Showing posts with label keji. Show all posts

JANGAN BERANI CAKAP AKU TAK CANTIK

JANGAN BERANI CAKAP AKU TAK CANTIK. I bekas Ratu cantik ok! Tapi Ratu cantik dalam mimpi je la. Hahaha.. Tak kira ratu cantik dalam mimpi ke hapa tapi jangan sesekali nak cakap aku tak cantik. Sebelum kau cakap aku tak cantik, better kau cermin muka kau sendiri!! ops! cermin sekarang pun dah tak boleh percaya apatah lagi gambar kan?? hehehehe

Gambar sekadar hiasan

Tu dia mukadimah penuh riak, bongkak & perasan lawa katanya. Mesti la! I memang lawa pun.. Lawa kalau ambil gambar guna beauty camera kalau tak lawak je. Hahaha... Tak kira la gambar I edit ke tidak yang penting ramai puji I lawa, okay! Kalau U tetiba nak mempertikaikan pasal kecantikkan I, siap U. I akan printscreen semua komen2 yang memuji kecantikkan I untuk I buktikan pada U yang I ni memang lawa. Even kawan2 realiti I pun cakap I lawa, ok! Kenapa U sorang je songeh sangat.. Nak real pic tanpa makeup la, tanpa editing la.. Cukup la apa U tengok tu dah lawa. So, terima je I memang lawa.

Penat pulak ahkak membebel.. Tu sekadar lakonan je la. Lakonan yang di adaptasi dari apa yang berlaku di media sosial. Sapa yang taknak nampak cantik ye dak.. Tapi tu la jangan sampai tak boleh terima kenyataan bila ada yang memandang kita tak cantik. Bila ada yang mempertikaikan kecantikkan kita hanya 'palsu' jangan la marah. Biasa la kita orang perempuan ni memang jarang nak tunjuk rupa sebenar bagi yang kaki makeup, kaki edit gambar. Mengaku je la yang cantik tu banyakkan 'touch up' & editing je. Tak perlu la kau nak petik2 pujian kengkawan yang ntah ikhlas, ntah nak jaga hati bagi membuktikan kau sebenarnya cantik pada pandangan mata orang lain. Kita semua cantik sebenarnya.. Tapi kalau ada orang rasa kita tak cantik tu hak mereka. Sebab cantik pada pandangan mata setiap manusia bukan sama.

Tak payah sentiasa harap sangat orang puji kita ni cantik sampai tak boleh terima kenyataan bila orang mempertikaikan kecantikkan kita yang macam fake Sampai nak compare pulak dengan orang lain yang kita rasa lebih buruk dari kita. Dalam perasan lawa ni pun perlu ada limit & batasannya. Aku pun kadang2 perasan lawa jugak nak2 lepas cuci muka atau makeup. Cermin kat rumah aku pun kadang2 boleh tahan jugak pandai bodek. Mungkin dia takut kena baling dengan botol bedak tu yang kadang2 Tengok macam lawa sangat dah.. tup tup tengok cermin kat side mirror kereta laki aku sipi sipi je nak macam hantu kak limah. Mujur la conteng2 sikit dengan makeup. hahahaha

Kesimpulannya kat sini.. Jangan perasan lawa tanpa batasan sampai rasa sapa yang pertikai pasal kecantikkan kau yang tak nampak natural beauty atau original tu dengki. hakikatnya kau tahu gambar kau tu ada edit atau tak. Tak kira la edit brightness ke edit jadi flawless ke, atau smartphone kau tu standard camera dia memang dah auto edit macam OPPO Pakar selfie anda tu.. Kalau ada sentuhan kecundang guna aplikasi tu, tetap la edit, kan? Bukan apa bila kau bermati matian dok mempertahakan yang kau sebenarnya cantik macam bidadari, Orang yang baca rasa macam... hurmm... kesian. Tak boleh terima kenyataan rupanya.

Moral of the story.. Biar ada orang mengeji rupa paras kita, tak perlu kita buktikan sangat yang kita sebenarnya cantik. Bersyukur dengan lukisan Indah di wajah kita & jaga baik baik pun dah cukup. Biar orang pandang kita buruk, tapi Allah dah jadikan kita sebaik baik ciptaanNya. Menghargai rupa yang kita ada dah cukup buat kita rasa cantik & tak perlu pun mengharap sangat pujian orang lain untuk membuktikan kecantikkan yang Allah lukis di wajah kita.

Apapun cantik je kalau tak berduit & asyik nak menumpang kekayaan orang je pun nampak buruk jugak walau tak buruk rupa tapi buruk perangai. Jadi untuk jadikan perempuan cantik nampak perfect kena pandai cari duit jugak Kalau ada duit yang hodoh pun boleh jadi cantik.. Apa ingat rawatan kulit, skincare, makeup semua tu terjun dari langit lepas kau tadah tangan je.. 

KERANA MISAI PUN BOLEH BUAT LELAKI PUTUS ASA UNTUK JADI LELAKI

KERANA MISAI PUN BOLEH BUAT LELAKI PUTUS ASA UNTUK JADI LELAKI. Manusia zaman sekarang memang semua hati tisu.. jiwa rapuh bak ranting mati.. Tak boleh di uji sikit cepat untuk mengalah. Tak kira la lelaki atau perempuan. Walaupun lelaki ni terkenal dengan sikap yang hatinya lebih keras jiwanya lebih kental tapi mungkin lelaki lelaki macam tu wujud zaman hang tuah je. Zaman hang Najib sekarang cuma hang Najib je masih kental biarpun di kecam, di hentam, di kutuk, di hina, di herdik & di caci tanpa belas kasihan. Lelaki lelaki lain bukan tak ada macam hang Najib cuma semakin tak berapa ramai dah. hahaha

Icon Abang Misai Paling Legend di Malaysia. Biar badan tak sado tapi dengan misai lentik cukup buat dia nampak hero hehehe

Semua orang tahu isu seorang bekas maknyah yang kembali ke dunia pondan tu kan? Dia meletakkan kesalahan tu kepada orang yang katanya mengecam dia biarpun dia cuba berubah menjadi seorang lelaki walhal sejak dia mengumumkan untuk berhijrah ramai yang menyokong & memberi kata kata peransang & semangat untuk dia terus menjadi lelaki. Aku sendiri rasa macam tak boleh terima sangat alasan dia menyalahkan orang lain tu.. Sebab dalam hidup kita sebagai manusia kau baik ke jahat ke memang tak dapat elak jadi bahan umpatan orang. Dulu kau kental di hina sebagai seorang pondan.. Takkan kena kutuk bila kau memilih jalan kearah kebaikkan kau dah tak boleh tahan. Mula2 aku memang rasa tak nak la kritik dia.. memang aku taknak kritik dia pasal keputusan dia nak jadi pondan tu cuma jangan jadikan orang lain sebagai alasan bila kau sendiri sebenarnya memang gagal mengawal nafsu sendiri. Kau sendiri sebenarnya tak mahu jadi lelaki. Bak kata pepatah.. dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Kalau tak ada kemahuan memang seribu satu alasan dia bagi.

Paling tak boleh blah.. Isu misai & janggut pun dia jadikan salah satu punca kenapa dia kembali ke dunia pondan. Sapa kata misai & janggut sesuatu yang remeh dalam kehidupan lelaki. Ada lelaki akan jadi down bila misai & janggut dia tak tumbuh. Terus tak mau jadi lelaki katanya. Mungkin sebab tu la 7 Lelaki Ni Memilih Kekal Bermisai dengan gaya Unik kot >> 7 Abang Yang Menjadi Idola Kepada Lelaki Yang Nak Bermisai << Sebab Misai jugak menjadi salah satu lambang kelakian katanya. Tapi kalau tak ada misai tak bermakna dia tak lelaki kan. So, Tak payah nak down sangat la kalau kau jenis lelaki yang memang tak mampu nak bermisai atau janggut. Ramai je lelaki kat luar sana tak ada misai & janggut. Elok je menjalani kehidupan mereka sebagai lelaki normal. Kot2 la misai tu penentu lelaki tu subur atau tak. Mungkin boleh la di anggap masalah serius. hikhikhik.

Moral of the story.. Dengan meletakkan kesalahan pada orang lain sebagai punca kita melakukan perkara buruk tak membuatkan kita nampak baik. Jadi apapun perkara yang berlaku dalam hidup kita kebanyakkan adalah pilihan kita sendiri. Kalau nak dengar apa yang orang cakap memang ramai yang mati bunuh diri.

HINANYA ORANG YANG ADA HOBI BELA KUCING

HINANYA ORANG YANG ADA HOBI BELA KUCING. Memang aku levelkan orang2 yang ada hobi bela kucing ni manusia paling hina. Memang aku tak respect jenis manusia macam ni. Bagi aku manusia jenis macam ni tak layak untuk di sayangi. Kita dampingi orang2 macam ni pun patut buat macam hobi je. Masa suka kita layan la.. Bila dah bosan kita tinggal je tanpa rasa bersalah baru dia rasa macam mana perasaan orang buat kat dia macam tu.


Kucing walau seekor haiwan pun ada perasaan suka, sedih,sayang, rindu bagai. Jangan ingat dia binatang yang tak berakal dia tak bernafsu & berperasaan. Bayangkan masa dia suka.. dia kutip jaga & belai kucing tu. Tiba satu masa dia rasa macam menyusahkan sesenang je dia buang atau pergi campak kat mana2 pusat perlindungan haiwan atau campak depan rumah aktivis pencinta haiwan tanpa rasa bersalah.

Hello.. pencinta haiwan akan mencintai setiap haiwan yang dia jaga. Kalau hilang rasa macam hilang anak tau. Aku pernah hidup dengan kucing berpuluh puluh ekor.. Kalau hilang tu memang risau. Aku pernah pukul dua tiga pagi keluar cari kucing tak balik masa kat kampung dulu. Walaupun aku banyak kucing tapi hilang sekor pun tetap rasa hilang jugak. Kalau mati tu.. Ya Allah Tuhan saja yang tau rasa sedih tu macam mana. Bila tengok dah tak ada kelibat dia dalam rumah.. Rasa macam tak lengkap. Apatah lagi nak buang atau bagi kat orang. Biarlah penuh satu rumah.. Asalkan kita nampak dia depan mata. Cuma kat sini, tempat aku tinggal tak sesuai nak bela kucing. Kalau bela kang ada je datang ketuk pintu rumah.

Terbaca satu status akak ni.. Dia pun salah seorang aktivis haiwan secara sukarela. Bergerak secara individu. Katanya ada la semangkuk manusia ni datang rumah dia hantar selonggok kucing tanpa bagi sebarang sumbangan ke hapa. Hantar kucing je semata mata tanpa rasa malu atau bersalah. Nak hulur singgit dua pun takde buat tampung makanan kucing tu. Sesenang hati kau je.. masa suka kau simpan, masa kau dah bosan campak je tanggungjawab kau kat orang. Mohon pergi mati la orang macam ni. esok2 kau mati berulat dalam rumah tak ada orang tau jangan tanya apa dosa kau yer...

Sesiapa yang nak bagi sumbangan boleh berhubung terus dengan beliau yer. Insya Allah berkongsi rezeki dengan haiwan pun salah satu cara membuka pintu rezeki.

Kalau rasa hati, perasaan,jiwa korang tak mampu sampai ke tahap menyanyangi & mencintai haiwan better kau bela cicak je dalam rumah. Tak pun bela semut & lipas. Itu je yang layak hangpa buat pets. Memang haiwan2 kotor je layak untuk manusia yang tak ada perikemanusiaan macam tu. Buat haiwan suka suka je nak ambil & suka2 je nak campak. Kalau rasa nak hilangkan bosan kat rumah tak payah jadikan haiwan sebagai pelepas sepi korang. Korang buat je benda ni >> Benda Best Yang Mungkin Anda Tak Pernah Cuba Buat Bila Di Rumah << Sebab kalau korang bela sekadar suka2 macam tu, emosi haiwan tu jugak terdera. dia dah sayang, dah manja dengan korang tetiba korang buang dia. Cuba bayangkan korang sayang & bergantung hidup dengan seseorang tetiba orang tu buang korang dalam hidup dia. Sakit tak??

Moral of the story.. Haiwan pun salah satu amanah Allah kepada manusia. Bukan semua orang mampu bela haiwan kat rumah tapi jangan menganiaya mereka kalau tak mampu untuk menyayangi. Bagi aku perbuatan bela masa suka, buang bila rasa terbeban adalah salah satu bentuk penganiayaan jugak. Kau jangan ingat nak dapat title pencinta haiwan kalau macam tu kau punya cara bela kucing. Ingat kucing bukan haiwan yang kau boleh buat sebagai hobi ia berkaitan dengan amanah & tanggungjawab. Amanah & tanggungjawab kau tak boleh anggap sebagai hobi,hokay!

FB PAGE KISAH RUMAHTANGGA TEMPAT MENGAIBKAN SUAMI

FB PAGE KISAH RUMAHTANGGA TEMPAT MENGAIBKAN SUAMI. Baru2 ni aku ada follow satu page kisah rumahtangga. Dah nama pun kisah rumahtangga... kisah2 kat dalam tu memang berkisahkan kehidupan rumahtangga yang majoriti rumahtangga bermasalah. Yang paling aktif berkongsi masalah adalah kaum wanita la berbanding lelaki.. aku kurang nampak lelaki ada join berkongsi masalah dengan isteri. Mungkin kaum lelaki bergelar suami ni memang tak pernah ada rasa masalah dengan bini dia ke hapa tak tau la hahahhaa...


Aku rasa yang follow page ni pun dari berbagai peringkat umur. Tu dari penilaian kasar aku dari gaya bahasa, short form di gunakan dalam komen atau cerita yang di kongsikan. Macam2 kisah aku dok baca majoriti dari dari kaum wanita.. Memang kebanyakkan wanita spesis tak boleh simpan apa2 dalam hati. Tak kira masalah kecik atau besar dia tetap nak kena share. Mungkin cara tu buat dia lebih tenang & rasa bebanan perasaan tu sedikit ringan la kot. Yang betul2 ada masalah perlukan pandangan tu aku accept la.. Mungkin cara tu boleh membantu. Ni yang sebenarnya bukan masalah tapi saja nak luahkan perasaan untuk cari masalah tu yang aku tak paham. Ada satu post aku baca kat Page Rumahtangga. Dia cuma Nak cerita tak puas hati dengan bini skandal dia pun nak minta admin page tu share. Just nak maki hamun je pun. Nak menghina & merendah2 kemampuan si isteri pada boyfriend dia. Bukan dia nak minta pendapat apapun. Admin page tu pun aku rasa macam lari dari konsep sebenar page tu. Lebih kepada nak rating. Luahan hati macam tu  sememangnya akan dapat share & respond walau hanya untuk mengherdik tindakkan sipolan yang kurang bijak dok buat luahan perasaan tak puas hati dengan bini boyfriend dia bagai.. Sebab memang benda tu kategori luahan berani mati kena pijak.

Rasanya post2 macam ni tak perlu nak share untuk di perbincangankan di page tu. Sebab memang tak jadi perbincangan yang jadi kepincangan je. Semua pakat dok maki hamun.

Rasanya setiap post melalui penapisan melalui admin.. Kenapa post budak2 bodoh macam tu tetap admin nak share jugak??? Tak boleh ke ignore je post2 macam tu sebab dia bukan nakkan pandangan sesiapa atau apa2.. Just nak cipta kontroversi. Admin page tu memang suka kontroversi kot.. Yelah.. nak jual nama page supaya orang lebih kenal kan... Banyak lagi masalah orang lain yang boleh admin share bagi membantu mereka yang memerlukan dari layan post2 bodoh macam tu.

Ni Bukti setiap post di tapi oleh admin sebelum di post tapi kenapa post2 takde manafaat pun di kongsi. Asalkan cerita dia hot & spicy macam kisah seorang gadis yang tengah bercinta dengan suami orang tu. Bukan masalah tapi cari masalah. Post tu terang2 minta kena maki & post tu juga membuka ruang untuk orang rasa naik angin. Rasanya tak perlu admin nak share post2 macam tu. Tak bawa manafaat. Nak bagi teladan apa dengan kisah2 macam tu..

Satu lagi aku ada terbaca satu post yang berpendapat page ni membuka ruang & peluang wanita mengaibkan suami sebab memang yang banyak bercerita adalah wanita berbanding lelaki. Kenapa mengaibkan sedangkan post2 kat situ bukan orang tahu siapa pun.. sebab yang komen tu ada jugak dok cerita pasal masalah rumahtangga dia.  Orang boleh detect dari account dia. Jadi hati2.. Ramai yang rajin baca komen2 ok! So, berhati hati la kita nak kongsi apapun.. Ramai mata melihat & membaca. Rahsia rumahtangga patut menjadi rahsia dari orang yang tak sepatutnya. Jangan tak boleh suami kau buat silap sikit semua kau nak cerita kat orang padahal bila kau buat silap takde pulak suami kau sibuk2 nak tulis kat FB.. Kita sama2 manusia, dah tentu ada kurang & lebih. Manusia itu takkan pernah sempurna. Kalau betul2 ada masalah salurkan pada tempat yang betul & lebih selamat menyimpan aib di samping boleh membantu mencari jalan penyelesaian terbaik.


Bila ada kemudahan.. manusia akan memandang mudah terhadap semua perkara termasuk rahsia rumahtangga dia akan rasa bukan satu isu besar nak di kongsi dengan sesiapapun. Asalkan hati dia puas.. dia dah tak fikir, dia mungkin menulis ketika hati dia sedang marah sangat tapi bila hati dia dah sejuk & terpujuk dengan pasangan dia.. Dia akan lupa segala gala yang dia marah tadi tapi orang lain yang baca luahan hati dia mungkin tak lupa. Persepsi orang cuma ada 2 jer.. samada melihat dia sebagai isteri yang tak pandai menjaga nama & maruah suami atau anggap suami dia seorang suami yang teruk. Kita marah laki.. masa marah memang rasa dia la seburuk2 manusia tapi bila habis marah dia la sebaik baik laki yang ada dalam dunia tapi bila kita terlajak tulis kat media sosial.. penerimaan orang takkan berubah mengikut mood kita. So, renung renungkan. Fikir dulu sebelum menekan keyboard.

Moral of the story.. kalau rasa tak nak dapat pasangan yang menyakitkan hati sangat dari awal sila siasat dulu perangai sebenar lelaki yang bakal jadi jodoh tu. Memang la masa bercinta semua nampak baik sebab semua nak cover depan pasangan tapi ada benda lelaki tak boleh nak cover perangai sebenar & korang boleh detect perangai sebenar mereka. Nak tau macam mana nak detect perangai sebenar lelaki meh baca kat sini >> Confirm perangai Sebenar lelaki akan terbongkar kalau Hadapi Situasi Macam ni << Jadi dari situ korang boleh buat penilaian secara kasar layak atau tak dia jadi laki korang. Jangan lepas kawen korang pun tergolong dalam spesis yang suka mengaibkan suami sebab terlampau sakit hati dengan perangai laki sendiri. hehehehe

VIRAL WANITA DI SAMAN SUAMI KERANA LAHIRKAN ANAK HODOH HANYA FITNAH

VIRAL WANITA DI SAMAN SUAMI KERANA LAHIRKAN ANAK HODOH HANYA FITNAH. Rasanya ramai kot masih ingat kes yang pernah jadi viral tak lama dulu pasal seorang wanita yang kononnya di saman suami sebab lahirkan anak hodoh. Cerita yang pernah jadi viral kononnya wanita tu cantik sebab pembedahan plastik bukan original. Suami dia yang konon rasa tertipu dengan kecantikkan plastik dia selama ni menfailkan saman terhadap dia.


Kesian kan... Bila dah jadi viral di laman sosial nak2 model dari luar negara ni. Kita bukan kenal sangat terus la percaya. Walhal cerita sebenarnya perempuan just buat photoshoot untuk sebuah klinik kosmetik. tapi perjanjian buat untuk iklan cetak bukan iklan media sosial tapi pihak klinik kosmetik tu langgar penjanjian & mengiklankan dia media sosial menyebabkan gambar itu menjadi viral & fitnah keatas diri dia.

Iklan tu pulak dengan caption " Satu-satunya benda yang kamu akan risau adalah bagaimana untuk memberitahu anak-anak" memang mengundang salah faham orang ramai la. Padahal perempuan sekadar jadi model gambar tu. Bukan cerita dia seperti apa yang di viralkan.

Katanya lepas gambar tu jadi viral dengan fitnah konon suaminya nak saman sebab lahirkan anak hodoh tersebar, keluar pulak dalam tabloit. Bertambah la orang mengeji & mengutuk dia sebagai perempuan plastik. Menyebabkan dia susah nak dapat pekerjaan. Dia sekarang katanya dalam proses menyaman klinik kosmetik & agensi pengiklanan yang terlibat sebab langgar perjanjian & menyebabkan dia di fitnah.

Yang aku confuse sekarang dalam artikel aku baca gambar tu memang gambar keluarga dia jadi betul la dalam gambar tu gambar anak2 & suami dia. Dalam artikel aku baca jugak tak ada menafikan dia buat pembedahan plastik cuma menafikan kes suami dia nak saman dia akibat lahirkan anak anak hodoh.

Tetap moral of the story.. Jangan ubah ciptaan Allah hanya untuk tuntutan nafsu yang akhirnya membawa kemudaratan pada diri. nak cantik dalam gambar tak payah nak habiskan duit buat pembedahan plastik. Guna filter je ok.

KISAH SEDIH ANAK MONA FANDEY YANG KITA TIDAK TAHU

Rasanya Mona Fandey nama yang tak asing lagi dalam sejarah Malaysia. Kes pembunuhan yang melibatkan banyak cerita mistik & amalan khurafat. Bukan sahaja kes pembunuhan dia mendapat perhatian malah cerita2 misteri,mistik, & seram berkenaan dia jugak menjadi hot story. Filem berkisahkan Mona fandey pernah di hasilkan tapi bila nak di tayangkan di banned sebab ada kaitan dengan ahli politik. Besa la kalau yang sebelah... si nun tu mana boleh tayang.krik...krik..krik...


Semalam terbaca satu artikel luahan hati anak kepada Affandi & anak tiri kepada Mona Fandey. Walau dia tak pernah di besarkan atau berjumpa dengan bapak dia selama berbelas tahun & hanya jumpa semasa kes pembunuh adun pahang sedang dalam perbicaraan. Tu pun berjumpa kat penjara masa dia berumur 16 tahun. Tapi akibat ada pertalian darah dengan Affandi sekaligus berkaitan dengan mona Fandey dia terpaksa hadapi kehidupan yang sukar. Bukan dia jer.. Malah saudara tiri dia.. anak hasil perkahwinan mona fandey & Affandi pun melalui perjalanan hidup yang sukar.

Kesian jugak aku baca kisah anak anak affandi & Mona Fandey ni.. Tak jadi bertunang walau tarikh dah di tetapkan & jemputan dah di maklumkan bila keluarga pihak perempuan tahu dia ada pertalian darah dengan Affandi suami kepada Mona fandey. Di berhentikan kerja dengan alasan yang sama. Di tuduh mengalamalkan ilmu hitam seperti ayah & mak tiri dia.  Yang paling sedih dia pernah menyertai pertandingan tekwando mewakili negeri kelantan tapi ada peserta tarik diri dari bertanding dengan dia sebab fikir dia mengamalkan ilmu macam ayah & mak tiri dia. Aku boleh bayangkan betapa terhinanya dia.

Cerita dia.. Ayah dia pernah bagitau yang dia tak terlibat dalam pembunuhan tu. Yang buat Mona Fandey & pembantu dia tapi dia redha. Petugas penjara jugak bercerita yang ayahnya berpuasa selama 3 tahun secara berterusan sehinggan hari kematiannya tapi tujuan dia berpuasa katanya tak tahu sebab apa. Sebab insaf atau sebab lain tak pasti. Cuma kita berbaik sangka je la. Orang dah jadi arwah... Moga terampun segala dosanya.


Inilah mentaliti & perangai masyarakat kita. Anak salah.. mak bapak kena maki. Mak bapak salah anak yang di hukum. Aku tak nampak kat mana hinanya menjadi anak pasangan yang di tuduh membunuh ni.. Yang di katakan pembunuh ibu bapa mereka bukan mereka. Berhenti menjadi hakim & hukum orang yang tidak bersalah. Beri peluang mereka menikmati hidup seperti orang lain kerana mereka berhak menikmatinya.

Moral of the story... Tak berdosa menjadi anak seorang penjenyah yang menjadi dosa apa yang kita kita buat sepanjang hidup. Tapi tu la.. bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

GAMBAR SITI DI FITNAH SEBAGAI YANA FMC

Kesian pulak aku.. Nama di sebut orang lain tapi gambar yang bertebaran di alam maya sambil di hambur dengan kata2 kesat, caci maki bagai orang lain. Tak pepasal dia jadi mangsa keadaan sedangkan dia takde kena mengena dengan kes yang sedang menjadi kontroversi maha hebat kat alam maya ni.

Terbaca kat Sozcyili pasal si siti katanya jadi mangsa pembuli siber yang guna gambar dia & di sebarkan sebagai Yana FMC yang konon boleh settle kes 6 ahli kumpulan familia Myvi Club yang berlumba & mengakibatkan kemalangan maut kepada 3 beranak. Kesian si siti terpaksa deactivate account FB sebab tak tahan dengan tekanan yang datang. Yelah.. kau tahan semua orang dok maki hamun dia bukan2 padahal dia tak tau apa2 cuma gambar dia jadi mangsa.


Sumber Sozcyili

Memang siti ahli group Familia Myvi Club tapi dia tak terlibat dalam kes tu & dia bukan yana. Adalah menjadi satu kesalahan orang yang menyebarkan gambar siti sebagai Yana, so hope siti buat la laporan polis jugak untuk buktikan gambar yang di sebarkan sebagai Yana adalah milik dia. Kalau setakat explain macam ni dengan kawan2 tak mampu nak bersihkan nama dia. Bukti pun tak kukuh sangat untuk nampak dia berada di pihak yang tak salah. Almaklum laman sosial. Kena ada bukti bergambar,video atau pengesahan dari pihak berkuasa. Kalaupun tu gambar Yana tetap jadi salah jugak kita sebarkan gambar dia & meletakkan dia dalam ancaman bahaya. Yang dok memaki gambar siti yang di anggap Yana tu, mesti hangpa termalu sendiri kan?

Kesian siti... Yang hina T*T*K siti cepat2 la pi minta maaf

sebab tu la berhati hati sebelum clik butang Share. Aku memang tak pernah pun share gambar siti kononnya si Yana FMC.. Aku just berkomen atau ulas dalam blog jer. Tak attach gambar sapa2 atau kereta depa. Ambil langkah selamat la beb! Ni laman sosial.. Kau kena kenal laman sosial sebelum kau ramah sangat nak share apa2 yang datang melaluinya.

Moral of the story..Yang salah cuma 6 pemandu dari familia Myvi club jangan di hukum semua pengguna myvi pulak. Tak payah jadi gila sangat la. Kekadang orang yang obses sangat ni bukan sebab simpati & menuntut keadilan tapi saja seronok buat kacau jer. Depa ni jenis suka menaguk di air yang keruh. Ambil kesempatan atas kesempitan.


ANAK MATI JATUH MAIN ESCALATOR, JANGAN BUNUH IBUNYA

Anak & ibu.. pernah berkongsi hidup dalam satu jasad.. Yang kali pertama rasa kehadiran anak adalah ibu. Yang merasa pergerakkan pertama adalah ibu, yang bersusah payah kendong anak dalam perut adalah ibu maka si ibu lebih terasa jika berlaku apa apa pada si anak.

Semua orang rasanya tau kes semalam pasal budak yang jatuh dari ketinggian 5 tingkat di kenanga wholesale city. Video gambar bagai dah rancak di viralkan. Hope kita tak perlu jadi salah seorang yang memviralkannya lagi. Aku ada baca komen2 yang memaki hamun, mengutuk, mengeji & ada jugak masih berperasaan seorang insan yang mendoakan kesejahteraan buat si ibu yang mungkin sekarang ni dalam keadaan tertekan & rasa bersalah sangat dengan apa yang berlaku.

Semalam aku pun nak tidur terfikir pasal video tu terbayang andai tu anak aku.. Ya Allah rasa bayangkan pun aku tak sanggup macam mana la kalau kita yang berdepan dengan situasi macam tu. Besarnya tekanan untuk seorang ibu. Kalau betul pun dari kelalaian dia sendiri tak perlu kita jadi penghukum.. sebenarnya dia sendiri dah rasa terhukum dengan apa yang berlaku. Kita tak perlu menambah lagi beban rasa bersalah dia tu.

Cuma kita ambil iktibar dari apa yang berlaku. Sememangnya gadget melalaikan manusia. Tapi bukan salah teknologi cuma salah kita sendiri yang terlalu obses dengan teknologi. Kadang2 Allah nak bagi peringatan pada kita semua dengan menguji seorang hamba yang terpilih untuk hadapinya.


Memang ajal & maut Allah yang tentukan tapi tak bermakna kita tak perlu ambil langkah keselamatan untuk mencegah. Kalau berlaku jugak,takde la kita rasa bersalah sangat. Sekurang kurangnya kita dah cuba letakkan anak anak kita di tempat selamat.

Sudahlah.. berhenti menherdik si ibu. Sudahlah kehilangan anak jangan kita pulak jadi pembunuh ibunya. Perbuatan kita sekarang mungkin memberi tekanan besar pada si ibu & tak mustahil akan membunuh akal & iman si ibu. Bila akal & iman mati, risiko dia melakukan perkara yang bahaya akibat tekanan adalah lebih tinggi. Jangan jadi pembunuh akal & jiwa orang lain. Bagilah peluang untuk  dia perbaiki apa yang silap & menikmati hidup yang lebih tenang.

P/S : selagi belum di uji jangan rasa diri kita terlalu hebat


INILAH SPESIS MENOLONG SAMBIL MENGUTUK

Kau Rasa macam mana? Nak tolong tapi sempat kutuk tu.. Kau nak tolong ke kau nak kutuk ni. Memang agak malang kan dapat kawan macam ni. Boleh nangis darah bawah bantal.. Itulah yang berlaku kat diri aku ni.. Dapat kawan derhaka macam ni.

hati2 ia berada kadang sebelah kita je sambil tumpang makan nasi dalam pinggan kita. sumber google sekadar hiasan

Mesti korang pun turut carut dalam hati kat kawan yang macam ni. Tapi aku takde nak carut sangat sebab aku dah kenal lama kawan aku ni. Dari zaman bujang sampai dia kembali bujang tapi aku je tak kembali membujang. Perangai dia memang siot sikit.. lawak dia memang kasar. takat kena keji dengan dia.. rasanya aku dah takde tempat nak touching. Nampak je brutal mamat ni.. macam samseng kampung dusun.. tapi hobi collect teddy bear. Rasa nak muntah aku dengan hobi laki macam ni tau!!

Dia takde rupa yang ensem tapi sebagai seorang kawan juga pencinta kucing,dia seorang yang agak baik bagi aku. Pernah tolong jadi bibik kat kucing2 adik aku masa adik aku balik kampung. Baik kan dia. hahahahaa

Pada Lalot @ Fairuz baba.. even niat kau baik nak tolong aku kumpul clik tapi cara kau memang jahanam la beb!! hahahaha.. Sampai bila kau nak panggil aku kerdil.. dah banyak kali aku cakap kerdil tu 6 7 tahun lalu sekarang aku dah tinggi macam erra fazira. Sila percaya. hahahahaha

Apapun thanks kawan.. kau sentiasa baik pada aku dari dulu sampai sekarang even kau pernah merajuk tak nak kawan dengan aku dulu. Sweet sangat masa kau merajuk tu sampai aku rasa nak tikam perut busung kau yang tak sembuh2 tu. hahahaha Pada korang yang hati sebaik kawan aku even perangai macam syaiton.. boleh la tolong aku clik link ni untuk kumpul chances menang Tv ni.. kalau ada rezeki la.. SAMSUNG 32" HD LED TV dan ni jugak Apple iPad Mini 3 (64GB)

BOIKOT PRODUK YAHUDI TAPI PERANGAI MACAM ZIONIS

Boikot.. memang kat memana tak kira online @ offline semua orang bercakap tentang tu. Macam - macam cara orang Boikot.. yang cerdik boikot dengan ilmu yang bangang boikot dengan nafsu.. yang tak reti apa2 boikot sekadar meniru. Bunyi kasar tapi tu la hakikat yang kita nampak sekarang perbezaan orang yang faham kenapa boikot & bagaimana cara nak boikot dengan betul dengan orang yang boikot tapi sebenarnya tak faham kenapa kena boikot & bagaimana cara boikot yang sepatutnya.

Aku selalu ikut perkembangan Gaza di page Aman Palestine. Biarpun Gaza semakin menampakkan kemenangan tapi aku tak terbaca lagi tentera Al Qassam membunuh orang awam Israel.. Yang dok baca yang di bunuh adalah tentera - tentera zionis biarpun setiap hari kita boleh baca Tentera Zionis membunuh bayi, kanak - kanak, wanita & orang awam Palestine. Takde pulak Al Qassam nak balas dendam pi bom rumah2 orang awam bagai.. Sebab mereka yang terpilih menyertai Al Qassam ni dah tahu undang undang perang. Mereka tak perlu jadi seperti Zionis untuk mencapai kemenangan sebab mereka tahu kezaliman takkan pernah menang walau berjaya membunuh semua orang yang mereka anggap musuh tapi dunia akan melihat mereka seorang loser seperti Zionis.

Ni over sangat, Kategori kejam macam zionis jugak

Macam tu jugak kita kat sini.. Kita boleh boikot produk Yahudi dengan niat membantu saudara seislam kita di Gaza yang sedang di zalimi puak zionis tapi tak perlu sampai meludah pekerja starbuck.. memaki hamun & menghina pekerja Mc Donald. Kita boikot atas dasar perikemanusiaan.. tapi dimana perikemanusiaan kita bila kita mengherdik mereka2 yang bekerja di syarikat yang katanya menyumbang dana pada puak zionis membeli keperluan senjata untuk perang dengan Gaza? Yang berperang tak over.. Yang sekadar bantu dengan boikot pulak lebih sudu dari kuah, kau dah kenapa??

 Ini menjadi satu kesalahan dalam boikot sehingga menganggu premis perniagaan orang lain. Korang nak jadi zionis ke buat kacau kat tempat orang?? Boikot la secara berhemah.. Jangan sampai merosakkan harta benda orang lain & mengancam keselamatan orang lain.

Boikot adalah hak individu.. Siapa nak buat, bagus amat di galakan. Sapa tak nak buat kita tak boleh paksa. Macam tu jugak dengan pekerja Mc Donald, starbucks bagai.. Bukan bermakna depa sokong Zionis walau masih kerja kat situ tapi mungkin sebab tuntutan hidup. Tu hak dorang nak cari makan kat situ. Kita boleh berkempen bagi kesedaran pada orang lain bagaimana boikot boleh membantu saudara kita di Gaza tapi kita tak boleh paksa bila orang tak nak ikut. Yer betul la.. Rezeki dari Allah. Tak kerja kat situ pun Insya Allah, Allah akan bantu kita mencari rezeki tempat lain tapi kalau dah dorang still nak kerja kat situ, bukan hak kita nak maki hamun apatah lagi meludah. Satu lagi dok rosakkan signboard bagai.. Tu dah kategori Vandalisme beb!! Tu dah melanggar undang2 boleh di kenakan tindakkan even signboard mc d sekalipun ko takde hak nak rosakkan.

Sebelum nak melalak boikot tu boikot ni sila faham dulu kenapa perlu boikot, bagaimana cara boikot yang betul & berkesan & apa yang kita tak boleh buat walau nak memboikot sekalipun. Jangan kita memboikot produk Yahudi kita pulak jadi macam zionis yang kita keji. Renung renungkan.. selamat beramal. Peace!

#weareallqassam
#gazaunderattack
#dedaunhancur
#البنيان_المرصوص
#غزة_تقاوم


** Jika berniat nak melakukan sedekah buat saudara kita di Gaza anda boleh la menderma kat sini

Bank Islam:12029010047880
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Muamalat:12070005133717
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922

Detail selanjutnya kat sini http://on.fb.me/1zoCkpO
Penting !!Hubungi/Email/Wassap Slip Bank/Bukti Transfer Kepada Wakil Setiap Negeri Untuk Pengelasan Dana .Juga Butiran Seperti Nama Alamat Dan Nombor IC Untuk Tujuan Pengeluaran Resit Pelepasan Cukai LHDN

RADIO ERA DI KECAM SEBAB JEMPUT KIKI KE KONTI

Ok.. firstly aku nak bagi tau entri ni bukan nak mengumpat si Kiki yang sedang popular mengalahkan Aaron Aziz sebab video Viral dia memaki warga emas yang terlanggar kereta dia tu. Tak... aku tak rasa nak kutuk dia pun tapi aku nak kritik mereka2 yang mengangkat seorang pesalah & seorang yang menunjuk contoh akhlak tak baik sebagai bintang semata mata kerana rating.


Hari ni kat news feed FB aku memang kecoh Radio Era.. Radio Hit.fm & astro yang menjemput si kiki untuk di wawancara berkenaan isu dia memaki hamun uncle sim & mencederakan kereta uncle sim dengan stereng lock sebab terlanggar kereta mahal dia. Aku masuk jugak Fb fanpage radio era.. Mak Aaih.. majoriti memang mengutuk, mengecam & mengkritik.. (Dan ramai jugak memaki hamun) tindakkan era yang seolah2 mengangkat seorang pesalah sebagai bintang.


Aku pun tak setuju dengan tindakkan media, stesen Tv & radio sekarang ni... Benda2 yang bukan2 je nak highlight asal benda tu popular sudah. Kesannya.. benda ni jadi contoh pada orang lain yang kemaruk nak popular macam retis. Bila depa tengok even kiki tunjuk moral tak baik dalam video viral yang di sebarkan boleh jadi popular & macam di iktiraf stesen tv & radio.. tak mustahil benda ni akan jadi ikutan. Please la... Jangan kutip sampah untuk penuhkan slot rancangan Tv @ radio korang. Kalau ye pun nak rating tinggi biarlah yang berkualiti & manafaat sikit. Tapi aku pelik kenapa kiki tidak Uncle Sim sedangkan Uncle Sim lebih menunjukkan sifat yang baik. Bukan je dia tak berkasar dengan Kiki masa kejadian malah dia memaafkan kiki tanpa syarat pun. Sepatut hero yang perlu di highlight bukan pesalah. Ini bukan soal bangsa atau agama tapi soal sikap yang harus kita contoh.

Selebihnya kalau korang nak baca komen2 mengkritik era ni boleh baca kat Era.FM

Jadi Moral of the story senang jer... Berhenti dari mempopularkan orang bodoh @ buruk perangai. Jangan kemaruk sangat nak rating tinggi sampai sanggup di keji.

P/S : Bila aku menegur tak bermakna aku baik & perfect.. Bila aku bagi pendapat tak bermakna aku sentiasa betul. Aku cuma manusia.. yang melihat. Apa yang baik terimalah sebagai pengajaran.. kalau aku tersilap tegurlah seperti seorang insan.

SI MISKIN HINA LAGI KEJI YANG BERLAGAK NAK BELA ULAR SAWA

Sejak semalam kecoh pasal Kelab pencinta haiwan dengan kelab pencinta haiwan liar bilamana pencinta haiwan liar yang bela ular sawa upload gambar ular dorang membaham anak kucing. Bukan ular tu yang pi cari anak kucing untuk alas perut tapi tuan2 ular yang miskin lagi papa kedana tapi ada hati nak bela ular pemangsa.. Abis dah terlampau kedana dan hina.. pi la kutip kucing2 jalanan nak jimat kos bagi si sawa dorang makan.

Memang rasa hangin bukan satu badan.. malah jadi hangin berbadan2 dah. Kucing fitrah dia hidup dengan manusia sebab spesis kucing ni sifat dia manja & suka hidup berdamping dengan manusia. Sebagai seorang Islam rasanya ramai yang tahu kucing haiwan kesayangan Rasulullah... Kalau kau tak mampu sayang haiwan comel lagi manja penyejuk mata dan jiwa takde sapa paksa tapi kalau kau jadikan kucing hidangan haiwan ganas kau memang ramai yang akan menentang, mengutuk & cuba akan benteras spesis manusia macam kau.

Korang nak bela ular sawa.. takde sapa nak halang. Lantak kau la nak bela babi sekalipun takde sapa nak amik kesah tapi ingat hormati pencinta kucing seperti kami. Bukan takat hormat.. berhenti dari mengejami haiwan manja seperti kucing. Kalau kau tak mampu nak beli ayam bagi ular kau makan.. lebih baik kau bela cicak je. Bukan takat kau tak payah beli sangkar.. kau tak payah beli makan malah dia tolong kau makan serangga kecil dalam umah kau tu.

Buat pencinta haiwan liar & ganas (ular).. lagi sekali aku nak cakap kalau hangpa baca blog ni. Kalau sedar diri tu tak berkemampuan nak bela haiwan yang berkos tinggi.. jangan berangan nak bela. Kalau poket korang nak beli makan sendiri pun tak cukup.. jangan bela. Kalau korang jenis berkemampuan & tak papa kedana mahupun miskin tegar.. nescaya korang tak jadi pemugut kucing jalanan untuk di jadikan hidangan sang sawa korang. Tolong rasa malu & tolong rasa terhina dengan kejian ni. Kalau korang bermaruah even tak berperikemanusiaan pun.. korang takkan bagi sawa korang makan kucing kurap tepi jalan. Tapi kalau korang jenis spesis tak bermaruah juga nescaya korang akan terus mengutip kucing2 jalanan untuk sang sawa korang. Dah jenis takde kemaluan memang la dia rasa apa2 kan?? Kalau yang jantan... memang tak berapa jantan la.

Pilih la korang nak duduk dalam golongan bermaruah atau golongan keji lagi hina. Aku antara salah seorang yang akan menyokong mana2 pihak yang menentang perbuatan keji korang tu. Even hanya dengan kata2 sahaja usaha aku menentang korang.. aku akan buat. Jadilah manusia.. bukan iblis yang memang takde perasaan simpati & kasih sayang sesama makhluk.

Please.. Jadilah manusia yang punya hati bukan berneraka dalam hati.




Salah satu contoh si miskin hina yang tak mampu beli ayam untuk sawa dia.. maka dia kutip kucing terbiar bagi sawa dia makan. Hope dia dapat hidayah sebelum si sawa dia tu baham dia pulak. Untuk banyak info berkenaan isu ni boleh ikuti di fanpage Kakimotong

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com