Boikot.. memang kat memana tak kira online @ offline semua orang bercakap tentang tu. Macam - macam cara orang Boikot.. yang cerdik boikot dengan ilmu yang bangang boikot dengan nafsu.. yang tak reti apa2 boikot sekadar meniru. Bunyi kasar tapi tu la hakikat yang kita nampak sekarang perbezaan orang yang faham kenapa boikot & bagaimana cara nak boikot dengan betul dengan orang yang boikot tapi sebenarnya tak faham kenapa kena boikot & bagaimana cara boikot yang sepatutnya.
Aku selalu ikut perkembangan Gaza di page
Aman Palestine. Biarpun Gaza semakin menampakkan kemenangan tapi aku tak terbaca lagi tentera Al Qassam membunuh orang awam Israel.. Yang dok baca yang di bunuh adalah tentera - tentera zionis biarpun setiap hari kita boleh baca Tentera Zionis membunuh bayi, kanak - kanak, wanita & orang awam Palestine. Takde pulak Al Qassam nak balas dendam pi bom rumah2 orang awam bagai.. Sebab mereka yang terpilih menyertai Al Qassam ni dah tahu undang undang perang. Mereka tak perlu jadi seperti Zionis untuk mencapai kemenangan sebab mereka tahu kezaliman takkan pernah menang walau berjaya membunuh semua orang yang mereka anggap musuh tapi dunia akan melihat mereka seorang loser seperti Zionis.
Ni over sangat, Kategori kejam macam zionis jugak
Macam tu jugak kita kat sini.. Kita boleh boikot produk Yahudi dengan niat membantu saudara seislam kita di Gaza yang sedang di zalimi puak zionis tapi tak perlu sampai meludah pekerja starbuck.. memaki hamun & menghina pekerja Mc Donald. Kita boikot atas dasar perikemanusiaan.. tapi dimana perikemanusiaan kita bila kita mengherdik mereka2 yang bekerja di syarikat yang katanya menyumbang dana pada puak zionis membeli keperluan senjata untuk perang dengan Gaza? Yang berperang tak over.. Yang sekadar bantu dengan boikot pulak lebih sudu dari kuah, kau dah kenapa??
Ini menjadi satu kesalahan dalam boikot sehingga menganggu premis perniagaan orang lain. Korang nak jadi zionis ke buat kacau kat tempat orang?? Boikot la secara berhemah.. Jangan sampai merosakkan harta benda orang lain & mengancam keselamatan orang lain.
Boikot adalah hak individu.. Siapa nak buat, bagus amat di galakan. Sapa tak nak buat kita tak boleh paksa. Macam tu jugak dengan pekerja Mc Donald, starbucks bagai.. Bukan bermakna depa sokong Zionis walau masih kerja kat situ tapi mungkin sebab tuntutan hidup. Tu hak dorang nak cari makan kat situ. Kita boleh berkempen bagi kesedaran pada orang lain bagaimana boikot boleh membantu saudara kita di Gaza tapi kita tak boleh paksa bila orang tak nak ikut. Yer betul la.. Rezeki dari Allah. Tak kerja kat situ pun Insya Allah, Allah akan bantu kita mencari rezeki tempat lain tapi kalau dah dorang still nak kerja kat situ, bukan hak kita nak maki hamun apatah lagi meludah. Satu lagi dok rosakkan signboard bagai.. Tu dah kategori Vandalisme beb!! Tu dah melanggar undang2 boleh di kenakan tindakkan even signboard mc d sekalipun ko takde hak nak rosakkan.
Sebelum nak melalak boikot tu boikot ni sila faham dulu kenapa perlu boikot, bagaimana cara boikot yang betul & berkesan & apa yang kita tak boleh buat walau nak memboikot sekalipun. Jangan kita memboikot produk Yahudi kita pulak jadi macam zionis yang kita keji. Renung renungkan.. selamat beramal. Peace!
#weareallqassam
#gazaunderattack
#dedaunhancur
#البنيان_المرصوص
#غزة_تقاوم
** Jika berniat nak melakukan sedekah buat saudara kita di Gaza anda boleh la menderma kat sini
Bank Islam:12029010047880
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Muamalat:12070005133717
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922
Detail selanjutnya kat sini http://on.fb.me/1zoCkpO
Penting !!Hubungi/Email/Wassap Slip Bank/Bukti Transfer Kepada Wakil
Setiap Negeri Untuk Pengelasan Dana .Juga Butiran Seperti Nama Alamat
Dan Nombor IC Untuk Tujuan Pengeluaran Resit Pelepasan Cukai LHDN
dekat mana tah ada org pnya cermin kereta kena pecah sebab ada sticker mcd hmm
ReplyDeleteDiorang ni memang takda otak. Orang nak boikot diorang ni pun nak ikut boikot. Tapi tu la.. Otak takda. dah jadi pengganas rupanya.
ReplyDeletememang dah lama giler tak pegi McD tapi lupa pulak nak tanggalkan sticker McD tu.. (lupa ada sticker McD tampal kat cermin kete)..mau pecah cermin keteku..huhu
ReplyDeleteHahaha.. Akk pun lama giler x g mekdi tp sticker tu dari beli
ReplyDeleteMyvi tahun lepas tu mmg x tanggal2 walau bawak kereta tu hari2 ambik qila.
Klu ada yg pecahkan cermin akk pecahkan muka dia. Ekeke. Sat lg nk g tanggalkan. Ngeri oo org ganas camni.
dah lama aku sebut perkara ni... depa memang acting dah macam yahudi... boikot apa kalau macam ni...?? haish
ReplyDeletetak pahamlah mereka ni
ReplyDeletebukan mcd aje kot, ada banyak lagi
kenapalah tak berhemah sangat ni
bila orang kata islam tu pengganas, kita marah
tapi kita yang tunjukkan contoh
agama islam tu sendiri tak mengajar kita benda camni
apapun saya setuju sangat dengan entri ni