tapi dimana perikemanusiaan kita bila kita mengherdik mereka2 yang bekerja di syarikat yang katanya menyumbang dana pada puak zionis membeli keperluan senjata untuk perang dengan Gaza? Yang berperang tak over.. Yang sekadar bantu dengan boikot pulak lebih sudu dari kuah, kau dah kenapa??

 Ini menjadi satu kesalahan dalam boikot sehingga menganggu premis perniagaan orang lain. Korang nak jadi zionis ke buat kacau kat tempat orang?? Boikot la secara berhemah.. Jangan sampai merosakkan harta benda orang lain & mengancam keselamatan orang lain.

Boikot adalah hak individu.. Siapa nak buat, bagus amat di galakan. Sapa tak nak buat kita tak boleh paksa. Macam tu jugak dengan pekerja Mc Donald, starbucks bagai.. Bukan bermakna depa sokong Zionis walau masih kerja kat situ tapi mungkin sebab tuntutan hidup. Tu hak dorang nak cari makan kat situ. Kita boleh berkempen bagi kesedaran pada orang lain bagaimana boikot boleh membantu saudara kita di Gaza tapi kita tak boleh paksa bila orang tak nak ikut. Yer betul la.. Rezeki dari Allah. Tak kerja kat situ pun Insya Allah, Allah akan bantu kita mencari rezeki tempat lain tapi kalau dah dorang still nak kerja kat situ, bukan hak kita nak maki hamun apatah lagi meludah. Satu lagi dok rosakkan signboard bagai.. Tu dah kategori Vandalisme beb!! Tu dah melanggar undang2 boleh di kenakan tindakkan even signboard mc d sekalipun ko takde hak nak rosakkan.

Sebelum nak melalak boikot tu boikot ni sila faham dulu kenapa perlu boikot, bagaimana cara boikot yang betul & berkesan & apa yang kita tak boleh buat walau nak memboikot sekalipun. Jangan kita memboikot produk Yahudi kita pulak jadi macam zionis yang kita keji. Renung renungkan.. selamat beramal. Peace!

#weareallqassam
#gazaunderattack
#dedaunhancur
#البنيان_المرصوص
#غزة_تقاوم


** Jika berniat nak melakukan sedekah buat saudara kita di Gaza anda boleh la menderma kat sini

Bank Islam:12029010047880
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Muamalat:12070005133717
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922

Detail selanjutnya kat sini http://on.fb.me/1zoCkpO
Penting !!Hubungi/Email/Wassap Slip Bank/Bukti Transfer Kepada Wakil Setiap Negeri Untuk Pengelasan Dana .Juga Butiran Seperti Nama Alamat Dan Nombor IC Untuk Tujuan Pengeluaran Resit Pelepasan Cukai LHDN

KESIAN GADIS NI DI AIBKAN GUA Tv Dot Com SEBAB MAKAN MC D

Sebelum aku membebel panjang aku dengan rasa penuh tanggungjawabnya nak ingatkan Boikot adalah hak individu. Tiada paksaan atau bukan kemestian. Nak atau tak boikot terpulang pada diri masing masing. Kita nak boikot, bagus teruskan tapi jangan mencaci, mengaibkan atau memalukan orang lain yang tak nak turut serta memboikot. Yang tak nak boikot pulak.. takpe tak salah disisi undang2 cuma jangan pertikaikan apa yang orang lain nak buat. Kalau tak boleh membantu sila membatu.

Likers ratus ribu pun nak guna taktik kotor lagi ke??

Walau budak ni bukan sedara aku.. bukan adik beradik aku malah aku tak rasa dia ada pertalian darah dengan aku sebab aku tak kenal pun budak tapi rasa geram jugak bila ada Page yang agak ramai likers menggunakan gambar budak perempuan dengan dengan cara yang sangat mengaibkan bagi aku untuk berkempen memboikot Mc Donald.

Gambar ni aku yang merahkan muka dia. Gambar mula2 admin page ni upload memang tak sensor langsung

Mula2 dia upload muka tak sensor langsung lepas kena tegur dia sensor muka tapi tetap bagi aku mengaibkan.. dia edit pulak perkataan Boikot dengan menukar huruf O tu kepada ehem ehem.. kat dada budak tu. Kau dah apahal?? Dia nak makan mc d pun dia punya pasal la.. dia tak nak boikot pun tu hak dia. Kau takde hak nak malukan dia sampai macam tu!! Gambar tu entah2 zaman bila punya pun kita tak tahu. dia main kutip buat modal lariskan fanpage dia jer.. Keji sungguh taktik Gua Tv Dot Com ni. Bila orang tegur kata orang nak membela budak pompuan pakai seksi ni & tak paham.

Lepas kena tegur dia upload balik gambar yang macam kat atas tu tapi dia blur kan muka dengan caption yang kat atas ni...

Nak boikot.. boikot je la.. Tak perlu sampai nak aibkan orang. Kita sendiri pun tak baik mana.. tetiba tang boikot jer beriya lebih tang benda2 wajib lain pandang macam tak nampak je...

Aku harap kalau budak ni tahu dia sedang di aibkan oleh Gua Tv Dot Com mohon buat laporan polis supaya admin page tu kena tindakkan. Baru akai yang kat lutut tu lari ke kepala.

Moral of the story.. Boikot tu bagus.. kalau ramai yang buat boleh melemahkan ekonomi mereka (Israel) tapi yang tak bagus ni ramai yang boikot ikut ikutan... Orang buat dia buat, lepas tu dia over lebih pada orang lain sampai bertindak di luar batasan macam Gua Tv Dot Com ni salah satu contoh jugak. Boikot dengan terlalu beremosi.. sampai keluar maki hamun bagai.. Tak mati musuh dengan maki kau tu. Lagi satu tak payah bergaduh. Nak buat.. buat, tak nak buat sudah. Apa yang baik orang buat tak payah pertikai.. Pertikaian ni la punca pergaduhan. Kalau yang over sangat boleh la tegur macam kejadian kat dungun terengganu boikot depan mc d tapi over sampai ada tang ketuk2 cermin restoran tu.. goyang2 pintu. Pendek kata buat kacau kat restoran tu. Yang tu aku rasa memang over.. Tu bukan cara boikot yang terbaik. Jadi buatlah secara berhemah & berpada pada yer...


BUANG SEMUA BARANG JENAMA SAMSUNG TANDA BOIKOT ISRAEL

Dari pagi tadi aku dok baca isu yang katanya samsung penyumbang dana kepada Israel (betul tak betul aku tak sure). Baca la jugak komen2 penuh ghairah & marah manusia2 yang katanya prihatin atas apa yang berlaku di Palestine. Alhamdulillah rakyat Malaysia masih ada hati.

ni yang sedang di sebarkan secara meluas kat laman sosial

Dalam banyak2 komen ada aku terbaca komen yang suruh sesiapa jer ada guna barang tak kira apa2 gadget termasuk hp buang. Menitis air peluh I membaca komen macam tu. Gadget @ Hp samsung ni bukan rega seringit dua kot.. Ye betul kita tak sokong Israel kalau boleh kita pun tak nak menyumbang apa2 pada Israel. Selama ni kita tak tahu produk apa yang menyumbang pada Israel sebab takde pendedahan, bila dah di dedahkan.. baru kita tahu & kita dah terbeli. Kalau beli biskut jer takpe.. kalau terbeli peti ais 2 pintu jenama samsung tetiba demi menyokong boikot produk yang menyalurkan dana pada Israel perlu buang semua produk tu sedangkan benda tu dah jadi keperluan.. susah jugak kan? Rega ribu riban ni kadang2 nak dapat bukan semudah petik jari ye dak??

Ada yang kata komen tu cuma sarcasm.. Ok.. boleh jadi. Tapi tak mustahil ada yang rasa kena buat macam tu tanda sokongan. Sapa tak buat dia sokong Israel. Macam ni la memudahkan cara.. Kita tak mampu patah balik even dalam apa juga perbuatan atau percakapan..  Yang mana dah terbeli & terpakai.. kalau mampu nak tukar jenama lain, bagus. Buatlah. Tapi bagi golongan yang macam aku ni.. nak tukar gadget @ hp atau perkakasan/peralatan dalam rumah ni bukan senang. Aku bukan hartawan jauh sekali jutawan.. beli sekali pakai sampai rosak. Yang dah terbeli & terpakai.. tak perlu la sampai kena buang cuma apa yang perlu kalau betul produk tu menyumbang dana pada musuh umat Islam.. jangan beli lagi lepas ni. Simple kan?? Kalau buang pun mustahil kita dapat  balik duit yang katanya menjadi dana dari pembelian produk tu, betul tak??

Moral of the story.. Komen la pakai otak bukan emosi. Sarcasm tak salah tapi jangan sampai jadi salah faham. Boikot tu bagus tapi yang tak bagus boikot bermusim. Buatlah dengan ikhlas bukan ikut ikutan. Apa yang penting tak perlu riuh sangat dalam menyatakan simpati pada saudara kita di Palestine kalau malas nak angkat tangan berdoa untuk mereka. Tak perlu jadikan kata2 sebagai senjata sebab tak mati musuh dengan maki.. Berjuanglah walau hanya dengan doa, Insya Allah itulah senjata orang Islam.

P/S : Terus doakan untuk saudara kita di Palestine. Moga Allah memberi kemenangan pada umat Islam di seluruh dunia. Amin..

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com